Assalamualaikum dan salam sejahtera
Penyelesaian Tanpa DAGING
PHUTURE DAGING | KELEBIHAN DAGING BERASASKAN TUMBUH-TUMBUHAN | Rakyat Malaysia secara amnya majoriti merupakan peminat makanan berasaskan daging. Boleh lihat di mana-mana sahaja pasti akan ada restoran makanan segera yang menjadikan daging sebagai menu utama. Begitu juga dengan musim perayaan, pastinya menu utama setiap isi rumah adalah berasaskan daging.
Tapi tahukah anda bahawa wujudnya Daging yang berasaskan Tumbuh-tumbuhan? Ya, Phuture Daging, iaitu sebuah syarikat yang menyediakan makanan daging berasaskan tumbuh-tumbuhan. Tumbuh-tumbuhan diproses untuk menjadi daging, dan ia lebih baik dan memberi kesan dan impak yang cukup bagus untuk persekitaran.
KELEBIHAN DAGING BERASASKAN TUMBUH-TUMBUHAN
Untuk menjalani hidup yang pentingkan alam sekitar, anda hanya perlu mengubah gaya pemakanan anda sahaja! Kenyataan sebegini anda akan dengar daripada syarikat-syarikat yang berfikir ke hadapan seperti Beyond Meat dan Phuture Daging. Bagaimana?
Mereka mempercayai bahawa dengan memilih untuk mengambil makanan berasaskan tumbuh-tumbuhan berbanding makanan berasaskan daging, kita sememangnya boleh menyumbang dalam usaha untuk selamatkan Bumi.
- KURANGKAN PEMBEBASAN KARBON SEKALIGUS MENGURANGKAN PERUBAHAN CUACA
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) telah mengeluarkan kenyataan bahawa perubahan cuaca merupakan salah satu ancaman terbesar terhadap planet kita. Kajian oleh Overseas Development Institute dari United Kingdom, salah satu cara paling pantas untuk kurangkan kesan perubahan cuaca adalah dengan pengambilan jumlah daging yang kurang didalam pemakanan kita.
Selain itu, satu lagi kajian pada tahun 2018 diadakan di 119 negara telah menunjukkan bahawa makanan berasaskan haiwan mempunyai kadar pelepasan karbon yang tinggi berbanding makanan berasaskan tumbuh-tumbuhan.
Melalui pemakanan vegan atau vegetarian, anda sebenarnya menghasilkan pelepasan karbon yang kurang iaitu 41.7% kurang gas rumah hijau berbanding makanan berasaskan daging Sebagai contoh, penghasilan 1kilogram kacang pis hanya menghasilkan 1kilogram gas rumah hijau, berbanding dengan 60kilogram gas rumah hijau yang dihasilkan apabila 1kilogram daging lembu dihasilkan.

- PENGGUNAAN SUMBER SEMULAJADI DENGAN LEBIH CEKAP DAN BERKESAN
Semua aktiviti agrikultur perlukan penggunaan keluasan tanah, tetapi terdapat perbezaan yang banyak dalam jumlah hasil tanaman petani dapat daripada tanam tumbuh-tumbuhan berbanding menternak haiwan. Sebagai contoh, 1 ekar tanah dapat digunakan untuk menghasilkan sekitar 180 sehingga 220 kilogram daging dan saiz tanah yang sama juga akan menghasilkan 9,070 kilogram makanan berasaskan tumbuh-tumbuhan.
Contoh yang lain pula, 150 hingga 600 liter air diperlukan untuk menghasilkan 1kilogram daging lembut, berbanding hanya 50 liter air sahaja diperlukan untuk menghasilkan 1kilogram tauhu. Untuk negara yang bersaiz kecil seperti Malaysia, penghasilan makanan secara cekap dan berkesan adalah suatu yang penting kerana faktor kekurangan kawasan tanah dan juga kesesuaian tanah.
Oleh itu, penghasilan makanan berasaskan tumbuh-tumbuhan menggunakan sumber semulajadi sememangnya lebih berkesan dan memberikan pulangan yang lebih besar.

