Bagaimana Kaedah Pengurangan Kemudaratan Tembakau Membantu Perokok Berhenti Merokok?

Aerill Hassan
12
Assalamualaikum dan salam sejahtera

Sumber Gambar : TheVocket

Merokok membahayakan kesihatan. Itulah ayat yang sering didengari, dibaca dan juga diperkatakan oleh ramai pihak terutamanya apabila kempen-kempen anti merokok dan pelbagai lagi. Umum sememangnya mengetahui akan bahaya merokok tetapi masih ramai yang merokok walaupun sedar akan bahaya yang menanti.

Pakar dan pengkaji melakukan beberapa kajian untuk memudahkan seseorang perokok itu untuk berhenti merokok dan jalani hidup yang lebih sihat. Antara hasil kajian itu termasuklah kaedah pengurangan kemudaratan tembakau.


BAGAIMANA KAEDAH PENGURANGAN KEMUDARATAN TEMBAKAU MEMBANTU PEROKOK BERHENTI MEROKOK?

{tocify} $title={ISI KANDUNGAN}

APA ITU PENGURANGAN KEMUDARATAN TEMBAKAU

Kaedah pengurangan kemudaratan tembakau atau Tobacco Harm Reduction (THR) merupakan strategi kesihatan awam bagi mengurangkan risiko kesihatan terhadap individu sering menggunakan produk tembakau. Pendekatan pengurangan kemudaratan tembakau kini semakin popular di seluruh dunia dalam membantu menggalakkan perokok tegar untuk berhenti merokok melalui pengenalan produk alternatif yang kurang mudarat.

Walaubagaimanapun, kesedaran di Malaysia tentang strategi mengurangkan kemudaratan tembakau masih di peringkat awal.  Persepsi terhadap kaedah alternatif masih berbeza terhadap kemudaratannya, walaupun pakar di luar negara melihat kaedah pengurangan kemudaratan tembakau dapat mengurangkan risiko kesihatan berbanding rokok tradisional.



Sumber Gambar : Berita Harian

MUDARATNYA TEMBAKAU

Lebih tujuh juta orang meninggal dunia akibat merokok atau menghidu asap rokok setiap tahun menurut kenyataan yang didedahkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). 

Menurut Osman Lisut (2018), sebatang rokok mempunyai pelbagai jenis bahan beracun yang mengandungi tar, nikotin dan karbon monoksida dimana ia sangat berbahaya dan memudaratkan kepada kesihatan.  


BAHAN-BAHAN DI DALAM ROKOK DAN KESANNYA

Sumber Gambar : PBS

Menurut Haris Asyraf (2021), merokok memberikan kesan kepada anggota tubuh dan organ seperti paru-paru, jantung, saluran darah, otak dan sistem pencernaan. Selain itu, merokok juga memberikan kesan negatif pada hubungan kelamin dan juga penampilan diri. 

Antara bahan-bahan utama di dalam rokok adalah nikotin, tar, karbon monoksida, arsenik, formaldehid, plumbum, benzena,kadmium, hidrogen sianida dan aseton. 


NIKOTIN

Fungsi nikotin secara amnya adalah untuk merancang pengeluaran dopamin di dalam otak. Apa pula dopamin? Dopamin adalah hormon yang menyebabkan seseorang berasa gembira dan teruja. Bagaikan dadah, dopamin berfungsi melatih otak untuk mengulang pengambilan nikotin. Setiap kali seseorang itu menghisap rokok, semakin sukar untuk meninggalkannya.  

Antara simpton-simpton yang dialami adalah rasa keinginan kuat untuk merokok, cepat marah, kerisauan dan tidak dapat tumpukan perhatian. Kesan nikotin pada badan pula menyebabkan saluran darah rosak dan risiko penyempitan saluran darah, sering pening kepala, gangguan pada sistem pencernaan dan juga ulser pada perut. 


