Assalamualaikum dan salam sejahtera
PENCAPAIAN 2019
AZAM TERDAHULU
[ 2017 - Azam Tahun Baru ]
[ 2018 - Azam Tahun Baru ]
[ 2019 - Azam Tahun Baru & Pencapaian 2018 ]
Sumber Gambar : Google Image
Apa khabar rakan-rakan dan pembaca semua. Alhamdulillah, akhirnya baru sempat nak update artikel tentang pencapaian tahun 2019 dan azam untuk tahun baru 2020. Aku baru perasan sudah beberapa tahun yang aku tulis tentang Azam Tahun Baru sebenarnya. Ada azam yang tercapai dan ada yang tidak. Bagaimana dengan anda?
PENCAPAIAN 2019
Untuk pencapaian, aku bahagikan kepada dua iaitu yang pahit dan manis. Aku berpendapat bahawa sesuatu yang pahit juga perlu dimasukkan dalam artikel ini sebab ia menjadikan tahun 2019 aku penuh dengan warna warni. Juga untuk ingatkan diri bahawa bukanlah perkara baik sahaja yang berlaku. Ada kalanya pasti ada perkara-perkara pahit yang terjadi.
😌PAHIT
➤ KEHILANGAN TOKWAN [ Artikel : Tok Wan Meninggal Dunia ]
Kehilangan satu-satunya datuk yang masih tinggal, pada bulan Mac 2019. Satu kehilangan yang sangat besar dalam diri aku. Sampai sekarang aku masih tak percaya yang aku sudah kehilangan arwah Tok Wan aku. Tapi aku redha dengan pemergian arwah.
➤ KEHILANGAN APIN [ Artikel : Kucing Peliharaan Kesayangan Garfield (Apin) ]
Kehilangan kucing peliharaan juga merupakan satu mimpi ngeri bagi setiap orang yang mempunyai haiwan kesayangan. Setelah bertahun-tahun menemani aku, akhirnya di tahun 2019 Apin meninggalkan aku dan keluarga. Satu-satunya kucing yang sangat kuat, mampu bertahan dengan penyakit-penyakit kucing lain. Tapi akhirnya mati akibat sakit tua.
➤ PERPISAHAN DENGAN SAHABAT KERJA
Salah satu perkara yang tak seronok adalah perpisahan. Tambah-tambah di tempat kerja, bila mana semua orang dah satu kepala, banyak memori seronok dan sebagainya. Tapi perlu berpisah sebab aku berhijrah ke tempat lain.
➤ KEWANGAN & BELAJAR
Ya, bila sambung belajar memang agak teruk sikit kewangan dan sebagainya. Banyak wang nak digunakan dan kadang-kadang kena berjimat cermat tahap Hagemaru Hageda. Tapi semuanya untuk masa depan jugak kan?
😊MANIS
Tahun 2019 memang banyak jugak tempat yang aku travel. Yang tersenarai diatas antara tempat-tempat yang aku jelajah. Terima kasih diucapkan buat mereka yang menjemput untuk sertai Fam Trip dan juga Travel ke tempat-tempat menarik. Seronok pergi tempat orang sebenarnya ni.
➽ MOTOR SENDIRI
Kalau nak tahu, azam tahun lepas adalah untuk mempunyai kereta sendiri. Tapi bila fikir balik kehidupan di Lembah Klang menggunakan kereta? Mungkin tidak berbaloi. Alhamdulillah, mempunyai motor sendiri untuk ulang alik dan berpusing-pusing di kawasan Lembah Klang sangat memudahkan.
➽ PENDAPATAN SENDIRI
Antara yang aku bangga adalah bila dapat tambah pendapatan sendiri. Maksudnya disini bila setiap bulan ada pendapatan sampingan daripada berblogging. Alhamdulillah. Semoga makin berlipat ganda pendapatan sampingan ini walaupun tujuan utama berblog hanyalah untuk berkongsi cerita.
AZAM TAHUN BARU 2020
🙏 ANAK YG SOLEH & BERBAKTI PADA IBU BAPA
Sementara masih ada ibu bapa, aku rasa selagi itu aku akan berbakti untuk mereka. Walaupun tahun 2019 aku agak jarang pulang ke Kulim, Kedah, tapi aku berusaha untuk berbakti untuk mereka. Di saat tiada siapa percaya dengan kebolehan aku, mereka berdualah antara yang percaya dengan kebolehan aku.
🙏 TAMBAH PENDAPATAN
Macam yang aku beritahu di atas, semoga bertambah berlipat ganda pendapatan. Bukan sahaja dari blogging tapi dari segenap penjuru hidup. Semoga segala rezeki yang diberikan diberkati dan halal.
