Review Filem : Saving Mr. Banks (2013)

Aerill Hassan
0
Assalamualaikum dan salam sejahtera

Review Filem : Saving Mr. Banks (2013)

Filem Saving Mr. Banks (2013) ini merupakan sebuah filem yang diarahkan oleh John Lee Hancock dan jalan ceritanya digarap oleh Kelly Marcel dan Sue Smith. Mengisahkan tentang sekitar pembikinan filem Mary Poppins (1964), filem ini dibintangi oleh Emma Thompson sebagai P.L Travers dan Tom Hanks sebagai Walt Disney. 

Pada awalnya Essential Media Entertainment dan BBC Films yang memulakan proses pembikinan filem ini pada tahun 2011 sebelum penerbitnya, Alison Owen meminta kebenaran untuk menggunakan elemen copyright kepada Walt Disney Pictures. Walt Disney Pictures kemudiannya berminat dan seterusnya terus mengambil alih lakon layar dan penerbitan filem ini.

Filem ini ditayangkan di Amerika Syarikat pada 13 Disember 2013 dan menerima ulasan positif terutamanya untuk lakonan, lakon layar dan juga muziknya.  Filem ini tersenarai sebagai salah satu daripada 10 filem terbaik untuk tahun 2013 oleh National Board of Review dan American Film Institute. Dengan bajet sekitar USD$ 35 Juta, filem ini berjaya mengumpul kutipan sebanyak USD$ 117.9 Juta. 

SAVING MR. BANKS (2013)

Pengarah : John Lee Hancock
Penerbit : Alison Owen, Ian Collie, Philip Steuer
Penulis : Kelly Marcel , Sue Smith
Pelakon : Emma Thompson, Tom Hanks, Paul Giamatti, Jason Schwartzman, Bradley Whitford, Colin Farell
Muzik : Thomas Newman
Edaran : Walt Disney Studios Motion Pictures
Tarikh Tayangan : 13 Disember 2013
Durasi : 125 minit 

Review Filem : Saving Mr. Banks (2013)

BARISAN PELAKON FILEM SAVING MR. BANKS (2013)


  • Emma Thompson sebagai Pamela "P. L." Travers, nama sebenarnya Helen Goff, penulis Mary Poppins
  • Annie Rose Buckley sebagai Helen ketika zaman kanak-kanak 7 tahun, juga dipanggil sebagai "Ginty"
  • Tom Hanks sebagai Walt Disney
  • Colin Farrell sebagai Travers Robert Goff, ayah kepada Helen
  • Ruth Wilson sebagai Margaret Goff, ibu kepada Helen
  • Paul Giamatti sebagai Ralph, pemandu Travers
  • Bradley Whitford sebagai Don DaGradi, penulis bersama untuk lakon layar Mary Poppins
  • Jason Schwartzman sebagai Richard M. Sherman, komposer dan penulis lirik
  • B. J. Novak sebagai Robert B. Sherman, komposer dan penulis lirik yang juga menulis lagu didalam filem bersama abangnya Richard. 
  • Kathy Baker sebagai Tommie, pembantu eksekutif Disney
  • Melanie Paxson sebagai Dolly, setiausaha Disney
  • Rachel Griffiths sebagai Helen "Ellie" Morehead, ibu saudara Helen, juga sebagai inspirasi untuk watak Mary Poppins
  • Ronan Vibert sebagai Diarmuid Russell, penerbit Travers
  • Kristopher Kyer sebagai Dick Van Dyke
  • Victoria Summer sebagai Julie Andrews


                            Review Filem : Saving Mr. Banks (2013)

                            SINOPSIS FILEM SAVING MR BANKS (2013)

                            Filem yang diset masanya adalah pada tahun 1961, bermula di kota London. Ejen Diarmund Russell menggesa pengarang Pamela "P. L." Travers untuk datang ke Los Angeles dan bertemu dengan Walt Disney. Disney telah mengejar hak filem untuk kisah Mary Poppins nya selama dua puluh tahun, setelah berjanji kepada anak-anak perempuannya untuk menghasilkan sebuah filem berdasarkan buku-buku tersebut. Travers dengan gigihnya menolak usaha Disney, kerana takut akan apa yang akan dilakukannya terhadap wataknya. Setelah lama tidak menulis sesuatu yang baru dan royalti bukunya menjadi semakin habis, dia berisiko kehilangan rumahnya. Russell mengingatkannya bahawa Disney telah menyetujui dua syarat utama (tidak ada animasi dan kelulusan skrip yang belum pernah terjadi sebelumnya) sebelum akhirnya dia setuju untuk pergi ke Los Angeles.