TAR

Pelbagai bahan kimia yang menyebabkan kanser berada di dalam tar. Lebih 60 bahan kimia yang dijumpai dalam tar bersifat karsinogen. Tar menyebabkan paru-paru menjadi hitam, menghasilkan permukaan melekit pada dinding dalaman paru-paru dan menyebabkan kanser dan penyakit kronik pernafasan. Selain itu, kanser mulut, kerosakan gigi dan penampilan yang kurang baik juga boleh disebabkan oleh bahan ini. 

KARBON MONOKSIDA

Karbon monoksida merupakan satu gas yang tidak mempunyai bau dan warna. Gas ini akan meningkat di dalam darah apabila merokok. Oksigen akan bercantum dengan gas ini apabila mula memasuki saluran darah, kemudiannya oksigen disekat daripada diserap ke dalam sel-sel tubuh.  Kesan akibat keracunan karbon monoksida ialah mudah letih, pening kepala, loya, kekeliruan dan muntah. 

Ini baru penjelasan bagi tiga kandungan utamanya sahaja tetapi anda boleh lihat fungsi bahan itu dan kesannya terhadap tubuh. Walaubagaimanapun, mengikut pakar, nikotin bukanlah punca utama bagi penyakit berkaitan merokok tetapi asap rokok yang mengandungi bahan kimia berbahaya yang dihasilkan melalui proses pembakaran.

ALTERNATIF KEPADA ROKOK

Berikut adalah alternatif kepada rokok tradisional melalui kaedah pengurangan kemudaratan tembakau (THR).

VAPE

Sumber Gambar : The Atlantic

Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia, peranti elektronik yang mengandungi nikotin adalah dipanggil 'rokok elektronik'. manakala bagi peranti yang tidak mengandungi nikotin dipanggil vape.  Komponen utama bagi peranti ini adalah bateri, atomiser dan katrij. 

Kandungan utama rokok elektronik adalah nikotin, propylene glycol, vegetable glycerin, bahan perisa dan pewarna. Kandungan utama vape adalah propylene glycol, vegetable glycerin, bahan perisa dan pewarna. Mengikut data yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia, kini terdapat 1.12 juta penghisap vape di Malaysia. 

Menurut Pakar Perunding Respiratori Kumpulan Perubatan Johor (KPJ) Hospital Pakar Johor, Dr Muhammad Redzwan S Rashid Ali, menjelaskan ketika ini, vape tampak “selamat” sebagai alternatif kepada rokok tembakau, walaupun tiada bukti jelas dari sudut perubatan.

Menurut kajian oleh Kesihatan Awam England (PHE) vape atau e-rokok adalah akedah berkesan membantu perokok berhenti merokok. Vape adalah 95% kurang bahaya berbanding rokok tradisional. Laporan itu turut mendedahkan bahawa lebih 50,000 perokok berhenti merokok pada tahun 2017 melalui bantuan vape. 

Pakar kesihatan awam dalam pengurangan kemudaratan dan tembakau di United Kingdom (UK), Clive Bates berkata, salah satu kajian utama adalah kajian biomarker yang dilakukan dan menunjukkan risiko kesihatan direkodkan adalah sangat rendah.

Kajian biomarker ini mengukur tahap bahan toksik dalam darah, air liur atau air kencing pengguna vape dan apabila dibandingkan dengan individu merokok, ia adalah di tahap yang tidak dapat dikesan atau jauh lebih rendah.


PEMANASAN TEMBAKAU

Sumber Gambar : Truth Initiative

IQOS memanaskan tembakau yang disediakan dan di adun khas pada suhu di bawah 350°C, tanpa pembakaran, api, abu, atau asap. Proses ini menghasilkan wap mengandungi nikotin berperisa, yang membebaskan rasa sebenar tembakau dipanaskan. Tahap bahan kimia berbahaya dapat dikurangkan dengan ketara berbanding asap rokok kerana tidak melibatkan proses pembakaran. 


TEEPS memanaskan tembakau bagi mengeluarkan rasa sebenarnya. Tetapi TEEPS menggunakan sumber pemanasan alternatif untuk mengekstrak rasa tembakau dan nikotin daripada daun tembakau: ia dipanaskan dengan karbon dan ianya menyerupai sebatang rokok, tetapi ia bukanlah rokok.


