7 Tempat Makan Menarik yang Anda Wajib Cuba di Terengganu

Aerill Hassan
21
Assalamualaikum dan salam sejahtera

7 Tempat Makan Menarik yang Anda Wajib Cuba di Terengganu

Apa khabar rakan-rakan dan pembaca sekalian? Alhamdulillah, semoga semuanya baik-baik sahaja. Baiklah, seperti mana yang anda tahu, baru-baru ini aku ada pergi ke negeri Terengganu selama 4 hari dan 3 malam dan sepanjang tempoh itu aku ada singgah makan dibeberapa tempat makan yang famous, sedap dan terbaik makanannya.

Oleh itu, entri kali ini aku nak kongsikan dengan anda 7 Tempat Makan Menarik yang Anda Wajib Cuba di negeri Terengganu! Jangan lupa untuk singgah ke semua lokasi tempat makan ini bila mana anda datang ke negeri Terengganu! Selamat membaca.

7 TEMPAT MAKAN MENARIK YANG ANDA WAJIB CUBA DI TERENGGANU


ADIL ROTI

7 Tempat Makan Menarik yang Anda Wajib Cuba di Terengganu

Tempat makan pertama yang aku nak kongsi dengan anda adalah Adil Roti. Disini menu yang ada bukan sekadar roti tetapi pelbagai lagi menu yang sedap-sedap belaka dan juga sangat unik. Di Adil Roti, anda boleh datang bersama keluarga untuk menikmati pelbagai jenis menu sarapan yang semuanya bagi aku sangat menarik, sedap dan juga unik.

Adil Roti ini dibuka setiap hari kecuali hari rabu dan waktu operasinya bermula dari jam 7.45 pagi sehingga 12.30 tengah hari. Saranan aku lebih baik datang awal sekiranya anda tak mahu menunggu dan beratur lama kerana Adil Roti ini sememangnya agak popular di kalangan penduduk Terengganu sendiri dan juga orang luar yang datang ke negeri ini.

Lokasi : Kios No3 Medan Selera MBKT Bawah Jambatan Sultan Mahmud, Kuala Hiliran, Jalan, Kampung Losong Haji Su, 21000 Kuala Terengganu, Terengganu

MUDA TEA CAFE

7 Tempat Makan Menarik yang Anda Wajib Cuba di Terengganu

Tempat makan berikutnya adalah di Muda Tea Cafe. Aku datang ke sini bersama rakan-rakan lain diwaktu pagi untuk bersarapan. Pilihan menu yang ada pula pelbagai dan antara menu yang ada adalah seperti Laksa Penang, Roti Bakar, Roti Gedik Special, Nasi Minyak dan pelbagai lagi.

Kafe ini dibuka setiap hari kecuali hari rabu, dan waktu operasi dari jam 7 pagi sehingga 3 petang. Menu yang aku cuba pada ketika aku di Muda Tea Cafe ini adalah Laksa Penang. Pagi-pagi makan laksa penang? Nak buat macam mana, aku kan hantu laksa. Laksa di sini sedap dan rasanya terbaik!

Lokasi :  Lot 1596 GM 1196, Kampung Merbau Patah, 21070 Kuala Terengganu, Terengganu

BACA JUGA : MERCHANG LESTARI - EKO PELANCONGAN TERBARU DI TERENGGANU

Gerai RM 1.00 Alur Limbat

7 Tempat Makan Menarik yang Anda Wajib Cuba di Terengganu

Siapa sangka masih ada gerai yang menjual menu sarapan berharga RM1 sahaja! Kalau di kawasan Lembah Klang, RM1 boleh dapat seketul kuih sahaja. Di Terengganu, terdapat satu gerai yang menjual menu sarapan dengan harga RM1 bagi setiap bekas. Kalau anda lihat dalam gambar, dalam satu bekas itu, ada beberapa portion lagi ya!

Memang kena datang awal sebab kebiasaanya dalam jam 9 pagi macam tu memang dah habis pek-pek makanan ni. Selain itu, terdapat lebih daripada 80 menu yang ada termasuklah sarapan ala barat seperti sandwich, nugget dan sebagainya. Memang berbaloi jika anda beli sarapan disini kerana harga yang murah dan makanan yang sedap!