BAGAIMANA DAGING BERASASKAN TUMBUHAN DIHASILKAN?
Dibawah adalah penerangan terperinci tentang bagaimana penghasilan daging berasaskan tumbuh-tumbuhan.
Penyelesaian Tanpa DAGING
Mengambil kira pelbagai faktor, pemakanan berasaskan tumbuh-tumbuhan sememangnya salah satu cara untuk menghasilkan persekitaran yang lestari untuk masa depan umat manusia. Walaubagaimanapun, ramai yang sememangnya sukar untuk secara 100% menolak daging daripada pemakanan kita. Tetapi, kita masih boleh membuat perubahan dan bermula dengan usaha yang sedikit dan kemudian hari semakin banyak.
Salah satu usaha yang dijalankan di lebih 40 buah negara adalah Hari Isnin Tanpa Daging (Meatless Monday). Idea disebalik usaha ini adalah untuk tidak memakan sebarang makanan berasaskan daging selama sehari bagi setiap minggu, dan dengan sertai kempen ini, individu tersebut telah pun mengurangkan pengambilan daging sebanyak 15%, sekaligus dapat mengurangkan impak terhadap persekitaran untuk menghasilkan makanan tersebut.
Phuture Daging dengan sepenuh hatinya menyokong usaha ini. Syarikat ini juga sedang berusaha untuk jadikan rakyat Malaysia mengamalkan pemakanan yang mesra alam sekitar dengan menawarkan pilihan makanan daging berasaskan tumbuh-tumbuhan di pasaraya tempatan.
Untuk pengetahuan anda, daging berasaskan tumbuh-tumbuhan ini dihasilkan di kilang pembuatan HALAL. Selain itu, mereka juga merancang untuk memulakan kempen hijau yang sama di Malaysia pada masa hadapan.

Konsep pemakanan daging berasaskan tumbuh-tumbuhan masih baru di Malaysia, dan Phuture Daging berharap dapat memberi info lebih lanjut tentang kelebihan pemakanan, terutamanya dari aspek alam sekitar sekaligus dapat tingkatkan pemahaman tentang konsep ini di Malaysia.
Selain itu, Phuture Daging juga berhasrat untuk menyediakan sokongan untuk restoran dan kafe tempatan untuk memperkenalkan makanan berasaskan tumbuhan di dalam menu mereka. Phuture Daging juga akan membantu syarikat makanan & minuman (F&b) dalam usaha untuk memberi pengetahuan kepada rakyat Malaysia tentang kelebihan makanan berasaskan tumbuh-tumbuhan melalui beberapa kempen pemasaran dan sebagainya.
Untuk sebarang informasi tentang Phuture Daging dan produk-produk berasaskan tumbuh-tumbuhan :-
Email : enquiry@phuturedaging.com
meat lover here
ردحذفdah pernah nampak kajian untuk hasilkan daging dari tumbuh-tumbuhan. Inisiatif yang bagus, disamping jaga alam sekitar, kita boleh jaga kalori jugak
ردحذفEh mula2 ingat salah baca. Jadi curious pulak. Nampak macam daging tapi rasanya camne pulak ye?
ردحذفVegetarian mesti suka makan burger macam ni. Yang nak cuba jadi vegetarian, boleh juga amalkan. Why not kan. Hehe
ردحذفmenarik sangat ni. boleh la kurangkan makan daging. thanks sharing
ردحذفTq bro utk sharing info bermanfaat ni. Kita skrg mmg kena memilih sikit bab makan. Macam Mat Drat kena try juga ni, biasa beli ayam organik, ni kena try daging pulk
ردحذفTq bro utk sharing info bermanfaat ni. Kita skrg mmg kena memilih sikit bab makan. Macam Mat Drat kena try juga ni, biasa beli ayam organik, ni kena try daging pulk
ردحذفKira untuk prang yang vegetarian sesuai laaa ni ek... waaa bagus betul ni... mesti anak Sis suka ni...
ردحذفWoww unik sangat ni. Mcm mne tumbuhan mnjadi daging.. So ni jawapnnya.. Macam mna pulak rasa dia. Hah ni curious ni
ردحذفGood for vegan. Scientifically, mmg possible sbb banyak je tumbuhan yg kandungan proteinnya tinggi. Ini satu inisiatif yg bagus. Tahniah.
ردحذفPestime tengok daging dari tumbuhan ni. .satu makanan yang sihat kan.
ردحذفYela tak semua orang suka makan sayur. So dgn cara ni adalah satu galakan.
Wah mestilah semua orang sihat lepas ni kan. Daging sayuran rasa teringin sangat nk cuba
ردحذف