Assalamualaikum dan salam sejahtera
Apa khabar rakan-rakan dan pembaca sekalian? Alhamdulilah, kali ini aku nak kongsikan dengan anda satu tempat makan sedap, selesa dan menarik yang rupanya berdekatan sahaja dengan rumah ibubapa aku di Desa Aman, Kulim. Ceritanya macam ni, aku baru sahaja dapat pulang ke rumah 'parent' aku di Desa Aman sebaik sahaja PKPB diumumkan di Selangor & Kuala Lumpur.
Kemudian diwaktu yang sama, keluarga aku membuat rancangan untuk makan di Bigg Mug Cafe untuk menyambut hari kelahiran mak dan adik aku sekaligus. Sebenarnya begitulah sambutan hari lahir dalam keluarga aku. Tiada yang fancy dan sebagainya, hanya makan bersama-sama dengan menu yang sedap sahaja. Kalau dulu, bila tiba hari lahir ibubapa aku akan bawa sekeluarga ke restoran KFC dan itu pun sudah menggembirakan kami semua!
BACA JUGA : SEDAP KE MAKAN KEK DI KULA CAKES, KUANTAN?
Okay, berbalik kepada Bigg Mug Cafe, kami sekeluarga makan tanpa kehadiran kakak aku, abang ipar dan anak mereka kerana mereka berada di rumah mereka. Oh ya, dalam bulan yang sama, mak aku, adik aku, abang ipar dan anak saudara aku menyambut hari ulangtahun kelahiran! Ramai kan? Untuk abang ipar dan anak saudara aku sambutannya pada hari lain dan akan diceritakan dalam entri lain.
Okay, lokasi Bigg Mug Cafe ini terletak betul-betul disebelah stesen minyak BHP dihadapan Taman Desa Aman dan juga Taman Desaku. Kalau anda yang selalu melalui jalan Kulim - Baling, mesti akan perasaan satu kawasan yang ada lampu isyarat dan dua buah taman berhadapan yang agak besar. Mesti ramai yang tahu Taman Desaku kan? Pernah viral dulu sebab ada taman-taman lampu warna warni seakan i-City Shah Alam.
MENU MAKANAN
NASI ARAB MADGHOUT KAMBING : RM18.90 | Yang memilih menu ini adalah mak aku dan ayah aku. Sebab yang lain tak makan kambing, mereka berdua sahaja yang makan kambing. Portion yang sangat banyak! Saiz daging kambing juga besar, dan mak aku tak dapat nak habiskan kesemuanya, terpaksa bawa bungkus pulang.
CHICKEN CHOP : RM10.00 | Adik-adik aku memilih chicken chop manakala aku memilih menu lain. Kalau tengok chiecken chop di Bigg Mug Cafe ni ayamnya memang rangup dan besar. Selain itu, kuah black peppernya jugak sangat sedap!!
BIGG MUG MIX PLATTER CHICKEN CHOP : RM19.90 | Gabungan pelbagai jenis makanan didalam satu pinggan yang besar. Dengan saiz makanan yang sebegini banyak, aku rasa berbaloi dengan harga yang diberi. Disebabkan keluarga aku suka makan, hanya beberapa minit sahaj terus licin pinggan ni!
BIGG MUG GRILLED CHICKEN : RM 14.50 | Inilah menu pilihan aku! Semua tahu yang aku suka makan dan kali ini aku rasa macam tak cukup untuk makan grilled chicken sahaja tanpa nasi. Kalau harga Grilled Chicken sahaja adalah RM10. Macam biasa, saiz hidangan yang besar. Rasanya kalau di Lembah Klang, nak dapat harga macam ni susah. Kuah black pepper tu memang bagi aku sedap. Begitu jugak dengan chicken grillednya!
Selain daripada menu diatas, ada juga menu-menu lain macam nasi goreng, spaghetti, kek dan macam-macam lagi. Harga pun bagi aku sangat berpatutan.
Ruangan dalam restoran ini juga selesa, ada dua ruang, satu bahagian luar tanpa penyaman udara, dan ada ruangan khas bersama penyaman udara. Ruang berpenyaman udara ini sesuai untuk mengadakan majlis-majlis kecil contohnya macam majlis hari lahir, majlis makan-makan dan sebagainya. Ayah aku dan adik aku sempat bergambar di backdrop yang tersedia.
Puas hati? Ya, kami sekeluarga berpuas hati dengan harga, makanan yang bersaiz besar, ruang makan yang selesa dan macam-macam lah. In shaa Allah ini bukanlah kali terakhir aku akan makan disini memandangkan jarak yang dekat dengan rumah ibubapa aku di Kulim ni.
Sumber Gambar : Bigg Mug Cafe
Kepada anda yang berada berdekatan dengan Desa Aman, berada di daerah Kulim, atau melalui jalan dari Baling ke Kulim, bolehlah mencuba makanan disini. In shaa Allah anda akan berpuas hati. ✌😊
Facebook : Bigg Mug Cafe
Instagram : @biggmugcafe
Lokasi : Taman Desa Aman, 09400 Karangan, Kedah
SEKIAN
Bestnya! Tempat eksklusif dengan harga berpatutan 👍🏼.
ردحذفwow! my first visit here and i am already loving all the infos you have here!
ردحذفNampak menarik betul set makanan yang ada di Bigg Mug Cafe. Harga pun berbaloi !! Kalau dekat sure K.Sal dah terjah dengan anak-anak
ردحذفBestnya dapat enjoy! Have fun ye! Stay safe and will see you guys around!
ردحذفOwh sebelah BHP ye belah sini ingatkan kat area perumahan yang desa aman tu. Nanti balik umah mil boleh datang sini cuba.
ردحذفWah harga sangat berpatutan dengan portion. Kalau saya pergi sini, mesti saya nak cuba grilled chicken tu.
ردحذفTengok harga and portion mcm okaykan. Tapi belah kulim mmg murah pun makanan dia
ردحذفMenu tu semmua nakpak sedap dimata sisyat. Lagi2 menu kambing tu. Sebab sis suka makan kambing. Terus terliur tau 😅
ردحذفLuar dalam cafe cantik! Makanan memang nampak sedap. Harga pun kira berbaloi dengan makanan dan tempatnya kan.
ردحذفPerghh nampak menarik semuanya tapi tu laaa jauh sgt hehe..nnt kalo ke sana bawak kak min tau haha
ردحذفDalam pada baca tajuk Sis ingat ooo mesti cawan minum dia mug besar hehehehe.. sekali baca eh tak plak.. tp pilihan makanan dia nampak sedap.. untuk lepak-lepak makan ookay sangat kan..
ردحذفUniknya kedai dia.. :) boleh try visit Bigg Mug Cafe ni next time bila turun area sana.. dah lama tak travel explore domestically ni.. huhu..
ردحذفwahhh suka tengok dekorasi cafe ni.. nampak selesa je.. makanan-makanan pun nampak sedap.. kat area alor setar ada tak ni? teringin gak nak pi
ردحذفAla sedap makanan sini tapi jauh dan juga sekarng PKPB tak boleh nak rentas negeri pergi makan sana hehehe cuma mampu tengok dan terliur sedapnye harga pun menarik ni...
ردحذف