Pengalaman Buat Rawatan Fractional CO2 Laser di Dr Chong Clinic Kepong

Aerill Hassan
21
Assalamualaikum dan salam sejahtera

Pengalaman Buat Rawatan Fractional CO2 Laser di Dr Chong Clinic Kepong

Salam PKP 2.0 kepada semua yang membaca perkongsian aku kali ini. Apa khabar semuanya? Harap semuanya baik-baik sahaja. Baiklah, kali ini aku nak berkongsi dengan anda semua tentang pengalaman aku membuat rawatan laser pada wajah di sebuah klinik yang berprestij dan dikenali ramai iaitu Dr Chong Clinic.

Sebenarnya ini bukanlah kali pertama aku membuat rawatan di wajah, pada bulan Januari tahun 2020 aku ada buat rawatan wajah juga tetapi yang membuatkan aku agak risau untuk rawatan kali ini adalah kerana nama rawatan wajah kali ini adalah Fractional Co2 Laser
 
Pengalaman Buat Rawatan Fractional CO2 Laser di Dr Chong Clinic Kepong
Sempat bergambar dengan Dr Brendon Chong.

APA ITU FRACTIONAL CO2 LASER?

Fractional CO2 Laser adalah teknik rawatan yang digunakan untuk melapiskan semula kulit tua berbanding dengan teknik pelapisan lain seperti laser ablatif atau pengulit kimia. Tujuan rawatan ini adalah untuk membantu mengurangkan ketidakseimbangan dalam struktur kulit dan tekstur seperti keriput, garis halus, bintik-bintik yang disebabkan oleh kerosakan matahari, warna yang tidak sekata dan parut jerawat. Rawatan ini memberikan masa penyembuhan yang lebih cepat jika dibandingkan dengan prosedur ablatif.

Bagaimana Rawatan Fractional Co2 Laser Berfungsi?

Seperti namanya, Fractional CO2 Laser menggunakan laser CO2 untuk menembusi jauh ke dalam kulit untuk mempromosikan penyembuhan kulit dan ia tidak menyebabkan kerosakan pada lapisan atas kulit lain yang dipanggil epidermis. Laser fractional menghasilkan haba yang menghasilkan seribu tiang yang sangat kecil yang menembusi lapisan luar epidermis kulit melalui lapisan dermis yang lebih dalam. 

Lajur haba ini merosakkan kulit di dalamnya dan ini mencetuskan kulit yang sihat di sekeliling lajur untuk memulakan proses pembaikan oleh mekanisme penyembuhan tubuh sendiri. Kulit menyembuh sendiri dari bawah dan menggantikan kulit yang rosak di atas menyebabkan kulit menjadi lebih baik. Hasilnya adalah kulit yang lebih bertekstur dan lebih tegang. Ini menentang laser ablatif yang merosakkan epidermis untuk mendorong penyembuhan.

Rawatan Fractional CO2 Laser boleh digunakan untuk pelbagai keadaan yang disenaraikan di bawah. 

✅ Kedut
✅ Parut jerawat
✅ Kulit licin
✅ Luka pembedahan atau traumatik

Pengalaman Buat Rawatan Fractional CO2 Laser di Dr Chong Clinic Kepong


DR CHONG CLINIC

Baiklah, mengapa aku buat rawatan di Dr Chong Clinic? Pertamanya kerana Dr Chong Clinic merupakan salah satu klinik aestetik yang dikenali ramai dan dipercayati rawatannya. Mempunyai doktor dan juga staf yang profesional, mereka semua sangat berpengalaman. 

Selain itu, Dr Chong Clinic juga mempunyai rangkaian cawangan yang berada di beberapa tempat seperti Kepong, TTDI, Bangsar,Shah Alam dan juga Johor Bahru. Aku membuat rawatan Fractional CO2 Laser ini di cawangan HQnya iaitu di Kepong.

PENGALAMAN RAWATAN CO2 FRACTIONAL LASER

Baiklah, sekarang tibalah masa untuk aku ceritakan pengalaman aku dari mula sehingga akhir. Sampai sahaja di Dr Chong Clinic Kepong, seperti biasa di waktu pandemik COVID-19 ini, aku perlu scan MySejahtera, scan suhu dan juga mengisi borang mengesahkan bahawa aku tiada sebarang kaitan dengan Covid-19.

