Assalamualaikum dan salam sejahtera
OXWHITE MEMBERI BAUCER TUNAI BERNILAI LEBIH RM60,000
Oxwhite menyambut ulang tahun kedua dengan memberi baucar tunai dan diskaun lebih 50%
Oxwhite berusia dua tahun pada 30 Jun 2020. Bersempena dengan sambutan ulang tahun kedua ini, jenama e-dagang gaya hidup pengguna yang berkembang pesat di Malaysia ini, melancarkan promosi ulang tahun dengan memberikan baucar tunai bernilai lebih RM60,000.
Pelanggan boleh menebus baucar bernilai antara RM5-RM20 untuk pembelian bernilai RM50 ke atas.
Pelanggan juga akan mendapat potongan harga sehingga 50% untuk koleksi ulang tahun Oxwhite - yang menampilkan buku terlaris Oxwhite, produk organik dan barangan terpilih dalam kategori pakaian, rumah dan keperluan hidup.
Di samping itu, platform runcit dalam talian HappyFresh, turut memberikan baucar bernilai RM11,320 kepada pelanggan Oxwhite yang berbelanja antara jam 12.00 tengah hari pada 30 Jun 2020 dan 11.59 malam pada 7 Julai 2020.
Pelanggan aplikasi Digi, Maxis dan RHB juga akan menikmati potongan tambahan apabila mereka berbelanja di platform e-dagang mulai 1 Julai 2020.
Bukan itu sahaja, Oxwhite juga akan melancarkan dua produk baru di platform e-dagang. Produk berkenaan adalah:
Kemeja T Asas Oxwhite
Dibuat menggunakan fabrik 100% kain kapas yang lembut dan selesa, kemeja T asas ini direka dengan teliti agar sesuai dengan bentuk tubuh si pemakai. Setiap kemeja T asas dihantar dalam bungkusan kertas 100% biodegradasi, boleh diguna semula dan dikitar semula.
Tuala Bambu
Lebih lembut dan gebu berbanding tuala kapas biasa, tuala bambu ini menjadi lebih popular di spa dan premis mewah di seluruh dunia. Tuala berkualiti hotel ini dibuat secara eksklusif daripada viskose buluh dengan penuh tanggungjawab sosial. Tuala ini sangat menyerap, cepat kering, antibakteria dan anti bau.
Kini, Oxwhite telah berjaya menarik lebih 80,000 pelanggan dan berusaha untuk terus meningkatkan asas pelanggan dengan sasaran 200% tahun ini. Oleh itu, jenama gaya hidup ini akan melancarkan lebih banyak produk dan promosi dalam beberapa bulan akan datang.
Mengenai Oxwhite
Oxwhite adalah jenama gaya hidup e-dagang yang beroperasi dengan model perniagaan terus kepada pelanggan, memberikan akses alternatif jenama mewah yang menekankan kualiti premium pada harga yang berpatutan.
Oxwhite dilancarkan di Malaysia pada 2018 dengan hanya satu produk iaitu kemeja T asas putih. Bermula dari situ, jenama ini telah berkembang dan menawarkan pelbagai jenis produk khusus untuk keperluan harian penduduk Asia yang moden; dari pakaian kerja hingga kasual, dan untuk yang suka mengembara sehinggalah ke keperluan rumah dan kehidupan.
Sebagai satu jenama, Oxwhite bertujuan untuk terus menambah baik penawaran barangan untuk menjadi e-dagang pilihan penduduk Asia yang mahu tampil bergaya dan selesa dengan harga yang berpatutan. Untuk lebih maklumat sila layari www.oxwhite.com
SEKIAN
menarik oxwhite ni..besar nilai baucer tu.
ردحذف