Senarai Lokasi Pelancongan Menarik di Langkawi

Aerill Hassan
2
Assalamualaikum dan salam sejahtera


Sebelum melancong atau percutian, adalah lebih baik untuk merancang terlebih dahulu aktiviti dan tempat-tempat yang akan dilawati. Perancangan ini pastinya akan membuatkan percutian anda berjalan dengan teratur dan lancar dari mula sehingga habis. Salah satu perancangan adalah dengan melihat lokasi dan aktiviti menarik di tempat pelancongan tersebut.

SENARAI LOKASI PELANCONGAN MENARIK DI LANGKAWI

{tocify} $title={ISI KANDUNGAN}

Langkawi sememangnya merupakan sebuah pulau yang sangat indah, cantik dan mempunyai pelbagai tarikan yang tidak dapat disangkal. Kisah-kisah lagenda dan juga tempat menarik yag menjadi siulan ramai pastinya membuatkan kita tak sabar nak bercuti ke sana.

Alhamdulillah, baru-baru ini aku berpeluang untuk bercuti ke Langkawi selama 6 hari 5 malam. Banyak juga tempat pelancongan menarik, popular dan cantik yang aku sempat singgah dan lakukan aktiviti. Oleh itu, aku nak kongsikan tempat-tempat menarik ini pada anda semua dengan senarai lokasi pelancongan ini. Semoga bermanfaat untuk percutian anda ya!

#1 BIOGEOTRAIL KUBANG BADAK


Lupakan kemewahan bandar, kesesakan jalan raya dan pelbagai lagi tentang bandar. Jom menikmati keindahan alam dengan sertai aktiviti BioGeoTrail Kubang Badak. Terletak di lokasi kira-kira 30 kilometer dari bandar Kuah, Langkawi, terdapat 12 lokasi geotapak yang bakal anda lihat dan lawati.

SENARAI 12 GEOTAPAK
  • Sungai Kubang Badak
  • Sungai Siam
  • Bukit Menora
  • Tapak Kebuk Arang
  • Gua Pinang
  • Kampung Kubang Badak
  • Jeti Kubang Badak
  • Mata Air Panas
  • Fosil Kambria Pulau Jemuruk
  • Tanjung Buta
  • Titik Pandang Landskap
  • Beting Pasir

Aktiviti akan bermula di Jeti Kubang Badak dan seterusnya anda akan melawat setiap lokasi dengan menaiki bot, mendaki bukit dan sebagainya. Antara yang menarik adalah melihat lokasi kebuk arang lama yang berusia lebih 100 tahun digunakan untuk menghasilkan arang.

Selain itu,  anda juga akan menelusuri Sungai Kubang Badak dan Sungai Siam, melihat perkampungan Siam yang terletak di tebing sungai serta melihat beting pasir yang muncul ketika air surut. Sememannya satu pengalaman yang sangat menarik! Anda juga berpeluang untuk melihat burung helang diberi makan.



HARGA & PAKEJ :


LOKASI : Jeti Kubang Badak 07000, Kedah


#2 KOTA MAHSURI


Bila sebut sahaja pulau Langkawi, antara perkara yang muncul di fikiran adalah tentang kisah lagenda Mahsuri. Salah satu kisah yang sangat popular di pulau ini. Kota Mahsuri merupakan sebuah lokasi yang dipercayai merupakan lokasi dimana Mahsuri binti Pandak Maya dikuburkan di pulau Langkawi, Kedah. Terletak kira-kira 12 kilometer dari bandar Kuah. 



Sebelum ini dikenali dengan nama Makam Mahsuri, Kota Mahsuri ini merupakan satu kompleks yang dibina di kampung asal Mahsuri. Di kompleks ini bukan sahaja terdapat Makam Mahsuri tetapi pelbagai lagi peninggalan sejarah berkenaan Mahsuri dan Langkawi. Lengkap dengan muzium, teater, perigi Mahsuri dan pelbagai lagi tarikan menarik yang dibina untuk meraikan kisah lagenda ini. 


