Assalamualaikum dan salam sejahtera
Review Filem The Grand Budapest Hotel (2014) | Baru-baru ini aku berpeluang menonton filem The Grand Budapest Hotel (2014) di Disney Plus Hotstar dan selepas sahaja habis menonton filem ini, aku terus membuka komputer riba dan menulis ulasan ini. Nak tahu mengapa aku tulis ulasan sejurus selepas menonton filem ini, anda boleh baca sehingga habis ya. Terima kasih.
Filem The Grand Budapest Hotel (2014) ini merupakan sebuah filem komedi drama ditulis dan diarahkan oleh Wes Anderson. American Empirical Pictures menerbitkan filem ini disamping syarikat lain seperti Studio Babelsberg, Fox Searchlight Pictures dan Indian Paintbrush.
Filem ini ditayangkan di 64th Berlin International Film Festival pada 14 January 2014 manakala tayangan di seluruh dunia adalah pada 26 Februari 2014. Filem ini menerima kritikan dan komen yang positif tentang penghasilannya, lakonan, dan juga komedi. Manakaln kutipan hasil jualan tiket pula adalah USD $172.9 juta di seluruh dunia. Filem ini menerima 9 pencalonan dalam 87th Academy Awards dan memenangi 4 daripadanya.
THE GRAND BUDAPEST HOTEL (2014)
Penerbit : Wes Anderson, Scott Rudin, Steven Rales, Jeremy Dawson
Lakon layar : Wes Anderson
Cerita : Wes Anderson, Hugo Guinness
Muzik : Alexandre Desplat
Cinematografi : Robert Yeoman
Tarikh Tayangan : 26 Februari 2014
Durasi : 100 minit
Bajet Filem : USD$ 25 Juta
Kutipan Box Office : USD$ 172.9 Juta
BACA JUGA : REVIEW SIRI THE QUEEN'S GAMBIT (2020)
BARISAN PELAKON
- Ralph Fiennes sebagai Monsiuer Gustave H
- Tony Revolori sebagai Zero Moustafa
- F. Murray Abraham sebagai Zero Mustafa ketika tua
- Adrien Brody sebagai Dmitri
- Willem Dafoe sebagai J. G Jopling
- Saoirse Ronan sebagai Agatha
- Tilda Swinton sebagai Madame D
- Edward Norton sebagai Albert Henckels
- Mathieu Amalric sebagai Serge X
- Jeff Goldblum sebagai Deputy Vilmos Kovacs
- Harvey Keitel sebagai Ludwig
- Tom Wilkinson sebagai Penulis
- Jude Law sebagai Penulis ketika muda
- Bill Murray sebagai M. Ivan
- Jason Schwartzman sebagai M. Jean
- Léa Seydoux sebagai Clotilde
- Owen Wilson sebagai M. Chuck
*Disebabkan ini adalah filem 2014, jadi aku tak rasa sinopsis penuh adalah spoiler lagi. ✌
Di sebuah perkuburan di negara Zubrowka, seorang gadis muda mengunjungi tugu seorang penulis terkenal, yang hanya dikenali sebagai "Pengarang", membaca bukunya yang paling disukai: The Grand Budapest Hotel. Ditulis pada tahun 1985, ia mengisahkan penginapannya pada tahun 1968 di hotel yang pernah agung itu. Di sana, dia bertemu dengan pemilik hotel tersebut, Zero Moustafa, yang pada waktu makan malam menceritakan kisahnya kepada kekayaan.
Pada tahun 1932, Zero adalah budak lelaki lobi yang baru di Grand Budapest Hotel yang berprestij. Monsieur Gustave H., seorang penjaga yang rajin di hotel, menggoda pelanggan tua dan kaya — di antaranya adalah janda berusia 84 tahun, Madame D., yang mana dia menjalin hubungan hampir dua dekad.
Madame D. secara misteri meninggal dunia sejurus selepas lawatan terakhir di hotel. Gustave dan Zero mengunjungi Schloss Lutz, tempat tinggalnya, untuk memberi penghormatan dan menemui saudara-saudaranya yang masih hidup mendengar pembacaan wasiatnya oleh wakilnya, Wakil Vilmos Kovacs. Kovacs mengumumkan "codicil" baru-baru ini yang mewariskan 'Boy with Apple', lukisan Renaissance yang tidak ternilai harganya, kepada Gustave. Anak lelaki Madame, Dmitri, sangat marah dan menuntut penangkapan Gustave. Gustave dan Zero pergi, meninggalkan lukisan itu untuk disimpan.
