Assalamualaikum dan salam sejahtera
JIKA SYAITAN DIRANTAI KETIKA RAMADHAN, KENAPA GANGGUAN MAKHLUK HALUS MASIH ADA?
JIKA SYAITAN DIRANTAI KETIKA RAMADHAN, KENAPA GANGGUAN MAKHLUK HALUS MASIH ADA?
Mungkin ada yang tidak memikirkan perkara sebegini, tapi sebenarnya agak merungsingkan juga bila mana melihat ada kisah-kisah diganggu makhluk halus dan sebagainya ketika bulan ramadhan. Ada juga yang disihir, terkena buatan orang dan sebagainya, bukankah semuanya berpunca dari pada syaitan?
Jadi, untuk menjawab persoalan yang tidaklah berat ini tetapi agak mengelirukan, Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan ada menjawab persoalan ini dengan padat dan begitu jelas.
-------
Soalan: Jika benar syaitan dirantai, mengapakah masih ada kejadian gangguan makhluk halus dalam bulan Ramadhan?
Jawapan:
Alhamdulillah, segala puji dan syukur dipanjatkan kepada Allah S.W.T. Selawat dan salam kami ucapkan ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W, para isteri dan keluarga baginda, para sahabat, seterusnya golongan yang mengikuti jejak langkah baginda sehingga hari kiamat.
Pertanyaan ini mungkin berpunca daripada dua buah hadith daripada Abu Hurairah RA, bahawa Nabi SAW bersabda:
إِذَا دَخَلَ شَهْرُ رَمَضَانَ فُتِّحَتْ أَبْوَابُ السَّمَاءِ، وَغُلِّقَتْ أَبْوَابُ جَهَنَّمَ، وَسُلْسِلَتِ الشَّيَاطِينُ
Maksudnya: “Apabila datangnya Ramadhan maka dibuka pintu-pintu syurga, ditutup pintu-pintu neraka dan dibelenggu syaitan-syaitan.”
(Riwayat al-Bukhari, no. 1899)
Dalam riwayat Muslim, no. 1079, disebutkan (وَصُفِّدَتِ الشَّيَاطِينُ)
Menurut al-Hafiz Ibn Hajar al-‘Asqalani: “...Berdasarkan sebahagian pandangan, yang dimaksudkan syaitan dalam hadith ini merujuk kepada sebahagiannya, iaitu mereka yang ganas lagi menentang (bukan semua syaitan). Sebab itulah Ibnu Khuzaimah membuat judul bab dalam kitab Sahihnya untuk hadis berkaitan, lalu beliau menyebutkan hadis diriwayatkannya sendiri dan juga diriwayatkan oleh at-Tirmidzi, an-Nasaa’i, Ibnu Majah, dan al-Hakim... (sebagaimana di atas).” (Lihat Fath al-Bari, 4/114)
Jika diteliti, terdapat satu bab dalam Sahih Ibn Khuzaimah yang dinamakan:
بَابُ ذِكْرِ الْبَيَانِ أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِنَّمَا أَرَادَ بِقَوْلِهِ: «وَصُفِّدَتِ الشَّيَاطِينُ» مَرَدَةُ الْجِنِّ مِنْهُمْ، لَا جَمِيعَ الشَّيَاطِينِ «إِذِ اسْمُ الشَّيَاطِينِ قَدْ يَقَعُ عَلَى بَعْضِهِمْ
Maksudnya: “Bab penjelasan terhadap apa yang dimaksudkan dengan Sabda Nabi SAW: ‘Dan dibelenggulah syaitan-syaitan yang ganas (atau besar).” Bukan merujuk kepada seluruh syaitan kerana sebutan (atau istilah) syaitan-syaitan adakalanya digunakan untuk sebahagian dari mereka.” (Lihat Sahih Ibn Khuzaimah, 1/188)
Syeikh Anwar al-Kashmiri menyebut: “(Dibelenggu syaitan-syaitan) di sisi riwayat Tirmidzi: Jin yang ganas. Justeru, tidak lazim bahawa dirantai keseluruhannya.” (Lihat Faidh al-Bari 'ala Sahih al-Bukhari, 3/327)
Menurut Imam al-Qurtubi sebagaimana yang dinukilkan oleh Imam Ibn Hajar al-‘Asqalani,
“Sesungguhnya gangguan syaitan hanya berkurang terhadap orang-orang berpuasa yang memelihara syarat-syarat puasa dan adab-adabnya. Atau yang dibelenggu hanya sebahagian syaitan sahaja, iaitu yang ganas dari kalangan mereka, bukan semuanya sebagaimana dinyatakan dalam sebahagian riwayat. Atau yang dimaksudkan adalah berkurangnya kejahatan dalam bulan Ramadhan, dan ini merupakan perkara yang dapat dirasakan, di mana kejahatan ketika bulan Ramadhan lebih sedikit jika dibandingkan dengan bulan-bulan selainnya…” (Lihat Fath Al-Bari 4/114)
Baca Juga : [ Tanda Gangguan Saka Dalam Diri Anda ]
KESIMPULAN
Berdasarkan apa yang telah dinyatakan di atas, kami cenderung bahawa maksud syaitan yang dibelenggu itu adalah:
👉Hanya sebahagian syaitan sahaja yang dibelenggu iaitu yang besar atau ganas (مَرَدَةُ الْجِنِّ) manakala selebihnya masih ada.
