LengQuas Tawar Diskaun 10% Untuk Semua Menu!

Aerill Hassan
0
Assalamualaikum dan salam sejahtera

LengQuas Tawar Diskaun 10% Untuk Semua Menu!

LENGQUAS TAWAR DISKAUN 10% UNTUK SEMUA MENU

LengQuas, jenama makanan sejuk beku keluaran KOPETRO Food Sdn. Bhd. menawarkan diskaun 10% kepada semua produk sejuk beku miliknya. Menurut Pengerusi KOPETRO Food, Datuk Haji Abdul Razak Bin Hussain, pihaknya telah mendapat permintaan yang tinggi bagi produk-produk LengQuas sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), lebih-lebih lagi sejak mereka menawarkan perkhidmatan penghantaran kepada pelanggan-pelanggan sekitar Lembah Klang.

Tambah beliau lagi, KOPETRO Food sedang dalam rundingan bersama beberapa pengeksport dalam usaha membawa produk sejuk beku LengQuas menembusi pasaran antarabangsa seawal suku kedua tahun 2021 nanti.  Mereka juga dalam usaha untuk mendapatkan sijil Veterinary Health Mark (VHM) dari Jabatan Perkhidmatan veterinar bagi membolehkan produk keluaran dapat dieksport ke luar negara.

Selain memasarkan sendiri produk sejuk beku dengan jenama LengQuas, Datuk Haji Abdul Razak turut memberitahu bahawa KOPETRO Food ingin menawarkan fasiliti perkhidmatan pengeluaran makanan dan  membuka peluang perniagaan kepada pengusaha industri kecil dan sederhana untuk bekerjasama dengan KOPETRO Food. KOPETRO Food juga telah melantik seramai 153 orang ejen jualan di setiap negeri antaranya, Selangor, Melaka, Terengganu, Johor dan akan melantik lagi ejen-ejen negeri lain untuk mengembangkan lagi pemasaran produk sejuk beku ke seluruh Malaysia. Pemillik perusahaan kecil dan sederhana yang ingin mengetahui dengan lebih lanjut tentang kerjasama dengan KOPETRO Food dalam membangunkan produk makanan mereka atau ingin menjadi ejen LengQuas boleh berhubung terus dengan KOPETRO Food Sdn. Bhd. di talian 017-319 5764.

Menghidangkan lima menu tradisional seperti Daging Lemak Kuning, Kari Daging, Asam Pedas Daging, Kuah Kacang dan Daging Dendeng, LengQuas turut menyajikan dua menu makanan antarabangsa, Beef Stew dan Chicken Glaze.

Mula memasuki pasaran tempatan sejak tahun 2019, LengQuas menawarkan 17 hidangan lauk-pauk tradisional iaitu Paru Goreng Berlada, Ayam Masak Merah, Ayam Percik, Daging Masak Hitam, Sambal Ikan Bilis, Ayam Masak Hitam dan Ayam Rendang, selain makanan Ready To Eat (sedia dimakan) seperti Nasi Lemak Ikan Bilis, Nasi Briyani Ayam Rendang, Nasi Briyani Ayam Merah, Nasi Minyak Ayam Percik, Nasi Hujan Panas  Ayam Kurma, Nasi Putih Daging Masak Hitam dan Nasi Ayam Kukus.  

Menurut Encik Ahmad Azizul Mashud, Ketua Operasi KOPETRO Food, kesemua produk LengQuas telah berjaya mendapat pengiktirafan HACCP dan GMP daripada Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM), Kementerian Kesihatan Malaysia selain pensijilan HALAL, MESTI dan Buatan Malaysia.

Untuk info lanjut mengenai LengQuas dan mengetahui promosi-promosi terkini daripada LengQuas, ikuti akaun @lengQuas di Facebook, Instagram, Twitter dan Tiktok atau hubungi hotline LengQuas di talian 017-319 5764.

Layari laman web www.kopetro.com.my untuk mendapatkan info lanjut mengenai KOPETRO atau ikuti akaun media sosial milik KOPETRO seperti berikut:

Facebook:                                                                 

https://www.facebook.com/KopetroBerhad            

Instagram:

https://www.instagram.com/kopetroberhad/?hl=en 


Sekian

إرسال تعليق

0تعليقات

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


إرسال تعليق (0)

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Ok, Go it!