Assalamualaikum dan salam sejahtera
PENGALAMAN SENDIRI
Setiap manusia pastinya mahukan perubahan di dalam hidup mereka ke arah yang lebih baik. Perubahan yang diinginkan pastinya sesuatu keadaan dimana kehidupan yang lebih bahagia, selesa dan kewangan yang lebih mantap. Bohonglah sekiranya ada orang yang inginkan perubahan yang tidak baik. Baru-baru ini aku telah menyertai satu program yang sangat memberi kesedaran dan ilmu tentang mengubah diri. Program tersebut adalah Program Nak Ubah Hidup (NUH) #NUH2020 yang berlangsung di Setia City Convention Centre.
Oh ya, ini merupakan kali kedua aku menyertai program yang sama. Pada tahun lepas aku telah menyertai program yang sama, di tempat yang sama tetapi pengalaman yang berbeza. Anda boleh lihat artikel untuk program Nak Ubah Hidup 2019 di link dibawah.
PROGRAM NAK UBAH HIDUP (NUH) 2020
Program Nak Ubah Hidup (NUH) 2020 adalah program 3 hari berturut-turut bagi membantu usahawan atau bakal usahawan untuk tingkatkan tahap potensi diri, tahap kehidupan dan tahap kewangan melalui bisnes yang berjaya dan menguntungkan. Dalam 3 hari program ini, seramai 13,000 peserta dari seluruh Malaysia, Brunei dan Singapura telah membanjiri Setia City Convention Center (SCCC) dari pagi hingga ke malam.
Selama 12 tahun (2008 – 2020) dalam menganjurkan program dengan tujuan yang sama, kami dapat lihat semakin ramai orang tahu dan faham bahawa hanya dengan perniagaan ia dapat membantu mereka meningkatkan tahap pendapatan mereka. Namun, masih terdapat juga yang memulakan dan menjalankan perniagaan tanpa ilmu yang betul di dada. Mereka tidak tahu hala tuju sebenar untuk berniaga.
Akibat daripada kegagalan itu, ramai usahawan tidak mampu bertahan sehingga 3 tahun pertama dalam perniagaan. Ada ramai yang gulung tikar, mengalami kerugian dan ramai juga yang terpaksa menanggung beban muflis akibat perniagaan tidak berjalan lancar seperti yang diinginkan. Dengan ini, RichWorks International bersama pengasas Dr Azizan Osman sedar bahawa ramai yang memerlukan bantuan. Ini kerana Dr Azizan sendiri pernah melalui liku hidup yang sukar dalam membangunkan perniagaan dan pernah bermula dengan hanya menjual sabun dan kelapa serta gagal dalam perniagaan dan ini merupakan satu peluang untuk beliau cuba bantu lebih ramai orang betapa pentingnya ilmu untuk mengubah hidup ke arah yang lebih baik.
Hasil daripada bimbingan beliau, ribuan usahawan yang pernah dibimbingnya berjaya mendapatkan hasil jualan di luar jangkaan. Dengan misi untuk membantu dan membangkitkan usahawan Melayu, bangsa usahawan (BANGSAWAN), ramai pelajarnya datang dari beberapa pelusuk negeri. Ada yang datang dari Kota Tinggi, Johor, Terengganu, Port Dickson dan pelbagai lagi negeri lain. Hal ini juga membuktikan yang usahawan dari luar bandar juga boleh dibantu dan dibina. Produk dan perkhidmatan yang mereka berniaga pun hanya biasabiasa saja. Ada yang menjual baju kurung, kek, dan ada yang masak char kuey teow saja dah boleh dapatkan hasil jualan jutaan ringgit.
