Resepi Kek Milo 4 Bahan [ Kukus Sahaja ]

Aerill Hassan
11
Assalamualaikum dan salam sejahtera

Resepi Kek Milo 4 Bahan [ Kukus Sahaja ]

Apa khabar buat semua pembaca dan penggemar kek? Alhamdulillah, di hari yang entah berapa hari dah PKP ni aku akhirnya telah membuat satu kek mudah dengan 4 bahan sahaja. Semuanya adalah hasil daripada satu post di Twitter tentang kek ini.

Terima kasih diucapkan kepada pemilik status di Twitter atas resepi. Memasak bukanlah satu kemahiran yang aku ada. Ini pun sebab resepi dan caranya mudah sangat-sangat.Tanpa melengahkan masa jom lihat bagaimana aku membuat kek Milo ini.



BAHAN-BAHAN

👉 5 Biji Telur
👉 Vanilla Essence
 👉 2½ Cawan Setengah Milo
👉 1½ Senduk Nasi Susu Pekat

CARA-CARA

🎂 Campurkan ke semua bahan di dalam mangkuk besar.


🎂 Masukkan satu penutup Vanilla Essence. Bila dah masukkan kesemuanya, kacau sehingga sebati hingga tiada ketul-ketulan. Ada yang aku tengok hanya membuat kek ini dengan tiga bahan sahaja tanpa Vanilla Essence. Tapi macam aku, aku perlukan Vanilla Essence untuk mengurangkan bau telur.


🎂 Anda boleh adjust tahap kemanisan mengikut citarasa anda dengan menambah atau mengurangkan kuantiti susu pekat.


🎂 Sapu loyang dengan planta, kemudian masukkan bancuhan tersebut ke dalam loyang.

🎂 Seterusnya, masukkan ke dalam tempat pengukus. Masa yang diperlukan hanyalah 30 minit sahaja.

🎂 Pastikan air di dalam tempat pengukus dalam searuh dan pastikan ia dah betul-betul panas.


🎂 Selepas 30 minit, keluarkan. Walaupun rupa agak hodoh dan tak lawa, tapi jangan risau sebab rasanya sedap. Masa kita bukak sahaja tempat pengukus tu, memang nampak kek ini mengembang dengan begitu besar, dan rupa pun bagaikan  bunga Rafflesia.😂


🎂  Tapi dah lepas beberapa minit disejukkan, kemudian aku letak pula di atas pinggan, saiznya kembali sederhana. Lepas tu, aku tambah sedikit susu pekat di bahagian atas dan ditabur pula milo sebagai penambah rasa.


🎂 Siap! Jarang jugak sebenarnya nak buat kek di rumah, sebab di rumah aku tak ada ketuhar. Kalau ada pun yang dah rosak. Sebab tu bila raya, macam susah nak buat kuih raya.


Boleh klik pada gambar untuk terus ke post twitter tersebut.


Sekian.

إرسال تعليق

11تعليقات

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


  1. wahhh rajin ariel yea. saya pun rasa buat juga tapi tak juga dibuat.

    ردحذف
  2. simple je resepi dia senang nak follow. tak sangka awak ada bakat baking juga..hehe

    ردحذف
  3. Bior tak lawa rupa, janji senang nak buat dan menjadi dan sedap...kadang ikut resepi online ni kemain senang, sekali buat jangan kan kata bantat, terus leper macam lempeng hahahaha

    ردحذف
  4. Okla tu jadik. Ingat kan telur tu nak pakai satu sarang. Terkejut sis! I think sb kek jadi macam tu sebab wap air menitis atas milo semasa kukus. Rasanya lah sb tak pernah try lagi.

    ردحذف
  5. Belum berkesempatan nak buat. Mmg teringin nak buat tapi milo tak ada pulak. Aduhhh terlioq lah pulak tgok kek ni

    ردحذف
  6. Rajinnya buat kek, Azwar try buat lava kek secawan semalam tak jadi lava jadi lebur terus. Had ini nampak lagi sedap, rupa tak ada takpe asalkan rasa sedap.

    ردحذف
  7. Nampak sedap~ sure manis gila! Should try it when I have the chance! Recently dah makan banyak. Confirm fat! hahah!

    ردحذف
  8. Suka buat kek yang kukus kukus ni. Sebab akak pon tkde oven. Hahaha. Nak buat pon senang

    ردحذف
  9. Cake viral ni, nampak dekat MAH selalu ada orang share pasal cake milo nih, kita yang tak suka milo nih memang tak teringin nak cuba, tadi anak dara dah mula borak pasal cake nih naktry lah tu... nnt bolehlah follow step and resepi disisni

    ردحذف
  10. Wah...senang jer buat kek. Milo ni cuma 4 bahan jer and kukus, biasanya klu kek kukus dia tahan lama

    ردحذف
  11. kalau resipi kek kukus macam ni boleh la cuba buat. kat rumah x de oven nak buat kek.

    ردحذف
إرسال تعليق

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Ok, Go it!