                            Review Filem : Saving Mr. Banks (2013)

                            Babak flashback menggambarkan waktu kanak-kanak Travers yang di dalam kesusahan di Allora, Queensland, Australia pada tahun 1906, yang menjadi inspirasi bagi sebahagian besar Mary Poppins. Travers mengidolakan ayahnya yang penuh kasih sayang, Travers Robert Goff, tetapi ketagihan alkohol yang kronik mengakibatkan beliau dipecat berulang kali,  perkahwinan yang sering diselangi dengan pergaduhan, dan menyebabkan ibunya yang menderita cuba membunuh diri. Goff meninggal dunia akibat batuk kering ketika Travers berusia tujuh tahun. Sebelum kematian ayahnya, kakak ibunya yang tegas tinggal bersama keluarga dan kemudian menjadi inspirasi utama Travers untuk watak Mary Poppins.

                            Di Los Angeles, Travers tidak suka dengan bandar itu yang dipenuhi dengan penduduk yang kononnya ceria dan kehidupan yang berbeza, yang diperlihatkan oleh pemandu limosinnya yang ramah, Ralph. Di Walt Disney Studios di Burbank, Travers bertemu dengan pasukan kreatif yang merangka filem Mary Poppins untuk skrin: penulis skrip Don DaGradi, dan komposer muzik Richard dan Robert Sherman. Dia menganggap kelakuan dan garapan mereka sangat tidak wajar, pandangan yang sama juga dia anggap terhadap Disney.

                            Review Filem : Saving Mr. Banks (2013)

                            Travers dengan Disney dan pasukannya sejak awal memang sukar untuk bekerja bersama, dengan desakannya bahawa Mary Poppins adalah musuh kepada elemen sentimen dan kepintaran. Disney dan orang-orangnya agak bingung dengan penerimaan Travers terhadap fantasi, melihat kisah Mary Poppins, serta imaginasi Travers yang tebal. Dia secara khusus membantah bagaimana watak George Banks, ayah yang terpisah dari anak-anak, digambarkan, sambil menegaskan bahawa dia tidak jahat atau kejam. Secara perlahan-lahan, pasukan Disney memahami betapa mendalamnya kisah Mary Poppins terhadap Travers dan berapa banyak watak di dalam Mary Poppins  merupakan watak yang diilhamkan dari masa silamnya.

                            Review Filem : Saving Mr. Banks (2013)

                            Pasukan Disney mengaku bahawa Travers mempunyai kritikan yang betul dan membuat perubahan walaupun dia menjadi semakin jauh apabila kenangan masa kecil yang susah dan menyakitkan muncul kembali. Untuk memahami apa yang menyusahkannya, Disney menjemput Travers ke Disneyland, dan dalam masa yang sama persahabatan dengan Ralph semakin berkembang, pasukan kreatif pula mengolah semula watak George Banks, dan penambahan lagu baru dan akhir yang berbeza, membantu  Travers untuk semakin menerima idea mereka . Kreativiti beliau muncul semula, dan dia mula berkolaborasi dengan pasukan Disney. Namun, tidak lama kemudian, Travers sangat marah kerana mendapati animasi telah ditambahkan. Dia bertemu Disney tentang perkara ini dan pulang ke rumah.

