Demonstrasi Kelas Makanan Thailand "Thai Cooking with Your Heart"

Aerill Hassan
21


Assalamualaikum dan salam sejahtera


Apa khabar kepada semua pembaca dan rakan-rakan? Alhamdulillah, kali ini aku nak kongsikan dengan anda pengalaman aku menyertai kelas memasak. Ya. Anda tak silap. Aku, seorang yang tak reti memasak sertai kelas memasak, dan bukan masakan tempatan, tapi masakan menu Thailand ya!✌😎


Terima kasih diucapkan kepada Tourism Authority of Thailand (TAT) atas jemputan untuk sertai Demonstrasi Kelas Makanan Thailand "Cooking with Your Heart". Demonstrasi ini telah berlangsung di Royal Thai Embassy, Kuala Lumpur. Dalam artikel ini aku akan kongsikan menu apakah yang dimasak, resepi dan juga suasana sekitar program ini.



🍲THAI COOKING WITH YOUR HEART🍲


Selain terkenal dalam menjadi lokasi pelancongan terkenal, Thailand, negara jiran kita turut dikenali dengan pilihan makanan yang sangat sedap dan unik. Untuk memperkenalkan makanan warisan Thai kepada dunia, Royal Thai Embassy, Tourism Autority of Thailand dan ASEAN Ladies' Circle Kuala Lumpur (ALC), iaitu organisasi wanita ASEAN dimana program ini dikelolakan oleh ALC Thailand bersama-sama menjayakan demonstrasi kelas memasak "Thai Cooking with Your Heart" pada 21 Januari 2020 di Royal Thai Embassy, Kuala Lumpur.

Program ini bertujuan untuk mempromosikan makanan Thailand kepada rakyat Maaysia dan demonstrasi makanan yang boleh dimasak dirumah yang sangat mudah dan ringkas. Tiga menu yang didemonstrasikan pada hari tersebut adalah Yum Thuo Phu ( Four Angled Bean Salad), Gang Kua Gung Bai Chaplu (Prawn Curry with Betel Leaves) dan juga Look Choup (Mung Beans Paste Snack). Semua peserta diajar dan ditunjuk langkah demi langkah oleh Chef Korn daripada restoran La Moon, salah seorang chef dari Thailand yang disegani di Malaysia.




🍲YUM THUO PHU🍲
[ FOUR ANGLED BEAN SALAD ]

Menu salad yang ringkas dan mudah sahaja sebenarnya. Bahan yang diperlukan pun tak banyak. Yang penting menu ini tak menggunakan sebarang api. Kita hanya perlu masukkan bahan dalam magkuk, kemudian kacau-kacau sahaja. Tambah beberapa bahan perisa untuk sedapkan, dan dah siap!

👆Bahan Kandungan

RESEPI

🍲GANG KUA GUNG BAI CHAPLU🍲
[ PRAWN CURRY WITH BETEL LEAVES ]

Menu kedua pulak ringkas sahaja. Menggunakan daun kaduk dan juga udang sebagai bahan utama. Senarai kandungan dalam menu ini boleh dilihat di bawah. 

👆Senarai Kandungan 

RESEPI


🍲LOOK CHOUP🍲
[ MUNG BEANS PASTE SNACK ]

Menu terakhir adalah menu pencuci mulut dan manisan. Ini pun menu yang sangat ringkas dan menarik. Anda boleh buat bentuk mengikut kreativiti anda. Aku sempat buat beberapa jenis bentuk contohnya macam burger di atas, daun dan sebagainya.

👆Bahan-bahan

RESEPI



SESI MEMASAK


Sebenarnya aku bukanlah memasak sangat pun. 😅 Aku lebih kepada mengambil gambar, video kemudian merasa makanan.

Pross memasak menu ke dua.

Proses memasak menu terakhir.

