Travelogue Thailand : [Part 3] Phatthalung - Sri Parkpra Resort & Thale Noi

Aerill Hassan
15
Assalamualaikum dan salam sejahtera

Travelogue Thailand : [Part 3] Phatthalung - Sri Parkpra Resort & Thale Noi

Apa khabar buat semua pembaca dan rakan-rakan sekalian? Baiklah, sementara mempunyai masa yang panjang ini aku nak sambung semula kisah travelogue Thailand. Untuk mereka yang tak tahu, pada penghujung bulan Februari aku ada mengikuti satu trip ke Thailand anjuran Tourism Authority Of Thailand Kuala Lumpur.  #TATKL

Untuk yang tak tahu lagi, ini merupakan bahagian ke 3. Kalau nak baca bahagian 1 dan 2 boleh lihat link tersebut di penghujung artikel kali ini. Macam biasa, akan ada banyak gambar dan juga cerita sepanjang perjalanan ini.✌😎

 TRAVELOGUE THAILAND : [PART 3] PHATTHALUNG - SRI PARKPRA RESORT & THALE NOI 




 6.10 PETANG 

Perjalanan yang memenatkan dari wilayah Satun dan mengambil masa beberapa jam membuatkan aku tertidur agak lama di dalam van. Yalah, baru sahaja pusing-pusing pulau dan juga main di laut. Kami meneruskan perjalanan untuk ke Sri Parkpra Resort iaitu tempat penginapan seterusnya. Sri Parkpra Resort ini terletak di wilayah Phatthalung.



Resort ini bagi aku merupakan resort yang sangat cantik dan indah! Bertemakan nature , resort ini sangat cantik kerana terletak berdekatan dengan tasik Thale Noi. Lagi satu yang aku suka adalah dengan seni bina resort ini yang menggabungkan kemodenan dan juga tradisional. Sangat cantik!



Sempat jugak aku bermandi di kolam renang yang tersedia indah selama beberapa minit. Sebab kami semua kena bergegas untuk makan malam pula. 


 7.30  MALAM 

Walaupun perut masih kenyang, tapi bila mana berada di negara orang ni, kita kenalah mencuba makanan yang tersedia. Alhamdulillah, pada malam tersebut kami makan di restoran View Yor dan lokasi restoran ini terletak betul-betul dengan tasik Thale Noi. Tapi disebabkan ia waktu malam, tak nampaklah pulak pemandangan tasik tu.



Aku suka suasana di restoran ini yang sangat santai dan merelakskan minda. Angin yang bersepoi-sepoi ditambah dengan nyanyian dari kumpulan muzik ini. [ Walaupun tiada sebarang perkataan yang aku faham ] Semuanya sangat tenang dan santai.



Antara menu yang kami makan pada malam tersebut. Semuanya menu-menu yang aku tak pernah makan sebelum ini. Rasa? Sudah pasti sedap dan berbeza.




Sempat bergambar sambil makan. Memang sedap ya makan, dan bersantai, ada lagu-lagu yang menghiburkan pula.

 10.00 MALAM 

Tepat jam 10 malam kami pun pulang ke resort untuk berehat  sementara menanti untuk aktiviti keesokkan harinya. Sebab apa? Esok paginya kena bangun awal sebab ada aktiviti yang menarik.

 HARI KE 3 

 5.40 PAGI 

Seawal 5 pagi sebenarnya aku dah bangun, untuk siapkan diri dan juga mengemas barang sedikit. Kemudian selepas siap bersiap dan membersihkan badan, kami terus memulakan perjalanan ke satu kawasan berdekatan dengan tasik, dan menaiki bot untuk aktiviti seterusnya.



Kami menaiki bot panjang yang memuatkan 6 hingga 8 orang dan terus meluncur laju di tasik. Anda boleh lihat dalam gambar diatas betapa gelapnya kawasan sehinggakan kamera phone aku tidak mampu berfungsi dengan baik.


Selepas beberapa ketika akhirnya kami dapat menyaksikan matahari terbit. Sangat indah dan cantik suasana di sini. Selain itu, aku juga suka melihat binaan yang dihasilkan oleh para nelayan di sini untuk mengutip hasil di dalam tasik ini.

Kemudian perjalanan diteruskan lagi untuk melihat bunga teratai. Walaupun bukanlah musim bunga teratai mekar lagi, tapi masih ada bunga teratai yang cantik. Bila musimnya tiba nanti pasti lagi cantik!


Ini memang satu pengalaman yang aku tak akan lupakan sebab aku dapat menyaksikan keindahan alam dan juga betapa indahnya ciptaan Allah S.W.T. Pengalaman menaiki bot yang panjang dan dibawa begitu laju di waktu pagi memang sangat seronok. In shaa Allah kalau ada rezeki lagi aku nak datang lagi.



