18 Sebab Kenapa Anda Selalu Gagal Dalam Temuduga Kerja

Aerill Hassan
2
Assalamualaikum dan salam sejahtera


18 Sebab Kenapa Anda Selalu Gagal Dalam Temuduga Kerja | Sering gagal dalam setiap kali temuduga? Sudah berpuluh-puluh temuduga kerja dihadiri tetapi tiada satu pun yang melekat. Jangan risau, ini adalah 18 Sebab Kenapa Anda Selalu Gagal Dalam Temuduga Kerja.

Mencari kerja diwaktu ini adalah sangat susah kerana anda perlu bersaing dengan ramai orang yang turut mencari kerja. Dipanggil untuk temuduga merupakan satu kejayaan pertama anda kerana disitu peluang anda untuk mendapat jawatan tersebut sudah cerah.

Tetapi selepas ditemuduga, keputusan yang anda terima adalah GAGAL. Pertama, anda perlulah muhasabah diri dan redha dengan keputusan. Kemudian anda perlu post-mortem terhadap sesi temuduga yang anda hadiri, apa yang anda kurang atau salah? Oleh itu, berikut adalah antara sebab kenapa anda selalu gagal dalam temuduga kerja.😊


18 SEBAB KENAPA ANDA SELALU GAGAL DALAM TEMUDUGA KERJA


1) Lupa Sediakan Maklumat Penting

Perkara paling utama adalah sediakan segala maklumat, borang-borang, resume dan sijil-sijil yang diperlukan. Seeloknya perlu ada beberapa salinan supaya kita bersedia dengan apa-apa yang diperlukan ketika temuduga. Cuba bayangkan jika ada sijil yang diminta, tetapi kita tidak sediakan? Adakah akan diterima untuk kerja jika diawal temuduga sudah ada masalah? 🔵


2) Kurang Interaksi dan Terlalu Pemalu

Bila penemuduga bertanya, yang dijawab hanyalah sepatah. Kemudian, kurang pula interaksi, dari segi mata serta percakapan. Terlalu pemalu adalah salah satu faktor anda gagal dalam temuduga. Untuk jawatan-jawatan atau kerja yang melibatkan orang contohnya, sifat terlalu pemalu perlu dihindari kerana dari ketika temuduga lagi penemuduga boleh kenal pasti sifat pemalu anda. 🔵

3) Bertanya Tentang Gaji


Antara soalan yang menyebabkan anda gagal ketika temuduga adalah " Berapa gaji yang ditawarkan ya?", sedangkan ketika itu proses temuduga baru bermula. Sekiranya penemuduga belum lagi bercerita mengenai gaji, maka adalah lebih baik untuk berdiam diri daripada bertanya soalan sebegitu. Tunjukkan bahawa minat anda adalah pada kerja, kemudian barulah pada gaji yang ditawarkan. 🔵

4) Merayu-Rayu Meminta Belas Kasihan

Mungkin ada yang berjaya mendapat kerja dengan cara merayu, tetapi perbuatan merayu untuk kerja ini sebenarnya boleh memperlihatkan bahawa anda 'desperate' dan tidak profesional. Perkara yang sepatutnya anda buat adalah tunjukkan bahawa anda benar-benar layak untuk bekerja dan menjawat jawatan tersebut dengan kemahiran yang anda ada. 🔵

5) Tidak Mampu Membuat Keputusan Sendiri

Ketika ditemuduga, mungkin ada beberapa soalan yang diajukan dan disini anda ada peranan penting untuk menjawab soalan dengan yakin. Janganlah pula menjawab soalan tersebut dengan mengatakan bahawa anda akan bertanya orang lain atau akan tangguhkan jawapan anda. Jawapan yang diberikan perlulah penuh dengan keyakinan untuk memperlihatkan bahawa anda layak menerima kerja tersebut. 🔵


6) Tiada Lesen Kenderaan

Salah satu perkara paling penting. Ada majikan yang bertanya soalan ini terlebih dahulu, dan sekiranya anda tiada lesen, anda terus gagal. Mungkin ada kerja yang tidak memerlukan lesen sebagai salah satu syarat. Tetapi sebagai jalan paling selamat,usahakan untuk mempunyai lesen sendiri. Bagaimana jika kerja yang ditawarkan itu memerlukan anda bergerak atau kerja di luar pejabat? 🔵


7) Imej Tidak Profesional

Imej adalah antara perkara pertama yang akan dipandang. Jangan buat tidak tahu pula, ketika anda masuk sahaja ke ruang temuduga, imej anda dilihat dari atas hingga ke bawah. Oleh itu, sangat penting untuk membawa imej yang bersih dan juga profesional. Dari situ anda boleh terus memberikan proses temuduga anda berjalan dengan lancar apabila penemuduga melihat anda dengan imej profesional. 🔵

8) Terlalu Santai Dalam Pertuturan


Bahasa yang dipertuturkan melambangkan keperibadian anda. Ingatlah bahawa ketika temuduga, anda bukannya bercakap atau bertutur dengan rakan sebaya mahupun rakan karib. Mereka inilah orang yang akan menentukan sama ada anda lulus atau tidak dalam temuduga itu. 🔵

9) Tak Perlu Memuji Diri Sangat

Ya, anda memang bijak dan mempunyai pelbagai kemahiran, tetapi ketika temuduga walaupun perlu keyakinan yang tinggi, tapi tidak perlu untuk memuji diri melebih-lebih pula, kerana anda akan memperlihatkan sifat berlagak. Kata kuncinya disini adalah yakin tetapi masih rendah diri. 🔵