                            Review Filem : Saving Mr. Banks (2013)

                            Disney mula sedar bahawa "P. L. Travers" adalah nama pena, diambil dari nama yang diberikan oleh bapa Travers. Nama sebenarnya Helen Goff, dan dia orang Australia, bukan English. Ia memberi anggapan baru kepada Disney mengenai Travers, dan dia mengikutinya ke London. Tiba di rumahnya tanpa disangka, Disney berkongsi masa kecilnya yang tidak kurang susah juga tetapi menekankan nilai penyembuhan emosinya semula.. Dia mendesak Travers untuk tidak membiarkan kekecewaan masa lalu yang mendalam menghancurkan masa kini. Pada malam itu, setelah Disney pergi, Travers akhirnya mengalah, memberikan hak filem itu kepada Disney.

                            Tiga tahun kemudian, pada tahun 1964, Travers telah mula menulis kisah Mary Poppins yang lain, sementara Mary Poppins akan mengadakan tayangan perdananya di Grauman's Chinese Theatre di Hollywood. Disney belum mengundang Travers, gusar bagaimana reaksi beliau dengan menonton bersama barisan media. Dengan galakan Russell, Travers muncul di pejabat Disney tanpa sebarang pemberitahuan dan Disney dengan rasa susah hatinya memberikan jemputan kepadanya. Pada mulanya, Travers menonton Mary Poppins dengan kurang bersemangat, terutama semasa babak animasi. Namun, dia mula menerima filem ini secara perlahan-lahan, kemudian menjadi sangat terharu dengan gambaran krisis dan peribadi George Banks.


                            ULASAN FILEM SAVING MR. BANKS (2013)

                            Bagi sesiapa yang pernah menonton filem Marry Poppins (1964), anda mesti, wajib, perlu tonton filem ini. Filem ini bukanlah seperti filem fantasi Disney yang lain, tetapi ia adalah filem disebalik apa yang terjadi ketika proses mendapatkan hak untuk Marry Poppins itu.

                            Pertama kali aku menonton filem ini adalah di TV, ketika itu sudah di pertengahan dan aku lihat ada lagu-lagu yang aku sangat familiar. Rupanya filem tentang Marry Poppins. Lepas itu, barulah aku mencari filem ini untuk menonton dari awal.
                            Review Filem : Saving Mr. Banks (2013)

                            Pendapat aku, filem ini sebuah filem tragis. Boleh lihat bagaimana jalan ceritanya sendiri. Seorang penulis yang menulis cerita kehidupannya sendiri dan menjadikannya sebagai salah satu kisah terkenal di dunia. Bila babak ketika Travers sewaktu kecil, boleh lihat bagaimana kehidupan mereka yang sungguh sederhana. Kemudian, pelbagai masalah menimpa dan sebagainya, barulah kita memahami mengapa Marry Poppin jalan ceritanya sebegitu.

                            Lakonan Emma Thompson memang terbaik! Sayang sekali beliau tidak menerima anugerah Oscar untuk lakonannya kerana beliau berjaya membawa watak dengan begitu baik sekali. Tom Hanks? Seorang lagi pelakon yang sangat hebat, berbakat dan 'brilliant'. Lakonan beliau sebagai Walt Disney sangat menjadi. Watak-watak sampingan yang lain juga menarik, dapat lihat perbezaan zaman antara tahun 1960-an dan juga 1900-an.

                            Review Filem : Saving Mr. Banks (2013)

                            Untuk muziknya, memang sangat menggamit memori terutama mereka yang membesar dengan lagu-lagu di dalam filem Marry Poppins. Ada babak dimana mereka sedang menggubah lagu-lagu untuk dimuatkan dalam filem Marry Poppins. semuanya kelihatan begitu 'authentic'.

                            KESIMPULANNYA

                            Secara keseluruhannya filem ini merupakan satu filem yang menarik. Sekiranya anda mencari filem aksi, romantik, dan pelbagai lagi, ini bukanlah filemnya. Ini adalah sebuah filem cerita kisah benar, kehidupan dan kesusahan serta anda boleh lihat bagaimana proses mendapatkan hak cipta sesuatu naskhah oleh studio filem. Adakah aku akan tonton filem ini lagi? Jawapannya, YA.

                            BINTANG : ⭐⭐⭐⭐

                            إرسال تعليق

                            0تعليقات

                            The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


                            إرسال تعليق (0)

                            #buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

                            Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
                            Ok, Go it!