Assalamualaikum dan salam sejahtera
Apa khabar rakan-rakan dan pembaca sekalian? Salam 1 Jun dan selamat hari raya diucapkan kepada anda semua, ya lah, kita kan beraya sehingga sebulan.😅Bagaimana dengan raya anda kali ini? Adakah suram atau bercahaya atau sama sahaja? Alhamdulillah, tahun ni aku menyambut hari raya dengan serba sederhana tapi penuh kesyukuran. Baiklah, tanpa mengulas dan menulis benda-benda yang mengarut untuk intro ini, kali ini adalah perkongsian tentang menu terbaru daripada MarryBrown iaitu Salted Egg atau Telur Masin.
Jujur aku nak beritahu memang sebelum menu ini diperkenalkan, aku sememangnya sangat suka dengan telur masin. Boleh dikatakan tiap kali aku makan di kedai mamak, kedai lauk melayu dan sebagainya, pasti akan ada satu biji telur masin dalam pinggan untuk dimakan sebagai lauk sampingan. Begitu juga dengan menu berasaskan telur masin yang lain seperti Salted Egg Butter Chicken dan sebagainya.😋
MARRYBROWN PERKENAL SAJIAN BERSAMA TELUR MASIN YANG MENAKJUBKAN!
Marrybrown kembali dengan memperkenalkan menu terbaru dengan gabungan Telur Masin yang menyajikan dua pilihan : Hotouch Burger dan MB Crispy Chicken yang rangup dengan limpahan dengan sos Telur Masin yang padu! Sebenarnya menu ini sepatutnya dilancarkan pada bulan Mac yang lalu, tetapi disebabkan PKP dan PKPB menyebabkan tarikh ditukar. Alhamdulillah, maknanya aku dah rasa terlebih dahulu menu ni pada bulan Mac yang lalu. ✌
Menurut Marrybrown, mereka telah berjaya mengilhamkan cita rasa tempatan dengan gabungan resipi kegemaran rakyat Malaysia yang mereka kini berminat pada sajian yang menggunakan Telur Masin sebenar.
“Kami sedar bahawa hidangan Telur Masin sudah menjadi satu trend dikalangan rakyat sejak kebelakangan ini. Bertepatan dengan sambutan luar biasa ini, kami yakin bahawa sos kami akan menjadi kegemaran kerana ia diperkayakan dengan sentuhan egg-stra dan kami tekad menggunakan telur masin sebenar untuk menambahkan rasa lemak berkrim lalu mengekalkan perisa umami pada sos ini,” ujar Dato’ Joshua Liew, Ketua Pegawai Eksekutif Marrybrown.
“Kami menjemput dan berharap rakyat Malaysia akan teruja untuk menikmati sajian bersama Telur Masin Marrybrown dan merasai sendiri pengalaman rasa sos telur masin yang padu yang penuh kelazatan. Pasti menggugat selera rakyat tempatan!” tambah Dato’ Joshua.
SALTED EGG BURGER & SALTED EGG AYAM
Untuk promosi Telur Masin, para peminat Marrybrown mempunyai dua pilihan yang enak iaitu Salted Egg Burger yang dihidangkan dengan kentang jejari atau Salted Egg Ayam yang dihidangkan dengan kentang lenyek dan salad. Kedua-dua pilihan ini diperkayakan dengan sos Telur Masin Marrybrown dengan gabungan rempah ratus yang istimewa bersama daun kari yang beraroma, sesuai dengan cita rasa tempatan.
Salted Egg Burger 👇
Salted Egg Burger 👇
- Dihidangkan bersama kentang jejari(fries)
- Minuman Heaven and Earth Ice Lemon Tea
Salted Egg Chicken 👇
- Dihidangkan dengan kentang lenyek
- Salad
- Minuman Heaven and Earth Ice Lemon Tea
Boleh didapati pada harga dari RM15.00, kedua-dua hidangan kombo dihidangkan dengan minuman Heaven and Earth Ice Lemon Tea yang cukup menyegarkan.
“Di Marrybrown, kami sentiasa berusaha untuk menyajikan pelbagai hidangan yang berbeza untuk pelanggan kami dari segi aspek makanan ataupun layanan. Kami berharap pada masa yang akan datang, kami dapat mencapai kesemua matlamat ini dengan jayanya ,” kata Dato’ Joshua.
Marrybrown kini melayani berjuta-juta orang pelanggan melalui lebih daripada 500 buah restoran di 16 buah negara dengan penyediaan standard yang tertinggi dalam kualiti, servis, dan kebersihan untuk pengalaman pemakanan yang sempurna.
