Travelogue Singapore DayTrip bersama Nourah Travel

Aerill Hassan
15


Assalamualaikum dan salam sejahtera

Travelog Singapore DayTrip bersama Nourah Travel

Apa khabar rakan-rakan dan pembaca semua. Selamat Tahun Baru 2020! Artikel pertama diterbitkan pada tahun 2020 ini adalah berkenaan Travelog Singapore DayTrip bersama Nourah Travel. Pada penghujung bulan November 2019 yang lalu, aku bersama rakan-rakan telah menyertai satu daytrip ke Singapura bersama Nourah Travel.


Ini merupakan pengalaman pertama kali aku ke luar negara. Walaupun tidaklah jauh mana, tapi pengalaman ke negara orang sememangnya salah satu yang aku inginkan dari dulu lagi. Alhamdulillah, terima kasih Nourah Travel kerana merealisasikan impian ini. Suka untuk diingatkan bahawa artikel kali ini sangat panjang dan penuh dengan gambar ya! Jemput membaca.

 --------

Perjalanan bermula dari KL Sentral untuk mereka yang dari Kuala Lumpur dan Lembah Klang, pada hari Jumaat malam kemudian tiba di R&R Gelang Patah, Johor untuk mandi dan solat subuh.  Untuk mereka dari Johor dan kawasan sekitar akan perjalanan akan bermula dari R&R ini.

Travelog Singapore DayTrip bersama Nourah Travel
Bergambar!

TEMPAT YANG DILAWATI

🚩 UNIVERSAL STUDIO SINGAPORE & SENTOSA ISLAND
🚩 MASJID SULTAN
🚩 BUGIS STREET & PRINCESS STREET
🚩 MERLION PARK & ESPLANADE
🚩 GARDENS BY THE BAY
🚩 MARINA BAY SANDS
🚩 LIGHT & WATER SHOW
🚩 SINGAPORE MRT


In shaa Allah aku akan ceritakan perjalanan sepanjang DayTrip ini dengan santai dan relaks. Semoga anda semua terhibur dengan penulisan aku. 

--------

UNIVERSAL STUDIO SINGAPORE & SENTOSA ISLAND
UNIVERSAL STUDIO SINGAPORE & SENTOSA ISLAND

Lokasi pertama setelah berhempas pulas, berkeringat peluh dan bergaduh dengan auntie ketika beratur di Imigresen Singapore selama beberapa jam adalah Sentosa Island dan juga Universal Studio Singapore (USS).

Pengalaman di Imigresen sememangnya sangat memenatkan, tapi selepas melihat pemandangan dan berada di Sentosa Island ni, terus hilang perasaan penat dan marah dengan auntie tu.

UNIVERSAL STUDIO SINGAPORE & SENTOSA ISLAND

Pertamanya aku sangat terkesima dengan warna air yang sangat biru. Bukanlah tempat lain air tak biru, tapi disini aku perasan airnya bersih! Untuk pengetahuan anda, daytrip ni sebenarnya tak masuk pun dalam Universal Studio Singapore tu, hanya bergambar kenangan di tempat yang famous tu sahaja. 

UNIVERSAL STUDIO SINGAPORE & SENTOSA ISLAND
Sempat bergambar

Untuk bergambar dengan cantik dan tanpa sebarang photoboom daripada orang ramai, anda kena ada photographer atau kawan yang bijak mengambil gambar. Tapi memang susah nak ambil gambar dekat kawasan ni tanpa di photoboom oleh orang ramai.

UNIVERSAL STUDIO SINGAPORE & SENTOSA ISLAND

UNIVERSAL STUDIO SINGAPORE & SENTOSA ISLAND
Travel Partner & Photographer Aku 😅

Disebabkan kamera dekat phone aku buruk, dan kawan aku ni, Izuan menggunakan Iphone, jadi boleh dikatakan semua gambar dalam artikel ni adalah daripada Iphone beliau. ( Boleh follow Izuan di Instagram @izuanfaiz_)

Kami di Sentosa Island dan Universal Studio Singapore (tak masuk dalam ya!) hanya dalam beberapa jam sahaja sebab lepas tu kena pergi tempat lain pulak. Cuaca di luar memang sangat cantik, tetapi panas yang amat! Setelah puas bergambar dan berpeluh-peluh, memang aku rasa semua peserta trip ni perlukan aircond bas! Haha.

MASJID SULTAN

MASJID SULTAN

Lepas sahaja ke Sentosa Island dan Universal Studio Singapore, perjalanan diteruskan ke Masjid Sultan, Arab Street dan Restoran Zam Zam untuk solat jamak zohor-asar dan juga makan. Tapi disebabkan aku dan Izuan masih kekenyangan. Kami solat di Masjid Sultan dan lepak di situ sementara yang lain pergi makan. Sempat jugak kami bergambar di masjid ini.

MASJID SULTAN

Memang ramai pengunjung di Masjid Sultan ni. Untuk pengetahuan anda, Masjid Sultan merupakan masjid tertua di Singapura!

