Kisah Seram : Misteri Jelmaan Wanita Baru Meninggal Dunia

Aerill Hassan
1
Assalamualaikum dan salam sejahtera


Apa khabar pembaca dan peminat kisah seram semua? Semoga sentiasa dalam keadaan sihat sejahtera. Kembali lagi dalam rancangan "Kisah Seram Apa Minggu Ini". Kali ini adalah sebuah cerita seram perkongsian Mohd Wardi di laman Facebook. Selamat Membaca.

KISAH SERAM : MISTERI JELMAAN WANITA BARU MENINGGAL DUNIA


Assalamualaikum, sekali lagi aku ingin berkongsi cerita tentang pengalaman seram yang aku pernah alami. Kejadian ini berlaku pada tahun 2013, ketika itu aku balik dari melihat konsert di kampung sebelah dengan menggunakan motosikal. Masa tu dah tengah malam, aku pergi seorang diri dan balik seorang. Kawan-kawan aku yang lain tidak ikut kerana keletihan mengikut ambik upah kontrak buat rumah. Hanya aku sorang yang gian nak tengok konsert pada masa tu. Nak di pendekkan cerita, setibanya aku di persimpangan selekoh terakhir hampir ke kampung, aku terjumpa seorang orang tua yang sudah pasti aku kenali di tepi jalan, di kawasan kebun-kebun orang.
      
Aku sambil lalu dengan bawak motor perlahan menegur mahkluk itu yang aku sangkakan manusia,"Makcik, tak balik lagi kah? Malam dah ni."ujar aku kepada dia. Tapi jawapannya hanya diam sahaja dan aku terus berlalu pergi. Aku pun rasa seram sejuk juga sebab buat apa orang tua tu dekat situ kan tak balik-balik rumah, Hari pun malam dekat pukul 1 pagi dah. Dengan pakai topi jerami dan bakul dekat belakang yang biasa orang-orang tua guna untuk pergi ke kebun.


Memang aku rasa lain macam dah masa tu, aku tak fikir soal hantu lagi. Aku takut dia nyanyuk dan orang rumah dia risau dia tak pulang. Aku pun patah balik untuk cari makcik tu untuk dibawa pulang. Dari kejauhan aku nampak dia ditepi pokok kekabu tapi semakin aku menghampiri, aku menoleh ke belakang takut ada kenderaan dari belakang sebab situ kawasan selekoh. Makcik tu dah tak ada. Aku berhenti di tepi pokok kekabu di bawah lampu kuning jalan, kemudian aku memanggil-manggil nama makcik tu dan tiada maklum balas. Aku pun bergegas balik untuk beritahu orang di kampung,

Setibanya di kampung, aku balik ke rumah dahulu utk mengajak ayah aku pergi ke rumah keluarga makcik tu. Tapi dekat rumah pulak tak ada orang. Aku mulai panik.. Kemana pulak keluarga aku malam-malam macam ini. Aku pun terus ke rumah makcik tu. Setibanya aku di rumah makcik itu, alangkah terkejutnya  aku di rumah makcik tu bila mana ramai orang dan aku dikhabarkan oleh kawan-kawan aku yang berada disitu bahawa makcik itu sudah tiada lagi dan meninggal kira-kira jam 10 malam. Ketika itu aku cokia lagi tiada telefon bimbit untuk berkomunikasi. Hampir seminggu aku demam tak keluar rumah selepas itu. Sekian sahaja cerita dari aku, maaf kalau cerita-cerita saya tidak begitu menyeramkan. Hanya ingin berkongsikan pengalaman.

Kredit Cerita Seram : Mohd Wardi

SEKIAN
Tags

إرسال تعليق

1تعليقات

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


  1. Itu hantula, pokok kekabu memang tempat dia malam-malam. Tak percaya pergi jam 2.40 pagi.

    ردحذف
إرسال تعليق

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Ok, Go it!