Review Filem : The Martian (2015)

Aerill Hassan
8
Assalamualaikum dan salam sejahtera


Review Filem : The Martian (2015)

Filem The Martian (2015) merupakan sebuah filem sains fiksyen arahan Ridley Scott dan dibintangi oleh Matt Damon. Jalan cerita filem ini merupakan adaptasi dari novel The Martian, sebuah novel terbitan tahun 2011 oleh Andy Weir. Filem ini turut dibintangi oleh Jessica Chastain, Jeff Daniels, Kristen Wiig, Chiwetel Ejiofor, Sean Bean, Michael Peña, Kate Mara, Sebastian Stan, Aksel Hennie, Mackenzie Davis, Donald Glover dan Benedict Wong. 

Filem ini diterbitkan oleh 20th Century Fox dan juga atas terbitan bersama Amerika Syarikat dan United Kingdom. Filem ini ditayangkan pada 2 October 2015 dan menerima jumlah kutipan box office sebanyak $USD 630 juta seluruh dunia. Filem The Martian (2015) ini turut menerima kritikan positif daripada penggemar filem seluruh dunia.

Review Filem : The Martian (2015)

THE MARTIAN (2015)

Pengarah : Ridley Scott
Penerbit : Simon Kinberg, Ridley Scott, Michael Schaefer, Mark Huffam
Berdasarkan : Novel The Martian oleh Andy Weir
Muzik oleh Harry Gregson-Williams
Tarikh Tayangan : 2 October 2015
Durasi : 141 minit
Bajet : $USD 108 Juta
Kutipan : $USD630.2 Juta

Review Filem : The Martian (2015)


BARISAN PELAKON THE MARTIAN (2015)
  • Matt Damon sebagai Mark Watney
  • Jessica Chastain sebagai Commander Melissa Lewis
  • Kristen Wiig sebagai Annie Montrose
  • Jeff Daniels sebagai Theodore "Teddy" Sanders
  • Michael Peña sebagai Major Rick Martinez
  • Sean Bean sebagai Mitch Henderson
  • Kate Mara sebagai Beth Johanssen
  • Sebastian Stan sebagai Dr. Chris Beck
  • Aksel Hennie sebagai Dr. Alex Vogel
  • Mackenzie Davis sebagai Mindy Park
  • Benedict Wong sebagai Bruce Ng
  • Donald Glover sebagai Rich Purnell
  • Chen Shu sebagai Zhu Tao (Chinese: 朱涛)
  • Eddy Ko sebagai Guo Ming (Chinese: 郭明)
  • Chiwetel Ejiofor sebagai Vincent Kapoor

SINOPSIS FILEM THE MARTIAN (2015)

Review Filem : The Martian (2015)

Pada tahun 2035, kru misi Ares III ke Marikh menjelajah Acidalia Planitia pada hari solar Marikh (sol) 18 dari ekspedisi 31 sol mereka. Ribut debu yang teruk mengancam untuk menjatuhkan Kenderaan Mars Ascent (MAV) mereka. Misi itu dibatalkan, tetapi ketika kru ingin selamatkan diri, angkasawan Mark Watney dilanggar dengan objek dan hilang dalam ribut. Telemetri dari biomonitor disut angkawasannya rosak dan Watney dianggap telah meninggal dunia. Dengan MAV yang diancam oleh ribut debu, kru yang masih hidup berlepas ke kapal angkasa yang mengorbit mereka, Hermes.

Review Filem : The Martian (2015)

Watney terbangun setelah ribut, cedera dan dengan amaran tahap oksigen yang rendah. Dia kembali ke Hab dan merawat lukanya melalui pembedahan sendiri. Dengan keadaan Watney yang semakin pulih, dia mula merekodkan diari video. Tanpa komunikasi dengan Bumi, satu-satunya peluang menyelamatkannya adalah melalui misi Marikh berikutnya, empat tahun kemudian: Ares IV yang akan mendarat sejauh 3,200 kilometer di kawah Schiaparelli. Perkara yg diberi perhatian utama oleh Watney adalah makanan. Walaubagaimanapun, kerana dia di Marikh untuk misi botani, dia berjaya menghasilkan kebun di dalam Hab menggunakan tanah Marikh yang disenyawakan dengan sisa-sisa bio kru (Najis). Dia juga mampu menghasilkan air dari sisa bahan bakar roket. Dia kemudian menanam kentang yang tidak digunakan kru, yang telah ditutup kedap udara dan disimpan di dalam kotak berlabel, "Jangan buka sehingga Thanksgiving!" Dia juga mula mengubah dan perbaiki Rover untuk perjalanan jarak jauh ke lokasi pendaratan Ares IV.