10) Datang Lambat dan Tidak Bersedia Dengan Jawapan


Masa yang ditetapkan untuk temuduga adalah pukul 11 pagi, tetapi anda sampai di tempat temuduga pukul 11.30 pagi, ini sudah lambat. Sebaiknya untuk hari temuduga, bersiap diawal waktu dan sampai ditempat temuduga setengah jam awal daripada waktu yang ditetapkan. Alasan yang boleh diterima mungkin adalah ada kemalangan atau masalah yang tidak diduga ketika dalam perjalanan ke tempat temuduga. Masalah trafik? Ini jawapan paling perlu dielakkan! 🔵

11) Tidak Tunjukkan Semangat Dengan Jawatan Dan Peranan

Penemuduga dapat kenalpasti sama ada anda betul-betul semangat atau sekadar mencuba sahaja. Untuk lulus, anda perlulah kelihatan bersemangat dengan jawatan dan peranan yang bakal diterima. Tunjukkan bahawa anda benar-benar mahu jawatan tersebut. 🔵


12) Terlalu "Demand"

Sekiranya anda adalah individu yang benar-benar pihak majikan perlukan, anda bolehlah 'demand', tidak salah. Tetapi temuduga ini adalah untuk kerja yang baru, 'demand' adalah perkara terakhir yang perlu anda fikir. Demand’ bagi pihak syarikat adalah satu bentuk pelaburan mereka kepada anda. Bagaimana mereka boleh laburkan banyak kemudahan untuk anda sedangkan anda belum menunjukkan prestasi yang baik lagi kepada mereka? 🔵

13) Terlalu Berpolitik

Ada ketikanya penemuduga akan menyoal anda tentang soalan dan isu-isu berkenaan politik. Anda perlu berhati-hati untuk menjawab supaya tidak kelihatan memihak kepada mana-mana pihak dan juga tidak kelihatan fanatik. Apa yang perlu anda buat adalah menjawab secara umum. Penemuduga menyoal anda soalan dan isu sebegini adalah untuk melihat sejauh mana anda memahami dan mengetahui tentangnya sahaja, melainkan kerja yang and sedang temuduga itu berkenaan politik. 🔵

14) Tidak Menjaga Bahasa Badan


Penemuduga dilatih untuk memahami bahasa badan anda. Postur badan anda ketika ditemuduga akan dilihat sama ada anda seorang yang berkeyakinan, bersemangat atau sebaliknya. Cara anda mengawal pergerakan tangan dan sebagainya juga menjadi salah satu faktor yang akan dilihat. Dari sini anda perlu menunjukkan anda minat dengan maklumat yang sedang disampaikan. 🔵

15) Tidak Fasih Bahasa Inggeris

Anda beruntung jika sesi temuduga dijalankan dalam bahasa melayu, tetapi jika sesi temuduga dalam bahasa Inggeris, apa yang perlu anda buat? Anda tidak perlulah berdiam diri. Sebaiknya, tunjukkan usaha anda untuk berbahasa Inggeris dengan mengatur ayat-ayat Inggeris ringkas. Lebih baik jika anda membuat latihan serba sedikit di dalam bahasa Inggeris supaya jika ada situasi sebegini, anda mampu menjawab dengan bahasa Inggeris mudah. 🔵


16) Banyak "Kemungkinan"

Ada kalanya penemuduga akan memberi soalan penyelesaian, jadi sebaiknya elakkan daripada menjawab.. "mungkin saya akan.. ". Ini adalah kerana perkataan mungkin itu menunjukkan bahawa anda tidak yakin dengan jawapan anda. Anda perlulah menjawab soalan dengan yakin dan matang. Penemuduga ingin melihat kreativiti anda dalam menyelesaikan masalah itu. 🔵

17) Tidak Kaji Tentang Syarikat & Jawatan


Sekiranya anda ditanya soalan," apa pandangan anda tentang syarikat kami?.." apa yang anda akan jawab? Sebaiknya anda perlulah menkai dan menyelidik terlebih dahulu latar belakang syarikat dan juga jawatan anda. Pelbagai maklumat dapat dicari dengan mudah sekarang ini. Jika anda tidak dapat menjawab soalan ini, bermakna anda kelihatan tidak berusaha dengan cukup. 🔵

18) Resume atau profil LinkedIn mempunyai kelemahan

Resume atau profil LinkedIn merupakan label atau jenama anda. Dari situlah penemuduga mendapat maklumat awal tenang anda dan kemahiran serta latar belakang anda. Resume yang betul-betul terbaik adalah yang mempunyai maklumat yang tepat tanpa sebarang pemalsuan kerana anda mungkin akan ditanya mengenai maklumat yang terdapat dalam resume. Dari segi riak dan cara anda menjawab soalan tentang maklumat sahaja boleh membuatkan penemuduga kenalpasti sama ada fakta tersebut adalah palsu atau tidak, lengkap atau tidak. Bila anda menulis maklumat yang salah, riak suara dan gerak badan anda akan berubah. Ini akan disedari oleh penemuduga. Jadi…awas! 🔵


Kesimpulannya, untuk LULUS dalam sesuatu perkara, kita perlulah berusaha dan berdoa. Usaha adalah salah satu cara untuk kita mendapat kejayaan. Membuat persediaan lebih awal, bersedia dari segi pemikiran, dan sebagainya merupakan satu langkah yang tepat untuk anda berjaya. 


Sumber

Temuduga | Temuduga | Temuduga | Temuduga | Google Image
Tags

إرسال تعليق

2تعليقات

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


إرسال تعليق

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Ok, Go it!