Kisah Seram : Diganggu Ketika Bercuti di Chalet

Aerill Hassan
2
Assalamualaikum dan salam sejahtera


KISAH SERAM DIGANGGU KETIKA BERCUTI DI CHALET | Kembali lagi kita dalam episod terbaru,"Kisah Seram Apa Minggu ini?". Kali ini aku nak bawakan kepada anda sebuah kisah menarik, iaitu pengalaman sekeluarga bercuti di sebuah chalet yang terletak di sebuah negara yang dekat dengan Malaysia. Kisah ini mungkin ada kaitan dengan anda? Apa-apapun jemput baca dah hayati kisah ini.✌😎

KISAH SERAM DIGANGGU KETIKA BERCUTI DI CHALET 

Kejadian ini berlaku beberapa bulan yang lalu. Keluarga bapa saya telah mengadakan sambutan hari lahir selama tiga hari di sana. Pada hari pertama, tiada apa-apa gangguan. Ia berlaku pada hari yang kedua, sedang kami beramai-ramai membaca doa selamat, bapa dan teman lelaki saya sedang sibuk memanggang satay, ayam dan macam-macam lagi. Sedang bapa berdiri di tempat memanggang, bapa saya terdengar sesuatu seperti “PSSSTT” namun tidak dihiraukan.

Selang beberapa saat kemudian, teman lelaki saya terdengar tangisan bayi menangis. Salah seorang sepupu bapa memang senang melihat benda halus, maklum dalam badannya memang ada benda yang damping setelah diturunkan oleh arwah moyang saya. Tamat saja membaca doa selamat, nenek saya dengan cepat ingin balik kerana adik sepupu saya menangis tak henti-henti. Bila ditanya kenapa ingin pulang awal, nenek pun berkata, “Budak kecik tu, dah nampak kakak...” Untuk pengetahuan semua, nenek, makcik dan sepupu saya kebanyakan memang ada benda yang damping.

Dipendekkan cerita, sepupu bapa saya (makcik yang berumur 15 tahun) yang sedang duduk dengan ibu saya tiba-tiba berlari ke dalam bilik dan menangis dengan kuat. Saya pun lari mengikut dia. Tiba di dalam bilik, makcik saya menangis di atas katil lalu atok saya selimutkannya dengan sejadah dan membaca surah-surah suci. Makcik saya dipegang kuat oleh saudara lelaki kerana dia telah dirasuk. Meronta-ronta dibuatnya. Makcik mula ketawa, menjerit kesakitan, memaki-hamun dan menangis.

Setelah makcik pulih, dia dikejarkan ke hospital kerana sukar untuk bernafas. Dalam perjalanan ke hospital, paramedik berkata pada nenek saya, ”Makcik anak saudaranya kena sampuk eh?” Nenek pun menjawab, “Macamana tahu?” Paramedik itu pun berkata, ”Tadi masa saya nak periksa tekanan darah anak saudaranya, ternampak kakak di ruang tamu...” Yang menghairankan, ramai yang sedang menjamu selera di ruang tamu, keadaan terang-benderang begitu pun benda ni ingin mengacau. Tanpa membuang masa, kami kemas barang untuk pulang kerana tidak digalakkan untuk tidur di sana kerana tempat itu dikelilingi dengan kakak sekeluarga!

Keesokan harinya, kami pun menziarah makcik, kami bertanya apa yang dia nampak? Makcik berkata, ”Macam-macam yang ada, banyak pulak tu seperti satu keluarga. Ada yang besar, yang kecil..." Yang lebih menyeramkan makcik kata masa dia duduk bersama ibu saya kakak cantik ingin memeluk ibu saya!!! Mana tak seram??? Makcik kata dekat bumbung pun ada, patutlah semasa saya ingin mengambil air untuk teman lelaki, saya dibaling dengan batu yang amat besar, sakit dibuatnya. Saya hairan mana datangnya batu itu, nak kata jatuh dari bumbung takkan perit rasanya. Itulah kisah saya. Nasihat saya ,kalau nak ke tempat begini, pagarlah diri dahulu sebelum melangkah masuk. Sekian terima kasih. Assalamualaikum.

Sumber : Kisah Seram | Google Image
Tags

إرسال تعليق

2تعليقات

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


إرسال تعليق

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Ok, Go it!