Review Vit's Mi Goreng Bolognese dan Aglio Olio

Aerill Hassan
0
Assalamualaikum dan salam sejahtera


REVIEW VIT'S MI GORENG BOLOGNESE DAN AGLIO OLIO | Sebenarnya dah lama juga aku menyimpan review ini. Waktu bulan puasa aku rasa tak molek pula nak review makanan di siang hari. Alhamdulillah, kali ini aku berkesempatan untuk cuba dua jenis mi goreng terbaru keluaran Vit's Malaysia.

In shaa Allah review kali ini adalah ringkas tetapi padat dimana aku akan ceritakan tentang review aku mengenai kedua-dua jenis mi goreng ini. Selain itu, bukan aku sorang sahaja yang makan, seluruh keluarga aku turut mencuba juga mi goreng ini ya!


MI GORENG AGLIO OLIO


Mi Goreng Aglio Olio Itali  : hasil gabungan mi goreng dari menu klasik Itali. Memperkenalkan Aglio Olio goreng Vit yang dibuat dari minyak zaitun premium dan campuran ramuan dan rempah asli.


REVIEW : Sebelum memulakan review, aku nak beritahulah jugak bahawa dalam banyak-banyak jenis masak mi segera, aku paling suka dengan mi goreng segera. Kalau beli stok untuk disimpan dirumah pasti akan ada satu mi goreng segera untuk aku. Aku kurang gemar dengan mi segera yang berkuah dan cair. ✌😅

Untuk Vit's Mi Goreng Aglio Olio, aku berpendapat ia sangat sedap. Ya, aku mengaku yang aku kurang makan makanan Western seperti Aglio Olio dan sebagainya sebab aku lebih gemar citarasa Malaysia, tapi untuk Mi Goreng Aglio Olio ini, bagi aku rasanya sudah cukup. Bahan-bahan yang terkandung dalam plastik perencah sangat sebati. Ditambah pula dengan minyak zaitun asli. Aku memang suka dengan mi goreng perisa Aglio Olio ini.

Cara penyediaan juga cukup mudah, hanya perlu merebus mi selama beberapa minit sahaja. Kemudian toskan air, masukkan perencah dan minyak, kemudian kacau dan siap! Untuk menambah lagi kesedapan anda bolehlah tambah bahan-bahan lain seperti yang ditulis di bahagian belakang pek mi segera.

MI GORENG BOLOGNESE


Mi Goreng Bolognese : mi goreng yang diilhamkan oleh menu klasik Itali. Mi goreng bolognese yang dibuat dari buah tomato segar minyak zaitun premium dan campuran kemangi asli menambah aura masakan Itali. Bebas dari bahan pengawet dan warna bukan asli.


REVIEW :  Untuk Vit's Mi Goreng Bolognese, aku kurang gemar sebab rasanya yang sedikit masam. Mungkin disebabkan tomato pes dan juga bau yang agak kuat. Tapi mak dan adik beradik aku yang lain suka pula dengan mi goreng Bolognese.

Kepada yang suka rasa Bolognese dan juga ada kepingan tomato di dalam mi goreng, bolehlah pilih mi goreng ini ya. Cara penyediaan pun mudah, cuma berbeza berbanding jenis Aglio Olio adalah ketika proses rebus, mi dimasukkan bersama dengan kepingan tomato kering. Langkah berikutnya sama sahaja.

Beli di Sini 👉Vit's Mi Goreng Bolognese 

Beli di Sini 👉Vit's Mi Goreng Aglio Olio


TERIMA KASIH : Terima kasih diucapkan buat Vit's kerana sudi memberikan peluang untuk aku mencuba mi goreng ini bersama keluarga. Oh mungkin ada yang risau tentang status halal, jangan risau, anda boleh lihat dalam gambar diatas dimana adanya logo Halal Jakim.😎




SEKIAN

إرسال تعليق

0تعليقات

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


إرسال تعليق (0)

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Ok, Go it!