Assalamualaikum dan salam sejahtera
Pelancongan alam semulajadi atau eko pelancongan mula mendapat tempat di hati pelancong. Ramai yang mula suka melawat alam sekitar, meneroka hutan paya bakau dan sebagainya ketika percutian dan bukan sahaja bersantai di tepi pantai. Aktiviti eko pelancongan juga muncul sebagai salah satu alternatif kepada pelancongan bagi mereka yang meminati ekologi, alam sekitar, sejarah dan geografi sesuatu kawasan.
Seperti yang anda maklum, baru-baru ini aku ada sertai satu FAM Trip di Langkawi, melihat tarikan-tarikan terbaru dan menarik di sana. Banyak sebenarnya tempat-tempat yang kami lawati dan pelbagai aktiviti kami lakukan sepanjang 6 hari 5 malam di pulau lagenda itu.
Salah satu aktiviti yang dilakukan adalah lawatan eko pelancongan melihat keindahan alam pulau Langkawi dikenali dengan Bio GeoTrail Kubang Badak.
MENEROKA RAHSIA LANGKAWI - BIO GEOTRAIL KUBANG BADAK
BioGeo Trail Kubang Badak merupakan satu lokasi eko pelancongan dimana anda akan dibawa ke 12 lokasi geotapak yang mempunyai sejarahnya tersendiri. Lawatan ini adalah dengan menaiki bot, mendaki bukit, berjalan di hutan dan menelusuri persisiran sungai. 12 geotapak di BioGeo Trail Kubang Badak adalah :-
- KAMPUNG KUBANG BADAK
- JETI NELAYAN KUBANG BADAK
- PULAU KUBANG BADAK
- MATA AIR PANAS
- PULAU JEMURUK
- TANJUNG BUTA
- TITIK PANDANG LANDSKAP
- BETING PASIR
- BUKIT MENORA
- TAPAK KEBUK ARANG LAMA
- GUA PINANG
- SUNGAI SIAM
Kami tiba di kawasan perkarangan Jeti Kubang Badak sekitar jam 9.00 pagi. Sempat bergambar dengan logo BioGeo Trail Kubang Badak yang cantik, sepadan dengan warna baju yang aku pakai pada hari tersebut.
Kemudian pada jam 9.20 pagi, sedikit penerangan diberikan oleh staff tentang Bio Geo Trail Kubang Badak ini dan bagaimana idea untuk mewujudkan satu tarikan menarik ini di Kubang Badak. Sepanjang perjalanan ke bot yang akan dinaiki, papan tanda tentang 12 lokasi geotapak lengkap dengan semua info yang diperlukan sebelum melihat dan melawat tapak tersebut.
Selesai sesi penerangan, kami semua dibahagikan kepada dua bot dan terus dibawa ke lokasi geotapak pertama.
SUNGAI KUBANG BADAK
Perjalanan bermula dari Jeti Nelayan Kubang Badak menelusuri Sungai Kubang Badak. Sungai Kubang Badaklah menjadi laluan untuk melihat ke semua geotapak dengan menaiki bot. Jangan risau, ada beberapa tapak yang memerlukan kita turun dan mendaki bukit dan sebagainya. Jadi sepanjang lawatan ini bukanlah sepanjang masa berada dalam bot.
SUNGAI SIAM
Seterusnya kami melalui cabang sungai yang lebih kecil dikenali sebagai Sungai Siam. Kenapa dikenali dengan nama Sungai Siam? Sebenarnya disini terletaknya sebuah perkampungan siam yang menghuni kawasan ini sejak ratusan tahun yang lalu. Anda boleh lihat dalam gambar, terdapat kawasan yang ditanam pohon kelapa, disitulah terletaknya perkampungan siam.
BUKIT MENORA
Bukit Menora yang terletak di Sungai Siam ini menjadi pusat untuk aktiviti kemasyarakatan di sini dan salah satu aktivi di lakukan di Bukit Menora ini adalah persembahan teater Menora yang berasal dari Selatan Thai. Menarik bukan?
BETING PASIR
Salah satu lokasi yang menarik iaitu beting pasir yang wujud ketika air surut. Alhamdulillah, ketika kami datang air masih belum naik dan kami dapat turun dan melihat anak-anak pokok bakau yang ditanam oleh beberapa agensi sebagai salah satu aktiviti tahunan mereka. Sempat juga bergambar disini sebelum air mula naik dan hampir menutup keseluruhan beting pasir ini.
KEBUK ARANG LAMA
Perjalanan diteruskan menelusuri sungai dan kami berhenti di sebuah jeti untuk turun dan melawat tapak Kebuk Arang Lama. Inilah kebuk arang dimana dipercayai telah wujud lebih 100 tahun dahulu. Di sinilah bagaimana arang dihasilkan untuk permintaan penduduk di kawasan sekitar ini.
Memang besar saiz kebuk arang ini. Bukan hanya satu, tetapi terdapat dua kebuk arang lama yang sudah tidak digunakan tetapi binaannya masih dapat dilihat dengan jelas.
AKTIVI MEMBERI HELANG MAKAN
Kami juga sempat bertemu dengan satu bot lain yang melakukan aktiviti memberi helang makan. Banyak juga helang yang muncul. Salah satu aktiviti yang menarik!
