Assalamualaikum dan salam sejahtera
Okay, kisahnya begini, apabila diumumkan sahaja bahawa rentas daerah sudah dibolehkan, aku yang ketika itu berada di Kedah mengajak keluarga untuk makan sate di Semeling, Bedong. Bedong merupakan salah satu bandar yang terletak di daerah Kuala Muda, 12 kilometer utara dari bandar Sungai Petani. Aku pula bersama keluarga menetap di daerah Kulim.
Alhamdulillah, apabila sudah dibenarkan merentas daerah, kami sekeluarga pun merancanglah untuk makan sate. Ada banyak sebenarnya gerai dan restoran sate di Semeling/ Bedong ini. Pada mulanya nak makan sate di tengah pekan Semeling, sebab memang selalu pergi situ, tapi sebab restorannya hanya ada sate sahaja, manakala mak & ayah aku nak makan nasi dan menu lain, jadi kami pun mencari restoran lain.
Sebenarnya dari awal lagi dah nampak restoran At Satay Semeling ni, tapi selalu macam ramai sangat, itu yang malas nak singgah. Kebetulan masa kami pergi memang tak ramai lagi. Jadi, kami terus sahaja pergi makan sate dan makanan lain di restoran At Satay Semeling ini.
Kalau nak tahu macam mana rupa depan restoran ini boleh lihat gambar paling atas sekali. Maaf ya, itu bukanlah gambar yang aku ambil sendiri tetapi aku pinjam dari sedapnya-makan.blogspot.com . Lupa pula sebenarnya nak snap gambar hadapan restoran ini.
Sate sememangnya makanan kegemaran aku, terutamanya apabila di Kedah, memang sate antara makanan yang aku akan makan. Kalau di KL atau Selangor, agak jarang sebenarnya aku makan sate pertama sebab harganya yang 2 atau 3 kali lebih mahal daripada harga di Kedah dan kedua rasanya yang kurang sedap berbanding di Kedah.
Di rumah aku di Kulim pun ada sahaja yang menjual sate tetapi bagi aku ia kurang sedap dan contohnya sate ayam banyak yang diletakkan kulit berbanding isi. Bila datang ke At Satay Semeling ini, memang akan berpuas hati!
Macam mana? Melihat gambar ini pun dah buatkan aku terliur. Sate ayam dan sate dagingnya bagi aku adalah yang terbaik. Ditambah lagi dengan kuah kacang yang sedap, memang tiada kata yang mampu diungkapkan. Bayangkan ya, sate daging itu pada awalnya hanya 20 cucuk sahaja dipesan, kemudian, ditambah lagi 20 cucuk, menjadikan kesemuanya 80 cucuk sate, 40 sate ayam + 40 sate daging, dimakan bersama keluarga aku iaitu seramai 5 orang sahaja.
Jangan risau, bukan hanya sate sahaja yang dijual di sini. Ada banyak juga menu lain yang ada disini seperti aneka nasi goreng, cucur udang, aneka mee, nasi lemak, dan macam-macam lagi. Kalau datang ramai-ramai tapi ada yang macam tak nak makan sate tu bolehlah cuba makanan lain juga.
Suasana makan di sini juga selesa, ada banyak tempat duduk dan tempat makan yang disediakan. Sekarang pula kalau nak masuk memang perlu scan MySejahtera dan suhu. Tempat meletak kereta yang luas juga disediakan, tak payah risau dah tentang parking. Surau dan tandas juga disediakan. Memang memberi kemudahan kepada pelanggan.
HARGA MAKANAN & MINUMAN
Untuk kali pertama aku datang bersama ayah, mak dan dua orang adik aku sahaja. Kemudian, pada hari yang lain pula aku datang lagi bersama keluarga dan juga ditambah dua orang lagi iaitu kakak aku dan anaknya. Abang ipar aku tak dapat nak turut serta sebab dia ada urusan lain.
Macam biasa, apa yang dipesan adalah sate ayam dan daging serta menu lain untuk dimakan bersama keluarga. Kemudian selesai makan, kami pun bersiar-siar di Tanjung Dawai yang terletak kira-kira 10 minit sahaja.
Menikmati angin laut dan juga keindahan matahari terbenam. Ini juga adalah pertama kali Baby Daniel datang ke pantai dan melihat laut. Memang dialah yang paling teruja. Selain iut, kami sekeluarga pun sudah lama tak bersiar-siar di tepi pantai. Yalah, Kulim mana ada pantai.
Jadi sekian sahaja coretan kali ini. Ini bukanlah review berbayar ya, tetapi memang makan sate di At Satay Semeling merupakan antara yang perlu anda cuba apabila datang ke daerah Kuala Muda, Kedah ini. Harga yang murah, restoran yang selesa, apa lagi yang anda mahukan? Jumpa lagi dalam artikel lain.
LOKASI AT SATAY SEMELING
SEKIAN
Kredit : Sedapnya-Makan
Boleh try ni... betul tu, kat Kulim tak ada sate sedap.. hehehe
ردحذفhehe kan! dkt Kulim satenya biasa2 ja :)
حذفBetul lah, tengok gambar sate tu terus terliur. Nampak sedap!
ردحذفmemang sedap! kalau datang ke kedah, kena cuba ya :)
حذفSate ni sis makan juga tapi kalau balik kampung suami kat kedah ni sis pi cari ais kacang dinalang (Ais Kacang Salji) bihun sup dan laksa utara....
ردحذفitu pun antara makanan yg saya suka jugak :)
حذفFuh layan makan sate lebih-lebih lagi tengok versi sate kat semeling ni. Walaupun nampak macam biasa, tapi maybe kena try baru tau
ردحذفbetul tu, belum cuba belum tahu! :)
حذفBestnya boleh jumpa family. Selalu juga saya balik utara, nanti boleh add Satay Semeling, Bedong ni dalam list.
ردحذفAlhamdulillah, sempat lah rentas negeri sebelum PKP bermula hari tu hehe :)
حذفBaca post you nie buat I rindu pula nak makan satay. Padahal baru jer makan satay last week. Hehehehehehehe.........
ردحذفhehe sorry, nampak gaya u kena pgi makan lagi lah haha :)
حذفsedapnya sate, tergoda betul rasanya ni
ردحذفitulah, saya pun dah rindu nak makan sate lagi :)
حذفNampak sedap betul ye juadah di situ. Nanti kalau ada rezki ke Kedah, boleh la try makan kat situ. Thanks for recommending.
ردحذفMemang recommended! Nanti Rawlins datang kedah boleh lah jalan2 jugak :)
حذفBest kan bila dah boleh merentas daerah..boleh pergi tempat yang kita suka..sedapnya tengok sate tu..nanti nak cari sate la..kita pun dah lama tak makan
ردحذفNampak sedap Satay tu, dagingnya nampak juicy.. cuma Sis nampak takde bagi bawang ek? Sis kalau makan satay takde bawang, rasa tak lengkap gitu hehehehe
ردحذفPernah makan.. Memang sedap n fames dekat belah2 sungai petani nu... Nnt len kali nk repeat lagi
ردحذفYa ampun tgk sate pun tahu sedap. Nampak padat betul isinya
ردحذفRindu betul nak ke pantai. Sesejak pandemik ni lom berapa nak berani tp memang pasang impian nak bawak anak² bercuti
ردحذفwah memang nampak sedap dan agak besar juga satay yer. thanks sharing, nnt next time boleh JJCM makan kat sini
ردحذف