Cara Daftar Maybank2u & Online Banking

Aerill Hassan
1
Assalamualaikum dan salam sejahtera

Cara Daftar Maybank2u & Online Banking

Anda sudah mempunyai akaun MAYBANK? Tetapi tiada akses untuk MAYBANK2U? Jangan risau sebab anda boleh ikuti panduan dalam artikel ini untuk mengaktifkan fungsi online banking Maybank2u anda.

Pembayaran secara dalam talian atau 'online banking' merupakan antara pembayaran yang semakin penting dan semakin ramai menggunakan pembayaran jenis ini. Menghantar dan menerima duit juga lebih mudah apabila anda mempunyai online banking. Oleh itu, untuk memudahkan anda yang belum mempunyai Maybank2u, anda bolehlah ikuti panduan ini.

DAFTAR NOMBOR TELEFEON DI MESIN ATM MAYBANK

Perkara pertama yang anda perlu tahu adalah apa-apa transaksi online menggunakan Maybank2u memerlukan TAC atau nombor PIN. Anda sememangnya perlu mendaftarkan nombor telefon anda terlebih dahulu.

Cara Daftar Maybank2u & Online Banking

Ini merupakan salah satu ciri keselamatan utama untuk mengelakkan anda ditipu dan sebagainya. Berikut adalah cara untuk mendaftar nombor telefon anda di mesin ATM Maybank.

#1 Pergi ke mana-mana cawangan Automated Teller Machine ATM Maybank yang berhampiran dengan anda.
#2 Masukkan kad ATM anda ke dalam mesin ATM
#3 Masukkan kata kunci (nombor 6 digit) kad ATM anda
#4 Pilih menu Maybank2u / Phone Banking / ATM Sms Alerts
#5 Pilih menu Kemaskini Tel. Bimbit M2u TAC
#6 Masukkan nombor telefon anda, pastikan nombor telefon dimasukkan dengan betul dan tepat.
#7 Klik "Ya".
#8 Cetak resit untuk simpanan anda


DAFTAR MAYBANK2U ONLINE DI MAYBANK2U.COM.MY

Setelah anda mendaftar nombor telefon anda di ATM Maybank telah berjaya, proses berikutnya adalah mendaftar secara online pula. Berikut adalah cara-caranya.

#1 Layari laman web rasmi Maybank : https://www.maybank2u.com.my/
#2 Tekan butang REGISTER NOW
#3 Pada ruangan Card/Access Number, masukkan 12 digit nombor kad ATM/ DEBIT anda.
#4 Masukkan 6 digit nombor PIN kad ATM / DEBIT anda.
#5 Tanda pada ruangan I AGREE WITH THE TERMS & CONDITIONS, klik CONTINUE
#6 Anda akan dibawa ke halaman CREATE YOUR PROFILE, masukkan USERNAME yang anda inginkan.
#7 Cipta PASSWORD yang anda inginkan, sahkan sekali lagi password itu. Kata laluan ini perlulauh mempunyai kombinasi huruf besar, huruf kecil, nombor dan simbol. 
#8 Masukkan EMAIL (pastikan email tersebut aktif)
#9 Pada ruangan TAC, nombor TAC perlu dimasukkan. Tekan pilihan Request For TAC. Masukkan TAC yang dihantar pada telefon pintar anda. Diingatkan bahawa anda perlu mendaftar nombor telefon anda di mesin ATM Maybank terlebih dahulu. 
#10 Pilih NEXT
#11 Pilih GAMBAR KESELAMATAN yang anda inginkan
#12 Masukkan KATA KESELAMATAN yang anda inginkan.
#13 Jawab 3 SOALAN KESELAMATAN yang anda mahukan berserta jawapan.
#14 Pilih DONE
#15 Pendaftaran anda telah selesai. 

CARA LOG MASUK MAYBANK2U

Setelah pendaftaran anda selesai, anda bolehlah log masuk dan gunakan perkhidmatan yang tersedia di dalam Maybank2u. Berikut adalah cara-cara log masuk Maybank2u.

#1 Layari laman web Maybank2u : http://www.maybank2u.com.my/
#2 Masukkan USERNAME anda, klik simbol pada ruangan sebelah (berwarna kuning)
#3 Gambar Keselamatan dan Kata Keselamatan anda akan dipaparkan
#4 Klik pada YES
#5 Masukkan KATA LALUAN anda, klik LOGIN
#6 Anda telah berjaya log masuk ke dalam akaun MAYBANK2U anda


BANTUAN & MAKLUMAT LANJUT

Sekiranya anda menghadapi masalah semasa proses mendaftar akaun Maybank2u, boleh hubungi  Maybank Careline pada talian berikut:

  • Customer Care Hotline : 1-300 88 6688 (Malaysia)
  • +603-7844 3696 (Luar Negara)
Begitulah cara-cara mendaftar Maybank2u. Sebenarnya sekiranya anda mengikut panduan yang diberikan ini, tidaklah sukar untuk mendaftar.  Selepas ini anda sudah boleh membuat transaksi online dengan mudah sahaja. 


SEMOGA BERMANFAAT
Tags

إرسال تعليق

1تعليقات

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


إرسال تعليق

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Ok, Go it!