Buat Rawatan Dermapen di Dr Medispa & Wellness, Kajang

Aerill Hassan
20


Assalamualaikum dan salam sejahtera



Apa khabar buat semua pembaca dan juga rakan-rakan sekalian? Bagaimana dengan hari anda? Alhamdulillah, seperti biasa kali ini aku nak kongsikan dengan anda satu perkara yang baru dalam hidup aku iaitu membuat rawatan muka Dermapen di Dr Medispa & Wellness. In shaa Allah aku akan ceritakan secara terperinci tentang pengalaman kali ini.


KEADAAN KULIT WAJAH

😔 Sejak dari kecil hinggalah dah masuk ke alam dewasa ni, aku sangat kurang titik beratkan bab penjagaan muka. Mungkin sebab aku berpendapat hanya wanita sahaja yang perlu menjaga wajah dan sebagainya. Tapi sejak belakangan ni, aku nampak ramai lelaki yang mula ke arah menjaga kulit muka.

😔 Zaman sekolah, aku tinggal di asrama dan biasalah, berpanas, aktif dan sebagainya, aku memang tak ada gunakan apa-apa pada wajah selain pencuci muka lelaki yang terdapat di pasaran. Itupun aku rasa macam dah cukup. Pastu, bila ada jerawat di muka, mulalah tangan sendiri gatal nak picit.

😔 Hasilnya, kulit muka yang persis permukaan bulan. Penuh dengan parut. Oh ya, satu lagi aku tak pernah pakai sunblock atau barang-barang lain yang kebiasaannya ada dalam set penjagaan muka.

BUAT RAWATAN DERMAPEN?

Jadi disebabkan di tahun baru dengan azam baru, aku sekarang sedang mencuba untuk menjaga kulit muka supaya nampak segar, bersih dan juga awet muda. Eh?😅 Banyak juga event atau program yang aku pergi mengenai penjagaan kulit muka dan sedikit sebanyak memberi kesedaran untuk mula menjaga wajah. Aku rasa tak terlambat lagi kut.✌😎


Rawatan dermapen/ microneedling sudah lama berada di pasaran. Prosedur ini sesuai untuk membantu kulit kusam yang  memerlukan eksfoliasi lapisan epidermis paling luar.  Ingat, kulit adalah bahagian tubuh yang paling sensitif dan mudah dijangkiti bakteria oleh setiap individu. Oleh itu, pilihlah tempat dan nasihat dari yang pakar sekiranya membuat rawatan dermapen kerana adalah mustahak dan penting bagi mengelakkan isu kesihatan dan kebersihan yang tidak diingini. Selain tu, pilih lah tempat yg berpengalaman dan dipercayai kerana Dr Medispa & Wellness telah ada lebih 3000 sesi dermapen

Dermapen perlu lebih daripada satu sesi sekiranya kulit mempunyai parut yang extreme, tapi jika kulit tiada masalah boleh dilakukan 2 bulan sekali bagi menghilangkan wrinkles dan kedutan halus.


APA ITU DERMAPEN ?

👉 Rawatan yang digunakan untuk merawat dan mengurangkan parut jerawat, kedutan, dan hyperpigmentasi pada kulit. Pen yang didatangkan bersama jarum-jarum mikro boleh laras mengikut kesesuaian kedalaman rawatan pada kulit.

👉 Jarum-jarum mikro akan menembusi lapisan permukaan yang mencederakan kulit dengan menghasilkan luka luka kecil yang terkawal. Jarum mikro tadi akan memecahkan rantaian kolagen lama lalu meningkatkan penyembuhan kulit secara semulajadi. Kulit lama akan mengelupas dan mengeluarkan kulit baru yang sekaligus memudarkan cela pada wajah.

👉 Kesakitan bergantung pada kedalaman jarum mikro menembusi kulit muka.  

