Boustead Properties dan The Curve Sebarkan Keceriaan Kepada Golongan Yang Memerlukan

Aerill Hassan
1
Assalamualaikum dan salam sejahtera

Boustead Properties dan The Curve Sebarkan Keceriaan Kepada Golongan Yang Memerlukan
Adnan Mohd Din, Senior Project Manager of Boustead Properties Berhad hands over the mock 'ang pow' to Persatuan Kebajikan Kanak-Kanak Cornerstone, Selangor's caretaker, Angie Ratnam

BOUSTEAD PROPERTIES DAN THE CURVE SEBARKAN KECERIAAN KEPADA GOLONGAN YANG MEMERLUKAN

Prihatin terhadap impak pandemik Covid-19 yang telah menjejaskan golongan yang memerlukan, Boustead Properties Berhad (“Boustead Properties” atau “Syarikat”) dan pusat beli-belah the Curve menghulurkan sumbangan kepada empat buah rumah amal dalam usaha meringankan beban dan menyemarakkan semangat sambutan Tahun Baru Cina.

Boustead Properties yang merupakan pemaju perbandaran Mutiara Hills di Semenyih, telah menyumbang sebanyak RM15,000 kepada tiga buah rumah amal iaitu Persatuan Kebajikan Kanak-Kanak Cornerstone Selangor, Pertubuhan Kebajikan Warga Emas Al-Fattah serta Joy Garden Old Folks Home. Seramai 82 individu warga emas dan kanak-kanak telah menerima sumbangan murni ini.

Sementara itu, wakil dari the Curve telah membuat kunjungan ke Pertubuhan Kebajikan Warga Emas Kenang Budi Kuala Lumpur dan memberi sumbangan barang-barang keperluan asas harian seperti beras, minyak masak, tepung, gula dan lain-lain keperluan asas harian serta  menyediakan pelitup muka dan cecair pembasmi tangan kepada 15 penghuni warga emas.

Penghuni keempat-empat rumah tersebut turut dihadiahkan sampul wang atau ‘ang pow’ daripada Boustead Properties dan the Curve.

Boustead Properties dan The Curve Sebarkan Keceriaan Kepada Golongan Yang Memerlukan
A representative from Joy Garden Old Folks Home receives the mock 'ang pow' from Adnan Mohd Din, Senior Project Manager of Boustead Properties Berhad.  

Sepanjang kunjungan tersebut, Boustead Properties dan the Curve masing-masing patuh terhadap panduan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0 yang telah ditetapkan.

Izaddeen Daud, Pengarah Eksekutif Boustead Holdings Berhad dan Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Boustead Properties berkata “Dalam masa yang sukar ini, kita sebagai rakyat Malaysia haruslah bersama-sama berganding bahu dan tingkatkan keprihatinan antara satu sama lain. Justeru itu, kami berharap sumbangan ini dapat meringankan beban untuk rumah-rumah ini selain menjadikan sambutan Tahun Baru Cina pada tahun ini lebih bermakna buat mereka.”

Pengurus Besar Kanan, Hartanah dan Pelaburan Boustead Properties Berhad, Jazmi Kamarudin berkata “Sempena sambutan yang istimewa ini, penting untuk kita berkongsi kegembiraan bersama insan yang lebih memerlukan kerana setiap pemberian sememangnya dapat membawa perubahan. Kami berharap agar sumbangan kami ini dapat memeriahkan sambutan buat warga penghuni.”

Boustead Properties dan The Curve Sebarkan Keceriaan Kepada Golongan Yang Memerlukan
Pertubuhan Kebajikan Warga Emas Al-Fattah's founder, Mohammad Azlan Abdul Rahman receives the mock 'ang pow' from Adnan Mohd Din, Senior Project Manager of Boustead Properties Berhad.

Lim Yee Siang, wakil Pertubuhan Kebajikan Warga Emas Kenang Budi Kuala Lumpur berkata “Kami menghargai sokongan dan sumbangan dari the Curve untuk berkongsi kegembiraan bersama seluruh warga emas disini pada Tahun Baru Cina ini. Sumbangan mereka sememangnya amat membantu, terutama dalam situasi dan kesukaran yang belum pernah dihadapi seperti ini.”

Boustead Properties dan The Curve Sebarkan Keceriaan Kepada Golongan Yang Memerlukan
Shirley Tan, Manager of Advertising and Promotions of the Curve hands over the 'ang pow' and groceries to Lee Yee Siang, representative of Pertubuhan Kebajikan Warga Emas Kenang Budi Kuala Lumpur.

Boustead Properties dan The Curve Sebarkan Keceriaan Kepada Golongan Yang Memerlukan
Lee Yee Siang, representative from Pertubuhan Kebajikan Warga Emas Kenang Budi Kuala Lumpur receives the groceries donation from Shirley Tan, Manager of Advertising and Promotions of the Curve.

Dalam meraikan sambutan Tahun Baru Cina, the Curve telah mengadakan kempen Raya Cina dibawah pematuhan tegas garis panduan PKP 2.0 demi menaikkan semangat pengunjung setelah sekian lama berada di rumah. Para pengunjung disambut dengan dekorasi yang diinspirasikan dari era 1960-an. Perkhidmatan perlu dan perkhidmatan bukan keperluan utama, perkhidmatan makanan dan minuman serta lain-lain sektor perkhidmatan yang diluluskan kekal dibuka dan beroperasi dibawah garis panduan PKP 2.0

SEKIAN

إرسال تعليق

1تعليقات

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


  1. tak pernah lagi tengok aktiviti CSR The Curve. Bagus lah inisiatif membantu golongan yang kurang berkemampuan. Semoga business The Curve bertambah maju

    ردحذف
إرسال تعليق

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Ok, Go it!