MASJID SULTAN
Ruangan dalam masjid.


MASJID SULTAN

MASJID SULTAN
Sesi bergambar di luar kawasan masjid 😏

MASJID SULTAN

Selepas rakan-rakan yang lain selesai makan dan sebagainya, perjalanan diteruskan ke lokasi seterusnya. Sepanjang perjalanan tu aku sempat ambil gambar beberapa tempat menarik contohnya Gereja dan juga kedai-kedai di Singapura ni.

Travelog Singapore DayTrip bersama Nourah Travel

Travelog Singapore DayTrip bersama Nourah Travel


BUGIS STREET & PRINCESS STREET
BUGIS STREET & PRINCESS STREET

Lokasi seterusnya adalah syurga bagi mereka yang suka membeli belah iaitu di Bugis Street dan Princess Street. Pelbagai barangan termasuklah cendera hati, pakaian, makanan dan peralatan elektronik yang dijual di sini. Kalau bawa family aku ni, aku dapat bayangkan betapa banyaknya beg plastik yang akan dibawa pulang.

BUGIS STREET & PRINCESS STREET
Antara barangan yang dijual

BUGIS STREET & PRINCESS STREET
Di dalam kawasan tempat menjual

BUGIS STREET & PRINCESS STREET

BUGIS STREET & PRINCESS STREET
Bugis Food Street

BUGIS STREET & PRINCESS STREET
Yang mana bawa duit RM bolehlah tukar dekat sini


BUGIS STREET & PRINCESS STREET

Dekat sini anda kena pandai memilih kedai untuk dapatkan barangan murah! Ada kedai yang menjual barangan yang agak mahal. Seronok tengok ramai-ramai shopping macam-macam barang untuk dibawa balik ke Malaysia.

BUGIS STREET & PRINCESS STREET
Jodohkah itu?


MERLION PARK 

MERLION PARK

Setelah menempuh traffic jam selama beberapa jam, sempat  jugalah nak tidoq dalam bas haha, akhirnya kami semua sampai ke lokasi seterusnya. Salah satu lokasi wajib untuk mereka yang datang ke Singapore iaitu Merlion Park! Satu-satunya singa yang mengeluarkan air secara berterusan tanpa henti! (lawak sahaja)

MERLION PARK

Merlion Park ni antara kawasan yang sangat ramai pengunjung. Kalau nak bergambar, memang terima sahaja kalau dalam gambar anda ada photoboom daripada pengunjung yang lain. Tempat ni juga best untuk lepak petang-petang bersama keluarga.

MERLION PARK
Nampak tak? Gambar wajib diphotoboom orang lain.

Kalau sebelum ni selalu nampak rakan-rakan dekat Instagram dan Facebook bergambar dekat kawasan ini, alhamdulillah, akhirnya dapat juga aku jejakkan kaki disini.


MARINA BAY SANDS
MARINA BAY SANDS

Lepas sahaja puas bergambar di Merlion Park, rombongan kami terus berjalan ke Marina Bay Sands. Salah satu bangunan ikonik di negara Singapura! Kenapa ikonik? Sebab struktur bangunan yang unik, bahagian atas yang kelihatan seperti sebuah kapal layar mewah.

MARINA BAY SANDS
Pemandangan dari Merlion Park

Pemadangan Dari depan Marina Bay Sands


MARINA BAY SANDS

Lokasi seterusnya adalah Gardens By The Bay. Untuk ke sana perlu melalui bangunan Marina Bay Sands. Sempat jugalah tengok shopping mall yang sangat besar dan luas. Nak shopping dekat situ? Mungkin bukan sekarang. Haha. 

GARDENS BY THE BAY
GARDENS BY THE BAY

Satu lagi lokasi yang menjadi tumpuan pelancong dan pengunjung ialah Gardens By The Bay. Sebuah taman yang sangat cantik, unik dan sangat futuristik. Di sini kami hanya bergambar sahaja di sekitar kawasan ini. Kalau nak masuk ke aras atau jambatan di bahagian taman ini ada bayaran yang dikenakan.

GARDENS BY THE BAY
Suasana senja di Singapura. Sangat cantik bila bergambar di waktu ini. 

GARDENS BY THE BAY
Bergambar lagi!

GARDENS BY THE BAY
Cantik telur-telur ni.

GARDENS BY THE BAY

Disebabkan acara seterusnya iaitu Light & Water Show bermula lambat lagi, jadi aku dengan Izuan lepak di kawasan ni terlebih dahulu. Menyaksikan keindahan taman dan juga bangunan ikonik tersebut. 

Ada peserta rombongan yang tidak ke Gardens By The Bay sebab sudah penat berjalan. Ya, sampai sahaja ke lokasi ini, aku dapat rasakan kaki dan letih-letih, tapi sebab ini pengalaman yang jarang-jarang dapat, jadi aku gagahkan diri jugak.


