Staycation 3 Hari 2 Malam di Holiday Villa Hotel & Suites Subang

Aerill Hassan
18
Assalamualaikum dan salam sejahtera


Apa khabar rakan-rakan dan pembaca sekalian? Alhamdulillah, kali ini aku nak berkongsi dengan anda pengalaman aku dan keluarga ber'staycation' di sebuah hotel yang terletak di Lembah Klang. Kalau anda nak tahu, inilah agenda yang aku sebut dalam artikel Kelantan yang baru sahaja dipublish beberapa hari yang lalu.

Pulang sahaja dari negeri Kelantan, keluarga aku yang dari Kedah terus mengambil aku di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang dan terus ke hotel. Mereka datang awal sedikit disebabkan flight aku lewat petang. Sempatlah mereka berehat-rehat dulu dihotel sementara menunggu aku tiba.

HOLIDAY VILLA HOTEL & SUITES SUBANG


Holiday Villa  Hotel & Suites Subang  merupakan sebuah hotel 5 Bintang yang terletak di Subang Jaya, Selangor. Hanya terletak 15 minit sahaja daripada Sunway Piramid dan Sunway Lagoon, Holiday Villa Hotel & Suites menawarkan penginapan yang cukup lengkap dan menarik. Hotel ini terdiri lebih daripada 300 bilik, 18 bilik mesyuarat dan dewan. 


Sebenarnya keluarga aku sangat jarang ke hotel-hotel yang banyak bintang dan mempunyai kemudahan yang lengkap. Kebiasaannya kami hanya menginap di hotel bajet sahaja. Oh ya, satu lagi antara sebab lain adalah tiada keperluan untuk menginap di hotel memandang jarang keluar jauh. Kalau mereka datang ke Kuala Lumpur, selalunya akan tinggal bersama saudara yang sememangnya tinggal di kawasan sini.

First time bagitau keluarga yang nanti akan menginap di hotel ini, memang mereka teruja. Pada awalnya tarikh menginap disini adalah lebih awal, tapi disebabkan tarikhnya bercanggah dengan tarikh aku ke Kelantan, terpaksa diundurkan beberapa hari dan semuanya dirancang dengan baik. Alhamdulillah.

GAMBAR DI DALAM BILIK


Bilik yang kami tinggal selama 3 hari dan 2 malam ini adalah jenis Corporate Deluxe Room . Bilik ini boleh memuatkan dua orang dewasa dan 1 orang kanak-kanak. Pada mulanya aku mencari juga bilik untuk keluarga bersaiz besar, tapi hanya ada bilik ini sahaja. Tapi tak mengapa sebab aku ada minta katil tambahan untuk cukupkan katil. Jadi muatlah untuk kami semua.


Antara lain yang tersedia termasuklah WiFi Percuma, Televisyen,  pendingin hawa, cerek air, peti ais mini, sofa, seterika dan pengering rambut. Bila ada seterika dan juga tempat menyeterika memang memudahkan mak dan adik beradik perempuan aku, sebab untuk ke kenduri kahwin esoknya mereka perlu menyeterika baju kurung mereka. Mudah bila lengkap dengan semua kemudahan.


Selain ruangan bilik yang luas, tandas dan tempat mandi juga sangat luas. Ada dua pilihan untuk mandi sama ada melalui shower atau bathtub. Pertama kali sebenarnya keluarga aku jumpa bathtub, memang adik aku berendam dalam bathtub tu je la. HAHA 😂


Termasuk dalam pakej yang aku terima adalah sarapan pagi. Alhamdulillah, makanan yang dihidangkan memang sedap dan ruangan makan cukup menarik. Bagaikan berada di sebuah restoran zaman 60-an. Sangat klasik ditambah dengan lagu-lagu yang dipasang.


Of course bila datang ke hotel dan bilamana nampak kolam renang, pastinya teruja untuk terjun dan mandi manda di sana. Tapi nak mandi di kolam bersaiz olimpik perlu booking awal terlebih dahulu & juga kena pandai berenang. Di sebelah tepi ada bahagian kolam cetek tapi ramai sangat orang termasuklah kanak-kanak yang riang bermandi manda. Jadi, kami sekeluarga hanya lepak-lepak di bawah sahaja.


Selain kolam renang bersaiz olimpik, di sini juga ada tempat-tempat lain seperti gym, bilik sauna, bilik snooker, bilik muzik, bilik televisyen, gelanggang badminton, gelanggang tennis, gelanggang squash dan pelbagai lagi. Memang lengkaplah dengan semua kemudahan nak beraktiviti sukan di sini.


KENDURI KAHWIN


Dalam rancangan yang aku rancang, antara aktiviti sepanjang staycation ni termasuklah menghadiri majlis kenduri kahwin rakan aku di Kajang. Alhamdulillah, dapat juga aku menghadirkan diri ke majlis perkahwinan rakan aku dan aku bawa keluarga bersama. 


Sempat juga bergambar sambil berjalan dari bilik hotel ke ruang tempat meletak kereta. Oh ya, antara rungutan mak aku adalah jarak yang jauh dari bilik hotel ke tempat parking. Kena berjalan dalam 100 meter tapi dalam kawasan ber'aircond'. 


Aku kongsikan juga kepada anda dua rakan aku yang melangsungkan perkahwinan pada hari tersebut. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Mereka berdua merupakan kawan aku di tempat kerja lama. Semoga perkahwinan mereka diberikan keberkatan dan bahagia sehingga anak cucu.

Majlis kenduri juga diadakan dengan begitu baik,makanan yang sedap serta mengikut SOP yang diberikan oleh pihak KKM. Alhamdulillah. Setelah selesai menjamah makanan, kami sekeluarga beransur pulang ke Subang Jaya dan berehat di hotel sahaja kerana disebelah malam kami nak keluar pula.