KONGSI KISAH KEJAYAAN
Antara peserta yang Dr Azizan Osman bantu dan berkongsi kisah kejayaan mereka dalam satu sesi forum adalah Eriyca Baiduri dari Noir Health & Beauty. Beliau memulakan bisnes pada tahun 2017 pada ketika FB Live sedang menjadi trending. Beliau mula sharing tips-tips kecantikan walaupun ketika itu beliau tidak tahu apa-apa tentang FB Live. Tapi dalam masa sebulan Followers beliau terus naik dari 10 orang ke 8,000 orang. Beliau mula menuntut ilmu marketing dalam program RichWorks iaitu Millionaire Marketing Mastery (MMM) dan seterusnya menjadi salah seorang ahli Titanium (sebuah program Menthorship, bimbingan secara dekat dengan Dr Azizan Osman). Hasilnya dari sales RM3.2 juta pada 2018 naik kepada RM18.3 juta pada 2019. Selain itu, beliau juga mempunyai seramai 3,000 ejen dan 120 stokis di seluruh Malaysia. Apa yang paling menarik, beliau turut menghadiahkan sebuah kereta Mercedes-Benz kepada stokis beliau yang berjaya capai hasil jualan yang wow!
Seterusnya, Siti Noor Sabrina Mamasab Bakery yang menjalankan perniagaan membuat kek sahaja telah mencapai hasil jualan luar biasa pada tahun 2019, RM15.4 juta berbanding 2018, RM5.1 juta. Bisnes beliau yang hanya bermula dari rumah atas dasar ‘suka-suka’ ini rupanya menjadi punca rezeki untuk beliau capai sales jutaan ringgit. Kini beliau mempunyai ejen seramai 3,000 orang. Hasil bimbingan Dr Azizan Osman juga, perniagaannya lebih terurus dan segala selok-belok perniagaannya dipimpin dan dipantau oleh MenThor mereka. Bekas radiographer di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) ini juga berjaya dalam masa 2 tahun dah ada 7 cawangan. Malah beliau turut menerima award Nona Best Growing F&B Business Award dan 100 Top Young CEO 2019.
Rosli Ismail dari Oli Collection ini hanya menjual cadar sahaja. Beliau telah menjalankan perniagaan selama 20 tahun, namun stuck dalam bisnes dan bisnes beliau tak boleh pergi jauh. Pada tahun 2016 sehingga 2018 sales beliau menurun. Bukan itu sahaja, beliau juga turut mengalami pelbagai cabaran
dalam perniagaan. Sebelum beliau menjadi ahli Titanium, sales beliau hanya RM4 juta sahaja dalam masa 20 tahun berbisnes. Sejak mendapat bimbingan dari Dr Azizan Osman, pada 2019 sales beliau telah mencapai RM13.3 juta dan mempunyai 300 orang stokis. Beliau juga berjaya membina semula sebuah Maahad Tahfiz Sains Oli yang telah hampir tutup sebelum ini. Dari ketiga-tiga kisah inspirasi dan sukses ini, apa yang dapat disimpulkan adalah dengan adanya MenThor, Ilmu dan juga Tindakan dari usahawan ini, mereka berjaya capai hasil jualan yang tinggi. Program yang dianjurkan oleh RichWorks ini juga akan membantu usahawan-usahawan untuk tidak hanya mencapai hasil jualan yang biasa-biasa malah yang lebih luar biasa. Ini juga membuktikan usahawan Melayu turut boleh berjaya dalam perniagaan.
PENGALAMAN SENDIRI
Pengalaman aku sepanjang menyertai program Nak Ubah Hidup (NUH) 2020 ni merupakan pengalaman yang tak dapat dilupakan. Ya, walaupun aku bukan seorang ahli perniagaan, tetapi informasi dan ilmu yang diberikan sangat berguna untuk aku melakukan kerja-kerja seharian. Ilmu yang diberikan dan dikongsi bukanlah hanya pada perniagaan sahaja tetapi dari segi bagaimana menguruskan hal seharian.