Baca Juga : Jalan-Jalan di Taman Eko Rimba Kuala Lumpur
GUA PINANG
Perjalanan diteruskan lagi ke lokasi berikutnya iaitu sebuah gua dikenali dengan nama Gua Pinang. Seperti biasa, bot akan diberhentikan di tepi jeti dan anda perlu berjalan kaki dan mendaki bukit untuk melawat Gua Pinang ini.
Apabila sampai di Gua Pinang, aku dapat lihat cengkerang kerang dan tiram di dinding Gua dan di tepi kawasan masuk ke gua. Aikk, pelik juga bagaimana kerang boleh berada di lokasi gua tinggi dan kami perlu mendaki bukit?
Rupa-rupanya Gua Pinang ini merupakan tinggalan gua laut kuno yang terbentuk akibat proses ombak ketika paras laut berada sekitar 15 meter tinggi daripada sekarang iaitu sekitar 6,000 tahun yang lalu.
PULAU JEMURUK
Setelah penat mendaki, melawat gua dan menuruni bukit, perjalanan kami berikutnya adalah ke Pulau Jemuruk. Di pulau ini terdapat formasi batuan dan geologi yang unik. Kami di sini sempat berehat dan ada juga mereka yang mandi manda dikawasan ini.
MAKAN DI NELAYAN KUBANG BADAK CAFE
Selesai sudah BioGeo Trail Kubang Badak, sampai sahaja di Jeti Kubang Badak, perut pun mulalah lapar. Sebelum bergerak pulang ke lokasi penginapan kami singgah makan dahulu di sebuah kedai makan yang terletak di Jeti Kubang Badak ini. Menu yang kami makan adalah semuanya menu kampung.
Secara keseluruhannya, aktiviti BioGeo Trail Kubang Badak ini satu aktiviti yang seronok. Seronok sebab pelbagai info yang tidak diketahui dapat dipelajari di sini. Siapa sangka ada perkampungan Siam di sini? Siapa sangka paras laut dahulunya adalah terletak di gua yang terletak di lokasi yang tinggi? Bagi aku aktiviti sebegini lebih menarik, setara dengan aktiviti lawatan dan aktiviti pelancongan yang lain.
HARGA & PAKEJ
Terima kasih diucapkan kepada QT Travels Group kerana membawa kami melihat dan sertai aktiviti BioGeo Trail Kubang Badak ini. Kepada anda yang ingin menyertai aktiviti BioGeoTrail Kubang Badak ini, anda bolehlah hubungi mereka di :-
+60134323268 (PK)
+60182404505 (Adam Daniel)
Fam Trip ke Langkawi anjuran QTT Group PLT dengan kerjasama LADA, Rouhi Retreats, Inter Media Production Sdn Bhd dan LVTS Golden Travel
#BioGeoTrailKubangBadakLangkawiGeopark #MangroveKubangBadak #UNESCO #QTTxLangkawi #InterMediaProduction #QTTGroup #RouhiRetreats #GengBuddiesPiLangkawi #CutiCutiBuddies #BuddiesDiscovery #BuddiesTravelogue #LADALangkawi #Langkawi #NaturallyLangkawi #LangkawiSafePlaceToGo #FT0421
menariknya trail ni, dok pi langkawi sebelum ni tak pernah tau ada tempat best macam ni
ردحذفkan! rasanya ni tempat baru dibangunkan bila diorang sedar ada potensi pelancongan :)
حذفVavavoom!!!!!!!!!! This place looks like a paradise on earth. So beautiful! I must add this place to my bucket list. Thank you for sharing this awesome travelog. I like all pictures that you've shared. All are beautiful!
ردحذفthank you fadima. nanti kalau datang langkawi bolehlah datang sini ya! :)
حذفSuka pergi dekat kawasan macam ni sebab boleh rasa lega sebab masih ada khazanah alam yang masih terpelihara. Harga sewa bot tu pun ok sebab banyak cover tempat dan aktiviti yang menarik.
ردحذفsetuju, dapat lihat keindahan alam dan sejarah yang menarik :)
حذفNamanya kubang badak tapi dimanakah badak-badak berkubang? Bestnya dapat travel lihat dan enjoy nature sebegini.
ردحذفtak pasti pula tentang nama kubang badak tu hehe :)
حذفbaru tahu tempat ni... menarik juga...esp kalau mmg suka nature.. pilihan terbaik
ردحذفkan, saya pun suka aktiviti macam ni, melihat pemandangan dengan bot dan sebagainya :)
حذفSeronoknya jalan Langkawi. Bella belom sampai lagi sana ye. Bila la dpt jejek sana. Menarik tempatnya untuk aktiviti beriadah dgn nature.
ردحذفnanti kalau sis sampai dekat langkawi jangan lupa singgah sini ya :)
حذفWalaupun dah banyak kali pi Langkawi, pun masih ada juga tempat yang Sis tak tau ni.. nanti pergi lagi bolehlah sugget kat travel agent ke sini..
ردحذفhow I miss visit Langkawi! The BioGeo Trail Kubang Badak is in my to do list next time visit Langkawi
ردحذفbanyak aktiviti yang boleh dilakukan di sini.. Kerabu bronok tue mmg sedap even baru pertama kali mencuba abis semangkuk utk Am sahaja.. hahahaha..
ردحذف