Assalamualaikum dan salam sejahtera
Bumi Sebenarnya Bukan Sfera? | Ketahui 10 Fakta Menarik Tentang Bumi | Astronomi atau ilmu falak merupakan satu cabang sains mengkaji dan mencerap objek-objek di angkasa seperti matahari, bulan, bintang, planet, komet, galaksi, habuk-habuk angkasa lepas, gas, asteroid, objek-objek yang bukan berasal dari bumi dan juga fenomena-fenomena yang berlaku di angkasa lepas.
Aku sebenarnya dari dulu lagi meminati ilmu falak atau astronomi ini. Kalau dilihat sewaktu zaman persekolahan dahulu, tajuk berkenaan astronomi ini hanya sedikit sahaja disentuh. Selepas itu, tiada lagi dan aku pun mula belajar tentang perkara lain. Walaupun begitu, minat terhadap bidang astronomi ini masih wujud. Banyak video berkenaan angkasa dan juga astronomi aku tonton di Youtube seperti Astrum, Vsauce, Veritasium dan pelbagai lagi.
Disebabkan itu, aku bercadang untuk berkongsi artikel tentang bidang astronomi ini. Untuk permulaan, aku akan kongsikan tentang Bumi. Bumi merupakan planet ke-3 dari Matahari dan merupakan rumah atau tempat tinggal bagi jutaan spesies termasuklah manusia. Mengikut kajian, Bumi terbentuk kira-kira 4.54 bilion tahun yang lalu dan jarak antara Bumi dan Matahari secara purata adalah 149.6 juta kilometer. Baiklah tanpa melengahkan masa, mari kita lihat 10 Fakta Menarik Tentang Bumi.
#1 Bumi Satu-Satunya Planet yang Diketahui Mempunyai Kehidupan
Sebenarnya kita telah menemui bukti tentang kewujudan air dan molekul organik di planet Marikh dan juga bahan untuk asas kepada kehidupan (amino acids & nucleotide bases) di bulan planet Zuhal (Saturn), Titan. Selain itu, saintis juga turut memperkatakan tentang potensi kewujudan hidupan dibawah kerak berais di bulan planet Musytari (Jupiter), Europa dan bulan planet Zuhal (Saturn), Titan. Tetapi sehingga kini Bumi sahajalah planet yang mempunyai hidupan.
Sekiranya wujud hidupan pada planet lain, sainstis sekarang menjalankan eksperimen untuk menemuinya. Sebagai contoh, NASA telah melancarkan satu program Nexus for Exoplanet System Science (NExSS) yang akan menggunakan data yang dihantar oleh telescope Kepler untuk tanda-tanda hidupan pada planet-planet lain.
Teleskop radio bersaiz besar pada waktu ini mampu mengesan bintang yang jauh, mendengar isyarat mungkin dari hidupan pintar daripada ruangan angkasa yang luas. Teleskop terbaru seperti James Webb Telescope milik NASA, Transiting Exoplanet Survey Satellite (TESS) dan misi Darwin daripada European Space Agency (ESA) mungkin juga berpeluang untuk menemui kewujudan hidupan pada dunia lain. Tapi sehingga kini, Bumi masih menjadi satu-satunya lokasi yang diketahu mempunyai hidupan.
#2 Medan Magnet Bumi Tercipta Disebabkan Teras Bumi Yang Dipenuhi dengan Besi Cair
Kredit : Research Outreach |
Bumi sebenarnya adalah seperti sebuah magnet yang besar dan bersaiz mega, dengan kutub dibahagian atas dan bawah berdekatan dengan kutub geografik. (Kutub Magnet dan Kutub Geografik adalah tidak sama.) Medan magnet yang dihasilkan bumi menjangkau sehingga beberapa ribu kilometer keluar daripada permukaan bumi dan menghasilkan ruang yang dikenali sebagai magnetosphere. Saintis berpendapat medan magnet ini terhasil oleh teras luar Bumi dimana haba menghasilkan gerakan perolakan (convection motions) bahan pengalir (conducting materials) dan menghasilkan arus elektrik.
Magnetosphere ini sebenarnya ada fungsinya! Tanpanya, zarah daripada angin suria Matahari (solar wind) akan menghentam Bumi secara terus dan sekaligus mendedahkan permukaan bumi pada jumlah radiasi. Magnetosphere inilah berfungsi untuk mengalirkan zarah-zarah angin suria ini kebahagian lain dan melindungi Bumi daripada masalah yang tidak diingini. Saintis berpendapat tentang planet Marikh yang mempunyai atmosfera yang nipis disebabkan mempunyai magnetosfera yang lemah berbanding Bumi yang menyebabkan atmosfera planet itu dimusnahkan secara perlahan-lahan oleh angin suria.