👉 Perubahan yang dapat dilihat selepas rawatan bergantung pada bilangan rawatan. Rawatan kali pertama, perubahan dapat dilihat sehingga 20% hingga 30%. Rawatan kali kedua, perubahan dapat dilihat sehingga 30% hingga 40%. Rawatan kali ketiga, perubahan dapat dilihat sehingga 40% hingga 60%. Namun keberkesanan bergantung pada kedalaman kawah pada kulit anda.

KELEBIHAN DERMAPEN

💛 Menghilangkan parut jerawat dan segala jenis parut dengan cepat dan berkesan (seawal rawatan pertama dah boleh nampak perubahan)
💛 Menghilangkan parut berlubang, jeragat dan kedutan
💛 Menghasilkan sel kulit baru yg lebih lembut & menghaluskan liang roma kasar/ terbuka
💛 Memperbaiki tekstur kulit dan tona kulit tak sekata 
💛 Menghasilkan kolagen kulit, membuang sel-sel kulit mati & mencerahkan kulit




PENJAGAAN WAJAH SELEPAS RAWATAN DERMAPEN

✋ Elakkan muka dari cahaya matahari atau terlalu lama di hadapan cahaya laptop. Pakai sunblock bermula pada hari kedua selepas sesi rawatan.

✋ Lumurkan kiub ais yang bersih dua kali sehari selama 1-2 minit untuk sejukkan keradangan pada kulit selepas proses rawatan. Gunakan mask (jika ada) pada malam ketujuh selepas rawatan.

✋ Jangan garu atau tarik kulit yang sedang mengelupas!

✋ Jangan guna bahan kosmetik yang berminyak seperti foundation pada kulit dalam masa 1 minggu. Jika perlu gunakan make-up, gunakan kosmetik berasaskan mineral.

✋ Gunakan air suam yang bersih bersama tuala untuk mencuci muka. Pencuci muka hanya boleh digunakan selepas hari ketiga.

✋  Untuk cepatkan proses penyembuhan, gunakan krim parut vita-c dari Dr Medispa & Wellness.

✋  Temujanji untuk rawatan lanjutan adalah selepas tiga minggu. 

PENGALAMAN MEMBUAT DERMAPEN

Sekarang tibalah masanya untuk aku kongsikan dengan anda pengalaman aku. Perasaan sebelum nak buat? Mestilah NERVOUS! Sebab aku tak prenah buat sebarang rawatan. Tambahan pula bila tengok video YouTube yang diberikan, ada banyak darah, lepas tu dengan bunyi mesin yang membuatkan aku makin takut.

GAMBAR SEBELUM PROSES

Alhamdulillah, nasib baik mereka yang me'ngerja'kan aku pada waktu tersebut baik-baik belaka.

Proses pertama adalah membersihkan muka dengan menggunakan facial cleanser. Lepas dah bersih, muka akan diwapkan dengan wap panas untuk membuka pori-pori dikulit muka untuk proses berikutnya. Alhamdulillah, rasa seronok bila muka diwap dengan wap panas. ✌😎



Proses berikutnya adalah whitehead extraction. Ya, aku mengaku yang aku tak pernah tau pasal whitehead atau blackhead ni. Untuk proses ni agak sakit jugak sebenarnya sebab nak buang whitehead yang bermaharajalela di kulit muka memang susah.😅


Proses seterusnya adalan krim kebas yang disapukan dikulit wajah selama 20 minit untuk memberikan kesan kebas bagi proses dermapen yang pastinya sakit. Bila tiba proses ni, aku rasa muka macam makin sejuk, lepas tu macam tak ada rasa. (faham kan?)

Tibalah masa yang dinantikan dimana pen yang mempunyai jarum-jarum mikro menembusi kulit muka. Walaupun bunyi mesinnya agak menggerungkan, tapi rasa ngilu atau sakit tidak terasa sangat. Aku difahamkan yang mana teknik bagi Dermapen adalah berbeza mengikut jenis parut dan kedalaman kawah. Ada bahagian yang aku rasa tak sakit sangat, dan ada bahagian yang lebih sakit dan ngilu. 😕


Setelah selesai proses dermapen, aku ingatkan boleh terus pulang ke rumah, rupanya ada satu lagi proses iaitu wap sejuk dan LED MASK. Proses ini adalah sebagai salah satu cara untuk mematikan dan membasmi kuman dan bakteria.

