Assalamualaikum dan salam sejahtera
Apa khabar rakan-rakan dan peminat kisah seram sekalian? Alhamdulilah, bertemu lagi dalam rancangan "Kisah Seram Apa Minggu Ini?". Kisah seram kali ini adalah mengenai pelajar yang diganggu di asrama. Ya, saya sendiri pernah tinggal di asrama dan mempunyai beberapa kisah seram sendiri, tapi kali ini adalah kisah seram yang dialami seorang pelajar wanita. Jadi, tanpa melengahkan masa, mari kita hayati kisah seram ini. ✌😎
KISAH SERAM : BUNUH DIRI & GANGGU PELAJAR LAIN
Zeti memperolehi keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan. Pelan dia untuk masuk asrama tercapai apabila dia mendapat tawaran ke salah satu asrama di Negeri Sembilan.
Minggu pertama asrama, mereka semua akan melalui orientasi. Malam itu mereka membuat satu aktiviti bersama pelajar senior.
Sebelum memulakan aktiviti, salah seorang senior menceritakan sebuah kisah tragis yang terjadi di asrama ini.
'Beberapa tahun lepas, ada seorang pelajar perempuan putus cinta bersama kekasihnya. Mereka putus kerana kekasihnya jatuh cinta dengan perempuan lain. Pelajar ini dikatakan menangis sepanjang hari di dalam tandas kerana terlalu sedih.
Oleh kerana esok peperiksaan, tiada seorang pun kawannya yang cuba pujuknya. Keesokkan harinya, dia dijumpai mati di dalam tandas itu. Mulutnya berbuih. Matanya merah. Mukanya pucat. Mengikut cerita, pelajar itu bunuh diri dengan makan racun tikus kerana tak boleh akwal kesedihannya.'
Tiada siapa yang tahu antara cerita itu betul-betul terjadi atau tidak tapi ia telah menjadi cerita lagenda di asrama itu. Setiap tahun, senior akan menceritakan kepada pelajar-pelajar baru untuk menakut-nakutkan mereka.
Selepas itu, setiap pelajar baru akan ditutupkan matanya dengan kain dan dipimpin oleh pelajar senior ke satu tempat rahsia. Mereka di paksa senyap selama sejam.
Pelajar yang gagal bertahan akan menjadi boneka untuk pelajar senior selama sebulan. Walaupun kasar permainan senior, tapi mereka tak pernah letak pelajar baru ke dalam tandas berhantu. Mereka sendiri takut dengan cerita tragis itu.
Zeti diletakkan berdekatan dengan tandas yang dikatakan dimana pelajar perempuan itu bunuh diri. Kerana matanya ditutup dengan kain, dia tidak tahu lokasinya. Walaupun takut, Zeti hanya mampu berdiam diri dan menunggu permainan ini berakhir.
Dengan mata tertutup, Zeti hanya dapat menggunakan deria pendengarannya sahaja. Bunyi yang pertama dia fokus adalah bunyi cengkerik. Di sambut dengan bunyi cicak. Sekali sekala Zeti dapat dengar bunyi tapak kaki. Zeti tahu itu bunyi senior sedang buat check up mereka.
Selepas lebih kurang 20 minit matanya tertutup, tiba-tiba Zeti dengar suara tangisan seorang perempuan. Pada awalnya sayup-sayup. Semakin lama, semakin kuat, semakin dekat. Seperti dia sedang menghampiri Zeti.
Ini mesti taktik senior untuk menakut-nakutkan pelajar baru, fikir Zeti. Suara tangisan itu berhenti di depan muka Zeti. Dia merasakan ada orang sedang memerhatinya dari dekat.
Tak lama kemudian Zeti merasakan dia dipaksa bangun dan dibawa ke tempat lain. Zeti ikut sahaja. Tapi ada sesuatu yang pelik, senior yang pimpin dia tu, tidak kedengaran bunyi tapak kaki.
Tak lama kemudian, bunyi pintu dibuka. Mereka masuk ke dalam bilik itu dan dengar pintu tertutup. Zeti diletakkan di dalam bilik itu. Dia tidak tahu dimana dia berada tapi dia boleh dengar bunyi air mengalir melalui paip. Macam dalam tandas. Tiba-tiba otak Zeti terfikir tentang cerita tragis awal tadi. Kemudian, Zeti dengar bunyi tangisan. Naik bulu romanya. Zeti rasa macam nak mengaku kalah. Dia dah tak tahan. " Tolong saya boleh?" suara seorang perempuan.
"Saya give up. Tak boleh. Tak boleh." kata Zeti sambil buka kain ikatan di matanya.
Alangkah terkejut apabila dia nampak seorang pelajar perempuan, mulutnya berbuih, matanya merah dan kulitnya pucat sedang duduk di kerusi tandas sambil menangis. "Tolong saya. Kenapa tak ada orang tolong saya.' perempuan itu bertanya.
Dalam otak Zeti, ini mesti hantu yang mereka katakan. Zeti berlari keluar dari tandas. Makin jauh dia lari, makin hilang suara tangisan itu.
Dia terserempak dengan dua senior seperti mencari sesuatu. "Kau pergi mana? Satu sekolah kami cari kau."salah seorang dari mereka bertanya.
"Dalam tandas berhantu kak! Ada orang letak saya dalam tandas tu!" kata Zeti.
Kedua-dua mereka terkejut. Zeti dibawa berjumpa dengan senior-senior yang lain.
Zeti ceritakan kesemuanya kepada senior. Apabila ditanya, tiada seorang dari mereka yang mengaku membawa Zeti ke dalam tandas itu.
Sumber cerita : meremang.my
SEKIAN
Ugh, seramm,dah le Kat dalam tandas, memang tempat jin jantan betina tinggal.
ردحذفSeramm... 😖😖😱😱
ردحذف