#3 70% Permukaan Bumi adalah Air
Kredit : The Atlantic |
Ketika angkawasan pertama kali ke ruang angkasa, mereka melihat ke arah Bumi dengan mata kasar untuk pertama kali. Berdasarkan penglihatan mereka, Bumi terus diberi gelaran "Blue Planet" (Planet Biru) dan ianya bukanlah satu perkara yang mengejutkan kerana 70% daripada permukaan bumi adalah lautan manakala selebihnya adalah daratan yang berada di atas permukaan laut.
#4 Majoriti Komposisi Bumi adalah Besi, Oksigen dan Silikon
Kredit : 9News |
Sekiranya anda boleh memisahkan Bumi kepada bahagian jenis bahan-bahan, anda akan mendapat 32.1 % Besi, 30.1% Oksigen, 15.1% Silicon dan 13.9% Magnesium. Ya, majoriti besi ini adalah sebenarnya terletak pada teras Bumi. Sekiranya anda boleh ke teras Bumi dan membuat kaji selidik pada teras tersebut, 88% daripadanya adalah Besi manakala jika anda kaji selidik pada kerak Bumi pula, anda dapat lihat 47% daripadanya adalah oksigen.
#5 Plat Tektonik Jadikan Planet Selesa Didiami
Kredit : Cosmosmagazine |
Bumi merupakan satu-satunya planet di dalam Sistem Suria yang mempunyai plat tektonik. Secara asasnya, bahagian luar kerak bumi dapat dibahagikan kepada beberapa bahagian yang dikenali sebagai plat tektonik. Plat tektonik ini yang berada di atas magma dibahagian dalam Bumi bergerak ke arah masing-masing. Apabila dua plat bertembung, satu plat akan ke arah bawah dan dibahagian yang terpisah akan menghasilkan kerak Bumi yang baru.
Proses pergerakan plat tektonik ini sangat penting untuk beberapa perkara. Bukan sahaja ia menyebabkan beberapa aktiviti geologi seperti gempa bumi, letusan gunung berapi, kejadian gunung dan lurah di dalah lautan, tetapi ia juga penting untuk kitaran karbon. Apabila tumbuhan mikroskopik di lautan mati, ia jatuh ke bahagian lantai laut. Dalam jangka masa yang panjang, sisa-sisa hidupan yang kaya dengan karbon ini dibawa ke bahagian dalam Bumi dan dikitar semula. Ini menyebabkan karbon dikeluarkan dari atmosfera dan memastikan kita tidak mengalami kesan rumah hijau seperti yang berlaku di planet Zuhrah (Venus). Tanpa plat tektonik ini, tidak akan ada cara untuk mengitar semula karbon dan Bumi akan menjadi sangat panas dan tidak boleh didiami.
#6 Bumi Berbentuk Hampir Sfera
Kredit : Flat Earth.ws |
Ramai orang yang menganggap bahawa planet Bumi adalah berbentuk sfera. Bahkan, dari abad ke 6 sebelum Masihi dan shingga era moden ini, anggapan ini disetujui semua pihak. Tetapi terima kasih kepada astronomi moden dan juga pengembaraan angkasa (space travel), saintis mula memahami bahawa Bumi sebenarnya berbentuk sfera rata (spheroid oblate).
Bentuk ini adalah hampir sama dengan sfera tetapi di bahagian kutur agak rata dan dibahagian tengahnya (equator) membonjol. Untuk Bumi, bonjolan dibahagian khatulistiwa adalah disebabkan oleh pusingan planet. Ia bermaksud pengukuran dari kutub utara ke kutub selatan adalah 43 Kilometer lebih kurang berbanding diameter Bumi sepanjang khatulistiwa. Sebagai contohnya, walaupun Gunung Everest merupakan gunung tertinggi di Bumi, tetapi Gunung Cimborazo di Ecuador merupakan titik terjauh daripada pusat Bumi.
#7 Atmosfera Bumi adalah menjangkau sehingga 10,000 KM
Atmosfera bumi paling tebal adalah dalam jarak 50 kilometer dari permukaan tetapi sebenarnya atmosfera bumi mencapai sehingga sekitar 10,000 kilometer ke angkasa. Ianya terdiri daripada lima lapisan utama - Troposfera, Stratosfera, Mesosfera, Termosfera dan Eksosfera. Menurut sains, tekanan dan ketumpatan udara menurun apabila semakin tinggi ke atmosfera dan jauh daripada permukaan Bumi.
Sebahagian besar atmosfera Bumi terletak berdekatan dengan Bumi itu sendiri. Malah, 75% atmosfera Bumi terletak didalam ruangan 11 kilometer daripada permukaan planet. Walaubagaimanapun, di bahagian lapisan paling luar, Exosfera adalah yang terbesar, terletak di bahagian atasa termosfera pada ketinggian kira-kira 700 kilometer di atas permukaan laut sehingga sekitar 10,000 kilometer. Lapisan Exosfera bergabung dengan ruangan angkasa luar di mana tiada sebarang atmosfera.