Gustave kemudiannya ditangkap kerana disyaki atas pembunuhan. Dia bersahabat dengan geng selama dipenjarakan, dan lelaki-lelaki itu merancang melarikan diri dari penjara. Gustave mempunyai alat penggali tempat Zero di dalam pastri yang dibuat oleh Agatha, seorang tukang roti di Mendl's dan juga teman wanita Zero. Gustave dan yang lain menggali jalan keluar dan bersurai. Ketika Zero dan Gustave disatukan kembali, mereka berupaya membuktikan Gustave tidak bersalah dengan bantuan persaudaraan penjaga-penjaga hotel : Society of the Crossed Keys. Mereka mengetahui bahawa Madame D. mempunyai kehendak kedua yang hilang yang hanya akan berlaku sekiranya dia dibunuh. Yang paling dekat dengan lokasi mereka adalah orang suruhan Dmitri, J. G. Jopling, yang membunuh Kovacs dan pelayan Madame, Serge X dalam usahanya untuk membunuh Gustave. Gustave dan Zero dari Jopling saling kejar mengejar tak ubah menjadi pengejaran kucing dan tikus yang panjang. Zero kemudian menolak Jopling dari tebing untuk menyelamatkan Gustave, dan kedua lelaki itu terus melarikan diri dari mengerumuni pasukan askar Zubrowkan.
Gustave, Zero, dan Agatha tiba di Grand Budapest dan melihat hotel tersebut menjadi markas tentera. Agatha menyelinap untuk mengambil 'Boy with Apple' untuk dijual, tetapi lukisan itu dilihat oleh Dimitri. Gustave dan Zero bergegas menyelamatkan Agatha dari bahaya ketika dia melarikan diri dari Dmitri. Dia melepaskan tembakan ke arah mereka, memulai tembakan sengit dengan pasukan Zubrowkan. Percubaan Agatha untuk melarikan diri meninggalkannya dan Zero tergantung dari balkoni sebelum jatuh ke dalam van pastri dengan selamat.
Wasiat kedua Madame, menjadikan Gustave sebagai penerima kekayaannya, didapati berada di bahagian belakang 'Boy with Apple'; dia menggantikannya sebagai pemilik Grand Budapest Hotel, dan menjadi salah satu Zubrowkans terkaya. Dia melakukan perjalanan dengan kereta api dengan Zero dan Agatha yang baru menikah untuk meraikannya, sebelum menemui tentera yang memusnahkan dokumen pelarian Zero. Gustave cuba menangkis tentera tetapi ditembak mati. Zero, pewaris tunggal Gustave, mewarisi kekayaannya; dia mempertahankan Grand Budapest yang kini sudah tidak popular dalam mengenang Agatha, yang meninggal dunia akibat selesema bersama anak mereka yang masih bayi.
BACA JUGA : REVIEW FILEM : THE WITCHES (2020)
ULASAN FILEM THE GRAND BUDAPEST HOTEL (2014)
Hampir 7 tahun filem ini telah ditayangkan dan aku baru sahaja menonton filem ini beberapa hari lepas. Selepas menonton, perkara pertama yang aku fikir adalah mengapa 7 tahun lepas aku tak tonton filem ini? Mengapa? Mengapa?
Barisan pelakon yang membintangi filem ini adalah hebat-hebat belaka! Siapa sangka teraju utama filem ini adalah Ralph Fiennes iaitu pemegang watak Lord Voldermort dalam siri franchise Harry Potter. Pelakon lain juga anda boleh lihat mempunyai impak mereka tersendiri seperti Jeff Goldblum, Adrien Brody, Edward Norton dan Tilda Swinton. Bila aku lihat senarai pelakon, aku kagum kerana majoritinya mempunyai bakat besar dan antara mereka yang terkenal dengan mutu lakonan mereka.
