Assalamualaikum dan salam sejahtera
🌙Syahrun Azhim (Bulan Yang Agung)
🌙Syahrul Mubarak (Bulan Keberkatan)
🌙Syahru Nuzulil Qur’an (Bulan Quran Diturunkan)
🌙Syahrus Siyam
🌙Syahrul Qiyam
🌙Syahrus Sabr (Bulan Sabar)
🌙Syahrul Musawwah (Bulan Santunan)
🌙Syahrul Yuzdaadu fiihi Rizqul Mu’min (Bulan Rezeki Untuk Orang2 Mukmin)
KELEBIHAN DAN KEISTIMEWAAN BULAN RAMADHAN | Apa khabar buat semua pembaca dan rakan-rakan sekalian? Dalam beberapa hari atau minggu sahaja lagi kita akan memasuki bulan Ramadhan dimana kita akan berpuasa dan seterusnya menyambut Hari Raya Aidilfitri. Tetapi kali ini aku bukanlah nak berkongsi tentang Aidilfitri, tetapi khusus buat bulan Ramadhan.
Kalau sebut bulan Ramadhan, apa yang akan terlintas dalam minda anda? Kalau aku, apa yang terlintas adalah terawih, puasa, makanan dan bazar. Haha, bagaimana dengan anda? Tapi rasanya tahun 2020 ini Ramadhan yang bakal terjadi akan berbeza kerana banyak negeri yang mula membatallkan bazar Ramadhan. Manakal solat terawih di surau atau masjid pula tidak pasti statusnya. Jadi tanpa melengahkan masa, jom kita lihat Kelebihan dan Keistimewaan Bulan Ramadhan.
KELEBIHAN DAN KEISTIMEWAAN BULAN RAMADHAN
Menjelang bulan Ramadhan, Rasulullah SAW pernah bersabda: “Telah datang kepadamu bulan Ramadhan, bulan keberkahan, AIlah mengunjungimu pada bulan ini dengan menurunkan rahmat, menghapus dosa-dosa dan mengabulkan doa. Allah melihat berlomba-lombanya kamu pada bulan ini dan membanggakanmu kepada para malaikat-Nya, maka tunjukkanlah kepada Allah hal-hal yang baik dari dirimu, kerana orang yang sengsara ialah yang tidak mendapatkan rahmat Allah di bulan ini.” (HR At-Thabrani)
Rasulullah SAW juga pernah bersabda: “Wahai segenap manusia, telah datang kepada kalian bulan yang agung penuh berkah bulan yang di dalamnya terdapat satu malam yang nilainya lebih baik dari seribu bulan. Allah menjadikan puasa di siang harinya sebagai kewajiban, dan qiyam di malam harinya sebagai sunnah. Barangsiapa menunaikan ibadah yang difardhukan, maka pekerjaan itu setara dengan orang mengerjakan 70 kewajiban. Ramadhan merupakan bulan kesabaran dan balasan kesabaran adalah syurga. Ramadhan merupakan bulan santunan, bulan yang di mana Allah melapangkan rezeki setiap hamba-Nya. Barangsiapa yang memberikan hidangan berbuka puasa bagi orang yang berpuasa, maka akan diampuni dosanya, dan dibebaskan dari belenggu neraka, serta mendapatkan pahala setimpal dengan orang yang berpuasa tanpa mengurangi pahala orang berpuasa tersebut.” (HR Khuzaimah)
Artikel Berkaitan : [ 5 Waktu yang Dilarang untuk Solat serta Penjelasannya ]
Sambutan Nabi Muhammad SAW ini merupakan teladan bagi umatnya dalam menghadapi datangnya bulan Ramadhan. Sambutan hangat penuh kegembiraan yang Baginda sampaikan menunjukkan perlunya tarhib Ramadhan seperti khutbah Rasulullah SAW ini diamalkan secara bersungguh-sungguh oleh kaum Muslimin. Jika ada satu ketika di mana pemimpin negara menyampaikan pidatonya, tentulah saat tersebut bukan saat biasa. Itu sebuah program terpenting dengan saat paling istimewa. Demikian pula dengan bulan Ramadhan yang penuh dengan keunggulan dan kemuliaan.
