Assalamualaikum dan salam sejahtera
Apa khabar rakan-rakan dan pembaca sekalian yang disayangi lagi diberkati Tuhan? Alhamdulillah, bertemu lagi dalam artikel terbaru iaitu tentang Genting Strawberry Leisure Farm. Tahukah anda selain Cameron Highland, Genting Highland juga mempunyai ladang strawberry! Kepada yang dah tahu, tahniah ya! Kepada yang belum tahu, kita sama! Jemput baca sehingga akhir ya!✌
--------
👉 Genting Strawberry Leisure Farm ataupun dalam bahasa kebangsaan Taman Santai Strawberi Genting ini merupakan antara ladang strawberi terbesar di Malaysia! Terletak di sempadan antara negeri Selangor dan negeri Pahang, Genting Strawberry Farm Leisure ini sememangnya menjadi tarikan yang menarik di Genting Highland.
APA YANG ADA DI SINI?
💓Entrance Lobby
💓Strawberry Farm
💓Lavender Garden
💓Lavender Souvenir Shop
💓Honey Bee Farm
💓Restaurant
💓Vegetable Farm
💓Strawberry Big Market and Souvenir Shop
💓Panda Statue
💓Rose Garden
💓Genting Strawberry Leisure Farms Waterfall
👉 Alhamdulillah, sudah lama jugak aku tak ke mana-mana ladang strawberry. Kali terakhir rasanya pada tahun 2013 ketika lawatan universiti ke Cameron Highland.
PETA GENTING STRAWBERRY LEISURE FARM
PERATURAN DAN UNDANG-UNDANG
GERAI MENJUAL BARANGAN BERTEMAKAN STRAWBERI
GERAI MENJUAL BARANGAN BERTEMAKAN LAVENDER
👉 Perkara pertama yang anda akan nampak bila mana masuk sahaja ke sini bukan strawberi ya, tetapi bunga-bunga yang cantik dan berwarna warni! Semuanya tersergam indah dimata. Tiba-tiba terbayangkan berada dalam muzik video filem hindustan yang dilakonkan Shah Rukh Khan dan Kajol.
👉 Ada banyak jenis lavender di sini termasuklah lavender-lavender dari Taiwan dan juga Hokkaido. Ini merupakan pertama kali aku lihat pokok bunga lavender dan mencuba haruman asli bunga lavender ini. Kalau sebelum ni dapat bau daripada produk haruman yang boleh dibeli di pasaraya Econsave atau Giant sahaja.
👉 Pastinya lokasi ini sangat sesuai untuk mereka yang suka bergambar dengan bunga kerana sangat banyak bunga yang cantik-cantik dan warna warni!
PEMILIK LADANG MEMBERIKAN INFO
------
Sekarang tibalah masa yang dinantikan iaitu tentang Strawberi!
👉 Pelbagai penerangan dan info menarik tentang Genting Strawberry Leisure Farm telah diberikan oleh KC Chung, iaitu pemilik kepada ladang ini.
DEMONSTRASI MEMETIK BUAH STRAWBERI
PANDANGAN DARI ATAS
👉Anda boleh membeli strawberry yang sudah siap dipetik dengan harga RM 15++ per 250 gram. Selain itu, anda juga boleh memetik sendiri buah ini dengan kos RM 8++ untuk setiap 100 gram.
👉 Of course aku antara yang paling teruja pada hari tersebut sebab dapat lihat dengan lebih dekat tentang strawberi. Bukanlah sebelum ni tak pernah tapi kali ini istimewa sebab ada penerangan yang diberikan.
👉 Ada dua jenis strawberi di sini, satu yang berwarna putih manakal satu lagi warna merah seperti yang biasa. Baru aku tahu sebenarnya. Kalau sebelum ini aku ingatkan bahawa strawberi putih tu belum masak, rupanya rasanya lagi manis daripada yang biasa. [ pendapat sendiri ]
👉 Sempat bergambar di kawasan ladang strawberi. Abaikan perut yang boroi akibat makan tengah hari yang banyak dan sedap serta berapa ratus strawberi yang dah masuk dalam perut. Hehe😅
JELAS KELIHATAN GENTING HIGHLAND RESORTS WORLD
👉Selain mempunyai ladang strawberi, di sini juga terdapat pelbagai kiosk yang menjual pelbagai barangan-barangan seperti pakaian, alat permainan kanak-kanak, cenderamata dan sebagainya. Juga terdapat satu restoran bertemakan strawberi untuk pengunjung singgah dan makan bersama keluarga.