SALTED EGG CHICKEN | Sebagai peminat ayam goreng,aku dah rasa banyak ayam goreng yang dijual di pelbagai restoran makanan segera. Ayam goreng ditambah dengan kuah telur masin Marrybrown memang sangat 'Egg-stra' Padu! Kali pertama masuk sahaja ayam bersama kuah tersebut ke dalam mulut, terus aku rasakan bahawa menu ini bakal menjadi menu kegemaran aku.
Yalah, macam diberitahu diawal tadi, aku memang pencinta telur masin. Rasa kuah telur masin yang sangat sedap, penuh rempah ratus. Ditambah pula bila dimakan bersama salad dan juga kentang lenyek, memang satu hidangan lengkap dan menepati citarasa tempatan. ⭐
REVIEW : SEDAP ATAU TIDAK MENU SALTED EGG MARRYBROWN?
SALTED EGG CHICKEN | Sebagai peminat ayam goreng,aku dah rasa banyak ayam goreng yang dijual di pelbagai restoran makanan segera. Ayam goreng ditambah dengan kuah telur masin Marrybrown memang sangat 'Egg-stra' Padu! Kali pertama masuk sahaja ayam bersama kuah tersebut ke dalam mulut, terus aku rasakan bahawa menu ini bakal menjadi menu kegemaran aku.
Yalah, macam diberitahu diawal tadi, aku memang pencinta telur masin. Rasa kuah telur masin yang sangat sedap, penuh rempah ratus. Ditambah pula bila dimakan bersama salad dan juga kentang lenyek, memang satu hidangan lengkap dan menepati citarasa tempatan. ⭐
SALTED EGG BURGER | Okay, untuk burger pula, rasanya sedap dan unik. Pernah ke jumpa mana-mana burger dengan telur masin? Rasanya lebih pedas untuk burger ini sebab ada serbuk cili. Untuk mereka yang sukakan pedas bolehlah cuba Salted Egg Burger ni. ⭐
Kalau diberi pilihan, aku akan memilih Salted Egg Chicken, sebab aku suka portion makanan yang banyak dan besar. Biasalah, aku kan suka makan.✌😅
Apa-apapun, aku sangat mengesyorkan anda semua, untuk serbu cawangan Marrybrown terdekat atau berdekatan dengan rumah anda, kemudian terus memesan menu-menu terbaru ini. Memang berbaloi dan "Egg-Stra' Padu! Pasti tidak mengecewakan anda!
Untuk maklumat lanjut mengenai Marrybrown, promosi dan perkhidmatan penghantaran makanan sila layari :
MARRYBROWN
Facebook: MarrybrownMalaysia
Instagram: Marrybrownmy
Youtube: MarrybrownTV
Delivery: http://mbdelivery.com.my
#Marrybrown #MarrybrownMY #SomethingDifferent #EggstraPadu #MBSaltedEggMeal
burger dia sedap
ردحذف2 kali dah makan
nak repeat kali ketiga
dah try da burger dia.. next nak try ayam pula.. orang kata ayam dia pun sedap juga
ردحذفLamanya tak pegi Marrybrown . Nak kena pegi gak laa nanti nak try burger dan ayam dia ..
ردحذفNampak sedap ayam salted egg tu. Boleh dicuba mungkin lain kali.
ردحذفWaduhhh .. ramai sangat sharing kata set MB kalini mampu menarik kalbu nak try. Takleh jadi ni , kena try selagi stok masih ada
ردحذفSedap nyer nampak menu Mary Brown salted egg nie. Saya pun belum rasa lagi. Insya’Allah, Bila kuar rumah nanti Boley lah rasa.
ردحذفBaru kita nak tengok gambar Aerill makan Marrybrown hehehe tapi sebelum PKP kita pernah cuba makan sini tapi ni dah lama tak makan Marrybrown nak kena pergi cuba ni hehehehe....
ردحذفMemang sedap, Sis emmang suka salted egg, so dapat makan burger gan ayamnya dengan sosnya, memang puashati..rezeki Sis plak, masa beli dapat extra sos lagi hehehehe
ردحذفMesti menu terbaharu dari Martybrown ni sedap sbb salted egg..
ردحذفAlaaa nampak burger dia menyelerakan lah.. Teringin nak rasa. Nnt pegi beli lah
ردحذفAlamak..
ردحذفPagi pagi dah nampak makanan sedap.
Nak kena pergi beli jugak ke macam mana ni.
Haha
Dah lama tak masuk MB.
Uishhhh sedapnya nampak... Selalu tu makan resipi telur masin ni dengan udabg, sotong... Ni ayam pula, bolehlah cuba nanti... Dah terasa-rasa percikan telur masin kat dalam mulut dah ni... Hehehehe...
ردحذف