Dari hadis tersebut, Rasulullah SAW menyebutkan 8 keistimewaan bulan Ramadhan dibandingkan bulan-bulan yang lain, iaitu:
🌙Syahrul Mubarak (Bulan Keberkatan)
🌙Syahru Nuzulil Qur’an (Bulan Quran Diturunkan)
🌙Syahrus Siyam
🌙Syahrul Qiyam
🌙Syahrus Sabr (Bulan Sabar)
🌙Syahrul Musawwah (Bulan Santunan)
🌙Syahrul Yuzdaadu fiihi Rizqul Mu’min (Bulan Rezeki Untuk Orang2 Mukmin)
1. Syahrun Azhim (Bulan Yang Agung)
‘Azhim’ digunakan untuk menunjukkan kekaguman terhadap kebesaran dan kemuliaan sesuatu. Sesuatu yang diagungkan Rasulullah SAW tentulah memiliki nilai yang jauh lebih besar dan sangat mulia dengan sesuatu yang diagungkan oleh manusia biasa. Alasan mengagungkan bulan Ramadhan adalah kerana Allah SWT juga mengagungkan bulan ini. Firman Allah SWT: “Demikianlah (perintah Allah SWT). Dan barangsiapa mengagungkan syiar-syiar Allah, maka sesungguhnya itu timbul dari ketaqwaan hati.” (QS Al-Hajj: 32)
Ramadhan diagungkan oleh Allah SWT kerana pada bulan inilah Allah SWT mewajibkan puasa sebagai salah satu dari lima rukun Islam. Allah Yang Maha Pemurah Penyayang telah menetapkan dan mensucikan bulan ini dan kemudiannya memberikan segala kemurahan, kasih sayang, dan kemudahan bagi hamba-hamba yang ingin mendekatkan diri kepada-Nya.
2. Syahrul Mubarak (Bulan Keberkatan)
Bulan ini penuh keberkatan dan manfaat. Detik demi detik di bulan Suci ini bagaikan rangkaian berlian yang sangat berharga bagi orang beriman kerana semua perbuatan kita ketika berpuasa menjadi ibadah berpahala yang balasannya langsung dari Allah SWT. Amal baik sekecil mana sekalipun akan dilipatgandakan asalkan ikhlas.
Keberkatan bulan Ramadhan secara kasar dibahagikan kepada 3 bahagian, iaitu 10 malam pertama yang dipenuhi rahmat Allah SWT, 10 malam berikutnya diisi dengan pengampunan (maghfirah), manakala 10 malam terakhir merupakan pembebasan manusia dari api neraka. Keberkatan yang Allah SWT berikan ini akan dicapai sekiranya kita menggunakan waktu yang terhad untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT sebagaimana saranan Rasulullah SAW.
Sabda Rasulullah SAW: “Setiap amal yang dilakukan anak Adam adalah untuknya, dan satu kebaikan dibalas sepuluh kali lipatnya bahkan sampai tujuh ratus kali lipat. Allah Ta'ala berfirman: “Kecuali puasa, itu untuk-Ku dan Aku yang langsung membalasnya. la telah meninggalkan syahwat, makan dan minumnya kerana-Ku.” Orang yang berpuasa mendapatkan dua kesenangan,iaitu kesenangan ketika berbuka puasa dan kesenangan ketika berjumpa dengan Tuhannya. Sungguh, bau mulut orang berpuasa lebih harum daripada aroma kasturi.” (HR Bukhari dan Muslim)
Artikel Berkaitan : [ Fadhilat Solat Sunat Terawih ]
3. Syahru Nuzulil Qur’an (Bulan Quran Diturunkan)
Allah SWT mengistimewakan Ramadhan sekaligus menyediakan sasaran terbesar, iaitu menjadikan Al-Quran sebagai pedoman hidup. Firman Allah SWT: “Bulan Ramadhan, bulan yang di dalamnya diturunkan Al-Quran sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk itu dan furqan (pembeda di antara yang hak dan yang batil). Kerana itu, barangsiapa di antara kamu hadir di bulan itu, maka hendaklah ia berpuasa di bulan itu, dan barangsiapa sakit atau dalam perjalanan (lalu ia berbuka), maka (wajiblah baginya berpuasa), sebanyak hari yang ditinggalkannya itu, pada hari-hari yang lain. Allah menghendaki kemudahan bagimu, dan tidak menghendaki kesukaran bagimu. Dan hendaklah kamu mencukupkan bilangannya dan hendaklah kamu mengagungkan Allah atas petunjuk-Nya yang diberikan kepadamu, supaya kamu bersyukur.” (QS Al-Baqarah: 185)
Ayat di atas menjelaskan bahawa tujuan utama amalan pada bulan Ramadhan ialah membentuk insan bertakwa yang menjadikan Kitabullah sebagai manhajul hayat (pedoman hidup). Dapat dikatakan bahawa Ramadhan tidak dapat dipisahkan dengan Al-Quran. Rasulullah SAW menerima wahyu pertama pada bulan Ramadhan dan di setiap bulan Ramadhan, Malaikat Jibril AS akan datang sehingga dua kali untuk menguji hafalan dan pemahaman Rasulullah SAW terhadap Al-Quran.