👉Ia juga membawa maksud syaitan tidak bebas menggoda orang-orang yang beriman berbanding bulan-bulan yang lain.
Gangguan boleh dielakkan dengan memperbanyakkan ibadah dalam bulan Ramadhan seperti amalan puasa itu sendiri, membaca al-Qur’an, berzikir dan sebagainya. Ibn Hajar al-‘Asqalani menukilkan dari al-Hulaimi yang menyatakan maksud dibelenggu itu mengandungi makna para syaitan tidak dapat sampai memberi ujian/godaan kepada umat Islam sepertimana di luar bulan Ramadhan disebabkan umat Islam menyibukkan diri dengan berpuasa yang berperanan melemahkan syahwat, demikian juga mereka sibuk dengan membaca al-Quran dan berzikir. (Lihat Fath al-Bari, 4/114)
Dalam masa yang sama, kami juga mencadangkan kepada mereka yang berhadapan dengan individu yang mengalami gangguan sebegini untuk merujuk juga kepada pakar perubatan kerana kemungkinan ia berkait rapat dengan masalah psikiatri dan bukannya gangguan makhluk halus semata-mata.
Sekian
Artikel Berkaitan : [ Cara Lindungi Diri Anda Daripada Terkena Sihir ]
Sumber : Mufti Wilayah Persekutuan | Google Image
Janganlah kita membaca maksudnya padabluaran shj tetapi mendalaminya. Ya syaitan bukan bermaksud makhluk tetapi syaitan juga terselindung di sebalik perbuatan taj gitu... bergantung pd iman kita samada kuat atau tidak.
ردحذفBetul juga, tertanya-tanya, kenapa masih ada juga syaitan time pose ni kann...sebab itu kita kena istiqomah lebih lagi dan bertaqwa kepadaNya dengan penuh khusyuk...moga kita semua dilindungi dari syitan iblis..
ردحذفsyaitan dibelenggu atau tidak, kita patutnya beriman kepada Allah. sentiasa berbuat baik. jangan sentiasa salahkan syaitan bila dah berbuat dosa
ردحذفTerima kasih Aerill atas pencerahan ni. Dari kecil lagi duk ingat bulan puasa, semua syaitan dirantai. Rupanya tidak ya. Ada sebahagian dirantai, ada yang tak.
ردحذفBaru faham.
Banyakkan amalan yang mendekatkan diri pada Allah agar terhindar gangguan syaitan. InsyaAllah.
Terima kasih atas perkongsian yg sungguh jelas ini. Kdgw tertanya juga, barulah faham skrg ni. Moga kita terhindar dari gangguan syaitan dn marilah kita perbanyakkan amal ibadat pada bulan yg mulia ini
ردحذفSemoga kita dilindungi allah selalu. Terima kasih atas perkongsian ini.
ردحذفBaru kita tahu yang bulan ramadhan ni bukan semua syaitan dirantai. Rupanya ada sebahagian dirantai dan ada sebahagian tidak yaa. Moga kita dilindungi dan terhindar dari sebarang gangguan pada bulan mulia ini. Semoga kita tidak lepas untuk memperbanyakkan amal ibadat
ردحذفbagus ni. perkongsian yang sangat baik tentang hal sebegini. ramai yang confius sebenarnya.
ردحذفDari kecik lagi sering dimomokan dengan bulan puasa tak de hantu ngn syaitan. Sebab dah diikat.
ردحذفDapat pencerahan dari artikel ni. Thabks aerill 😊
terima kasih untuk perkongsian ni aeril.. kadang2 tertanya jugak tapi ni dah jelas dah..
ردحذفTerima kasih atas perkongsian ini, bertambah satu ilmu pengetahuan hari ini tentang syaitan yang dirantai ketika Ramadhan
ردحذفthanks perkongsian ini. kadang tu diri sendiri yang sakit emosi, kita ingat gangguan halus ya dak. apapun jaga diri masing2 ya
ردحذفOhh terima kaaih atas perkongsian ini. Ramai yg keliru juga tentang ni
ردحذف