Kemudiannya, bermulalah proses pertama iaitu sesi konsultasi bersama doktor. Doktor yang akan membaut rawatan pada wajah aku adalah Dr Brendon Chong. Diwaktu inilah penjelasan diberikan tentang rawatan apakah yang sesuai dengan wajah anda, apakah masalah-masalah pada kulit anda dan sebagainya. 

Pengalaman Buat Rawatan Fractional CO2 Laser di Dr Chong Clinic Kepong
Sesi konsultasi

Kulit muka aku sememangnya dari zaman sekolah menengah sehingga sekarang seperti permukaan bulan iaitu berkawah-kawah. Parut jerawat sememangnya tidak asing lagi dengan pipi aku yang semakin membesar ini. Itulah salah satu yang aku inginkan iaitu mengurangkan kesan parut jerawat dan sebenarnya pada mulanya aku ingin membuat rawatan Pico Laser, tetapi setelah doktor melihat keadaan wajah aku, rawatan Fractional CO2 Laser adalah lebih baik kerana rawatan ini lebih 'kuat' dan memberi kesan yang lebih baik.

Pengalaman Buat Rawatan Fractional CO2 Laser di Dr Chong Clinic Kepong
Proses membersihkan wajah dan krim kebas

Kemudian, aku dibawa ke sebuah bilik rawatan yang selesa, dan memulakan proses persedian untuk rawatan Fractional CO2 Laser. Proses pertama adalah membersihkan muka sebersih mungkin, dan kemudiannya adalah meletakkan krim kebas pada wajah untuk mengurangkan rasa sakit. Pada ketika itu aku agak risau sekiranya rawatan laser ini memberikan kesakitan yang melampau atau sebaliknya. Sekitar 20 minit masa menunggu krim kebas itu berfungsi dan selama itulah aku berfikir macam-macam perkara.

Pengalaman Buat Rawatan Fractional CO2 Laser di Dr Chong Clinic Kepong

Tibalah masa yang dinanti-nantikan iaitu bermulanya rawatan Fractional CO2 Laser. Sebenarnya aku tiada idea tentang apakah rupa laser itu dan juga kesannya terhadap wajah sebab macam yang aku beritahu, aku datang sebenarnya ingin membuat rawatan Pico Laser jadi banyak jugalah aku mencari info tentang Pico Laser.

Okay, ketika laser itu dipancarkan ke wajah, sebenarnya akan rasa seperti panas dan mencucuk kulit. Bagaikan jarum kecil tetapi jangan risau sebab doktor akan menghalakan udara sejuk melalui paip. Jadi prosesnya tidaklah sesakit mana dan ada ketikanya agak sakit sedikit untuk bahagian parut yang lebih dalam.

Pengalaman Buat Rawatan Fractional CO2 Laser di Dr Chong Clinic Kepong

Seluruh kawasan wajah dilaserkan dalam masa lebih kurang 10 minit sahaja. Benar kata doktor, sakitnya tidaklah seteruk rawatan yang aku pernah buat sebelum ini. Faktor kesakitan yang kurang ini mungkin juga kerana krim kebas yang telah berfungsi dengan baik.

Pengalaman Buat Rawatan Fractional CO2 Laser di Dr Chong Clinic Kepong
Wajah selepas rawatan berakhir

Setelah selesai rawatan, inilah rupa aku. Rasa agak membengkak sedikit dan juga anda boleh lihat tompokan bintik-bintik petak di keseluruhan wajah. Agak lucu juga rupa sebenarnya. Kemudian, sebelum boleh pulang ada satu lagi prosedur akan dilakukan iaitu proses cooling session dan juga pemakaian moisturizer dan juga sunblock.

Pengalaman Buat Rawatan Fractional CO2 Laser di Dr Chong Clinic Kepong
Prosedur sebelum boleh pulang

SELEPAS RAWATAN

Ketika penerangan oleh Dr Brendon Chong, beliau ada bertanya sama ada aku selalu jumpa orang atau tak, dan soalan itu ada sebabnya. Sebabnya adalah terdapat tempoh DOWNTIME ataupun juga dipanggil tempoh penyembuhan iaitu sekitar 4-7 hari.

Antara yang anda perlu lakukan adalah :-

✅Elakkan daripada terkena panas dan juga cahaya matahari secara direct. Sekiranya perlu sangat-sangat untuk keluar, pakailah payung dan sebagainya untuk menghalang cahaya daripada terkena kulit anda.