4. Syahrus Siyam
Firman Allah SWT: “Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa.” (QS Al-Baqarah: 183)
Dari awal hingga akhir bulan Ramadhan kita menegakkan satu dari 5 rukun (tiang) Islam yang sangat penting, iaitu shaum (puasa). Kewajiban berpuasa adalah penting sebagaimana kewajiban solat 5 waktu. Maka sebulan penuh seseorang Muslim menumpukan diri beribadah sebagaimana dia mendirikan solat Subuh atau Maghrib yang memakan waktu beberapa minit sahaja. Puasa Ramadhan dilakukan tiap hari dari terbit fajar sehingga terbenam matahari (Maghrib). Siyam bermaksud menahan diri dari makan, minum dan berjimak serta segala macam maksiat di siang hari mulai dari terbit fajar hingga terbenamnya matahari. Jadi, untuk mencapai kesempurnaan puasa, selain menahan diri dari makan, minum dan jimak, kita juga perlu menahan diri dengan meninggalkan perbuatan maksiat dan yang makruh.
5. Syahrul Qiyam
Bulan Ramadhan menggalakkan umat Islam untuk melakukan amalan orang-orang soleh seperti solat dan membaca Al-Quran. Di bulan Ramadhan, setiap mukmin sangat dianjurkan melakukan solat tarawih dan witir sebagai latihan agar mampu mengamalkan qiyamullail di luar bulan Ramadhan.
Sabda Rasulullah SAW: “Barangsiapa mendirikan solat malam di bulan Ramadhan kerana iman dan mengharap pahala, niscaya diampuni dosa-dosanya yang telah lalu.” (HR Muttafaqun 'Alaih).
Artikel Berkaitan : [ Niat Puasa Ramadhan, Doa Berbuka Puasa dan Fadhilatnya ]
6. Syahrus Sabr (Bulan Sabar)
Bulan Ramadhan melatih jiwa Muslim untuk sentiasa sabar, tidak mengeluh dan tahan uji di dalam keadaan lapar dan dahaga. Sabar adalah kekuatan jiwa dari segala bentuk kelemahan mental dan spiritual. Orang yang sabar akan bersama Allah SWT sedangkan balasan orang-orang yang sabar adalah syurga.
Sabar lahir bersama segala bentuk kerja besar yang berisiko seperti dalam dakwah dan jihad fi sabilillah. Ramadhan melatih Muslim beramal islami dalam berjamaah untuk meninggikan kalimah Allah SWT.
Sabda Rasulullah SAW: "Puasa itu setengah kesabaran. Kesabaran itu setengah dari iman." (HR Tirmidzi, Abu Na'im, dan Abu Mas'ud)
7. Syahrul Musawwah (Bulan Santunan)
Ramadhan menjadi bulan santunan apabila orang-orang beriman sedar sepenuhnya bahawa puasa mendidik mereka untuk memiliki rasa simpati terhadap golongan fakir miskin kerana merasakan lapar dan dahaga sebagaimana yang biasa dirasai oleh golongan tersebut. Kerana itu kaum Muslimin dianjurkan supaya sentiasa bermurah hati untuk membantu golongan yang memerlukan. Sifat memberi tanpa mengharapkan balasan harus ditanam di dalam setiap diri Muslim.
“Nabi SAW adalah orang yang paling dermawan, dan beliau lebih dermawan pada bulan Ramadhan, saat beliau ditemui Jibril untuk membacakan kepadanya Al-Qur'an. Jibril menemui beliau setiap malam pada bulan Ramadhan, lalu membacakan kepadanya Al-Qur'an. Rasulullah saw ketika ditemui Jibril lebih dermawan dalam kebaikan daripada angin yang berhembus.” (HR Bukhari dan Muslim)
Segala amal yang berkaitan dengan harta seperti zakat fitrah sedekah, infak, wakaf, dan sebagainya, bahkan zakat harta pun sebaiknya dilakukan pada bulan yang mulia ini. Memberi, meskipun kecil, bernilai besar di sisi Allah SWT. Sesiapa yang memberi makan atau minum kepada orang yang berpuasa walaupun hanya seteguk air, mendapat pahala puasa seperti yang diperolehi oleh orang yang berpuasa.
