Assalamualaikum dan salam sejahtera
Dua Peserta dari Pahang dan Selangor menang
“Gaji Seumur Hidup” daripada Nestlé!
Nestlé juga sumbang RM684,000 kepada 17 pertubuhan amal menerusi peraduan seluruh negara terbesarnya
Dua Peserta dari Pahang dan Selangor menang
“Gaji Seumur Hidup” daripada Nestlé!
Nestlé juga sumbang RM684,000 kepada 17 pertubuhan amal menerusi peraduan seluruh negara terbesarnya
DUA PESERTA DARI PAHANG DAN SELANGOR MENANG "GAJI SEUMUR HIDUP" DARIPADA NESTLE | Selepas penantian selama 15 minggu yang cukup mengujakan, lebih satu juta penyertaan diterima, dan detik-detik pusingan akhir yang mendebarkan antara finalis, Nestlé Malaysia akhirnya mengumumkan dua pemenang Hadiah Utama peraduan terbesarnya setakat ini; Peraduan Nestlé Gaji Seumur Hidup dalam Pusingan Akhir yang disiarkan oleh TV3 malam semalam!
Selepas cabaran getir dalam Pusingan Akhir, yang menguji keupayaan fizikal, mental dan intelek semua finalis, Encik Amirrul Hafiz Bin Razak, 32 tahun, dari Temerloh, Pahang, dan Encik Wong Chee Soon, 40 tahun, dari Subang Jaya, Selangor, muncul sebagai pemenang, dengan setiap seorang daripada mereka memenangi ‘Gaji Seumur Hidup’ iaitu RM3,000 setiap bulan daripada Nestlé!
Pertubuhan amal yang dicalonkan mereka juga muncul sebagai pemenang: Pertubuhan Tindakan Wanita Islam (PERTIWI) yang dicalonkan oleh Encik Amirrul dan Yayasan Amal Malaysia, yang dicalonkan oleh Encik Wong, masing-masing akan menerima RM72,000 daripada Nestlé.
Ternyata gembira memenangi Hadiah Utama “Gaji Seumur Hidup”, Encik Amirrul Hafiz Bin Razak berkata, “Walaupun kemungkinannya amat tipis, tahun 2020 membawa berkat bagi keluarga saya. Selain menantikan kelahiran anak sulung pada bulan September ini, saya dihadiahkan dengan ‘gaji’ untuk seumur hidup! Dengan hadiah ini, saya akan dapat menunaikan hajat ibu bapa saya untuk menunaikan fardu Haji di Mekah dan memastikan keluarga saya dapat hidup dengan selesa. Saya juga amat bersyukur kerana dapat mencalonkan PERTIWI. Pertubuhan ini dekat di hati saya kerana ia menggalakkan perpaduan. Ini amat penting kerana kita hidup di Malaysia, sebuah negara berbilang kaum, dan PERTIWI membantu rakyat tanpa mengira bangsa dan agama.”
Seorang lagi pemenang Hadiah Utama “Gaji Seumur Hidup”, Encik Wong Chee Soon, berkata, “Kemenangan ini sudah tentu mengejutkan saya! Saya menghantar hampir 10 penyertaan, setiap kali saya membeli produk Nestlé, dan saya gembira kerana telah menurut naluri saya yang membolehkan saya memenangi ‘Gaji Seumur Hidup’! Ini pasti akan mengubah dan menambah baik kehidupan keluarga saya kerana saya adalah satu-satunya pencari nafkah bagi keluarga kami. Selain itu, Nestlé memberi saya peluang untuk menyumbang kepada masyarakat menerusi peraduan ini. Saya harap sumbangan kepada Yayasan Amal Malaysia akan membawa perubahan positif ke dalam hidup insan lain, seperti yang dilakukan oleh peraduan ini untuk saya.”
Menurut Encik Juan Aranols, Ketua Pegawai Eksekutif, Nestlé (Malaysia) Berhad, “Tahniah kami ucapkan kepada Encik Amirrul dan Encik Wong atas kemenangan mereka dan kami harap sekarang mereka dapat menunaikan hajat dan mencapai impian mereka serta keluarga tersayang! Kami benar-benar terharu dengan sambutan yang diberikan oleh rakyat Malaysia kepada Peraduan Nestlé Gaji Seumur Hidup dan kami teruja kerana dapat membawa kegembiraan kepada rakyat Malaysia, lebih-lebih lagi pada masa yang mencabar sekarang.”
Nestlé Malaysia akan juga menyumbangkan sejumlah RM684,000 kepada 17 pertubuhan amal yang dicalonkan oleh setiap finalis Peraduan Nestlé Gaji Seumur Hidup. Tujuh belas pertubuhan amal ini ialah:
1. Persatuan Jaringan Pembangunan Manusia Luar Bandar Malaysia (DHRRA Malaysia)
2. Yayasan Dignity for Children
3. Yayasan Bantuan Makanan
4. Global Peace Foundation
5. Global Peace Mission Malaysia
6. Pusat Autisme IDEAS
7. Persatuan Jagaan Hospis Kasih
8. Kechara Soup Kitchen
9. Yayasan Orang Buta Malaysia
10. Orphan Care
11. Persatuan Kebajikan Da Ai Malaysia
12. PERTIWI
13. Rumah Kita
14. Shelter Home for Children
15. Yayasan Tzu-Chi Malaysia
16. Yayasan Amal Malaysia
17. Yayasan Chow Kit
Mengulas mengenai keputusan Nestle untuk menyalurkan hadiah kepada pertubuhan amal, Encik Aranols berkata, “Di Nestlé, kami komited untuk membawa perubahan positif dalam masyarakat. Tahun ini, dengan begitu ramai orang yang terkesan dengan COVID-19, kami rasa komitmen ini lebih diperlukan sekarang. Kami harap inisiatif ini akan mendorong lebih ramai orang untuk menabur bakti kepada masyarakat dan membantu pada saat ramai keluarga yang memerlukan.”
Lebih 850 rakyat Malaysia memenangi hadiah wang tunai lebih daripada RM4 juta menerusi Peraduan Nestlé Gaji Seumur Hidup. Peraduan berlangsung dari 14 Februari hingga 14 Mei 2020. Ini termasuk hadiah mingguan RM500 setiap satu, kepada 100 pemenang ‘Gaji Satu Bulan’, 15 pemenang ‘Gaji Satu Tahun, dan dua pemenang Hadiah Utama ‘Gaji Seumur Hidup’ RM3,000 setiap bulan.
SEKIAN
Rezeki yang sangat indah ni huhu
ردحذفabe kie masuk peraduan ni juga tp x menang apa2...
ردحذفbestnya, apa pun alhamdulillah rezeki mereka
ردحذفya Allah! congratulations!!!
ردحذف