🙏 DEKAT DIRI DENGAN TUHAN
Of course bila dah meningkat umur, aku merasakan macam makin jauh daripada Allah S.W.T. Semoga tahun 2020 akan mendekatkan diri dengan Tuhan, supaya dapat melakukan amalan-amalan sunat dengan lebih banyak.
🙏 SIHAT
Semoga tahun 2020 akan memberikan kehidupan yang sihat, hilangkanlah segala penyakit yang ada dalam diri. Juga hidup dengan ceria, cergas dan kuat untuk hadapi cabaran.
2019 Bestnine
AZAM TERDAHULU
[ 2017 - Azam Tahun Baru ]
[ 2018 - Azam Tahun Baru ]
[ 2019 - Azam Tahun Baru & Pencapaian 2018 ]
Sumber Gambar : Google Image
Pahit dan manis itu bersilih ganti.Pahit itu ujian manis itu cara Allah memujuk hamba-hambaNYA yang sentiasa sabar dan redha.
ردحذفInsyaAllah semoga azam yang baik untuk tahun 2020 ini tercapai jua... berbakti pada ibu bapa dan berbaik sesama insan paling diaayangi Allah!
ردحذفAlhamdulillah kerana masih d'beri kesempatan utk hidup di thn 2020 adalah nikmat yg x t'nilai.. Semoga yg pahit dan manis itu menjadi kenangan dan memori yg terindah dlm hidup. Sy doakan apa yg d'hajatkan d'permudahkan, d'berikan keberkatan umur dan rezeki.. InsyaAllah.. Aamin..
ردحذفInsyaAllah semoga semuanya terlaksna. Betul part income tu. Luaskan cabang income. Jangan hanya pada blogging saja. Banyak peluang yang lain
ردحذفUntuk azam tahun 2020.. belum set lagi.. Sebab nak settlekan a few thing dari 2019 dulu.. Dah settle, baru leh hadap 2020 dengan tenang.
ردحذفTahun 2019... lebih banyak jumpa doktor berbanding juga jodoh lagi satu hahaha
Good sharing Aeril! You learned and experienced a lot of things during 2019. The ups and the downs. Which is good. I understand how you feel with the “Perpisahan dgn sahabat kerja”. Itu juga adalah kenangan pahit yg saya lalui pada tahun 2018. It happens to me after PRU 14. Snif......snif......snif....... but I believe everything has a silver lining. All the best in 2020. You have good resolutions. Fighting bro!
ردحذفAlhamdulillah banyak pencapaian yang membanggakan. Semoga yang manis terus kita dapat sempena tahun 2020 ini. Paling penting sentiasa menjadi hamba yang bersyukur dan mendekatkan diri dengan Allah <3
ردحذفsusah pahit manis dalam kehidupan.. tak apa, selagi ada nyawa di badan kita terus berusaha untuk menjadi yg lebih baik..
ردحذفAntara banyaka azam yang paling penting adalah dekat diri dengan Allah dan juga sihat kerana itu adalah kepada kesemua kejayaan yang lain. Berbakti dengan ibu bapa pun yang penting moga tahun baru ini bawa lebih banyak kejayaan dan kenagan manis buat semua. Selamat Tahun Baru...
ردحذفBegitulah adat resam kehidupan kan. Ada pahit dan manis. Semoga azam aeril untuk tahun 2020 ni akan tercapai dan bertambah baik lagi.
ردحذفBgs2. Azam taat dgn ibu bapa tu the best. Moga 2020 makin murah rezeki. Di saat ekonomi tk baik ni, tambah pendapatan the best way dari merungut
ردحذفMoga tahun ni semua azam menjadi kenyataan. Sama-sama kita semua berubah ke arah lebih baik..lehih dekat dengan Maha Pencipta.
ردحذفsemoga tercapai semua impian dan matlamat. doa dan usaha harus seiring kan
ردحذفSemoga tercapai Azam 2020. Tahniah atas pencapaian dan takziah atas kehilangan. Selamat tahun baru!
ردحذفBanyak travel, jeles! Zaman belum ada anak dlu join gak Fam Trip, skrg xleh dah. X sampai hati nak tinggal anak huhu. Semoga 2020 lebih sukses!
ردحذفMarilah kita berazam untuk mnjadi yang lebih baik pada 2020 ni... Xbanyak yang ni.. Cuma harap 2020 ni segala apa yg diimpikan tercapai
ردحذفAlhamdulilllah, hopefully more income will come your way with your efforts from your blog. And wish you a good health for 2020!
ردحذفSemoga tahun 2020 lebih awesome okeyyy. Memang kena usaha kan nak capai apa yang kita nak. All the best for us
ردحذف