Untuk makan malam, aku bawa keluarga aku ke satu tempat makan yang agak popular di Damansara iaitu restoran Podium. Beberapa kali jugak aku datang ke Podium ni bersama kawan-kawan. Kali ini aku bawa keluarga pula. Memang agak ramai pelanggan dan suasana yang agak 'happening'.

Satu-satunya gambar yang aku sempat ambil ketika di Podium. Maaf kualiti sangat buruk.

Selesai makan., kami sempat memesan Pizza Hut di FOODPANDA pick-up untuk dibawa pulang dan makan di bilik hotel sambil menonton televisyen. Biasalah, bila bersama keluarga aku pastinya akan lapar dan barulah seronok tonton filem atau cerita di televisyen sambil makan pizza.

Keesokkan harinya dalam jam 12 tengah hari kami check out dan keluarga aku pulang ke negeri Kedah dan aku kembali ke Seri Kembangan. Jadi itulah cerita aku sepanjang Staycation 3 Hari 2 Malam dan jika dikira termasuk dengan Trip ke Kelantan, semuanya berjumlah 5 Hari dan 4 Malam. Fuhh, hampir seminggu ya bercuti , pertama bersama rakan-rakan dan kedua bersama keluarga.


Bercuti dan menginap di Holiday Villa Hotel & Suites sememangnya satu pengalaman yang menarik terutamanya bersama keluarga. Suasana selepas perniagaan dibuka semula di waktu PKPP (Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan) mula semakin meriah. Orang ramai mula keluar bersama keluarga tapi dalam waktu yang sama masih mengikut SOP dan penjarakan sosial.

Adakah aku mengesyorkan untuk anda menginap di hotel ini? Of couse ya! Dengan lokasi yang dekat dengan tempat-tempat menarik, kemudahan yang lengkap dan juga pelbagai lagi, in shaa Allah jika ada rezeki dan peluang lagi, aku akan bawa keluarga dan rakan-rakan ke sini.

Sekian sahaja untuk cerita 'Staycation 3 Hari 2 Malam di Holiday Villa Hotel & Suites Subang'. In shaa Allah jika ada rezeki lagi untuk menginap di mana-mana hotel lain, dan sebagainya aku akan ceritakan lagi dalam artikel lain.

SEKIAN

إرسال تعليق

18تعليقات

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


  1. huhu time2 mcm ni bestnya kalau dpt staycation kat mana2

    ردحذف
  2. bestnyaaa rindu betul nak staycation. hope cepat la covid menghilang, boeh masuk holiday villa dalam list staycation

    ردحذف
  3. Wow this hotel does look very big and spacious. Would love to stay in this luxurious hotel one day. :)

    ردحذف
  4. Oo ji yang hari tu yg lepas kita balik Kelantan tu ek? Rajin dia wat entry hahaha..btw mmg selesa stay kat sini hehe

    ردحذف
  5. LH pun tengah merancang untuk staycation dengan kawan-kawan ni. Harap menjadi lah sebab excited teruk ni

    ردحذف
  6. Wah......rindu nyer nak staycation and vacation lagi. Insya’Allah lepas PKP nie boley la kot. Nice place for a staycation btw. Thank you for sharing your review with me.

    ردحذف
  7. Best la dapat staycation non-stop. Rawlins nak gak staycation sebab bosan tak ke mana dah nie hahaha

    ردحذف
  8. Staycation 3 Hari 2 Malam bestnya.. Cantik Corporate Deluxe Room dekat Holiday Villa Hotel & Suites Subang ni. Nampak besar bilik dia..Ada bathtub ni kalau iena mandi memang lama lah haha
    okay nanti kalau ade event ke ape kat Subang boleh stay kat sini kalau malas nk balik rumah :D

    ردحذف
  9. Cantik juga hotel dia.. Macam hotel lama gitu.. Tak snagka ade swmimninbg pool besar mcm tu. Kemudahan lain punbanyak.. Bagus sangat ni.. Mesti family happy habis ni

    ردحذف
  10. Pernah tidur sini 1 malam. Memang terbaik! Fasiliti, hospitaliti and bilik memang cantik and view pun menarik. Kena tunggu next holiday plan la cuba menginap sini ngan family plak nanti.

    ردحذف
  11. Sukalah Sis lihat suasana hotel dia, one day kalau ada hal ke sana boleh cuba stay sini.. bilik dia memang nampak luas kalau yang datang family macam Sis ni..

    ردحذف
  12. Wah 5 bintang rupenye. Pernah stay sini. Memang luas bilik dia. Lantai bilik air dia cantik

    ردحذف
  13. Sekarang ni kita mmg mampu staycation je la, kan. Tapi saya kena tunggu habis pkpb dulu la kot baru boleh consider nak pegi sini

    ردحذف
  14. Mula-mula Nur nak tanya pasal tv yang Holiday Villa sediakan. Tv biasa atau smart tv. Tapi dah ada swimming pool bersaiz olimpik tuuu, tak perlu sangat dah tv tu kan. Btw tq aerill share. Ada rezeki boleh laaa datang :)

    ردحذف
  15. have not seen this hotel before and i am so impressed with the facilities. can plan a staycation there nnt!

    ردحذف
  16. oh kat subang pun ada holiday villa ya. di kelantan pun ada satu.. kalau dtg kelantan nak stay area wakaf che yeh boleh cuba stay di holiday villa.

    ردحذف
  17. My gf birthday was celebrated at Holiday Villa Hotel & Suites Subang. It's an old style but class hotel right

    ردحذف
إرسال تعليق

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Ok, Go it!