Lepas sahaja selesai, aku dah boleh balik rumah. Sepanjang perjalanan balik rumah dan beberapa jam selepas itu, aku dapat rasakan muka aku membengkak dan masih ada sakit baki rasa kebas. Lepas tu, rasa gatal-gatal macam nak garu muka, tapi terpaksa tahankan. Cara yang diberitahu untuk kurangkan rasa gatal adalah dengan meletakkan air sejuk pada muka. Alhamdulillah, berhasil.



PROSES PENYEMBUHAN

Untuk bahagian seterusnya pula, aku nak cerita pasal proses penyembuhan. Gambar yang aku tunjukkan ini adalah perkembangan dari hari pertama sehinggalan hari ke sembilan. Oh ya, selepas sahaja aku selesai membuat proses dermapen, aku terus menaiki bas dan pulang ke Kulim, Kedah selama beberapa hari dan pulang semula ke Kajang.

HARI PERTAMA

Pada hari pertama  aku dapat lihat kesan bengkak makin surut, tapi masih belum ada tanda-tanda kulit mengelupas. Oh ya, aku terus mencari sunblock dan pakai sepanjang hari. Aku jugak tak keluar daripada rumah supaya menghalang cahaya matahari dan sebagainya.

HARI KETIGA

Hari ketiga dah boleh nampak kulit mula mengelupas. Alhamdulillah, aku tak ada rasa macam nak tarik kulit atau sebagainya. Aku hanya letakkan ais kiub yang sejuk pada muka beberapa kali sehari. 

HARI KELIMA

Hari kelima proses kulit mengelupas masih berlaku. Oh ya, pada hari tersebut ada dua kenduri yang perlu aku hadiri bersama keluarga dan cuaca di Kedah sangat panas. Solusinya adalah dengan memakai mask dan sunblock. Aku juga pakai topi sebagai penutup cahaya matahari. Memang nampak macam pelik dekat kenduri tu.😅

HARI KEENAM

Hari keenam aku sudah berada di Kajang. Boleh nampak kesan mengelupas sudah mula hilang. Oh ya, aku juga dah mula mencuci muka menggunakan pencuci muka. Sunblock juga aku tak tinggalkan tiap kali nak keluar rumah.

HARI KETUJUH

Hari ketujuh aku dah boleh nampak perubahan positif berbanding sebelum. Kawah dimuka masih ada tapi aku dapat rasakan makin kurang. Kulit wajah pun lebih cerah. Aku dah keluar rumah tanpa pakai mask tapi masih menggunakan sunblock.

HARI KESEMBILAN

Hari kesembilan semuanya kembali normal. Cuma perubahannya adalah pada cara aku menjaga muka. Aku dah mula memakai sunblock ketika keluar dan juga berada dirumah. Aku juga dah mula cuci muka menggunakan pencuci muka yang betul.

Alhamdulillah, setakat ini aku dapat lihat perubahan positif walaupun baru sekali sahaja membuat rawatan dermapen ini. In shaa Allah aku mungkin akan lakukan rawatan kali kedua untuk perubahan yang lebih jelas. Jarak antara rawatan pertama dan seterusnya adalah selepas tiga minggu ya!

DR MEDISPA & WELLNESS

Suasana di tempat rawatan

Sebenarnya aku tak tahu pun ada tempat membuat rawatan muka yang dekat dengan rumah di Kajang. Restoran mamak berhampiran dengan Dr Medispa & Wellness ini merupakan tempat yang selalu aku lepak.

Tempat rawatan

Kelengkapan rawatan

Ruang menunggu dan berehat


Membuat rawatan Dermapen di Dr Medispa & Wellness ni memang terbaik dan seronok sebab sebelum membuat rawatan, semuanya akan diberitahu secara terperinci. Staff-staff di situ juga sangat baik dan membantu dalam memberi servis yang terbaik. 