 8.10 PAGI 

Sampai sahaja di Sri Parkpra Resort, kami terus makan sarapan pagi. Alhamdulillah banyak juga menu-menu untuk sarapan pagi, tapi disebabkan aku masih kenyang, tak banyak yang aku makan pada pagi itu.


 10.30 PAGI 

 Jam 10.30 pagi kami check out dan meneruskan perjalanan ke lokasi berikutnya.

Okay sekian sahaja untuk bahagian ke 3. Sebenarnya panjang lagi ceritanya. Aku pun tak pasti ada berapa bahagian. Untuk cerita di atas tentang Sri Parkpra Resort, aku akan menulis dan juga review yang lebih panjang dalam artikel berasingan khas tentang resort tersebut.

BACA JUGA 👇



#TATKL #TourismThailandKL #AmazingThailand #VisitThailand

Terima kasih diucapkan kepada Tourism Authority Thailand Kuala Lumpur di atas jemputan untuk program MET Satun-Phatthalung-Hatyai ini. Program ini berlangsung dari 27hb Februari 2020 sehingga 2hb Mac 2020

إرسال تعليق

15تعليقات

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


  1. jarang baca pasal orang travel ke Satun ni. Cantik dan klasik betul resort tu.

    ردحذف
  2. bestnya tenang je nampak kawasan tu. rindu nak jalan2 thailand. suka pi thailand sebab makanan sedap2

    ردحذف
  3. Kalau travel memang penting makan kena sedap. Kalau tak sedap mmg mood percutian ke laut. Haha. Sis tertarik juga dengan alat tangkap ikan tu. Menarik!

    ردحذف
  4. Teringinnya nak pergi thailand. Tambah tambah kat pantai dia. Mungkin dunia dan bebas covid19 boleh pergi kot

    ردحذف
  5. Rasanya brlum pernah lagi sampai ke Resort ini. Nampak cantik dan cool sgt... nanti dah bole keluar nanti boleh lah berjalan kr Thailand...

    ردحذف
  6. tak pernah sampai sini, aerill. biliknya nyaman sgt nampaknya tu.
    yg naik bot tu mcm sgt menarik. aida suka tu.
    back to nature :)
    air kelapa korang sorang satu ekk for dinner. terbaik!

    ردحذف
  7. Allahu sukanya saya resort yang macam ni. Cantik dan sejuk saja mata memandang. Bilalah dapat jejak kaki ke sini. Harapa ada rezeki satu hari nanti.

    ردحذف
  8. Sis terpegun kejap nengok makanan dia..walaupun daerah terpencil gitu, tapi menu dia waaa nampak lazat semuanya.. sesekali pergi bercuti tempat macam ni, mesti enjoykan, jauh dari kesesakan kota dan malam plak sepi hanya bunyi cengkerik dan tiupan daun pokok..indahnyaaaaaa

    ردحذف
  9. Pernah ke thailand tapi kawasan ni tak.pernah gi lagi. Cantik jugak ya tmpt ni. Bestnya dpt travel dn duduk kat resort yg cantik

    ردحذف
  10. best je. Kalau pergi tanpa bawak anak anak kecik senang nak bergerak kan.. Kalau tak, x merasa la percutian tu. Hihihi

    ردحذف
  11. Cantiknya interior resort tu... ni yang dikatakan don't judge the book by its cover kannnn... kira penuh dengan aktiviti flora la ya... makanan yang disajikan pun nampak yummylicious... ni yang nak pergi Thailand ni... last pergi Bangkok dengan Rayong pun masa early 2018... thanks for sharing the experience ya Aerill...

    ردحذف
  12. Wahh bestnya..tak pernah sampai sini lagi.Tengok gambar rasa teringin nak pergi..Hope rantaian covid-19 dapat diputuskan segera..boleh la pergi travel :)

    ردحذف
  13. bestnyaaa bercutii... rindu nya nak travel.. tempat ni nampak menarik dan mcm2 aktiviti boleh buat kan? Boleh la nnt plan ke sini dengan family

    ردحذف
  14. Uniknya resort. Tapi kat sana memang banyak yg unik. Makanan pun superb best

    ردحذف
  15. wah.. cantik-cantik pemandangannya.. teringin jugak nak ke Thailand jalan-jalan ke tempat orang kan.. Alamak.. kolam mandi tu menarik la pulak.. kalau pi Thailand nak menginap tempat yang sama awak booking.. sebab ada kolam tu.. hahah

    ردحذف
إرسال تعليق

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Ok, Go it!