Kisah Seram : Sekeluarga Diganggu Ketika Bercuti di Langkawi

Aerill Hassan
2
Assalamualaikum dan salam sejahtera


KISAH SERAM : SEKELUARGA DIGANGGU KETIKA BERCUTI DI LANGKAWI | Kembali lagi kita dalam rancangan "Kisah Seram Apa Minggu Ini?". Episod pertama dalam bulan Julai ini adalah kisah mengenai percutian sekeluarga ke sebuah pulau yang terletak di utara Malaysia. Nak tahu bagaimana mereka diganggu? Bagaimana dengan pengakhirannya? Jemput baca ya! ✌😎


KISAH SERAM : SEKELUARGA DIGANGGU KETIKA BERCUTI DI LANGKAWI

Cerita ini pengalaman aku sendiri, sebenarnya dah agak lama. Kali pertama aku pergi ke Pulau Langkawi bersama keluarga. Memang seronok masa tu, sebab masa kitorang sampai ke sana, kebetulan LIMA ataupun Langkawi International Maritime & Aerospace Exhibition sedang berlangsung.

Bagi yang tak tahu LIMA tu apa, ianya pertunjukan pesawat-pesawat dan kapal laut antarabangsa. Jadi paham-paham la kan, banyak hotel, chalet dan rumah penginapan dah sold out macam pisang goreng panas. Malam pertama kat sana kitorang kena tipu dengan "ulat". Tidur kiat bilik sempit, dapat 4 bilik je. Orang ramai pulak kan, memang tak selesa. Hari kedua kitorang cari tempat lain. Alhamdulillah, kitorang jumpa sebuah apartment untuk disewa.

Apartmen ni memang selesa la. Tapi aku pelik, kenapa tak ada orang duduk or sewa kat situ. Mungkin baru check out kot. Ok takpe, mungkin dah rezeki kitorang dapat apartment tu. Siang hari tak ada apa yang mencurigakan kat rumah tu. Tapi menjelang malam, aku orang pertama yang rasa curiga. Apa taknya, sedang aku dengan abah dan ayah menonton bola sepak, EPL kat tv, aku dengar ada orang tekan loceng. Masa tu dah lebih pukul 12 malam. Aku pun cakap kat abang, " Ada orang kat luar tekan loceng, pegi la buka pintu".

Tapi abang aku buat muka selamba dan dia cakap tak ada pon dengar ada bunyi loceng. Aik, biar betul. Aku dengar bunyik loceng tu sekali lagi. "Haaa.. dengar tak? Ada orang la kat luar, tuan rumah datang kot nak bagi bantal." Sekali lagi abang dan ayah aku buat selamba macam tak ada apa-apa berlaku. Dah semua tak nak tengok siapa yang datang, aku pun bangun pergi buka pintu. Bila aku buka pintu tu, tak ada sorang pun depan pintu tu.




Puas aku cari merata tapi memang tak ada orang. Yang paling best, aku tengok loceng tu dah rosak. Siap terkeluar lagi wayar loceng tu, tempat nak tekan loceng tu pon dah tak ada, dah jahanam. Kalau dah rosak, macam mana boleh bunyi. Bunyi apa yang aku dengar tadi? AKu tutup pintu dan terus sambung tengok EPL macam tak ada apa-apa yang berlaku. Habis je EPL, masing-masing tidur kat bilik, kecuali aku dengan abang, kitorang tidur kat sofa ruang tamu.

Malam tu masa tidur aku tak diganggu apa-apa, tapi lain ceritanya dengan mak, kakak dan ayah aku. Keesokkan paginya, bermula la cerita masing-masing. Mak aku bangun nak kencing malam tu, tapi kat dalam toilet ada orang tengah buang air. Dengar bunyi air macam orang tadah air dalam baldi. Mak aku tolak pintu tu, tapi berkunci. Bila dah lama sangat tunggu, dah tak tahan, mak aku nak ketuk pintu bilik air tu. Bila ketuk, boleh pulak buka pintu ni, tak kunci pulak. Tapi tak ada sesiapa pun dalam bilik air tu. Lepas buat apa yang dihajatkan, mak aku tidur semula.

Kisah yang sama berlaku pada kakak aku. Dia terdengar ada orang mandi di dalam bilik master bedroom. tapi yang peliknya, suami dia tak  dengar apa-apa pun. Ayah aku pulak dapat mimpi. Katanya dalam mimpi tu ada seorang budak lelaki sedang bermain didalam rumah. Budak lelaki tu ditemani oleh ibunya. Mereka berdua berpakaian serba putih dan si ibu tadi bertudung putih. Si ibu meminta maaf kepada ayah aku kerana anaknya yang nakal suka bermain-main dalam rumah. Seram tak? Pagi tu aku pun cakap kat keluarga aku semua apa yang aku dengar malam tu, bunyi loceng yang sebelum ni tak ada sorang pun percaya. Lepas tu kitorang pun carilah tempat lain kan. Itulah pengalaman aku sewaktu ke Langkawi buat kali pertama. Kalau tak percaya, korang carilah apartment ni, aku pun dah lupa kat mana lokasinya. 


Sumber : Kisah Seram
Tags

إرسال تعليق

2تعليقات

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


إرسال تعليق

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Ok, Go it!