Lokasi : Kampung Alur Limbat, Bukti Payong, Marang, Terengganu.

ALI KING SOUP

7 Tempat Makan Menarik yang Anda Wajib Cuba di Terengganu


Okay kalau restoran dan gerai sebelum ini untuk waktu sarapan, restoran seterusnya adalah untuk makan malam! Ali King Soup menawarkan pelbagai jenis menu dan hidangan menarik. Yang paling best pastinya pilihan sup yang ada di sini!

Antara menu yang anda boleh cuba adalah seperti Colek Kaki Ayam, Colek Kateh, Colek Lidah, Sup Gearbox dan pelbagai lagi. Restoran ini dibuka setiap hari kecuali hari jumaat dan beroperasi bermula jam 5.30 petang sehingga 12.00 malam. Oh ya, bukan sup saja yang ada disini, menu nasi goreng-goreng juga ada dan semuanya sangat sedap dan terbaik!

Lokasi : 1148, Kampung Padang Midin, 21070 Kuala Terengganu, Terengganu

RESTORAN B'BETENG

7 Tempat Makan Menarik yang Anda Wajib Cuba di Terengganu

Terletak di dalam Taman Tamadun Islam, Restoran B'Beteng ini menawarkan pelbagai menu makan malam yang sedap-sedap belaka. Pelbagai menu menarik yang anda boleh cuba seperti Nasi Goreng Pattaya, Nasi Goreng Seafood,  Sup Tulang Berempah, dan pelbagai lagi.

Aku berpeluang makan malam disini bersama rakan-rakan dan antara menu yang kami cuba adalah Ikan Siakap Tiga Rasa, Sup Tomyan, Sotong Goreng Tepung dan pelbagai lagi. Disini juga ada masakan barat yang anda boleh cuba seperti Spaghetti Carbonara, Chicken Chop, Grilled Chicken dan pelbagai lagi. 

Lokasi : Pulau Wan Man, Losong Panglima P'erang, 21000 Kuala Terengganu, Terengganu

WARUNG DALAM KENANGAN

7 Tempat Makan Menarik yang Anda Wajib Cuba di Terengganu

Tempat makan berikutnya adalah di Warung Dalam Kenangan. Walaupun namanya warung, tapi ia adalah sebuah restoran yang besar dan luas. Sekiranya anda ingin makan makanan seafood dan sebagainya, inilah tempatnya!

Aku dan rakan-rakan sempat malam malam disini dan di dalam gambar adalah antara lauk-lauk dan menu yang kami makan pada malam tersebut. Sememangnya ramai pelanggan yang datang ke sini untuk makan seafood yang segar dan menu yang sedap.

Lokasi :  1010, Jalan Batu Buruk, Taman Midah, 20400 Kuala Terengganu, Terengganu

BACA JUGA : SEJARAH RUMAH WARISAN HAJI SU, KUALA TERENGGANU

GERAI KPSP TELUK KETAPANG

7 Tempat Makan Menarik yang Anda Wajib Cuba di Terengganu

Tempat makan terakhir dalam senarai ini adalah Gerai KPSP Teluk Ketapang. Aku dan rakan-rakan datang ke gerai ini diwaktu petang untuk menikmati makanan yang sememangnya sinonim dengan negeri Terengganu iaitu Udang Celup Tepung, Ikan Celup Tepung dan juga Sotong Celup Tepung.

Memang tak sah kalau ke negeri Terengganu ini kalau tak cuba makanan-makanan ini. Selain itu, kami juga mencuba keropok lekor yang turut dijual disini! Memang sedap tambahan pula apabila dimakan bersama kuah yang pedas tapi manis. Makan diwaktu petang sememangnya sangat sedap! Ada juga menu lain yang ditawarkan disini seperti nasi goreng, meggi goreng dan sebagainya.

Lokasi : Kampung Teluk Ketapang, 21300 Kuala Terengganu, Terengganu

Bagaimana? Menarik bukan semua lokasi ini? Negeri Terengganu sememangnya kaya dengan pelbagai makanan menarik, tempat-tempat menarik dan juga budayanya. In shaa Allah dalam entri akan datang aku akan cerita tentang lokasi menarik di Terengganu. 