LOKASI

 

6, Jalan Reko Sentral 6, Reko Sentral, 43000 Kajang, Selangor




Tekan link ini untuk tengok menu rawatan di DR MEDISPA & WELLNESS
http://bit.ly/JomTengokMenuRawatan
http://bit.ly/JomTengokMenuRawatan

atau

Tekan sini untuk buat temujanji di DR MEDISPA & WELLNESS 😍
http://bit.ly/SayaNakTempahTemujanjiDrMedispaWellness

Tags

إرسال تعليق

20تعليقات

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


  1. HAhaha ni kalo konsisten buat ni muka peloles cam muka daddy oli la nampaknya ni hahahha..i pernah last year kot jugak buat dermapen kat tempat yang sama hehe

    ردحذف
  2. Dr Medispa ni memang famous, bagus rawatan dia..dan yang selalu mesej Sis di Melaka punya, kalaulah dia offer buat kat Johor, tentunya Sis nak...tapi ada ke ek kat Johor...

    ردحذف
  3. Teringin jugak nak buat rswatan dermapen u tuk atasi masalah kulit muka ni tapi tuhlah. Tak berkesempatan lagi nak pergi

    ردحذف
  4. fuhhhhh muka gebu gebas jadinya lepas buat treatment dengan dermapen! Memang berbaloi spend duit dan masa dekat sana sebab hasil dia terbaik!

    ردحذف
  5. Nampak jugak beza dari hari first dengan hari yang ke 7 tu. Ni yang teringin jugak buat treatment ni

    ردحذف
  6. Wah. Dia dah pandai menjaga kekacakan diri. Makin laku la lepas nie.

    Rawlins takut nak buat dermapen nie

    ردحذف
  7. boleh tahan juga hasilnya bro.. mmg kena korban sedikit untuk memanjakan diri.. reward untuk diri sendiri..

    ردحذف
  8. bestnya kalau ada masa macam nih dapat manjakan kulit wajah buat rawatan untuk kesihatan wajah... bila saya nak 'me time' macam nih bulan January adalah bulan yang sibuk... kalau pakej best boleh try dekat sini nanti

    ردحذف
  9. wahhh. nampak sangat kesan dia bro. bestnya dapat buat rawatan kat sini. tengok sebelum ni pon ramai kawan-kawan ke sini.

    ردحذف
  10. lamanya tak bermanjakan wajah ni. memang best kalau dapat buat facial.. boleh buangkan kekotoran yang betapak di wajah ni. then balik rumah boleh repeat jaga yang sama. nanti nak try pergi medispa la.

    ردحذف
  11. Wow.. Bagusnya.. Nampak kesan tu kt awak... Akak selslu guna derma roller utk muka akak.. Mmg nampak la kesan dia

    ردحذف
  12. ALamakkk... nampaknya lepas ni sis dah tak leh cari makan la.. hahahaha. Tapi memang nampak la perbezaan dalam masa 9 hari tu. ni kalau dah buat rawatan kali kedua nanti share la hasilnya ekk.

    ردحذف
  13. Pentingkan amik berat tentang pwnjagaan kulit muka. Dengan pergi rawatan muka mcm ni sekali sekala best jugakkan

    ردحذف
  14. Wah... Teruja kita baca tau. Memang ketara laaa beza dia. Bagus!
    Lelaki sekarang pun semua jaga penampilan sebaiknya. Skincare yang betul amat penting.

    ردحذف
  15. Kita ade dermapen dekat rumah ni, tapi jenis yang ekcik je jarumnya..buat sendiri dekat rumah..takde buat sampai darah pun..ehhee..parut awak pun nampak kurang

    ردحذف
  16. Wah makin meletop la aril lepas ni.Pernah juga buat dermapen dekat sini.Memang terbaik.Kecik pori2 terus,hehehe

    ردحذف
  17. makin ramai yang concern hal kulit. baguslah di medispa ni. sentiasa up to date

    ردحذف
إرسال تعليق

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Ok, Go it!