Assalamualaikum dan salam sejahtera
Apa khabar rakan-rakan dan pembaca semua? Alhamdulillah, akhirnya aku berjaya juga siapkan bahagian pertama untuk siri Travelogue Kelantan Selama 3 Hari 2 Malam. Sebenarnya aku nak ceritakan secara keseluruhan dalam satu artikel sahaja, tapi bila sedang mengarang, rasa macam panjang pulak. Jadi, bersempena dengan mood menulis yang datang mencurah-curah ini, aku bahagikan keapda tiga bahagian ya! Jemput baca ✌😎
KELANTAN 2 HARI 1 MALAM
Belum pernah menjejakkan kaki ke negeri Kelantan merupakan antara sebab utama aku teringin sangat nak ke sana. Banyak khabar-khabar dan juga cerita menarik tentang negeri itu yang membuatkan aku teringin sangat dan alhamdulillah, peluang untuk ke negeri Kelantan tiba diwaktu yang tidak disangka-sangka.
SUBANG SKYPARK AIRPORT
Pertama kali sebenarnya aku datang ke Lapangan Terbang Subang atau Subang Skypark ni. Walaupun sekarang agak sunyi, mungkin kerana Covid, tapi aku sangat teruja setiap kali tiba di mana-mana lapangan terbang.
Aku bersama rakan-rakan iaitu kak Min, Sally dan abang Soleh berkumpul di Subang Skypark dan berlepas pada jam 6.50 petang. Kami menaiki penerbangan Firefly. Untuk pengetahuan anda, sekarang ni Firefly menyediakan penerbangan ke Kota Bharu melalui tiga lokasi iaitu Subang, Pulau Pinang dan juga Johor.
Kekerapan Penerbangan ke Kota Bharu
Subang ke Kota Bharu - 41 Penerbangan Setiap Minggu
Penang ke Kota Bharu - 7 Penerbangan Setiap Minggu
Johor ke Kota Bharu - 3 Penerbangan Setiap Minggu
Bila naik kapal terbang, aku suka duduk dibahagian tingkat dan melihat pemandangan. Sangat cantik pemandangan diwaktu malam, melihat bandaraya Kuala Lumpur dari atas, anda mesti boleh perasan bangunan ikonik yang terdapat dalam gambar di atas kan?
Okay, aku ingatkan perjalanan selama 1 jam lebih ini tiada sebarang makanan atau minuman diberikan, tapi rupanya ada juga. Alhamdulillah. Terima kasih Firefly!
SULTAN ISMAIL PETRA AIRPORT
Of course perasaan teruja, seronok dan berdebar-debar bila jejakkan kaki ke negeri Kelantan ni! Sampai sahaja di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, kami disambut oleh rakan-rakan yang sememangnya di negeri ini iaitu Amir dan juga Mawardi.
MAKAN MALAM DI GRAND VIEW HOTEL, KOTA BHARU
Makan malam pada malam tersebut adalah bersama pihak Jasa Teratai Holidays yang juga merupakan antara orang kuat dalam usaha mempromosikan produk pelancongan di negeri Kelantan ini. Makan malam di Chao Yuan Restaurant, sememangnya aku sangat berpuas hati dan kekenyangan selepas makan malam.
Kami juga berborak juga mengenai pelancongan di negeri Kelantan serta mengenai program yang bakal kami sertai pada esok hari iaitu Kelantan Sightseeing Tour. Selesai makan, kami pun beransur ke hotel yang kami akan tinggal selama 2 malam iaitu Jewels Hotel.
TINGGAL DI JEWELS HOTEL
Jewels Hotel juga sebelum ini dikenali dengan nama Habib Hotel menawarkan pilihan bilik yang menarik dan dengan harga yang berpatutan. Untuk anda yang ingin menempah dan menetap di hotel ini boleh klik link ini > JEWELS HOTEL
Rancangan awalnya untuk turun ke pasar malam tapi sebab dah kekenyangan dan kepenatan, aku mengambil keputusan untuk berehat, mengecas tenaga dan seterusnya tidur. Hari pertama yang begitu banyak pengalaman pertama dalam hidup aku dan tak sabar untuk pengalaman berikutnya.
Setakat ini sahaja bahagian pertama. In shaa Allah bahagian kedua dan ketiga bakal menyusul selepas ini di mana aku akan ceritakan mengenai aktiviti-aktiviti sepanjang keberadaan aku di negeri Kelantan Darul Naim.
SEKIAN
#kbsightseeingtour #visitkelantan2020 #kelantandihati #DomesticTourism #familyfoodfestival #CutiCutiMalaysia #MYtravelmediabuddy #firefly #palingbestchallenge #vocabkelantan
Selamat membeli-belah dan menjamu selera d Kelate. Kalau nk offer tempat menarik n comel tu x byk sgt la berbanding Ganu.
ردحذفbest tak jln2 kelantan?
ردحذفhttps://norminieza.blogspot.com/2020/10/angan-merintih-iqa-nizam.html
Kelantan mmg best mknan sedap dooh .. i really love kelantan too. Will come back again inshaaAllah🤲🏻
ردحذفRindu plak Kelantan.. mewah dengan makanan sedap dan banyak tempat menarik yang kita tak tau... rezeki Aerill dapat jelajah kesemua tempat menarik tu...ada soping kain batik tak tu hehehe
ردحذفKelantan is one of my favorite place juga... looking forward to read from you on the next part of your trip.. :)
ردحذفKelantan tempat makan dia mmg heaven.. dan agak murah / berbaloi
ردحذفada rezeki memang nak jugak jalan2 kat Kelantan , tapi itulah baru jer beberapa hari balik dari Perak dah Selangor kena PKPB....InsyaAllah nanti ada rezeki akan sampai dan mesti nak jalan puas2
ردحذفEh ala..ingatkan panjang lagi artikel ni, dah habis rupanya. Baru nak tgk itinerary. Takpe, saya tunggu next part.
ردحذفSuka baca pengalaman ni sebab rindu sangat nak balik kelate ni. Moga aerill n team enjoy di kelate. Make sapa kenye ye. 😊
ردحذفKita suka Kelantan! Syurga makanan...
ردحذفKalau cuti kat kelantan, seminggu pun belum cukup puas. Bila laaaa PKPB berakhir, nak pi cuti..!!!
Meriah betul makan kat hotel tu. Seronok ke Kelantan boleh ber food hunting kan.
ردحذفBro best tak jalan-jalan dekat neeri kelantan? Nanti sharelah lokasi menarik di negeri kelantan
ردحذفDah lama tak jejak kelantan.. Banyak tempat menarik dekat sana.. Banyak narang murah ade dekat sana.. Moga ade rezeki datang sana
ردحذف