Review Filem : Cruella (2021) , Filem Disney Terbaik di tahun 2021?

Aerill Hassan
0
Assalamualaikum dan salam sejahtera


Ditayangkan bermula Mei 2021, di bulan September 2021 barulah aku berpeluang menonton filem Cruella (2021) apabila ia ditayangkan di Disney Plus Hotstar. Kalau pawagam dibuka, pastinya aku akan menonton di sana, tapi apakah daya, di Malaysia, panggung wayang gambar masih belum dibuka.

Filem Cruella (2021) merupakan sebuah filem komedi jenayah berdasarkan watak Cruella de Vill dari novel The Hundred and One Dalmatians (1956) oleh Dodie Smith. Filem ini diarahkan oleh Craig Gillespie dan lakonlyaar oleh Dana Fox dan Tony McNamara. Filem ini merupakan filem ketiga adaptasi franchise 101 Dalmatians dan juga sebagai 'reboot' dan juga cerita dari asal untuk watak utamanya. Antara pelakon yang membintangi filem ini adalah Emma Stone, Emma Thompson, Joel Fry, Paul Walter Hauser, Emily Beecham, Kirby Howell-Baptiste dan Mark Strong. Latar masa bagi filem ini adalah sewaktu di dekad 1970-an dan menceritakan tentang Estella Miller, seorang pereka fesyen yang berbakat besar mengembara mencari makna diri dan menjadi Cruella de Vill.

Filem ini ditayangkan pada 18 Mei 2021 dan ditayangkan secara rasmi Amerika Syarikat pada 28 Mei 2021 menerusi pawagam dan Disney Plus Premiere Access. Filem ini mengutip kutipan Box Office $USD 224 juta menjadikan ia filem ke 7 tertinggi kutipan filemnya. Sekuel untuk filem dalam perancangan untuk dihasilkan. 

FILEM CRUELLA  (2021)

Review Filem : Cruella (2021)

Pengarah : Craig Gillespie
Lakon Layar : Dana Fox / Tony McNamara
Penerbit : Andrew Gunn, Marc Platt, Kristin Burr
Pelakon : Emma Stone, Emma Thompson, Joel Fry, Paul Walter Hauser
Sinematografi : Nicolas Karakatsanis
Durasi : 134 minit
Bajet : $USD 100 - 200 juta
Kutipan : $USD 223.6 juta

BARISAN PELAKON FILEM CRUELLA (2021)

  • Emma Stone sebagai Estella Miller / Cruella de Vil
  • Emma Thompson sebagai Baroness von Hellman
  • Joel Fry sebagai Jasper Badun
  • Paul Walter Hauser sebagai Horace Badun
  • Emily Beecham sebagai Catherine Miller
  • Kirby Howell-Baptiste sebagai Anita  "Tattletale" Darling
  • Mark Strong sebagai John

SINOPSIS FILEM CRUELLA (2021)

*JIKA ANDA BELUM MENONTON FILEM INI DAN INGIN MENGELAK "SPOILER", SILA TONTON FILEM INI SEKARANG DI DISNEY PLUS HOTSTAR

Review Filem : Cruella (2021)

Estella Miller merupakan seorang budak perempuan yang kreatif dengan bakat dalam bidang fesyen tetapi mempunyai perasaan yang suka memberontak, menyebabkan ibunya Catherine menggelar sifatnya sebagai "Cruella". Dia dijauhi oleh rakan-rakannya kerana poliosis (rambutnya) dan sifatnya yang berani. Oleh kerana sifat memberontak Estella hampir menyebabkan dia diusir dari sekolah, Catherine mmeberhentikan Estella dari sekolah sebelum dibuang untuk memastikan rekodnya bersih dan merancang untuk berpindah ke London. Dalam perjalanan ke sana, dia berhenti di sebuah party yang dianjurkan oleh wanita kaya untuk meminta bantuan kewangan. 

Walaupun diberitahu untuk tinggal di dalam kereta, Estella menyelinap ke party dengan anjingnya, Buddy dan menyaksikan pertunjukan fesyen untuk pertama kalinya, tetapi secara tidak sengaja menarik perhatian anjing Dalmatians yang ganas itu. Mereka mengejarnya di luar, dan Estella menyaksikan Catherine terbunuh apabila dikejar oleh Dalmatians dan jatuh ke tebing. Dalam keadaan yatim piatu dengan Buddy dan menyalahkan dirinya sendiri atas kematian Catherine, Estella berjalan ke London dan berteman dengan dua budak jalanan bernama Jasper dan Horace, dan anjing Wink Chihuahua mereka. Untuk tidak menarik perhatian, dia mewarnakan rambutnya dengan warna merah.