TERAPI GANTIAN NIKOTIN

Sumber Gambar : QMUL

Terapi gantian nikotin atau nicotine replacement therapy (NRT) bertindak membekalkan nikotin sahaja tanpa bahan-bahan kimia lain yang biasa terdapat dalam asap rokok dalam dos yang rendah kepada otak sebagai gantian nikotin daripada rokok. Pendekatan ini bertujuan untuk mengurangkan rasa gian terhadap nikotin serta mengurangkan atau mencegah gejala-gejala tarikan yang mungkin berlaku semasa berhenti merokok.

Terdapat beberapa jenis produk NRT  boleh diperolehi mengikut bentuk dan kesesuaian mengikut tahap kebergantungan terhadap nikotin. Lima jenis produk NRT adalah gum nikotin, inhaler nikotin, lozenge nikotin, semburan hidung nikotin, dan patch nikotin.


KESIMPULANNYA

Merokok sememangnya satu perkara yang membahayakan. Bukan sahaja kepada perokok itu sendiri tetapi kepada mereka yang berada di sekeliling mereka yang turut sama terhidu asap rokok. Mungkin agak sukar untuk berhenti merokok dalam jangka masa yang cepat tetapi dengan adanya kaedah pengurangan kemudaratan tembakau ini serta alternatif yang tersedia, setidaknya perokok dapatlah bertukar kepada sesuatu yang kurang memudaratkan dan seterusnya akan berhenti terus secara perlahan-lahan.

Untuk ketahui lebih lanjut tentang Pengurangan Kemudaratan Tembakau, anda bolehlah layari laman sesawang https://haahub.com.my/.

#TobaccoHarmReduction

RUJUKAN :


Tags

إرسال تعليق

12تعليقات

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


  1. perkongsian yang sangat menarik. baca sini sebab husband akak perokok tegar. sekarang ni beransur2 kurang lepas ganti dengan vape.

    ردحذف
  2. tak suka bau asap rokok. kempen pasal rokok merbahaya pn dah terlalu banyak cuma kesedaran je tak ada lagi. Lagi pun bukan mudah nak terus stop buat usaha ni boleh bantu mereka untuk kurangkan merokok. TQ sharing

    ردحذف
  3. Good review about how to stop smoking and also why it is dangerous to keep smoking.

    ردحذف
  4. Yeah, I've read about this last two days ago from Kelly's blog. I think this is good. Those who wants to stop smoking should try this. Thank you for sharing.

    ردحذف
  5. Rawlins memang tak suka rokok, baunya memang sangat kurang menyenangkan. Paling penting, tidak elok untuk kesihatan gak.

    ردحذف
  6. Bab rokok ni dah banyak awareness tapi semua pun bergantung pada perokok tu sendiri kalau mereka nak berubah. Alternative pun banyak. Nak dengan tak nam je kannn?

    ردحذف
  7. Macam-macam alternatif rokok ada. Tapi yang paling bagus, berhenti merokok slow2 sampailah berjaya. Merokok pun bukan ada faedahnya pada kita kan.

    ردحذف
  8. banyak info yg menarik.. eao tentang bahayanya dan kesan tembakau pd manusia

    ردحذف
  9. أزال أحد مشرفي المدونة هذا التعليق.

    ردحذف
  10. Macam2 cara dicipta untuk bantu perokok mengurangkan merokok kan. Apapun berbalik pada diri sendiri. Ada yang nak mencuba bagi saya dah cukup baik. SAya walaupun tak suka dengan asap rokok tapi taklah sampai nak menghina mereka sebab saya tahu bukan mudah untuk mereka berhenti terus. Apapun jangan give up untuk cuba berhenti . Saya percaya anda boleh !

    ردحذف
  11. Tq sharibg info yg bagus tentang Pengurangan Kemudaratan Tembakau bkn semua org tau kandungan yg ada pada rokok dan bahayanya rokok walau mcm mana pun terpulang pd diri masing2 khasnya perokok tegar

    ردحذف
  12. this article is so important! as a smoker myself, i would love to thank you for spreading the awareness and for highlighting the harms!

    ردحذف
إرسال تعليق

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Ok, Go it!