Sekian

#BeautifulTerengganu #TourismTerengganu 
#CutiCutiMalaysia #Travellocal #Travelsafe #GayaTravel

Program Pakat Maghi Terengganu ini telah berlangsung dari 15 Disember 2020  sehingga 18 Disember 2020 dan dibawakan oleh Gaya Travel Magazine dan Beautiful Terengganu Malaysia.

إرسال تعليق

21تعليقات

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


  1. Pernah sampai Adil Roti dan B'Beteng je. Kedai lain nampak menarik juga tu.

    ردحذف
  2. kak ana ada plan nak cuti2 Ganu bila pendamik lega2 nanti, boleh lah rujuk artikel Aeril ni nanti :)

    ردحذف
  3. OMG thank you very much for this detailed list of amazing food that one can enjoy in Terengganu. I am so going to Muda Tea Cafe for its spicy food. I am drooling already :)

    ردحذف
  4. Ha'ah Aeril, kalau dekat sini singgit boleh dapat satu je. Dah la banyak pilihan kuih dia. Memang rambang mata la kalau breakfast dekat terengganu ni

    ردحذف
  5. Dia gi travel tak ajak Rawlins pun. Dapnya makanan kat Tganu! Dapnya.

    ردحذف
  6. Dah lama tak ke Terengganu..boleh la guna as guide ni kalau pegi sana nanti. Senang nak cari makan 😆

    ردحذف
  7. perghhh syurga makanan ni..meriah betul menunya boleh rambang mata nak makan mana satu..hehe

    ردحذف
  8. Terengganu banyak temoat makna ye.. Tergoda tengok. Bilala dapat berxuti sana.. Teringin sangat datang situ. Boleh masuk wishlist semua tempat ni

    ردحذف
  9. Saya jarang ke Tganu tapi kalau pergi lepas ni boleh la cari tempat2 makan yg Aerill recommend ni. Thanks for sharing.

    ردحذف
  10. Marsha dah lama tak jejak terengganu. Memang dalam wishlist mungkin bila covid reda sikit sebab sekarang ni ramai yang brcuti ke sana. Agak crowded.

    ردحذف
  11. semua taknpernah cuba lagi. dah lama taknpi terengganu nanti boleh try semua kedai ni

    ردحذف
  12. Lamanya tak ke Trengganu.. satu je tempat Sis dah pergi di atas, Warung Dalam Kenangan tu hehehe.. tunggu 2021 nak jenjalan lagi ke sana boleh try semua ..

    ردحذف
  13. Lama giler x turun terengganu. Rindu giler. Hope one day boleh repeat dtg sini lagi

    ردحذف
  14. Tahun depan kalau ke Terengganu boleh laa singgah JJCM kat semua tempat ni..tq for sharing this artikel

    ردحذف
  15. wa all the food so delicious and cheap! I wish to visit TERENGGANU with my family one day la

    ردحذف
  16. Terengganu antara tempat yang Nell akan repeat.. seriously masa Internship kat Terengganu tak tahu pulak tempat ni sebenarnya awesome giler.. rindu betul my previous trip dan nak repeat lagi bila keadaan mengizinkan... thanks for the list boleh jadi reference Nell nanti..

    ردحذف
  17. Warung Dalam Kenangan tu menarik sebab bila ke Terengganu bole la tangkap gambar depan warung buat kenangan kan... tap ntah bila la bole g Ganu ni lama dah tak ke pantai timur..

    ردحذف
  18. Rindunya nak pegi jln2 ke Trengganu and cari makanan kat sana nti keadaan dah ok blh jln2 ke sana

    ردحذف
  19. After reading your post I wish I was in Terengganu! I really love the keropok lekor, it's a must have whenever I get to travel there.

    ردحذف
  20. eh... ini bagus... i can put all this in my bucket lists!! yay...

    ردحذف
  21. Everything in this list looks absolutely delicious! I am sure the whole family will enjoy makan2 at terengganu using your recommendations!

    ردحذف
إرسال تعليق

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Ok, Go it!