Review Filem : Cruella (2021)

13 tahun kemudian, Estella bersama Jasper dan Horace berkerja sebagai pencuri, sambil mengasah kemahiran fesyennya dengan merancang penyamaran mereka. Untuk ulang tahunnya, Jasper dan Horace mendapatkannya pekerjaan di Liberty Department Store, tetapi hanya sebagai petugas kebersihan dan Estella dilarang untuk menggunakan kemahiran fesyennya. Estella yang mabuk menggubah semula salah satu tingkap 'display' dan berjaya dapatkan pekerjaan yang diinginkan dengan Baroness, yang merupakan pereka 'haute couture' terkenal tetapi berwibawa. Estella mendapat kepercayaan Baroness tetapi akhirnya menyedari bosnya memakai kalung yang pernah menjadi milik Catherine. Setelah Baroness menceritakan tentang seorang pekerja sebelum ini mencurinya (Catherine), Estella meminta Jasper dan Horace mengambil semula kalung itu.

Estella, untuk menyembunyikan identitinya, menciptakan watak ego dirinya sendiri dengan nama samarannya "Cruella," mengenakan warna rambut semula jadi dan memakai salah satu reka bentuk lama Baroness, yang dibeli dari pemilik kedai pakaian vintaj bernama Artie, yang juga adalah kawannya. "Cruella" pergi ke majlis Hitam & Putih Baroness untuk mencuri kalung itu, tetapi ketika Baroness menggunakan wisel untuk mengarahkan anjing Dalmatiansnya, Estella menyedari bahawa dia menggunakan wisel yang sama untuk mengarahkan anjingnya membunuh Catherine. Untuk membalas dendam atas kematian ibunya, Estella mengejek Baroness dengan tampil di majlis pertunjukan fesyennya dan memperlihatkannya sebagai Cruella dengan pakaian warna terang, yang dirancang dengan tujuan untuk mempermalukan Baroness. Dia mendapat publisiti melalui kawan semasa kecilnya Anita Darling, seorang wartawan gosip. Tingkah laku Cruella yang semakin sombong menyebabkan Jasper dan Horace memarahinya, begitu juga dengan Baroness, yang memecat peguamnya Roger kerana gagal menghentikan Cruella. Estella juga menculik anjing Dalmatians Baroness setelah salah seorang dari mereka secara tidak sengaja menelan kalung ibunya.

Review Filem : Cruella (2021)

Estella mensabotaj pertunjukan koleksi musim bunga Baroness menggunakan gaun yang dijahit dengan rama-rama Amerika Selatan yang diseludupkan ke dalam bangunan sebagai sulaman emas. Pada masa yang sama, dia membuat persembahannya sendiri di Regent's Park. Setelah menyedari bahawa Estella dan Cruella adalah satu dan orang sama, Baroness menangkap Jasper dan Horace dan mengikat Estella, membiarkannya mati dalam kebakaran. Estella diselamatkan oleh pelayan Baroness, John, yang juga menemui kalung yang ditelan oleh anjing dalam api dan mendedahkan kalung itu adalah kunci kotak yang berisi catatan kelahiran Estella. Dia mendapati bahawa Baroness adalah ibu kandungnya, dan bahawa Baroness telah mengarahkan John agar bayi Estella dibunuh supaya dia dapat fokus hanya pada kariernya dan menjaga warisan mendiang suaminya. John sebaliknya memberikan bayinya kepada Catherine, salah seorang pembantu wanita Baroness, yang membesarkan Estella secara diam. Estella marah dengan penipuan Catherine tetapi akhirnya berdamai dengan kebenaran dalam usaha menyelesaikan dendamnya, mengambil nama Cruella untuk kebaikan, dan memberitahu ibu angkatnya betapa dia mencintainya.

Cruella melepaskan Jasper dan Horace dari penjara, merekrut mereka dengan memberitahu perkara yang sebenar dan membawa Artie untuk helahnya yang terakhir. Dengan pertolongan John yang mendapat senarai tetamu, mereka menghantar semua pakaian dan nota tetamu dari Baroness yang meminta mereka berpakaian untuk mengenang Cruella. Mereka menyelinap ke Malam Gala Amal Baroness, di mana tetamu datang berpakaian sebagai Cruella sebagai penghormatan atas kematiannya, menyebabkan kegembiraan Baroness hilang. Baroness dipimpin ke luar, di mana Cruella (memakai rambut palsu merah) menyatakan kepada Baroness bahawa dia adalah anak perempuannya yang ditinggalkan. 