✅Pakai moisturizer untuk sentiasa lembabkan kulit wajah dan kemudiannya pakai sunblock. Pemakaian sunblock pula perlu dilakukan dengan kerap setiap 2 jam. Begitu juga dengan moisturizer. 

Berapa sesi untuk dapatkan result yang terbaik? Sebenarnya ia mengikut keadaan kulit wajah anda.  Untuk sesi pertama, hanya sekitar 30% sahaja kesan yang dapat dilihat, sesi kedua pula 50% dan begitulah seterusnya. Resultnya berbeza mengikut rawatan yang anda lakukan. Oleh itu, perkara yang terbaik sebelum melakukan rawatan adalah berbincang dengan doktor terlebih dahulu. 

Macam aku sendiri, setelah beberapa hari, aku dapat lihat kesan yang positif. Parut jerawat masih ada cuma ia semakin mengecil. Lubang yang dalam pun sudah tak berapa dalam lagi. Wajah pun kelihatan semakin berseri-seri. Memang berpuas hati dengan rawatan ini. 

Selain itu, kalau sebelum ini aku hanya amalkan mencuci muka kemudian memakai sunblock sahaja, kini aku telah menambah satu lagi rutin iaitu memakai moisturizer. In shaa Allah, bolehlah aku melakukan sesi Fractional CO2 Laser lagi di masa akan datang. 



PROMOSI BULAN JANUARI 2021


1. Lucent x 6 boxes = RM 3,608
Free Eye-Cream or Day & Night Cream
2. Double Brightening
[Whitening Laser + Carbon Laser] x 3 sessions = RM 388
Free LED Mask
PWP
Top up [Whitening Laser + Carbon Laser] x 1 session = RM 88
Free LED Mask
3. Scar Laser
CO2 Laser x 2 sessions = RM 388
Free scar repair mask
Free LED Mask
PWP
Top up [CO2 Laser x 1 session] = RM 88
Top up [Subcision = RM 88]; max 3 times
4. PICO Laser
Buy 3 Free 1 = RM 3,588
Free Cooling mask x 4 sessions
PWP
Top up [Baby white injection = RM 88 each injection]; max 4 sessions
5. PDRN
[PDRN x 2 sessions] + [PICO x 2 sessions ]= RM 3,588
Free Stemcell toner or moisturizer
6. Unlimited Clattu Buffet
1 day unlimited RM 4,888
2 days unlimited RM 7,888
7. Hair Removal
RM 99 x 1 session
8. Unlimited PDRN
RM 4,988
Max 8 times; (02/01/2021 - 30/06/2021)

Mini VIP Membership Package
Spend for any RM 6,000; Get up to 8,800 credit point
*For all ala carte treatments

10. Mix & Match 
i) RM 2,880
ii) RM 5,880
iii) RM 8,880
(Refer to image below)

11. Hair Growth Treatment
i) Hair Growth Premium = RM 28,800
ii) Hair Growth Hair Stemcell = RM 9,880
iii) Hair Growth Homecare Laser = RM 4,880

12. (Baby Facial + Tribeam Laser) x 3 sessions = RM 988

13.Transderm Facial x 3 sessions = RM 688

14. 20% OFF ala carte or 30% OFF set for LE PERFETTO products

15. First Trial promotion
- SecGen PICO Laser               RM 398
- UK PRP (10ml)         RM 398
- UK PRP (20ml)                       RM 598
- MedGlass Laser                  RM 398
- Pro Yellow / Dual Yellow        RM 398
- SeaWave (Zwave)                  RM 398
- IceFreezing (Clatuu)              RM 988
- HIFU                                        RM 1800
- Meso Hair Loss (2.5ml) + LED Light        RM 199
- Hair removal + whitening (armpit)            RM 99

LOKASI DR CHONG CLINIC

👉 Dr Chong Clinic HQ (Kepong)
03-6179 3157 / 018-473 8818
37G, Jalan Metro Perdana Barat 1, Taman Usahawan Kepong, 52100, Kuala Lumpur

👉Dr Chong Clinic Premium (Bangsar)
03-2202 2158 / 018-251 8808
40 & 42, Jalan Telawi, Bangsar Baru, 59100 Kuala Lumpur

👉Dr Chong Clinic (TTDI)
03-7733 6002 / 011-2728 8188
14 & 16, Jalan Wan Kadir, Taman Tun Dr Ismail, 60000, Kuala Lumpur