Eksosfera majoritinya terdiri daripada bahan berketumpatan rendah seperti hidrogen, helium dan beberapa molekul seperti nitrogen, oksigen dan karbon dioksida. Atom dan molekul adalah berjauhan antara satu sama lain dan ia tidak lagi berkelakuan seperti gas dan zarah-zarah tersebut boleh terus lepas ke kawasan angkasa.
#8 Bumi mempunyai 1 Bulan dan 2 Satelit Co-Orbital
Orbit Crutithne dan Bumi mengelilingi Matahari dari September 2007 sehingga Oktober 2008 [ Kredit : Wikipedia ] |
Seperti mana yang diketahui , Bumi hanya mempunyai satu bulan. Banyak kajian dan misi telah dilakukan tentang Bulan dan banyak artikel telah ditulis tentangnya. Tapi tahukah anda terdapat dua asteroid tambahan yang terkunci pada co-orbital orbit Bumi? Dua asteroid ini dikenali dengan nama 3753 Cruithne dan 2002 AA29 yang merupakan sebahagian daripada gugusan asteroid yang dikenali sebagai Near-Earth Objects (NEOs).
Asteroid yang dikenali sebagai 3753 Cruithne ini adalan sebesar 5 kilometer ukurannya dan kadangkala dikenali sebagai "Bulan Kedua Bumi". Ia sebenarnya tidak mengorbit Bumi tetapi mempunyai orbit yang sama seperti Bumi. Ia juga mempunyai orbit yang kelihatan seperti mengikut orbit Bumi tetapi sebenarnya ia mengikut orbitnya sendiri mengelilingi Matahari.
Manakala 2002 AA29 hanya sebesar 60 meter sahaja dan orbitnya adalah "horshoe orbit" di sekitar Bumi dan bergerak rapat ke arah planet setiap 95 tahun. Di dalam jangka masa 600 tahun, ia akan kelihatan mengelilingi Bumi dalam orbit "quassi-satellite". Sainstis berpendapat bahawa ia mungkin lokai yang sesuai untuk misi pengembaraan angkasa.
#9 Bumi Tidak Berputar Selama 24 Jam Pada Paksi
Kredit : Sureshemre |
Ia sebenarnya mengambil masa 23 jam, 56 minit dan 4 saat untuk Bumi melengkapkan putaran pada paksinya, yang mana ahli astronomi menggelarnya sebagai Sidereal Day. Tetapi adakah bermaksud setiap hari kita sebenarnya 4 minit kurang? Anda mungkin berfikir bahawa masa yang kurang ini akan ditambah, hari demi hari dan pada beberapa bulan, siang sepatutnya menjadi malam dan malam sepatutnya menjadi siang.
Tetapi anda perlu ingat bahawa Bumi mengelilingi Matahari. Setiap hari, Matahari bergerak berbanding bintang sekitar 1°- iaitu sekitar saiz Bulan di langit. Oleh itu, sekiranya anda menambah gerakan Matahari yang kita lihat keraba Bumi mengelilinginya, juga putaran Bumi pada paksi, kita akan mendapat 24 jam.
Ini dikenali sebagai Solar Day, yang mana berbeza dengan Sidereal Day, jumlah yang diambil untuk Matahari kembali ke lokasi yang sama di langit. Perbezaan antara keduanya adalah berapa lamakah diambil untuk bintang muncul di lokasi yang sama di langit dan juga berapa lama masa diambil untuk Matahari terbit dan terbenam sekali.
#10 Setahun di Bumi bukanlah 365 Hari
Ia sebenarnya adalah 365.2564 hari. Lebihan 0.2564 hari inilah yang menyebabkan terjadinya Tahun Lompat bagi setiap 4 tahun. Disebabkan itulah setiap 4 tahun, setiap bulan Februari mempunyai satu hari lebih. Pengecualian untuk peratuan Tahun Lompat ini adalah sekiranya tahun tersebut dapat dibahagian dengan 100 (1900,2100, dll), melainkan ia dapat dibahagikan dengan 400 (1600,2000, etc). Sebagai contoh tahun 2000 adalah Tahun Lompat tetapi tahun 1900 adalah bukan.
KREDIT : Universe Today
Bagaimana? Menarik tak fakta yang dikongsikan ini? Bumi sememangnya merupakan satu lokasi yang cukup sesuai dan mempunyai pelbagai perkara yang masih belum kita ketahui lagi. Saintis sentiasa membuat kajian dan menemui pelbagai perakra baru tentang Bumi setiap masa. Kita sebagai penghuninya pula perlulah menjaga Bumi agar dapat dihuni untuk beberapa generasi akan datang.
[* Ada istilah-istilah yang mungkin ditafsir secara terus daripada English ]
SEKIAN
The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.