Assalamualaikum dan salam sejahtera
Cara Bayar Pinjaman PTPTN di Aplikasi Shopee | Laman membeli belah dalam talian paling popular di Malaysia, Shopee pastinya dikunjungi kalau bukan ratus ribu, jutaan rakyat Malaysia dalam jangka masa sehari. Ia tidak lain tidak bukan kerana betapa banyaknya barangan yang dijual serta pelbagai promosi yang ada di situ.
Tapi tahukah anda, aplikasi Shopee juga boleh digunakan untuk pelbagai perkara termasuklah membayar bil dan juga membayar Pinjaman PTPTN anda? Ya, inilah fungsi terbaru yang terdapat di aplikasi Shopee yang anda boleh cuba. Kini tiada alasan lagi untuk anda tidak membayar pinjaman PTPTN anda.
Berikut akan dikongsikan cara-cara dari awal sehinggalah selesai pembayaran PTPTN anda melalui Shopee. Jangan risau kerana caranya cukup mudah dan anda dapat lihat melalui setiap gambar yang disertakan bersama dengan panduan. Selamat mencuba dan membayar PTPTN anda.
CARA BAYAR PINJAMAN PTPTN DI APLIKASI SHOPEE
#1 Buka aplikasi Shopee, pilih bahagian Deals, Top-Ups & Bills > PTPTN (under Bills Category)
#2 Terdapat tiga pilihan untuk anda :
✅Pinjaman Pendidikan : Bayaran Balik Pinjaman
✅Simpanan Pendidikan : SSPN-i, SSPN-i-Plus
#3 Masukkan nombor kad pengenalan anda > tekan "Check Account" untuk lihat akaun anda.
PERHATIAN
❗Jumlah minimum adalah RM10 dan jumlah maximum adalah RM999.
❗Bayaran perkhidmatan bernilai RM1.00 akan dikenakan oleh penyedia perkhidmatan dan akan ditambah dalam jumlah pembayaran anda.
#5 Di halaman Checkout, anda boleh membuat pembayaran melalui ShopeePay atau cara pembayaran lain.
Cara pembayaran yang tersedia :-
✅ShopeePay
✅Debit / Credit Card
Untuk SSPN-I hanya Debit Card
✅Online Banking
✅Cash Payment di 7-Eleven
#6 Untuk pembayaran yang telah berjaya, PTPTN akan memproses bil anda dalam masa 3 hari bekerja. Tekan "View Order Details" untuk lihat butiran bil anda.
#7 Tekan "Order Received" dan scroll ke bawah > Tekan "Download My Receipt" untuk melihat resit di dalam aplikasi Shopee.
#8 Anda boleh membayar bil PTPTN / SSPN melalui Shopee seberapa banyak kali yang anda mahukan. Dibahagian My Orders > Completed, pilih "Pay Another Bill" untuk membuat pembayaran PTPTN / SSPN yang lain.
SEKIAN
Sumber : Shopee
The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.