Assalamualaikum dan salam sejahtera
Sebelum ini dalam entri Salam Aidiladha 2020 , aku ada cerita bahawa raya Aidiladha pada tahun ini aku tak dapat nak pulang ke kampung, sepertimana majoriti rakyat Malaysia yang lain. Ya, buat pertama kalinya aku tak balik kampung. Tapi sebenarnya aku merancang untuk pulang seminggu kemudian, jadi aku tak merasa sedih atau sesuatu yang sama maksud dengannya.
Sebenarnya sudah lama jugak aku rancang untuk belanja keluarga makan dan membawa jalan-jalan. Yalah, sepanjang PKP memang duduk dirumah sahaja. Alhamdulillah aku dapat berbuat demikian bila mana aku balik kampung baru-baru ini.
MAKAN BESAR DI SEOUL GARDEN
Kali terakhir aku makan di Seoul Garden bersama keluarga adalah dua tahun yang lalu, ketika selesai majlis konvokesyen untuk sesi ijazah aku pada tahun 2018. Alhamdulillah, setelah hampir sebulan lebih merancang dan kemudian perancangan berubah pada minit terakhir, akhirnya kami sekeluarga dapat makan besar bersama.
Apa salahnya jika sekali-sekala belanja keluarga makan? Walaupun aku rasa aku tidaklah sekaya mana, tapi aku rasa aku perlu bawa mereka untuk makan sesuatu yang sedap.
Sampai sahaja aku dari Kuala Lumpur di stesen bas, kami terus bertolak ke Seoul Garden, Sunway Carnival, sebab itu sahaja outlet terdekat. Kemudian, kami terus makan bersama. Alhamdulillah cukup semua ahli keluarga termasuk keluarga kecil kakak aku, abang ipar aku dan baby Danial.
Memang kami semua pulang dengan perut yang penuh, (walaupun sebelum masuk kereta, sempat lagi pesan pizza bersaiz large untuk dibawa pulang.)
Makan di Seoul Garden ketika waktu pandemik ini sangat berbeza. Makanan buffet perlu dipilih sendiri, dan pekerja di kedai tersebut yang akan bawa setiap satu pinggan ke meja. Tapi itu semua tak penting, yang penting adalah kami dapat makan bersama dan juga menjaga kebersihan dan kesihatan.
JALAN-JALAN CARI MAKAN DI IKEA, BATU KAWAN
Pertama kali menjejakkan kaki ke Ikea Batu Kawan, Pulau Pinang sememangnya satu pengalaman yang seronok. Lebih seronok apabila jumlah pengunjung yang sangat kurang, memberikan keselesaan untuk kami sekeluarga. Malangnya abang ipar aku tak dapat turut bersama kerana ada urusan lain.
Walaupun di Kuala Lumpur, banyak kali juga aku ke IKEA tapi aku sangat jarang makan di sana. Beberapa sebab sebenarnya, antaranya adalah kesesakan orang yang terlampau ramai. Sepertimana yang anda ketahui (mungkin belum), aku sangat tak suka keadaan yang sesak dan ramai orang.
Ini juga pengalaman pertama kali untuk keluarga aku yang lain, menjejakkan kaki ke IKEA. Mereka begitu teruja melihat pelbagai barangan keperluan rumah yang ada dengan harga yang berpatutan. In shaa Allah lepas ini mungkin mereka akan kembali ke IKEA.
Sebenarnya dah lama juga aku tak ceritakan tentang kehidupan peribadi aku. Sekali-sekala, aku rasa aku patut selitkan kisah kehidupan aku di blog ini dan bukan hanya artikel berkaitan kerja dan lain-lain.
Bagi aku keluarga adalah keutamaan aku. Walaupun tinggal berjauhan, tapi aku sentiasa merasa dekat dengan mereka. In shaa Allah aku akan berikan kesenangan buat keluarga aku, sentiasa menjaga nama baik keluarga dan mendoakan kesejahteraan mereka.
Sekian.
betul..family is everything,
ردحذفpatot mcm kenal depan seoul garden tu, penang rupanyaaa
ردحذفbelum try lagi makan kat seoul garden ni. selalu penuh je
ردحذفWah meriahnya!!! Yup ini betul... Family is everything!!!
ردحذف