👉Dr Chong Clinic (Shah Alam)
03-5524 3083 / 018-471 0988
F-G-33, Jalan Ikhtisas 14/1, Vista Alam, Seksyen 14, 40000, Shah Alam, Selangor

👉Dr Chong Clinic (Johor Bahru)
07-5596110 / 011-5636 6110
49, Jalan NB2 2/2, Taman Nusa Bestari 2, 79150, Iskandar Puteri, Johor Bahru

WAKTU OPERASI
Isnin - Jumaat : 10 pagi - 7 petang
Sabtu & Ahad : 10 pagi - 6 petang

General Customer Service Line (Appointment) : +6018 - 2528088
Websites : https://www.drchongclinic.com
Facebook : https://www.facebook.com/drchongclinic
Instagram : @drchongclinic
Youtube Channel : Dr Chong Clinic - Skin & Lasers Center
Email Address : enquiry@drchongclinic.com

SEKIAN
Tags

إرسال تعليق

21تعليقات

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


  1. Wow they do offer lots of beauty packages for you to improve and enhance your superficial look. Those who need it should KIV this centre.

    ردحذف
  2. Kiranya treatment Fractional CO2 Laser ni bagus jugak untuk yang ada jeragat kan? Habis mco leh try nanti.

    ردحذف
  3. promo tu menarik gak.. harga pakej reasonable. boleh consult dulu nanti nak buat treatment mana

    ردحذف
  4. Lama tak buat rawatan muka. Dah kusam dah ni. Sis pun nk pi sini nanti. Masa belum mengizinkan. Berseri2 la wajah nanti ya.

    ردحذف
  5. Tak pernah dengar lagi pasal Laser fractional ni. Kelakar jugak ada bekas petak2 dekat muka selalunya bentuk bulat. Nasib baik tak sakit

    ردحذف
  6. Semakin aumm la Aerill selepas ini. Lama dah tak jumpa Aerill kan. Rawlins nak try tapi takut gak hehe

    ردحذف
  7. Saya dah pernah cuba fractional laser 5 kali. 2 kali subsicion. Bukan kat klinik ni la. Tapi tak nampak sangat kesannya. Mungkin tak sesuai dengan kulit kot.

    ردحذف
  8. Klinik ni mmg famous. Ramai yg bagi respond positif lps buat rawatan kat sini

    ردحذف
  9. baru la kali ni tengok kesan betul2 lepas rawatan laser..selalu dengar aje orang sebut..mesti semakin kacak lepas ni kan..

    ردحذف
  10. Geram pulak nengok.. lama sudah tak walk-in buat treatment muka.. nengok Aerill buat i is jeles huhuhu.. sakit tak ek buat lasser tu?

    ردحذف
  11. wow this clinic offers so many different services. the doctor's skin look flawless too haha, very convincing

    ردحذف
  12. wow! patutlah cantik! hahahaha thank you sebab review maybe lepas ni boleh buat treatment dekat sini. macam berguna je

    ردحذف
  13. Kak pernah 2 kali buat treatment laser ni tp berlainan cara treatmentnya, biasanya treatment mcm ni kena buat 2/3 kali baru npk kesan terbaik

    ردحذف
  14. wah.. bukan wanita sahaja sekarang jaga kulit.. terbaiklah bro.. banyak juga pakej kecantikan nya..

    ردحذف
  15. banyaknya promosi !!!!!!!! aduh.. tak boleh rentas ni, cemana nak manfaat kan dah la kulit tengah breakout ni.. em..

    ردحذف
  16. I kena pergi buat consultation and see procedure apa yang sesuai for my face la.. Kena make sure muka on tip top condition since kita banyak buat social appearance kan..

    ردحذف
  17. Lama tak jumpe dia mesti makin hensem la pasni sbb dah wat rawatan kecantikan kat sini kannn..wakakkaaj

    ردحذف
  18. This is my first time i visit here. I found so many interesting stuff in your blog especially its discussion. From the tons of comments on your articles, I guess I am not the only one having all the enjoyment here keep up the good work https://visualaidscentre.com/lasik-eye-surgery/

    ردحذف
  19. أزال أحد مشرفي المدونة هذا التعليق.

    ردحذف
  20. أزال أحد مشرفي المدونة هذا التعليق.

    ردحذف
  21. For fractional laser how much and bape kali treatment buat?

    ردحذف
إرسال تعليق

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Ok, Go it!