LIGHT & WATER SHOW

LIGHT & WATER SHOWS

Lokasi terakhir iaitu menyaksikan Light & Water Show! Anda boleh lihat berapa ramai pengunjung yang menyaksikan pertunjukan ini. Ada yang dah tunggu dari petang lagi untuk menyaksikan pertunjukan sambil melihat pemandangan di Singapura.

LIGHT & WATER SHOWS

Alhamdulillah, setakat itu sahaja lokasi-lokasi yang sempat dikunjungi untuk sepanjang DayTrip bersama Nourah Travel. Tetapi, ada satu lagi tambahan pengalaman baru iaitu menaiki Singapore MRT. 

SINGAPORE MRT
SINGAPORE MRT

Sebenarnya menaiki MRT Singapore tiada dalam itinerary. Tetapi disebabkan bas yang dinaiki sepanjang trip ini tak dapat nak ambil di lokasi yang sepatutnya, rombongan kami perlu menaiki MRT dan ke stesen dimana bas tersebut dapat ambil dengan selamat dan tepat pada waktunya.

SINGAPORE MRT

SINGAPORE MRT

Tak ada beza sangat MRT di Singapura dan di Kuala Lumpur. Cuma yang membezakan adalah bagaimana Singapore Transit Map berfungsi. Memang pening jugaklah kalau ikut pada train transit map Singapore tu.

SINGAPORE MRT

SINGAPORE MRT
 Keadaan dalam MRT


------------------


Terima kasih diucapkan kepada Nourah Travel kerana menguruskan trip ini dengan jayanya. Semua perjalanan dari satu lokasi ke satu lokasi yang lain berjalan lancar walaupun pada hari tersebut  ada masalah kesesakan jalan raya, tapi berjaya diuruskan dengan jayanya.

Mengenai DayTrip ini, harga yg ditawarkan oleh pihak Nourah Travel adalah bermula dengan RM99 dari Johor Bahru manakala jika dari Kuala Lumpur harganya adalah RM 135 sahaja. Sangat berbaloi dan berpatutan kan!? 

Memang berbaloi menyertai DayTrip ni sebab banyak lokasi menarik yang sempat dilawati! Pada mulanya terfikir jugak, kalau day trip, sempat pergi ke mana sahaja? Rupanya banyak juga tempat yang boleh dilawati!

NOURAH TRAVEL

Nourah Travel

Nourah Travel

Untuk lihat gambar menarik dan juga maklumat lanjut mengenai Trip yang dibawakan oleh Nourah Travel, anda boleh terus ke laman Instagram mereka di @nourahtravel



SEKIAN

إرسال تعليق

15تعليقات

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


  1. Wah...menarik..murah pun murah kan..akak dah masukkan dalam wishlist..nanti nak pi jugak dengan anak dara akak..kalau boleh tahun ni jugak

    ردحذف
  2. Menariknya. Kak belum penah sampai ke singapore lagi 😚

    ردحذف
  3. tahun 2012 kut weols pergi USS, marina bay dgn garden of bay tu..tak sempat nak jelajah tempat lain..lepas weols pergi USS..balik JB..then esok masuk Spore balik..tak tau bila lagi nak pergi..insyallah kena penuhkan tabung travel hihi

    ردحذف
  4. Hehe akhirnyaaa dia dah ada passport! Yeayyy hahah..best kan gi Singapore ramai2

    ردحذف
  5. Wah.. Rm135 je dr kl? Murah sgt2 tu.. Dah la cover tempat best2... Mmg menarik sgt la kan... Teringin nak repeat blik spore.. Sbb hari tu pu mcm rushing sgt rasa

    ردحذف
  6. Nampak menarik juga ke Singapura ni. Ada telur2 tu cantik pulak nampak di waktu malam.

    ردحذف
  7. Hari tu pi tak dapat dekat dengan merlion yg keluar air tu sebab jalan ke situ tutup ada f1 katanya....ada rezeki nak pi lagilah ...syokkk ...dapat pulak beli air coklat yang takder jual kat Malaysia ....rugi beli speket jer sebab sedap sangat ....

    ردحذف
  8. Ok. Fine. Gambar I langsung takde. Sentap! Tak nak tegur 2 hari la kalau camni.

    ردحذف
  9. Dulu gi singapore pergi uss je. Tak jalan2 pon luar dari uss. Nanti nak repeat jalan2 singapore pulak

    ردحذف
  10. Nampak juga tawaran ke Spore ni dulu tapi memNg x dpt nak pg... tak penat kr sehari suntok. Kan lebih baik klu at least 2H1M jr...

    ردحذف
  11. Murah jugak pakej dia tu. Dan banyak jugak tempat yang boleh pergi dalam jangka masa yang boleh kata pendek tu

    ردحذف
  12. Bestnya! Akak suka sangat pi Singapore sebab murtabak mereka. Nanti nak plan ke sana lg.

    ردحذف
  13. Bestnya jalan2 kat singapore. Tapi pergi day trip je cukup ke masa nak jalan2 kat sana?

    ردحذف
إرسال تعليق

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Ok, Go it!