8. Syahrul Yuzdaadu fiihi Rizqul Mu’min (Bulan Rezeki Untuk Orang2 Mukmin)
Bulan ini rezeki orang-orang beriman bertambah kerana segala kemudahan dibuka oleh Allah SWT seluas-luasnya. Para pedagang akan beruntung, orang yang menjadi pekerja mendapat kelebihan pendapatan dan sebagainya. Namun rezeki terbesar adalah hidayah Allah SWT kemudian hikmah dan ilmu yang begitu mudah diperoleh di bulan yang mulia ini.
Wallahua’lam.
Artikel Berkaitan : [ Syarat Sah Solat, Rukun Solat dan Perkara Membatalkan Solat ]
Sumber : Bimbingan Agama | Google Image
Ku mengharapkan ramadhan kali ni penuh makna...insyaAllah...
ردحذفSemoga kita temui ramadan kali ini dan ramadan2 seterusnya.
ردحذفHoly Ramadhan month is coming soon right. seems like need to stay home and stay safe too ya
ردحذفtak sangka thn ni Ramadhan di sambut begitu berlainan dari biasa.
ردحذفaida dpt rasakan, ia satu bulan yg aman.
meskipun terawikh tidak berkumpul di masjid / surau.
tiada berbuka secara berkumpulan di mana-mana.
Makkah & Madinah sunyi...
namun, deep inside me percaya bahawa Allah beri peluang kita utk menghayati Ramadhan 2020 dgn lebih baik.
bersama keluarga.
dah ramadhan kita ni. sunyi betul ramadhan kali ni. pkp seorang diri.. makkkkk 😭😭
ردحذفRamadan kali ini berbeza dan akak full throttle kena siap sedia. Takleh ke bazaar utk gantung periuk. Ayam percik. Ayam golek. Taraweh di Masjid takleh.
ردحذفSaya setiap tahun tak sabar-sabar nak tunggu Ramadan. Feeling bulan Ramadan ni lain macam sikit kan
ردحذفBagaikan dah terasa bahang meriahnya bulan Ramadan. Walau kini terpaksa menerima hakikat bahawa tahun ini bulan Ramadan akan jauh berbeza namun tetap tabah atas semua dugaan ini.
ردحذفTak sabarnya rasanya nak berpuasa dan beramal di bulan mulia ramadan tahun ni. Cuma sygnya tahun ni xdpt berterawih ramai2 bersama keluarga lain. Takpe lah janji semua selamat dan sihat
ردحذفSedih rasanya tak lama lagi nak sambut bulan Ramadhan, lebih kurang 10 hari sahaja. Moga dipertemukan dgn bulan Ramadhan tahun ini. Terima kasih diatas perkongsian
ردحذفBulan Ramadhan yang sangat dinantikan saban tahun. Bulan yg penuh keberkatan. Moga Ramadhan tahun ini kita semua lebih kuat dengan perbagai dugaan buat kita semua. Ada hikmah kita diuji sebegini
ردحذفBanyak kelebihan puasa ni..ajar kita tahan sabar, meneratkan silaturrahim..ajar buat kebaikan..banyak..ye kalau puasa ingt bazar, terawih, bagi makanan dekat jiran..hehe
ردحذفThank you for sharing! Although Veronica bukan Islam, tapi hari ni dah lebih mengenali tentang Bulan Ramadhan ni... terima kasih banyak2 sebab sharing.
ردحذفBulan ramadhan, bulan yang dinantikan oleh umat islam.. Bulan penuh keberkatan.Terima kasih atas perkongsian. Semoga ramadhan kalu ni lebih mendekatkn kita pd Allah
ردحذفThank you for sharing the info. Alhamdulillah, moga kita dapat jumpa dengan bulan yang penuh dengan keberkatan. During MCO ni, walaupun tak dapat rasa suasana ramadhan seperti tahun - tahun sudah, but hope kita dapat buat yang terbaik. Moga kita kuat dan tabah hadapi ujian Allah.
ردحذفBagus dengan pengisian yang dikongsikan. Banyak keberkatan yang dapat kitabfahami dan pelajari
ردحذفTahun ni kita berpuasa bulan Ramadhan dalam keadaan yang sungguh berbeza. Memang terasa sangat sedih. Moga kita banyakkan amalan kita nanti
ردحذفMinggu depan dah masuk Ramadan. Tak sangka Ramadan kali ini berlainan dari tahun tahun yang sebelumnya. Moga kita sentiasa dalm perlindunganNya.
ردحذفInilah detiknya kita merebut peluang banyakkan ibadah dan bersedekah ya
ردحذف