Assalamualaikum dan salam sejahtera
MALAYSIA LIVE! merupakan siri konsert dengan kerjasama antara Pam Shahril and Shahril Razak dari Gabung Cipta, sebuah syarikat pembekal sistem audio dan cahaya profesional; bersama pengarah muzik, Dato’ Acis; dan penerbit konsert, Jennifer Thompson dalam usaha mengekalkan dan memulakan acara konsert secara langsung atas talian bukan hanya untuk artis-artis tanahair malah juga bagi pembekal, jurutera, venue, pekerja dan perniagaan di belakang tabir yang kehilangan punca pendapatan akibat pandemik COVID-19.
MALAYSIA LIVE! SIRI KONSERT ATAS TALIAN
Siri konsert tersebut akan bermula dengan live-streaming dua episod pengenalan pada bulan Januari ini. Ia bukan sekadar menjana pekerjaan malah juga untuk menghiburkan peminat muzik tanahair dan membawa sedikit sebanyak keterujaan konsert live walaupun dilangsungkan secara maya. Kedua-dua konsert ini akan meraihkan artis-artis pendatang baru dan ternama dalam industri muzik,
Konsert ini telah dirakam secara langsung tanpa penonton di KL Live @ Life Centre salah satu venue yang terkenal untuk persembahan live dan artis diiringi oleh pemuzik-pemuzik tersohor Dato’ Acis (keyboard and pengarah muzik); Fendi Mokhtar (drums), Jenny Chin (keyboard), Rozhan Rahman (bass), Wan Gigi (gitar), Jamie Wilson (gitar), Steve Thornton (percussion); and penyanyi latar Yuaz Bahtiar Kassim, Eja Muhd. Nor and Juanita Ismail.
Penoton dapat menonton premier episod-episod tersebut di youtube channel MALAYSIA LIVE! seperti berikut :
Episod 1
Live-steaming pada Januari 22, 2021 (Jumaat) 9malam
Artis-artis : Aizat Amdan, Dayang Nurfaizah, DOLLA, Hael Husiani, Haqiem Rusli, Jaclyn Victor, Noh Salleh, Yonnyboii and Zynakal
Pengacara: Nazrudin Rahman
Episod 2
Artis-artis : Faizal Tahir, Ismail Izzani, Kmy Kmo & Luca Sickta, Dato’ M. Nasir, Ruffedge, Shalma Eliana, Tuju and Zizi Kirana
Pengacara : Adibah Noor
Situasi bagi mereka-mereka yang punca pendapatan bergantung kepada persembahan seni dan hiburan secara live semakin meruncing dengan banyak perkerjaan yang terjejas walaupun mereka telah mencuba mengadaptasikan diri pada norma baharu.
Sebagai seorang yang pendapatannya bergantung kepada industri muzik, Dato’ Acis berkata, “Industri muzik adalah salah satu industri yang paling terjejas oleh kerana acara-acara live untuk khalayak ramai tidak di benarkan berlangsung. Dengan pengurangan atau kehilangan punca pendapatan dari sektor persembahan live, yang merupakan sektor utama pendapatan seseorang artis atau pemuzik, ada yang terpaksa mencari perkerjaan lain untuk menyara hidup dan dalam senario terburuk, mereka terpaksa menjual peralatan muzik yang sekian lama menjadi punca pencarian makan. Dengan MALAYSIA LIVE! saya berharap ia akan memberi ruang untuk semua yang terkesan untuk mula menjana pendapatan dan bagi peminat muzik menyambung semula keistimewaan menoton acara secara live”.
Kedua-dua Pam Shahril dan Shahril Razak yang telah berkecimpung 15 tahun dalam industri acara live dengan mengendalikan sebuah syarikat pembekal sistem audio dan cahaya yang berpengalaman dalam mengusahakan beberapa show besar di dalam negara dan serantau, menambah, “Semasa show orangramai hanya melihat apa yang berada diatas pentas tetapi usaha yang perlu untuk mengendalikan sesebuah acara melibatkan beratusan daya tenaga pakar dan pekerjaan yang berkenaan termasuk jurutera, krew dan juga venue, katering, tiketing, keselamatan, syarikat logistik dan ramai lagi yang membentuk sebuah pasukan untuk melaksanakan sebuah show dengan berjaya”.
Berkenaan keadaan masakini industri Jennifer Thompson turut berkata, “Bukan kita dalam industri tidak mencuba menyesuaikan diri atau meningkatkan kemahiran untuk mengadaptasikan diri kepada norma baharu tetapi ia perlukan lebih daripada usaha kita sendiri. Kadang-kadang ia juga tergantung kepada situasi infrastruktur yang diluar kawalan kita ataupun corak pemikiran penonton yang mungkin mengambil masa untuk berubah. Dalam industri hiburan perubahan adalah lumrah kehidupan tetapi dalam keadaan drastik ini, dan dalam percubaan untuk menyesuaikan diri, kita masih perlu cari makan dan membayar bil. Objektif semestinya adalah untuk mengesyorkan kita tidak kehilangan bakat dan pakaran industri kita kepada perkerjaan lain”.
Ia menjadi harapan bahawa siri konsert ini akan berterusan supaya lebih artis, pemuzik dan tenaga pekerja industri muzik dapat melibatkan diri dalam perlaksanaan konsert-konsert seterusnya.
Kedua-dua episod dimungkinkan dengan sokongan Pelan Pemulihan Ekonomi Jangka Pendek (PENJANA) yang memberi tumpuan penting untuk membantu pengiat dan perniagaan industri kreatif yang terkesan akibat pandemik Covid-19. Objektif utama adalah untuk membolehkan aktiviti dan perniagaan industri kreatif dimulakan semula demi kelangsungan pendapatan penggiat industri yang amat bergantung kepadanya.
Untuk mendapatkan berita terkini sila layari platform media sosial MALAYSIA LIVE! di :
YouTube – MalaysiaLiveMY
Facebook - www.facebook.com/MalaysiaLiveMY
Instagram - www.instagram.com/MalaysiaLiveMY
Twitter - twitter.com/MalaysiaLiveMY
SEKIAN
ramai penyanyi yg best join konsert ni. bolehlah tengok nanti :)
ردحذف