Langkah Yang Perlu Dilakukan Sekiranya Blog Anda di Auto Copy Paste

Aerill Hassan
21


Assalamualaikum dan salam sejahtera


Apa khabar rakan-rakan dan pembaca sekalian. Mimpi ngeri bagi setiap blogger atau penulis adalah apabila artikel mereka ditiru bulat-bulat oleh orang lain. [ Mungkin bukan setiap blogger, tapi bagi aku, ya, mimpi ngeri ] Ya, aku baru sahaja sedar bahawa aku telah menjadi salah seorang mangsa blog ditiru dan dicopy paste.

Kalau ada yang mengambil maklumat dari blog aku, kemudian memberikan backlink kepada blog aku semula, aku tak kisah sangat. Tapi bila mana mencuri keseluruhan artikel yang aku tulis penat-penat, berhempsa pulas memikirkan idea tanpa sebarang credit dan sebagainya, ini boleh mendatangkan marah!

---------------

BAGAIMANA AKU SEDAR BLOG DI COPY PASTE?

👉 Kebiasaannya setiap hari aku akan lihat pada statistik blog, melihat berapa pageview dan sebagainya. Aku juga lihat dari mana traffik ke blog datang. Kebiasaanya sumber trafik daripada link yang sama sahaja.

👉 Tapi satu hari ni aku check ada link daripada blog yang aku tak kenal.  Kemudian, aku terus ke link tersebut, lihat apakah entri yang menjadi trafik ke blog aku. Manalah tahu kalau di blog tersebut ada artikel yang dicreditkan pada blog aku.

👉 Terkejut dan terdiam beberapa saat apabila melihat semua artikel dari tahun 2018 sehingga ke 2019 ada di dalam blog tersebut. Yang peliknya, artikel sebelum-sebelum 2018 tak ada pulak dekat blog tu.

TINDAKAN PERTAMA AKU?

😠 Sebelum meng-Google cara nak hilangkan dan selesaikan perkara ini, aku ada buat status di facebook berkenaan masalah yang dihadapi iaitu tentang blog yang dicopy paste secara bulat-bulat.


LINK : STATUS POST

👍 Alhamdulillah, aku bernasib baik kerana ramai rakan-rakan blogger yang hebat dan bijaksana merupakan rakan di facebook juga. Alhamdulillah, beberapa respond dan komen daripada mereka sangat-sangat membantu dalam menyelesaikan permasalahan ini. 

👍 Di bawah ini aku kongsikan beberapa komen bernas dan komen pilihan daripada status tersebut.


RESPOND RAKAN-RAKAN DI FACEBOOK

✋👿 CARI WRITER


✋👿 TIADA NILAI DI MATA GOOGLE

✋👿 REPORT KE GOOGLE



✋👿 SETTING BLOG & FEED



✋👿 TIBA-TIBA BLOG TU DAH TAKDA


😎 Kepada yang mempunyai masalah yang sama, bolehlah mencuba cadangan-cadangan yang diberikan oleh mereka yang arif tentang dunia blogging ini.

😎 Kepada yang membuat blog copy paste dan copy blog aku, aku nak bagitahu bahawa cubalah lakukan sesuatu yang lebih elok dan baik. Mencuri artikel dari blog orang lain, buat pemilik blog tersebut marah dan terasa dianiayai, bukanlah benda yang elok! Kalau tak ada idea nak menulis artikel, buatlah perkara lain, contohnya memasak, membuat video tiktok atau menonton youtube. Tak perlu habiskan masa mencuri artikel dan blog orang lain! 😡

😎 Sebagai penutup kepada entri ini, aku nak berterima kasih kepada semua rakan-rakan blogger dan rakan-rakan difacebook yang sudi memberikan respond yang bernas-bernas belaka. Alhamdulillah, segala cadangan yang diberikan aku akan ikut supaya memastikan kejadian jenayah kecurian harta intelek ini tidak berlaku lagi.

Sekian.

إرسال تعليق

21تعليقات

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


  1. waalaikumussalam. alhamdulillah ilmu baru jugak ni. sebelum ni tak tahu sangat

    ردحذف
  2. pernah mengalaminya juga.. daapt juga sedikit royalti sebab gambar dan entri kena guna..

    ردحذف
  3. Thanks for this sharing, mmg x tahu mcm mana nk buat or nk check if ada yg pernah copy penulisan kita. Geram jugak dgr kan, kalau ada credit tu ok lagi. Anyway bnyk jugak nk kne gali lagi ni pasal ni 👍🏿😁

    ردحذف
  4. I can feel you. Jahat betul org yg suka jalan mudah ni. Bagus tips you utk saya menambah ilmu.

    ردحذف
  5. Kann contohnya memasak, tulis lah apa2 kan. Sis pun ada kena juga copy resepi tp kredit name pun mcm tak iklas je letak. Hahaha. Nak belajar setting HTml macm mana tak bagi copy. Kak Bell blom buat lagi ni. So far masih ok takde auto copy etc.

    ردحذف
  6. Terima Kasih di atas perkongsian yang sangat bermanfaat. Benda nilah one of yang paling nak dielakkan. Sebab kita dah tulis penat org copy paste, at least sebelum copy minta permission and bagi credit lah kan.

    Thanks juga di atas perkongsian tips tu. sangat membantu in future

    ردحذف
  7. sabar jelah kan..blog ida pun biasa2 pun pernah kena copy paste. redha jelah maa tu

    ردحذف
  8. Biasa ramai orang yang suka guna cara cepat dan mudah ini kerana tiada pelindungan isi blog. Kita pun sendiri kena juga macam dan kita dah sound terus owner dan buat report kat Google macam dalam komen yang di berikan hehehehe kerja tak bermoral langsung...

    ردحذف
  9. tak baiknyaaa curi content orang untuk naikkan trafik penat-penat kita perah idea perah otak huhu

    ردحذف
  10. Oh tak pernah terfikir pulak nak check blog kena copy ke tak. Nanti nka kena tengok jugak. Mana tau kan.

    ردحذف
  11. Thnk for sharing bout this.. Tak tau pun boleh report abuse n tukar setting semua tu... Nanti nak godek2 jugak la...

    ردحذف
  12. hhuuhu huhu memang panas hati kalau orang main copy paste nih... nak nak pulak ada viral. tapi baguslah tips yang share kat atas tu.. sis suka perkongsian macam ni. ada value

    ردحذف
  13. Xtau lak kita boleh cek cmni... Auto copy paste ni dia punya entry sama je kan mcm kita? Wow.. Bagus info ni..wawa saved dlu.. Nnti nak try cek klau ade.. Terima kasih share info berguna ni.

    ردحذف
  14. Org buat blog, dia pun nak ada blog jugak. Lepastu kerjanya copy paste artikel blog org. Tak beretika betul org macam ni.

    ردحذف
  15. Took me time to read all the comments, but I really enjoyed the article. It proved to be Very helpful to me and I am sure to all the commenters here! It’s always nice when you can not only be informed, but also entertained! classic chevy glass

    ردحذف
إرسال تعليق

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Ok, Go it!