Assalamualaikum dan salam sejahtera
Kuih Bahulu merupakan salah satu kuih yang aku dan keluarga aku suka. Bila tiba musim perayaan iaitu Hari Raya Aidilfitri dan Aidiladha, Kuih Bahulu merupakan kuih yang wajib ada di rumah dan akan dimakan pada pagi hari raya pertama sebelum pergi ke masjid untuk tunaikan solat hari raya.
Tahun ini adalah tahun pertama aku dan keluarga akan buat kuih bahulu sendiri, setelah mengambil kira kos dan juga keadaan. Alhamdulillah, akhirnya tahun ni dapat juga buat kuih raya bersama keluarga. Kalau tahun sebelum-sebelum ini, majoriti kuih yang ada pada hari raya adalah kuih yang ditunjuk-tunjuk sahaja.😅
Disebabkan nak membuat kuih bahulu, aku ada cari resipinya dan dalam banyak-banyak resipi, resipi yang ini paling aku suka dan nampak mudah. Jadi, selamat mencuba!
SENARAI BAHAN-BAHAN
🍴1 Cawan (120g) Tepung Gandum
🍴1 Cawan (120g) Gula Kastor
🍴½ Sudu Kecil Serbuk Penaik (baking powder)
🍴1 Sudu Tepung Beras
🍴¼ Sudu Kecil Garam
🍴4 Biji Telur
🍴½ Sudu Kecil Esen Vanilla
🍴Minyak Masak
🍴Acuan Bahulu
PERSEDIAAN SEBELUM MEMBUAT BAHULU
Untuk dapatkan bahulu yang ringan, tepung yang digunakan hendaklah betul-betul kering. Tepung boleh dikeringkan dengan meratakannya di dalam loyang dan panaskannya di dalam oven selama 2 minit. Kemudian biarkan sejuk. Sediakan bahan-bahan kering. Ayak tepung, garam dan serbuk penaik.
CARA - CARA MEMBUAT KUIH BAHULU
🔥Panaskan oven kepada suhu 190 ° celcius (75 °F)
🔥Sediakan adunan bahulu. Pukul telur dengan esen vanila di dalam mangkuk kaca sehingga kembang.
🔥Masukkan gula dan terus memukulnya hingga campuran menjadi likat, pucat dan melekit.
🔥Masukkan tepung sedikit demi sedikit ke dalam campuran telur sambil mengaup balik perlahan-lahan sehingga sebati.
🔥Membakar bahulu. Griskan acuan bahulu dengan minyak masak dan panaskan di dalam oven selama 5 minit.
🔥Sudukan adunan bahulu ke dalam acuan sehingga hampir penuh.
🔥Masukkan ke dalam oven dan bakar selama 10 - 15 minit atau sehingga bahulu berwarna keemasan.
🔥Setelah masak, angkat bahulu dengan menggunaka pencucuk satu atau pencungkil gigi.
🔥Ulangi proses membakar sehingga semua adunan habis
🔥Biarkan bahulu sejuk sebelum menyimpannya ke dalam bekas yang kedap udara.
TIPS
💡Jika anda mahukan bahulu yang sedikit rapuh (crispy). Setelah diangkat, balikkan bahulu, kemudian masukkan semula ke dalam oven dan bakar selama 3-4 minit (atau sehingga dapat tekstur yang anda inginkan.)
KESIMPULANNYA
Aku tak pasti kenapa entri mengenai resipi nak kena ada kesimpulan, tapi aku nak ceritalah jugak, sebenarnya aku kongsikan resipi kuih ni, sebab inilah antara kuih-kuih yang aku dan keluarga akan buat. Jadi, selepas ni kalau nak buat lagi, bolehlah terus lihat dalam blog aku sahaja. Mudah bukan?😎
SEKIAN
Sumber : Resipi Kuih Bahulu
wah dah ada list biskut nak dibuat. ciayok2 aerill 😃
ردحذفkueh lagend ni... memang rare sangat..
ردحذفFavourite nih. Bulan-bulan puasa ni, tengok gambar pon dah terliur.
ردحذفSalam,Tq for sharing delicious recipe. Awesome taste!
ردحذفI nak share Resepi Sejarah Nasi Lemak.
Boleh try ni....Sedap gila!!!
Source and citation:http://sejarahnasilemak.blogspot.com/