Review Filem : Cruella (2021)

Baroness berpura-pura menunjukkan penyesalan atas tindakannya dan meminta untuk memeluknya sebelum menolaknya ke tebing, tanpa menyedari tetamunya telah berada luar dan menyaksikan peristiwa itu. Cruella selamat ditolak dari tebing menggunakan parasut yang dimasukkan ke dalam pakaiannya dan membuang rambut palsu sebelum kembali menyaksikan Baroness ditangkap. Setelah menggunakan nama belakang de Vil (terinspirasi oleh Panther De Ville yang dicuri), Cruella mewarisi Hellman Hall (memendekkannya menjadi Hell Hall) sebagai pewarisnya yang sah (dengan membuat "Estella" menulis semua harta dalam namanya kepada Cruella sebelum dia kematian).

Dalam adegan pertengahan kredit, Cruella menghantar dua anak anjing Dalmatian bernama Pongo dan Perdita kepada Roger dan Anita. Sekarang bekerja sebagai penulis lagu, Roger mula mecipta lagu "Cruella de Vil."

ULASAN & REVIEW FILEM CRUELLA (2021)

Siapa pernah tengok filem 101 Dalmations (1996) lakonan Glenn Close? Aku rasa sewaktu kecil beberapa kali aku dah tonton filem itu. Memang sebuah filem yang menarik, dan lakonan Glenn Close sebagai Cruella de Vill memang sangat hebat. Baiklah, untuk filem Cruella (2021) ini aku tidak meletakkan apa-apa jangkaan tentangnya sebelum menonton.

Setelah filem ini ditayangkan di Disney Plus Hotstar, aku pun terus menontonnya. Jadi, ini adalah ulasan dan pandangan ikhlas aku berkenaan filem Cruella (2021).

Review Filem : Cruella (2021)

Pertamanya, jalan cerita filem ini adalah sangat bijak. Penuh dengan plot twist, perkara-perkara yang tidak dijangka. Kita tahu bahawa Cruella merupakan watak orang jahat yang kejam dan pelbagai lagi. Tetapi dalam filem ini, kita dapat lihat sisi lain Cruella atau nama sebenarnya Estella. Boleh nampak bagaimana karakter Cruella mula menguasai Estella dan sehingga akhirnya Estella dimatikan dan Cruellalah watak yang tinggal dalam dirinya.

Plot twist di dalam cerita ini juga bagi aku sesuatu yang boleh diterima, sebagai contoh rupa-rupanya Cruella adalah anak kandung Baroness. Antara plot lain yang aku suka adalah bagaimana Cruella mensabotaj majlis pertunjukan fesyen Baroness dengan fesyen-fesyen yang hebat!

Review Filem : Cruella (2021)

Kedua pula adalah watak-watak dalam filem Cruella (2021). Watak Cruella lakonan Emma Stone sememangnya sangat menjadi, bijak dan penuh gaya. Tiada cela dalam lakonan beliau. Emma Thompson pula sememangnya seorang legenda dalam lakonan, aku cukup suka dengan lakonannya kerana beliau pasti akan membawakan watak-watak yang diterima dengan cukup cemerlang. Semua watak-watak pembantu juga mempunyai peranan yang tersendiri di dalam filem ini menjadikan filem ini berjaya.

Ketiga, fesyen. Kalau anda seorang yang meminati fesyen, pakaian dan sebagainya, inilah filem yang anda perlu tonton. Banyak fesyen-fesyen peragaan wanita yang cantik-cantik belaka, terutamanya apa yang dipakai dan dihasilkan oleh Cruella. Antara babak yang aku terkesima apabila baju yang dihasilkan oleh Estella kononnya adalah sulaman emas rupa-rupanya adalah rama-rama. Memang sangat unik dan bijak!

Review Filem : Cruella (2021)

Filem Cruella (2021) bagi aku antara filem terbaik yang ditayangkan di tahun 2021 ini. Lakonan yang hebat, jalan ceirta menarik, elemen fesyen yang sangat bijak. Apa lagi yang nak diulaskan kerana semuanya cukup cemerlang. Sebuah filem yang aku rasa akan sentiasa malar segar dan mempunyai pengikutnya untuk dekad-dekad mendatang. Aku juga pastinya tak sabar menantikan filem sekuelnya yang masih dalam perancangan.

BINTANG : ⭐⭐⭐⭐⭐ / 5

RUJUKAN :-
  • Google Image
  • Disney Plus

إرسال تعليق

0تعليقات

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


إرسال تعليق (0)

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Ok, Go it!