Espira Sri Petaling Perkenalkan Menu Baru dan Penjenamaan Semula Hotel

Aerill Hassan
13


Assalamualaikum dan salam sejahtera


Apa khabar buat rakan-rakan dan pembaca sekalian. Baru-baru ini aku berpeluang bersama dengan rakan-rakan blogger untuk menjamah dan mencuba menu baru yang diperkenalkan oleh Espira Sri Petaling yang dahulunya dikenali dengan nama Hotel Sri Petaling. Untuk ketahui lebih lanjut tentang penjenamaan semula hotel serta menu-menu yang ditawarkan, anda bolehlah baca artikel ini sehingga ke penamat ya. ✌😎



PENJENAMAAN SEMULA

Pada Ogos 2019, secara rasminya Hotel Sri Petaling telah dijenamakan kepada Espira Sri Petaling. Penjenamaan baru Espira Sri Petaling ini bertujuan untuk memperkenalkan identiti korporat dan imej baru kepada komuniti, pelanggan dan syarikat korporat yang disasarkan.


Espira Sri Petaling adalah salah sebuah hotel 3 bintang yang menyediakan 168 buah bilik hotel yang terdiri daripada Superior King/Twin, Family Standard, Family Superior, Family Deluxe, Junior Suite dan Executive Suite yang sesuai untuk urusan perniagaan dan penginapan. Diurus sepenuhnya oleh Attana Hotels & Resorts Sdn Bhd (dahulunya dikenali sebagai PNB Management Services Sdn Berhad) dan merupakan anak syarikat kepada Permodalan Nasional Berhad (PNB). ESP berlokasi di Bandar Baru Sri Petaling iaitu 2.7KM dari Stadium Nasional Bukit Jalil. Espira Sri Petaling hanya menawarkan harga yang berpatutan dengan servis dan makanan yang cukup memuaskan. 

PERKENALKAN MENU BARU

Bagi akhir tahun 2019, Espira Sri Petaling telah memperkenalkan hampir 50 menu baru dengan harga yang berpatutan dan jaminan makanan yang berkualiti dan lazat untuk tetamu yang bakal berkunjung ke ESP antaranya ialah Salmon Bakar (RM38) dan Caeser Salad dengan Salmon Salai (RM15). Bagi pengemar ikan salmon, dua (2) hidangan ini wajib dicuba bukan sahaja rasa yang enak tapi harga yang ditawarkan juga berpatutan. Daging Sirloin Panggang (RM35) dihidang bersama sos lada hitam, sayur yang ditumis bersama mentega, dan keledek goreng. 

Salmon Bakar (RM 38)


Caesar Salad & Salmon Bakar (RM 15)

Daging Sirloin Panggang (RM 35)

NZ Lamb Chop Panggang (RM40) dipanggang segar dan lembut dan dihidangkan dengan sos lada hitam, sayur yang ditumis bersama mentega dan kentang goreng. Ramai yang menyangka hidangan ini mencecah hampir ratusan ringgit. Tetapi, di Espira Sri Petaling menjanjikan kualiti yang terbaik setaraf dengan hotel bertaraf 5 Bintang.

NZ Lamb Chop Panggang (RM 40)


Untuk selera melayu, menu Daging Halia (RM15) pasti menambat hati pengunjung yang datang ke Dine Coffee House, ESP. Daging lembu yang ditumis sempurna dengan halia, daun bawang dan lada benggala dan dihidang bersama nasi putih. Selain itu, Sup Ekor (RM20) juga menjadi hidangan kegemaran ramai yang mana ekor lembu direneh selama 2 jam menjadikan sup tersebut masak sempurna bersama sayur dan herba terpilih. 

Daging Halia (RM 15)

Sup Ekor (RM 20)

Yang pertama di Sekitar Sri Petaling, Kacang Pool (RM12) makanan yang popular di Negeri Johor dibawa khas kepada anda yang berkunjung ke Sri Petaling. Daging cincang yang dimasak bersama kacang panggang dan kacang parang dihidang bersama roti benggali dan telur goreng.

Kacang Pool (RM 12)

ESP juga ada menawarkan masakan cina seperti Mee Sup Wantan (RM18), sup yang dimasak bersama hirisan ayam dan udang dihidang bersama mee telur halus dan sayur. Beef Stroganoff (RM22), fettuccine yang dihidangkan bersama sos berkrim campuran daging cincang dan sayuran.