Di Bumi, perancang satelit NASA Mindy Park, meninjau gambar Hab udara, melihat peralatan yang dipindahkan dan menyedari Watney masih hidup. Pengarah NASA Teddy Sanders secara terbuka menyampaikan berita tersebut, walaupun kru Ares III (masih dalam perjalanan ke Bumi) tidak diberitahu supaya mereka tetap fokus pada misi mereka. Sanders bergaduh dengan pengarah penerbangan Hermes, Mitch Henderson, yang percaya bahawa kru harus tahu.

Watney membawa rover untuk mengambil probe Pathfinder yang berdekatan, yang terdiam dan tidak berfungsi pada tahun 1997. Dengan menggunakan kamera dan motor Pathfinder, dia menjalin komunikasi dua arah dengan Bumi, pertama menggunakan tanda tulisan tangan, dan kemudian mengirim dan menerima ASCII dalam heksadesimal. NASA menghantar software terbaru untuk menghubungkan rover dengan Pathfinder dan membolehkan mereka berkomunikasi melalui teks. Watney berasa marah kerana kru Hermes tidak menyedari bahawa dia masih hidup, walaupun dia tidak menyalahkan mereka kerana meninggalkannya di belakang. Sanders akhirnya membenarkan Henderson memaklumkannya.

Review Filem : The Martian (2015)

Pengarah misi Mars, Vincent Kapoor, dan pengarah Jet Propulsion Laboratory (JPL) Bruce Ng menyiapkan penyelidikan ruang angkasa Iris untuk memberikan cukup makanan untuk Watney bertahan sehingga kedatangan Ares IV. Sementara itu, penyekat udara Hab tidak berfungsi dengan baik lalu merosakkan tanaman kentang dan mensterilkan tanah. Percaya pada risiko rendah, Sanders memerintahkan pemeriksaan keselamatan sebelum penerbangan rutin tidak dilakukan untuk mempercepat pelancaran probe. Roket itu meletup sejurus lepas dilancarkan. Watney kini yakin kematiannya di Marikh tidak dapat dielakkan.

China National Space Administration telah menghasilkan roket booster, Taiyang Shen. Untuk menjalin persahabatan dengan saintis NASA, mereka mencari jalan untuk mengatasi halangan rasmi dan menawarkan untuk mengulangi misi Iris. Apabila keadaan Watney semakin berisiko seiring berjalannya waktu, ahli astrodinamik JPL Rich Purnell merancang rancangan alternatif: membawa Taiyang Shen ke Hermes dan penuhkan kembali bekalan di Hermes, yang kemudiannya akan menggunakan graviti Bumi untuk "slingshot" kembali ke Marikh dua tahun lebih awal daripada Ares IV. Sanders menolak idea itu, memandangkan terlalu berisiko bagi kru Hermes. Henderson secara diam-diam mengirimkan rancangan Purnell kepada anak kapal. Mereka sebulat suara memilih untuk melaksanakannya, menyahaktifkan alat kawalan jauh NASA dan mengubah arahnya. 

Watney memulakan perjalanan 90-sol ke Schiaparelli, di mana MAV untuk Ares IV telah dihantar terlebih awal sebelum misi sebenar dijalankan. MAV perlu diringankan untuk memintas Hermes dalam perjalanan barunya. Watney membuang banyak komponen, dan menggantikan nose cone dengan kanvas. Selepas dilancarkan, MAV gagal mencapai kelajuan yang diperlukan. Komander Lewis menggerakkan Hermes untuk perlahankan kelajuan dengan menggunakan sistem RCS kapal angkasa. Dia juga memerintahkan penyahmampatan eksplosif arah dalaman untuk menyesuaikan kapal dengan lebih baik. Dalam Unit Manned Man manuvering, Lewis tidak dapat mendekati Watney kerana talinya yang pendek. Watney menusuk sut tekanannya, menggunakan udara yang keluar untuk mendorong dirinya ke Lewis. Dia dan anak kapal bersatu kembali setelah 560 sol Mark sendirian di Marikh.


Review Filem : The Martian (2015)

Setelah kembali ke Bumi, Watney menjadi survival instructor untuk calon angkasawan. Lima tahun kemudian, ketika Ares V (diterajui oleh Martinez) akan dilancarkan, mereka yang terlibat dalam penyelamatan Watney dilihat dalam kehidupan mereka sekarang.

