Assalamualaikum dan salam sejahtera
いただきます
|
Apa khabar rakan-rakan dan pembaca sekalian? Alhamdulillah. Walaupun Selangor dan Kuala Lumpur dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat, harapnya semua masih menjaga kesihatan dan kebersihan diri. Baiklah, kali ini aku nak cerita dan kongsikan dengan anda tentang satu restoran sushi yang aku baru sahaja singgah dan cuba. In shaa Allah dalam entri kali ini aku akan share secara menyeluruh. Jemput baca sehingga ke penamat ya!✌😎MAKAN SUSHI DI EAT SUSHI, SUNWAY GIZA
Baru-baru ini aku berkesempatan ke sebuah restoran Sushi iaitu Eat Sushi di Sunway Giza, Kota Damansara. Sudah lama jugak sebenarnya aku tak makan sushi. Alhamdulillah, kali ini berpeluang juga makan sushi. Seperti biasa, setiap kali ke restoran atau premis pastinya kita perlu scan QR code dan juga memakai pelitup muka sebagai langkah membendung Covid-19.
Mengenai restoran ini, EAT SUSHI merupakan sebuah restoran makanan Jepun yang terletak di Sunway Giza, Kota Damansara, Petaling. Mengenai restoran ini, Eat Sushi bermula di dalam industri sushi pada tahun 2009 di Capalaba Central Shopping Centre Australia. Kini, mereka mempunyai 6 cawangan di Australia dan Sunway Giza Malaysia merupakan lokasi pertama di luar dari negara Australia. Eat Sushi berbeza dengan restoran makanan Jepun yang lain kerana mereka membawakan elemen Australia dan makanan Jepun ke dalam resipi mereka. Eat Sushi juga mengutamakan makanan yang segar dan berkualiti tinggi kepada para pelanggan.
SIGNATURE SUSHI
Signature Sushi yang diperkenalkan di Eat Sushi adalah Unagi Rainbow Maki, Grill Salmon Rainbow Maki dan Tempura Sushi Maki.
Sedikit pengenalan mengenai "maki" - “Makiushi”, a.k.a. “maki” a.k.a. “California roll”, is a rice cylinder with nori. It’s usually stuffed with additional ingredients in the middle: fish, vegetables, condiments… There are several sorts of maki, including hosomaki which only has one ingredient, and futomaki; a roll with a diameter of 5-6 cm.
Unagi Rainbow Maki - Antara sushi yang aku suka sebab adanya Unagi. Untuk mereka yang suka dengan belut tau unagi, anda patut cuba yang ini ya! Oh ya, yag membezakan berbanding dengan Unagi Maki yang lain adalah tambahan cream cheese. Memang sedap!
Grill Salmon Rainbow - Untuk peminat salmon, anda perlu cuba yang ini ya! Aku kurang suka dengan salmon mentah, tapi untuk salmon yang digrill, memang aku suka. Antara sushi yang aku ambil dengan kuantiti yang banyak! Lebih menarik adalah ada tambahan sos istimewa untuk memberikan rasa masam dan sedap!
Tempura Sushi Maki - Ini juga salah satu yang anda patut cuba. Kalau kebiasaannya anda makan tempura goreng sahaja, tapi kali ini disediakan bersama maki dan digoreng sekali! Memang berbeza rasanya bila maki digorengkan bersama Tempura.
Avocado Rainbow Maki - Untuk mereka yang pentingkan kesihatan dan juga rasa yang berbeza, anda boleh cuba avocado rainbow maki. Pertama kali jugak sebenarnya aku nampak sushi bersama avocado. Menarik bukan? Tambahan Avocado ini memberikan lebih rasa yang pelbagai dan juga lebih sihat.
Grill Hotate Rainbow Maki - Ini juga antara favourite aku. Sebab aku sukakan isi ketam, jadi bila ada ketam memang jadi favourite aku lah. Untuk sushi ini, ia adalah stick ketam salad dicampur bersama scallop dan digrill bersama.
Egg Rainbow Maki - Peminat telur? Anda pastinya akan suka sushi ini iaitu maki disertakan bersama lapisan telur. Antara yang sedap juga disini. Anda patut cuba ya!
Untuk anda yang datang menikmati sushi di sini, pastinya akan berfikir tentang harga bukan? Jangan risau kerana harga yang ditawarkan bagi setiap pinggan sangat berpatutan. Terdapat tiga jenis pinggan yang ditawarkan dengan berbeza harga. Pinggan berwarna biru berharga RM2.80, pinggan berwarna hijau berharga RM3.80 dan pinggan berwarna hitam berharga RM4.80 sahaja.
Secara kesimpulannya, aku memang pastinya akan datang lagi ke Eat Sushi ni lagi untuk menikmati sushi-sushi disini. Sebab aku memang peminat makanan Jepun dan juga harga yang ditawarkan sangat berpatutan, selain restoran ini yang sangat santai untuk makan.
COMBO CMCO SET DEALS
Okay, disebabkan sekarang ni kawasan Lembah Klang dan Selangor dikenakan PKPB, jadi Eat Sushi membawakan 𝙀𝘼𝙏 𝙎𝙐𝙎𝙃𝙄 𝘾𝙊𝙈𝘽𝙊 𝙁𝙄𝙀𝙎𝙏𝘼! Anda boleh memesan Combo yang ditawarkan pada harga yang tertera dibawah!tada:Ananda:tada::tada:
:yum
Sushi Platter A Combo ~ RM84.90
Sushi Platter B Combo ~ RM93.90
Deep Fry Platter Combo ~ RM76.90
Seafood Platter Combo ~ RM109.90
Untuk memesan dengan Penghantaran Percuma sehingga ke kawasan Klang, Ampang, Cheras atau Rawang dan tempat-tempat lain, anda boleh memesan di wasap.my/+60176933916/EatSushiCombo
Eat Sushi
Alamat : A-13-G Sunway Giza, Jalan PJU 5/14, Kota Damansara, 47810, Petaling Jaya, Selangor.
Reservation : 03 - 7496 7318
SEKIAN
Sedap sungguh nengok kesemua shushi tu, macam seketul tu makan rasa kenyang betul..
ردحذفAgak lama tak makan shushi ni...rasa macam eat shushi ni takde kat Johor kann...huhuhu
perghhh sedap pula nampak Sushi Tempura tu
ردحذف