Selain itu, aku seronok melihat begitu ramai orang yang bersemangat nak ubah kehidupan mereka ke arah yang lebih baik. Siapa kata anak melayu malas? Mungkin yang datang pada program ini adalah anak melayu yang rajin-rajin belaka manakala yang malas semuanya tak datang. (Of courselah)
Kepada yang nak sertai program Nak Ubah Hidup berikutnya, anda boleh ke laman web yang tertera dibawah. :-
Sekian
Tahniah berjaya sampai ke seminar macam ni..sebab dulu pun Sis memang tak pernah miss pergi kelas seminar FREE Dr Azizan ni...berbaloi dapat ilmu dan aura positif dia...
ردحذفalhamdulillah. memang banyak ilmu. makin bersemangat lepas habis program ni : )
حذفNampak dekat Twitter, Tun M buat surprise datang NUH 2020. Best la yang join program ni, makin semangat dapat tengok PM support supaya terus usaha ubah nasib hidup.
ردحذفWow!!!!!! What a good programme you participated. Apa yg best skali you dpt jumpa our PM Tun M. Hope you had fun and gain knowledge.
ردحذفkita memang perlukan motivasi macam ni untuk support niat untuk ubah hidup ke arah yang lebih baik. bila lihat ramai yang bermotivasi automatik kita juga akan berlumba untuk capai impian kan
ردحذفbest yer dapat join event ni. plan nak join gak, tapi xde rezeki sebab ada hal lain.maybe next time boleh join
ردحذفBestnye dapat pergi seminar ni. Dapat tengok real audiences yang sangat ramai. Yg pnting dpt jumpa org hebat dan gali ilmu.
ردحذفseronok kan pergi program NUH ni. Zul pergi haritu dapat banyak input yang berguna untuk keyakinan diri dalam memulakan perniagaan.
ردحذفBagus sertai seminar ni, dapat memberi semangat kepada kita yang kadang2 rasa selesa dengan kebiasaan kita setiap hati sehingga kita tak nak berubah menjadi lebih baik dr sekarang..
ردحذفwow good opportunity dapat join program macam ni. Dalam kita join program, pada masa yang sama kita dapat belajar banyak benda tentang hidup. So impress bila baca posting blog ni.
ردحذفBanyak ilmu yg kita dapat dengan menghadiri prog mcm ni. Terutama ke arah nak ubah ke lebih baik
ردحذفSeronoknya dapat pegi. Tarikh clash plak aritu dengan program lain. Kalau ada lagi DAO buat nak pegi. Tak pernah join lagi mana2 yg DAO buat
ردحذفPerghh 13,000 orang tu yang datang. Bagusnya program NUH 2020 ni. Semoga dengan adanya program macam ni dapat membakar semangat para usahaawan untuk berjaya
ردحذفbagusnya pergi NUH 2020, mesti berkobar-kobar semangat nak berjaya kan. tambah lagi bila ramai-ramai dengan peserta lain lagi membara azam nak berjaya
ردحذفJelesnyaaa... I menyesal la tak join program ni! Next time ada lagi memang taknak lepaskan peluang!
ردحذفPenuh sepenuhnya dewan tu kan. Bestnya dapat ilmu yg bermanfaat utk ubah hidup masing2 terutamanya usahawan baru
ردحذفseminar mamcam ni sebanarnya banyak memberi motivasi untuk usahawan. buat mereka labih rajin dan inovatif
ردحذفbestnya dapat join program motivasi macam ni. mesti banyak sangat ilmu2 yang menarik yang korang semua dah dapat kan. jelous pulak rasa. nak join program macam ni bukan senang. harga pun not bad.
ردحذفBest dapat pi sini. Dapat juga ilmu kehidupan ni. Qis suka aura Dr. Azizan Osman. Harap 2020 ni terbaik buat kita.
ردحذفWah.. Untung lah boleh join program ni..semoga lebih berjaya lpas ni.. Bukan kaleng2 dpt pergi ni
ردحذف