The Chicken Rice Shop Bawa Kembali Hidangan 'Grilled Butter Chicken'

Aerill Hassan
18
Assalamualaikum dan salam sejahtera

The Chicken Rice Shop Bawa Kembali Hidangan 'Grilled Butter Chicken'

Apa khabar rakan-rakan dan pembaca sekalian? Alhamdulillah, kali ini aku nak kongsikan dengan anda semua tentang perkara yang aku paling suka iaitu makanan! Baiklah, kalau anda ke restoran The Chicken Rice Shop (TCRS) apa yang anda akan pesan?

Pastilah nasi ayam yang memang menjadi hidangan utama di TCRS, mungkin ayam steamed atau ayam BBQ. Okay, apa kata kali ini anda cuba pula menu terbaru iaitu Grilled Butter Chicken. Alhamdulillah, aku baru-baru ini berpeluang untuk mencuba menu hidangan ini dan in shaa Allah dalam perkongsian kali ini aku akan berikan pendapat aku tentang menu ini.

THE CHICKEN RICE SHOP BAWA KEMBALI HIDANGAN 'GRILLED BUTTER CHICKEN'


The Chicken Rice Shop Bawa Kembali Hidangan 'Grilled Butter Chicken'

Untuk pengetahuan anda, The Chicken Rice Shop (TCRS) telah mengumumkan pelancaran kembali menu akhir tahun yang paling popular iaitu Grilled Butter Chicken. Hidangan istimewa ini akan tersedia sehingga 17 Januari 2021 – khas untuk memuaskan selera rakyat Malaysia sambil memikat hati mereka dengan padanan yang sempurna.

 

Sebagai salah satu hidangan yang paling dinanti-nantikan di TCRS, menu yang memukau ini sudah tentu menjadi idaman ramai lagi-lagilah bagi mereka yang ingin menikmati isi peha ayam tanpa tulang yang diselaputi sos mentega keemasan dengan taburan daun kari dan cili merah yang pasti memikat hati rakyat Malaysia!

 

June Song, Ketua Pemasaran TCRS Restaurants Sdn Bhd berkongsi bahawa Grilled Butter Chicken adalah hidangan yang disukai ramai bukan hanya kerana citarasanya yang menyelerakan tetapi juga kerana kombinasi sempurna antara ayam dan mentega. TCRS sentiasa bersedia untuk menghidangkan menu popular ini setiap hujung tahun khas buat rakyat Malaysia.

 

“Mentega bukan hanya sebarang ramuan. Ia merupakan elemen penting untuk mendatangkan kegembiraan dan kepuasan, dan tiada kata dapat menggambarkan nikmat mentega. Saya pasti rakyat Malaysia akan jatuh cinta berulang kali dengan Grilled Butter Chicken.

 

“Kami terus berusaha untuk menyediakan makanan yang enak dan berkualiti. Itulah sebabnya menu ini menjadi pilihan ramai sekian lama. Hidangan istimewa akhir tahun ini sebagai tanda menghargai pelanggan kami.”

 

TCRS berpegang teguh pada slogan mereka ‘Chicken Rice… and More’ dan sentiasa berusaha untuk menarik minat para pelanggan dengan menghasilkan menu citarasa tempatan seperti hidangan akhir tahun ini.

 

Grilled Butter Chicken adalah hidangan yang sempurna untuk mengakhiri tahun anda dan diharapnya mendatangkan permulaan penuh kesempurnaan bagi tahun yang akan datang ibarat padanan ayam dan mentega yang tiada tandingan. “Kami berharap keenakan sajian ini dapat menjanjikan pengalaman yang tidak dapat dilupakan, sesuai untuk mengakhiri tahun anda,” ujar June.


The Chicken Rice Shop Bawa Kembali Hidangan 'Grilled Butter Chicken'

Baiklah, sekarang tibalah masa untuk aku mencuba sendiri Grilled Butter Chicken ini. Oh ya, aku makan di TCRS cawangan IOI City Mall Putrajaya diwaktu makan tengahhari. Ramai juga orang diwaktu-waktu macam ni. Walaupun ramai orang dan sebagainya, SOP dan sebagainya perlu dijaga!

The Chicken Rice Shop Bawa Kembali Hidangan 'Grilled Butter Chicken'

Tadaaaa~ Inilah Grilled Butter Chickennya! Sebelum ulasan diberikan, aku nak beritahulah sedikit bahawa aku memang antara penggemar butter chicken sejati! Jika ada menu tersebut dalam sesebuah restoran, pasti aku akan cuba dan setakat ini tak banyak yang aku rasa sedap dan betul-betul memuaskan citarasa aku.