HAPPY BEE FARM
👉 Di Genting Strawberry Leisure Farm juga anda boleh dapatkan produk madu lebah. Ada pelbagai jenis madu yang dijual di sini. Sempat jugak aku minta pada kakak ni untuk merasa semua madu-madu yang ada.
--------
GAMBAR KENANGAN
👉 Memang satu pengalaman yang menarik! Tak perlu lagi nak ke Cameron Highland untuk makan strawberi segar bila mana dah ada lokasi yang lebih dekat [ bagi mereka yang tinggal di kawasan Lembah Klang ]. Juga untuk mereka yang mengunjungi Genting Highland, bolehlah singgah di sini dahulu bersama keluarga mahupun rakan-rakan.
LOKASI
Facebook : Genting Strawberry Leisure Farm
Telefon : 03-6100 1152
😊Dibuka setiap hari, tiket masuk ke Genting Strawberry Leisure Farm ini hanyalah RM 15 untuk pengunjung dewasa manakala RM 10 untuk pengunjung kanak-kanak dibawah umur 12 tahun. 😊
😊Dibuka setiap hari, tiket masuk ke Genting Strawberry Leisure Farm ini hanyalah RM 15 untuk pengunjung dewasa manakala RM 10 untuk pengunjung kanak-kanak dibawah umur 12 tahun. 😊
#MajlisDaerahHuluSelangor #MDHS #BukitBatuPahat #VM2020 #VisitMalaysia2020
Artikel ini dihasilkan dari program Lawatan Produk Pelancongan @ Hulu Selangor Sempena Kempen VISIT MALAYSIA 2020 Negeri Selangor yang berlangsung dari 03 - 04 Disember 2019.
Tempat ni macam 'mini cameron'. Insha allah kalau ada masa nak ke sana.
ردحذفBetul tu. Bolehlah singgah kalau nak ke Genting Highland nnti :)
حذفTak pernah datang sini. Kalau kat Cameron tu banyak la strawberry farm macam ni. Suka warna bunga lavender sebab warna purple.
ردحذفBolehlah dtg sini nanti. alang2 nak ke genting kan? hehe
حذفSangat menarik. Senanglah lepas ni, banyak tempat dah boleh dapat strawberry fresh.
ردحذفbetul tu. bolehlah ke sini nnti :)
حذفwahhh tak tau pulak genting pun ada strawberry farm next time pergi genting boleh lah pergi datang sini
ردحذفHmm....... Dah lame sgt saya x visit Cameron Highlands. Tringin nak visit balik and tringin nak berkunjung ke farm2 yg disenaraikan Ini.
ردحذفIt’s been a long time since I visited Genting. This farm looks interesting. I wish to visit. Good sharing btw.
ردحذفSelalu jugak ke Genting, tapi tak pernah masuk sini. Harap satu hari nanti dapat singgah sini n makan stawberry fresh2
ردحذفMacam2 juga rupanya ada kat Genting Highlands. Macam Cameron jugak ye. Tak pnah lagi ke sini
ردحذفdah lama teringin nak pergi strawberry farm kat genting ni. Lepas tengok blog ni tambah teringin lagi, cuti lepas ni kena plan ke sini la macam ni
ردحذفSyok la nak beli strawbery fresh. Kita lagi suka gi Genting dari gi Cameron. Senang sikit Hehe
ردحذفUwahhhh biasa strawberry terkenal dekat Cameron je kan. Ni kat Genting pun ada. Mcm2 ada pulak tu selain strawberry. So memamg best laaa kalau datang sini
ردحذفBestnya kat genting pun ada.. CH over crowded sangat kalau weekn sampai rasa x lalu dah...
ردحذفMenarik gak tengok tempat ni
Oo macam-macam ada selain strawberry. Nampak acam kat Lavender Garden, Cameron Highlands. Good info ni sebab saya pernah gi Genting tapi tak jumpa mana strawberry garden dia.
ردحذف