COVID19 : Kerajaan Umum Perintah Kawalan Pergerakan Selama 14 Hari

Aerill Hassan
2


Assalamualaikum dan salam sejahtera




Kerajaan memutuskan untuk melaksanakan Perintah Kawalan  Pergerakan, mulai 18 Mac 2020, iaitu lusa hingga 31 Mac 2020, di seluruh negara. Perintah  kawalan ini dibuat di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 dan Akta Polis 1967

Perintah Kawalan Pergerakan ini meliputi;

Pertama :

Larangan menyeluruh pergerakan dan perhimpunan ramai di seluruh negara termasuk aktiviti keagamaan, sukan, sosial dan budaya. Untuk menguatkuasakan larangan ini, semua rumah ibadat dan  premis perniagaan hendaklah ditutup, kecuali pasaraya, pasar awam, kedai runcit dan kedai serbaneka menjual barangan keperluan harian. Khusus untuk umat Islam, penangguhan semua aktiviti keagamaan di masjid dan surau termasuk Solat Jumaat adalah  selaras dengan keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Muzakarah Khas yang telah bersidang pada 15 Mac 2020.

Kedua :

Sekatan menyeluruh semua perjalanan rakyat Malaysia ke luar negara. Bagi yang baru pulang dari luar negara, mereka dikehendaki menjalani  pemeriksaan kesihatan dan melakukan kuarantin secara sukarela ( atau self quarantine) selama 14 hari.

Ketiga :

Sekatan kemasukan semua pelancong dan pelawat asing ke dalam negara.

Keempat :

Penutupan semua taska, sekolah kerajaan dan swasta termasuk sekolah harian, sekolah berasrama penuh, sekolah antarabangsa, pusat tahfiz dan lain-lain institusi pendidikan rendah, menengah dan pra-universiti.

Kelima :

Penutupan semua institusi pendidikan tinggi (IPT) awam dan swasta serta institus latihan kemahiran di seluruh negara 

Keenam:

Penutupan semua premis kerajaan dan swasta kecuali yang terlibat dengan perkhidmatan  penting negara (atau essential services) iaitu air, elektrik, tenaga, telekomunikasi, pos, pengangkutan, pengairan, minyak, gas, bahan api, pelincir, penyiaran, kewangan, perbankan, kesihatan, farmasi, bomba, penjara, pelabuhan, lapangan terbang, keselamatan, pertahanan, pembersihan, peruncitan dan bekalan makanan.


Sekian


إرسال تعليق

2تعليقات

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


  1. Mudah2an dapat mengurangkan penularan wabak COVID-19 ini dalam kalangan rakyat Malaysia

    ردحذف
  2. I really appreciate the kind of topics you post here. Thanks for sharing us a great information that is actually helpful. Good day! ffp2 mask suppliers china

    ردحذف
إرسال تعليق

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Ok, Go it!