Grilled Butter Chicken di TCRS ini bagi aku rasanya sedap. Yang membuatkan ia lain daripada lain adalah ketulan ayamnya digrilled dan ia adalah bahagian peha tanpa tulang. Kalau sebelum-sebelum ini, aku selalu terima butter chicken bahagian isinya sahaja dan kadang kala saiznya dipotong kecil-kecil.

Tetapi untuk Grilled Butter Chicken ini ayamnya bersaiz besar. Sesuai dengan selesa aku yang sentiasa lapar. Selain itu, aku juga suka dengan sos menteganya. Tidak terlalu pekat dan manis. Just nice orang mat salleh kata.

The Chicken Rice Shop Bawa Kembali Hidangan 'Grilled Butter Chicken'

Dihidangkan pula bersama nasi, sayur Pak Choy with Oyster Sauce memang lengkaplah hidangan ini. By the way, aku sangat suka sayur Pak Choy with Oyster Sauce ini. Tapi ramai juga kenalan aku yang tak berapa suka, entahlah selera masing-masing kan.

Jadi, hidangan yang lengkap ini bagi aku satu menu yang betul-betul menyelerakan. Saiz hidangan yang besar, sos mentega yang sedap. Memang berbaloilah kiranya. Maknanya anda tidak akan kecewa bila mencuba menu ini.

ANDA PERLU CUBA MENU GRILLED BUTTER CHICKEN INI?!

The Chicken Rice Shop Bawa Kembali Hidangan 'Grilled Butter Chicken'

Menu Grilled Butter Chicken ini hanya akan tersedia sehingga 17 Januari 2021 ini sahaja! Sementara masa masih ada ini, bawalah keluarga anda ke The Chicken Rice Shop. Utuk maklumat lanjut mengenai Grilled Butter Chicken atau promosi lain yang terdapat di The Chicken Rice Shop, sila kunjungi www.thechickenriceshop.com atau laman Facebook https://www.facebook.com/thechickenriceshop/


#TheChickenRiceShop #TCRS #GrilledButterChicken #JadikanGBCJodohAnda 


THE CHICKEN RICE SHOP

Instagram : @thechickenriceshop  

Facebook : The Chicken Rice Shop  

Laman Web : https://www.thechickenriceshop.com/


SEKIAN

إرسال تعليق

18تعليقات

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


  1. nampak sedapnya..dah lama tak pergi chicken rice shop sejak covid ni. betul2 jadi jodoh ni nanti..hehe

    ردحذف
  2. Grilled butter chicken ni memang sedap! Saiz ayam dia pun besar ☺️

    ردحذف
  3. sedapnyaaaa tengok ramai dah cuba butter chicken ni. bila la dapat rasa. nanti nak cuba la

    ردحذف
  4. MasyaAllah sedapnya.. boleh AM cuba juga cuti hujung mggu nie. Bonding time dgn anak2..

    ردحذف
  5. MasyaAllah sedapnya.. boleh AM cuba juga cuti hujung mggu nie. Bonding time dgn anak2..

    ردحذف
  6. Grilled Butter Chicken ni memang my favorite lorh, pantang nampak banner dia kat luar kedai and I will be so excited about it... :)

    ردحذف
  7. Oh, grilled butter chicken ni memang every year ada, eh? Saya belum pernah cuba. Tapi butter memang fav ingredient saya dalam masakan.

    ردحذف
  8. Bawa jodoh eh pegi makan GBC. Bila nak ajak Rawlins plak? Agitew

    ردحذف
  9. Terliur tgk menu-menu ni semua.. tak pernah cuba lagi grilled butter chicken tu. Fav anak-anak ni,nnt nak cuba lah.

    ردحذف
  10. menariknya ada grilled butter chicken dekat chicken rice shop ni boleh la try sebelum 17 jan ni

    ردحذف
  11. sedapnya ayam butter ni..esp ras alemak2 pedas...mmg kena dengan nasi ayam..

    ردحذف
  12. Wow makan denan Jodoh ker tu heheheh bagus lah kena dengan konsep ayam Grill Chicken Butter ni kan hehehehe kita pun suka sedap makan satu tak puas kena makan banyak kali baru puas..

    ردحذف
  13. it's so amazing that The Chicken Rice Shop is coming up with new menu to fit Malaysians' most current loved dishes. cant wait to try this

    ردحذف
  14. grilled butter chicken TCRS ni memang nampak sedap kan. tak sabar nak cuba sendiri nanti

    ردحذف
  15. Belum sempat nak mencuba lagi, haritu dah nampak dah tapi sebab plan nak makan lain, so tak masuk.. nanti nak kena cuba juga ni..

    ردحذف
  16. Alhamdulillah dh bertemu jodoh dia eh! Hahah..tapi seyes mmg sedap..i suka giler

    ردحذف
إرسال تعليق

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Ok, Go it!