BERKAITAN : SENARAI 20 DRAMA KOREA ANDA PATUT TONTON

ULASAN FILEM THE MARTIAN (2015)

Filem-filem sains fiksyen sememangnya antara genre yang aku sangat suka. Ada banyak juga koleksi filem sains fiksyen, pengembaraan ke planet dan angkasa  yang aku ada. Antara filem yang aku suka adalah Interstellar (2014).

Baiklah, kembali ke filem The Martian (2015), filem ini agak lewat juga aku tonton. Setelah hampir 3 tahun selepas ditayangkan barulah aku berpeluang untuk menonton. Tarikan untuk menontonnya adalah pada jalan ceritanya. Aku sangat tertarik tentang bagaimana keadaan apabila seorang angkasawan terkandas di planet Marikh.

Review Filem : The Martian (2015)

Jalan cerita filem ini bagi aku adalah suatu yang sangat hebat. Perjalanan ceritanya ditunjukkan dengan begitu rapi. Dari awal sehinggalah tamat, semuanya digarap dengan begitu baik. Bagaimana kerjasama antara dua buah agensi Angkasa, bagaimana operasi menyelamatkan berlaku, semuanya dijelaskan dengan rapi.

CGI filem ini juga kelihatan seperti sebenar, dan aku tak dapat agak mana satu bahagian CGI mana satu yang menggunakan peralatan sebenar. Selain itu, mereka juga berjaya menonjolkan kecantikan dan keunikan planet Marih, walaupun sebenarnya tiada seorang pun pernah menjejakkan kaki ke sana.

Review Filem : The Martian (2015)

Lebih menarik, barisan pelakon dalam filem ini semuanya hebat-hebat belaka. Boleh dikatakan aku familiar dengan lakonan oleh 90% pelakon dalam filem ini. Lakonan mereka dalam filem ini sangat bagus dan yang perlu dipuji adalah sudah tentunya Matt Damon. Sangat hebat lakonan beliau.

Satu lagi perkara yang aku nak ulas adalah tentang fakta-fakta sains. Walaupun filem ini adalah filem sains fiksyen, tetapi fakta dan ketepatan saintifik di dalam ini menepati dan digunakan dengan tepat. Banyak sebenarnya anda boleh belajar tentang planet Marikh, tentang angkasa dan sebagainya dengan hanya menonton filem ini.

AKHIR KATA

Filem The Martian (2015) ini aku boleh katakan sebuah filem yang berjaya. Berjaya dari segi memperlihatkan kepada penonton tentang kisah epik. Berjaya menerima maklum balas positif dari pengkritik dan penonton serta berjaya membawa pulangan kutipan tiket box office berganda-ganda daripada jumlah menghasilkan filem ini.

Adakah aku akan tonton lagi filem ini? Sudah tentu. Bagi aku filem ini berada sama taraf, sama kualitinya dengan filem Interstellar (2014), walaupun aku masih menantikan kalau-kalau ada sequel untuk filem itu. Untuk filem The Martian (2015) ini, aku rasa sequel adalah sesuatu yang tidak perlu.

BINTANG : ⭐⭐⭐⭐⭐/ 10

SEKIAN

SUMBER : WIKIPEDIA / GOOGLE IMAGE

إرسال تعليق

8تعليقات

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


  1. tak pernah tengok lagi moview ni sebab genre tu saya kurang minat hehe, baca review ni boleh paham jalan cerita movie ni

    ردحذف
  2. Saya lebih suk tengok movie yang berkisarkan tentang keluarga/dokumentari dan based on true stories. Apapun, review ni memang bagi dorang yang nak tengok genre ni.

    ردحذف
  3. Kalau kita tak dpt bezakan masa satu CGI dan mana satu real, means graphic cerita ni mmg fantastic la kan ! will put this movie in the list :)

    ردحذف
  4. tak pernah lagi layan movie ni. menarik juga storyline movie ni, weekend ni boleh lah tengok dengan family

    ردحذف
  5. Setakat ni belum tengok plak cite ni.. baca review Aerill nampak menarik, terus rasa macam tengah tonton hahahaha.. okay boleh masuk list nanti..

    ردحذف
  6. i used to love angkasawan theme movie or drama, but but long long time didnt waitch d. Thanks for this, gonna watch it this weekend :D cheers, siennylovesdrawing

    ردحذف
  7. Kak Nina dah tonton movie ni. Yes best! Kita pun dah beberapa kali repeat tonton. Suka cara dia survived dan semangat dia

    ردحذف
  8. I love this kind of movieeee! Somethinf out of the box, kan! 😊

    ردحذف
إرسال تعليق

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Ok, Go it!