Assalamualaikum dan salam sejahtera
SUASANA DALAM BILIK
LOKASI
LAMAN WEB : http://www.vistanahotels.com/kuantan/
TELEFON : 09-517 8000
Sekian
Apa khabar rakan-rakan dan pembaca sekalian? Bagaimana dengan tahun 2020 anda? Alhamdulillah. Kali ini aku nak berkongsi dengan anda pendapat dan ulasan aku mengenai sebuah hotel yang aku sempat tidur dan berehat pada bulan November 2019 yang lalu.
Mungkin ada yang belum tahu, pada bulan November 2019 yang lalu aku ada sertai MAHB Media Hunt 2019 yang berlangsung di Sepang-Kuantan. Tempat penginapan para peserta adalah di Hotel Vistana ini. Jadi di dalam entri ini aku nak kongsikan dengan anda suasana di dalam bilik dan apa yang ada di dalam bilik hotel ini.
HOTEL VISTANA KUANTAN CITY CENTRE
Di bahagian reception
SUASANA DALAM BILIK
Bilik yang aku dapat sangat ringkas dan selesa. Ada satu bilik air dan katil queen yang besar.
Bilik yang selesa dan kemas sememangnya sangat penting di hotel. Setakat ni mana-mana hotel yang aku pergi semuanya kemas dan selesa.
Kabinet TV yang comel!
Ada meja yang comel dan ada tempat plug untuk charge powerbank dan telefon. Sempat juga aku siapkan kerja di meja ni. (Ya, aku bawa laptop ke mana-mana.)
Untuk minuman dan sebagainya, bagi aku ini sudah mencukupi. Sempat juga aku bawak balik beberapa bungkusan yang belum dibuka. Bolehlah diminum ketika buat thesis.😅
TANDAS DAN BILIK AIR
Sangat selesa!
Aku berpendapat bahawa hotel ini baru sahaja direnovatekan kerana semuanya sangat cantik dan selesa. Bilik airnya kelihatan mewah walaupun kecil.
PEMANDANGAN DARI BILIK
Indahnya bandar Kuantan. Bayangkan inilah pemandangan pagi ketika anda bangun tidur. Memang cantik. Dengan langit biru beserta awan yang terpilu.
Berkenaan tempat makan dan sebagainya, aku tak sempat nak ambil gambar sebab ketika itu aku sangat lapar. Untuk pengetahuan anda, kami iaitu peserta MAHB Media Hunt makan di dewan yang sama ketika majlis makan malam dan penyampaian hadiah diadakan. BACA SINI >> MAHB MEDIA HUNT 2019
Sebagai penutup, Hotel Vistana Kuantan City Centre merupakan salah satu hotel yang menjanjikan keselesaan kepada pengunjung. In shaa Allah jika aku merancang untuk bercuti di Kuantan bersama keluarga, aku dah tahu nak menginap di mana nanti.
LOKASI
LAMAN WEB : http://www.vistanahotels.com/kuantan/
TELEFON : 09-517 8000
Sekian
Waalaikumussalam. Kalau view nampak pantai pasti best. Tapi ni pun mesti dah dapat rasa angin sepoi 😁
ردحذفbetul tu. memang best :)
حذفwow selesa dan menarik sangat dah ni Aril :)
ردحذفmemang selesa dan selamat hehe
حذفcantik dan kemas bilik hotel Vistana ni. Buka tingkap nampak view bandar kuantan yang cantik. Belah malam mesti banyak bintang. Nice lah hotel ni.
ردحذفyg best memang viewnya! seronok dpt tgok bandar kuantan
حذفYaaa Vistana ni memang best, Sis dah tido sekali dulu masa Suami ada kerja di Kuantan..selesa tidur di sini..cuma kalau malam tu, time Sis menginap dulu, bising suasana, tak tau kenapa..tapi kalau bilik memang selesa..