CHEF DATANG RASA MASAKAN


Yang seronoknya bila masakan kita dipuji oleh chef! Alhamdulillah, pandai kak Maria , @ruggedmom masak. Seronok bila dipuji kan?! 😇


MAKAN TENGAH HARI


Lepas sahaja sesi demonstrasi memasak berakhir, semua peserta di bawa ke tempat makan untuk menikmati makanan yang telah disediakan. Alhamdulillah, memang kenyang makan makanan Thailand ni. Walaupun rasanya berbeza dengan masakan tempatan, tapi aku suka dengan rasa Thailand.👍


Terima kasih sekali lagi atas jemputan oleh pihak Tourism Authority of Thailand untuk program yang sangat menarik dan pengalaman yang baru. Kepada anda yang nak mencuba masak menu-menu yang tersenarai bolehlah lihat pada resepi yang aku tunjukkan sekali. Selamat mencuba.

 Sekian

إرسال تعليق

21تعليقات

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


  1. perghhhhh best sangat lah hai. dah la menu makanan thai >.<

    ردحذف
  2. Baru nak tanya apakah peranan Aerill - sekali rupanya jadi videographer dan foodtaster je hehe
    Kalau memasak tadi, nak minta masakkan utk Rawlins sebab I memang suka Thai foods

    ردحذف
  3. Waa menarik tuu dapat belajar cara-cara memasak makanan Thai direct dari Chef mereka! Nampak menarik dan mung bean dish tu comel-comel hasilnya yea, hehe fun tgk! 😁

    ردحذف
  4. Masakan Thai memang sedap dan boleh dimakan dan sis pun ada cuba sebab menantu pun orang Thai hihi

    ردحذف
  5. Menariknya. Bukan selalu kan boleh belajar masak masakan thailand. Makanan thailand pun memang sedap sedap pulak tu

    ردحذف
  6. event ni memang best. Tak sangka pemurah betul thailand buat event mcm ni. Satu lagi kata x tau masak, tapi bila dah jadi tu not bad la.

    ردحذف
  7. Yang prawn curry tu menarik. I pernah masuk kelas masak sekali. Tu pun lam dulu la.

    ردحذف
  8. Ya ampunnnn.. sedapnya tengok semua menu tu. Thanks jugak sebab kongsi resepi. Nanti nak try la. Tapi untung la awak dpt satu group ngan kak maria.. mesti sedap dia masak kan..

    ردحذف
  9. Ada lagi ke kelas masakan thailand ni. Kalau ada lagi nak join juga. Masakan thailand kita tahu masak tomyam je.. Ekeke

    ردحذف
  10. Wow jarang-jarang ada kelas memasak Thai gini laa...udang kari tu sedapnya, cuma memang kuning ek...

    ردحذف
  11. love thai food. yng u masak ni pun sedap2 yang saya suka. kat phuket hari tu depa selalu buat kari ketam

    ردحذف
  12. Akak yang pompuan ni pon tak pernah gi kelas masak. Hihi. Bagusla gi kelas masak. Lepas ni boleh tolong bakal wife memasak.

    ردحذف
  13. wah bestnya dapat belajar masak makanan thai. kita dah lama teringin nakbelajar buat luk chup tu. tp Alhamdulillah haritu p hat yai dapat rasasetelah sekian lama teringin.

    ردحذف
  14. Fuhhh.. Kecur ailio tgk yg curry dia tu.. Nanti balik sana nak restock paste la... Rindu nk mkn curry sana

    ردحذف
  15. Menu simple laa ya korang belajar hari tu. Boleh repeat masak dekat rumah tak ni? Hehe

    ردحذف
  16. Rahsia memasak sememangnya dengan kasih syg yg lahir dari hati yg ikhlas....best dpt masak ramai2 cm ni...menu pn sedap

    ردحذف
  17. nampak macam bole cuba masak kat rumah nie...teringin gak belajar masak masakan thailand klu ada peluang...skrg yag reti hanya masak tom yam...hahaha

    ردحذف
إرسال تعليق

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Ok, Go it!