Wes Anderson. Ini filem pertama arahan beliau yang aku tonton. Memang sangat unik. SIMETRI. Anda boleh lihat banyak babak yang dirakam secara simetri dan perkara ini anda boleh lihat dalam banyak video yang dihasilkan di Youtube tentang salah satu trademark Wes Anderson. Kualiti setiap babak kita dapat lihat dengan terperinci, Wes Anderson sememangnya seorang yang mementingkan setiap perincian dalam babak, daripada perkara besar sehinggalah sekecil-kecilnya.
Konsep penceritaan filem ini juga bagi aku sangat menarik. Kita dapat lihat bagaimana suasana hotel itu sendiri mengikut era masing-masing. Juga aku suka penceritaan dalam penceritaan. Bagaimana asalnya semua dalam filem ini adalah bacaan seorang wanita, dan dalam pembacaannya ada penceritaan dan dalam penceritaanya ada kisah yang sungguh kelakar dan juga penuh aksi.
Filem ini menjadikan aku mula obses dengan hasil karya Wes Anderson. Aku cukup suka dengan konsep yang dibawakan dan trademarknya. Filem ini bagi aku merupakan filem yang cukup sempurna. Lakonan yang hebat dans atu lagi yang menarik adalah penggunaan miniature didalam filem ini. Ya, model hotel dan juga babak kejar-mengejar di salji adalah menggunakan model miniature! Memang gempak!
Secara keseluruhannya, aku sangat mengesyorkan untuk anda semua, yang mana belum pernah tonton filem ini, untuk luangkan sedikit masa untuk menonton filem ini. Salah satu karya filem terbaik untuk tahun 2014 dan bagi aku sepanjang zaman. Ya, aku akan tonton filem ini lagi bersama keluarga pula!
BINTANG : ⭐⭐⭐⭐⭐/5
Sumber : Wikipedia / Google Image
Oh dalam movie ada Willem Dafoe yang berlakon jadi orang jahat warna hijau dalam Spiderman. Ayah kepada Harry Osborn. Genre macam ni sis tak minat sangat tapi komen +ve juga. Nak soh hubby sis la tengok movie ni.
ردحذفMemang best movie ini. Rawlins ingat sebab Rawlins tengok masa preview kat cinema. Kagum giler dengan set dan kustom dia. Penceritaan dia memang sangat engaging. Lurve!
ردحذفMovie ni di antara movie yang fav akak tengok. Jalan cerita menarik pastu banyak betul costume dan wardrobe mereka. Mereka main warna ceria kat set pengambaran tu pun menarik kan. Akak takda lg Disney Plus Hotstar. Nanti nak langganlah. Hehe
ردحذفdah pernah tengok movie ni. best jugak. santai dengan family layan gak movie ni
ردحذفOk memandangkan sis dah ada Disney plus hotstar,Boleh lah sis layan movie ni. Nampak best je cerita dia. Set dan costume yang diguna pun nampak lawa2 semuanya.
ردحذفI have not watch The Grand Budapest Hotel yet but now its in my to watch list, thanks for the review.
ردحذفwoow....so high your review rating for this movie, making me so wanted to watch it too after reading here. Gonna be my weekend watch. cheers, siennylovesdrawing
ردحذفMovie ni memang famous kan? Saya belum tgk lagi, maybe sbb kurang gemar genre komedi kot. Tp disebabkan review org yg rata2 kata movie ni best, saya kena tgk la nanti.
ردحذفMovie ni memang best, saya sendiri tengok 2 kali, sebab memula tengok sorang kali kedua tengok dengan husband.
ردحذفyes filem ni memang best! tapi 2014 ke? hahaha sebab kalau tak silap khai , dulu kiteorang ada buat premier filem ini dalam 3-4 tahun lepas. full of colour, jalan cerita santai memang best!
ردحذفCantik costume dia.. nanti nak cari dan tonton.. baca jakan cerita agak menarik
ردحذفRasanya macam pernah dah tengok, ingat-ingat lupa je sebab lama dah kannn.. biasa cite gini anak lee yang melayan, Emaknya tumpang sekaki..
ردحذفTak pernah lagi tengok cerita ni. tapi nampak menrik. done masukkan dalam list :) thanks for sharing this
ردحذف