ردحذفoh ye ke bising? masa saya stay tak bising pulak. aman dan tenang je
حذفHehehe....... ini lah hotel yg I stay masa travel ke Kuantan August 2018. Yeah, the hotel is nice and clean. ThNk you for sharing your review. Hope you travel more in 2020.
ردحذفye ke! :) in shaa Allah doakan dapat rezeki travel :)
حذفKuantan ni banyak simpan kisah hidup Rawlins - almaklum kisah cinta tak kesampaian masa zaman belajar dulu hahaha
ردحذفGrand bilik uols - bila nak ajak Rawlins?
kisah cinta! wait a minute! rawlins tak story lagi ! :)
حذفNama pun blogger,haruslah laptop sentiasa di sisi.hehe.
ردحذفBab tapau 3 in 1 tu,kan mmg wajib.hahaha..
Cantiklah aerill post time ni.mmg tgh cari hotel area kuantan pn nk cuti ry cina ni
hahah :) alhamdulillah, semoga bermanfaat :)
حذفXpernah stay vistana kuantan.. Tpi pernah stay kt vistana kl n penang.. Both are great.. For sure yg dekat kuantan pun ok kan... Nice review.. Kalah ke kuantan boleh la stay di sini
ردحذفthanks ya :)
حذفmenarik...nampak simple dan cantik. dapat plak kalau view pemandangan mcm ni..best la..
ردحذفbetul tu. simple tapi cantik pemandangan
حذفPergh. Bestnye korang join program MAHB dkt kuantan tu. Mesti meriah kan. Hotel istana ni 4 bintang eh
ردحذفmemang meriah program tu. in shaa Allah kalau ada peluang nak join lagi tahun 2020 ni :)
حذفRasa macam pernah je tidor kat hotel di Kuantan ni tapi mcm dah lama dah... mmg hotel terbaik dalam bandar.
ردحذفye ke, mungkin sebab dan renovate kut hotel ni :)
حذفCantik hotel nya. Dari luar lobi sampai masuk dalam bilik menarik. Simple je design tapi nampak kemas dan teratur.
ردحذفmenarik juga, hotel ni paling penting tentulah kena kemas, selesa, bersih. kalau cantik tu lagi bertambah rating
ردحذفNampak grand. Dari jauh dah nampak gah dengan bangunan warna putih. Yaya selalu ke Kuantan tapi belum pernah menginap di Vistana. Lepas ni boleh cuba stay sini.
ردحذفCantek hotel ni walaupun dah lama suka dengan deko kat dalam dia
ردحذفMenarik..dekat kuantan ye..tengok view dia pun indah..takde pool ke..
ردحذفaida sgt suka bilik hotel berkarpet. tak sejuk!
ردحذفnak tido mlm pun, bentang tilam kami, boleh tido.
nampak selesa.
sekali jer aida kuantan. tapi tak stay dulu. stay di gambang resort.
Cantik hotel ni..nanti kalau ke Kuantan boleh laa menginap disini
ردحذفCantik dn bersih bilik dia. Mcm ni.lah best, baru selesa kita nk tido. Lama.dh tak ke Kuantan, kalau gi nanti boleh le nginap di sini
ردحذفJust want to say your article is as astonishing. The clearness in your publish is simply nice and that i can suppose you are
ردحذفa professional in this subject. Well along with your permission let me to
grasp your feed to keep updated with coming near near post.
Thank you 1,000,000 and please continue the rewarding work.
Also visit my web site :: FREELANCE WEB DESIGN • WEB DEVELOPMENT • ECOMMERCE APPLICATIONS & SEO SERVICES in Kuala Lumpur
Vistana mmg ada kelas dia yg tersendiri...bonda selalu stay vistana kt penang...plg geram dgn bantal comel dia kt tengah2 tu...xnk plak dia jual...
ردحذفYang penting selesa, bersih dan family-friendly, children-friendly, ini criteria yang mouse mommy cari bila duduk kat hotel dan travelling. Thank you for sharing.
ردحذف