Mee Sup Wantan (RM 18)

Beef Stroganoff (RM 22)

Tidak lengkap sekiranya tiada signature dish daripada ESP. Sajian istimewa yang menjadi signature di ESP iaitu Nasi Goreng Sri Petaling (RM20). Nasi yang digoreng sempurna dengan ramuan istimewa dihidang bersama sambal udang, ayam goreng dan acar sayur. Cili Padi Chicken Chop (RM18). Berbeza dengan Chicken Chop yang ada di luar, Espira Sri Petaling menyediakan sos sendiri dengan campuran istimewa dan cili padi yang pasti sedap dan lebih pedas sesuai dengan selera yang gemar akan masakan pedas. 

Nasi Goreng Petaling (RM 20)

Cili Padi Chicken Chop (RM 18)

Tidak ketinggalan juga untuk Espira Sri Petaling memperkenalkan pencuci mulut yang ringkas dan pasti memikat selera anda iaitu Puding Roti dan Mentega (RM5). Puding roti yang dihidangkan panas- panas bersama sos vanilla. 

Puding Roti & Mentega (RM 5)

Kunjungi Espira Sri Petaling di Dine Coffee House, Espira Sri Petaling yang beroperasi setiap hari dari jam 11.00pagi hingga 10.30malam dan memiliki sijil halal daripada JAKIM. 

Mari alaminya sendiri dengan lebih 80 jenis makanan dan minuman yang disediakan yang pasti menambat hati anda, keluarga dan rakan-rakan. 

ISTIMEWA UNTUK PEMBACA

Sehingga 31 Mac 2020, Espira Sri Petaling menawarkan promosi hebat iaitu "BUY 2 FREE 1' untuk semua ala carte menu dari jam 11.00 pagi hingga 10.30 malam. 

Anda hanya perlu like Facebook  Espira Sri Petaling - * tertakluk kepada terma dan syarat. 

Espira Sri Petaling dan tebus promosi 'BUY 2 FREE 1' 

ESPIRA SRI PETALING

Alamat: No. 30, Jalan Radin Anum, Bandar Baru Sri Petaling, 57000 Kuala Lumpur.

No Tel: 03-9058 2323 | WhatsApp: 011-3676 5641 
FB: Espira Sri Petaling 
IG: espirasripetaling Website: www.hotelsripetaling.my

SEKIAN

إرسال تعليق

13تعليقات

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


  1. walaupun tinggal di area klang valley, sesekali tidur di hotel pun seronok juga. specially anak-anak yang gemar mandi swimming pool. semua menu tu nampak menyelerakan

    ردحذف
  2. Thanks for sharing! This place looks nice with nice food! Yummmm..........

    ردحذف
  3. Wahwah!!!!!!!! Nampak cantik Dan lagi selesa dah now hotel. The food also looks good. Btw, long time x baca your blog Aerill. Hope you are doing good.

    ردحذف
  4. menarik.
    rebranding ke arah yg lebih baik.
    makanan pun aneka sgt dah tu. tak tau pe nak pilih.
    kacang pool pun dah masuk hotel la sekarang :) terbaik.

    ردحذف
  5. nampak lebih cantik dan lebih esklusif tempat ni. suka giler tengok hehehehe

    ردحذف
  6. Biasanya kalau rebrand ni mesti untuk improved semula. Kalau sedap macam ni makanan tengok, mesti sedap jugak rasa dia kan. Boleh masuk dalam list ni untuk short gateway

    ردحذف
  7. Kadang re-brand itu perlu sangat ! Tak silap hotel ni dah lama tapi bila buat penambahbaikan nampak serba baru . Teruja la nak singgah dan menu tu semua nampak menarik

    ردحذف
  8. Yer lah hotel ni dulu kita selalu lalu jer tapi masa tu namanya hotel sri petaling tapi sejak penjenamaan semula terus rasa teruja nak pergi memang cantik dan menarik makanan sedap-sedap belaka. Tapi sayang tak ada gambar kita dalam tu hurmmm...

    ردحذف
  9. Mmmmmm.... Nampak sedap semuanya! Pernah makan sini last year buka puasa. Semua food sedap dan suasana selesa. Dah branding baru hope lebih maju jaya!

    ردحذف
  10. Rajin dia perkenalkan menu baru. Sejak dah tukar nama ni i lom gi lagi sana.

    ردحذف
  11. menariknya menu. Sekali sekala best jugak kan datang makan kt sini

    ردحذف
  12. menariknya menu. Sekali sekala best jugak kan datang makan kt sini

    ردحذف
إرسال تعليق

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Ok, Go it!