TIKET MASUK : RM6 SEORANG

LOKASI : Kota Mahsuri, Jalan Makam Mahsuri, Kampung Mawar, 07000 Langkawi, Kedah


#3 AKTIVITI CRUISE YACHT


Menaiki Private Charter Cruise sememangnya satu aktiviti yang sangat seronok, terutamanya apabila datang ke pulau ini bersama sekumpulan rakan-rakan atau keluarga yang besar. Dapat mengabdikan gambar dengan berlatar belakangkan laut dan juga pemandangan pulau Langkawi sememangnya satu pengalaman yang sangat indah. 


Apa yang ada dalam Private Charter Cruise ini? Anda akan dibawa ke beberapa lokasi dengan pemandangan yang cantik. Dengan jangka masa sekitar 4 jam, ada beberapa aktiviti turut disediakan selain bergambar iaitu seperti Saltwater Jacuzzi Session dan open water swimming. Anda boleh memilih sama ada Day Cruise atau Sunset Cruise.

Makan minum turut disediakan, jangan risau ya. Makanan yang disediakan sangat sedap.Keseluruhannya, memang pengalaman yang anda pasti tak akan lepaskan sekiranya datang ke pulau Langkawi ini. 


HARGA & PAKEJ


#4 PARADISE 101


Datanglah ke Paradise 101 yang merupakan lokasi sangat cantik dan popular dengan aktiviti menarik. Kalau nak main sukan air dan tak mahu bersesak-sesak. Perjalanan lebih kurang 3 minit sahaja naik bot dari jeti, anda boleh datang ke sini bersama keluarga dan juga rakan-rakan.

Antara permainan sukan air yang terdapat di Paradise 101 adalah :-
  • Jet ski
  • Aqua Park
  • Parasailing
  • Kayak
  • Zip Line
  • dan pelbagai lagi ...

Selain main sukan air, anda juga boleh bergambar sakan di beberapa tempat OOTD yang berada di sektiar pulau Paradise 101. Anda juga boleh menjamu selera dengan hidangan yang sangat sedap di sini. Pelbagai hidangan menarik tersedia untuk anda cuba setelah penat dan letih bermain sukan air.



LOKASI : Paradise 101 Langkawi, 07000 Langkawi, Kedah


#5 PANORAMA LANGKAWI


Panorama Langkawi merupakan salah satu lokasi popular bagi pelancong dalam dan luar negara.  SkyBridge dan SkyCab yang sinonim dengan Langkawi ini merupakan sebagahagian daripada tarikan di Panorama Langkawi. 

Perjalanan untuk ke Panorama Langkawi dari bandar Kuah sekitar 39 minit manakala dari Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi pula sekitar 20 minit sahaja. 
  • SkyGlide
  • SkyCab
  • SkyDome
  • SkyBridge
  • SkyRex
  • SkyBoutique
  • SkyBistro
  • 3D Art
  • 6D Cinemotion
  • Oriental Village

SkyCab atau lebih dikenali ramai kereta kabel di Langkawi sememangnya popular untuki pengangkutan ke SkyBridge. SkyCab ini terletak di kawasan tertua bagi seluruh Asia Tenggara. SkyBridge pula dengan panjang 125 meter, struktur ini merupakan antara jambatan angkat bengkok yang terpanjang di dunia. Pemandangan 360 darjah Langkawi dapat anda lihat apabila berada di kawasan ini. 


3D Art Langkawi ini merupakan 3D Interactive Art Musem terbesar di Malaysia. Menawarkan pelbagai seni yang cantik dan menarik, anda boleh bergambar dengan ilusi 3D yang memang menghiburkan.


LOKASI : Oriental Village, Burau Bay, 07000 Langkawi, Kedah

#6 BELI BELAH DI HAJI ISMAIL GROUP



Bila sudah berada di pulau bebas cukai ini, jangan lupa untuk membeli belah di Haji Ismail Group. Pelbagai barangan yang anda boleh beli disini dan dibawa pulang ke kediaman anda. Bukan sahaja coklat, tetapi barangan perkakas dapur dan pelbagai lagi anda boleh borong dengan harga yang lebih murah.



Anda juga boleh membeli cenderamata buat rakan-rakan disini dengan pelbagai pilihan menarik. Kebiasaannya sebelum pulang ke tempat masing-masing, ramai yang akan singgah di sini terlebih dahulu untuk membeli belah buat kali terakhir.

LOKASI : Jalan Pandak Mayah, Pusat Bandar Kuah, 07000 Kuah, Kedah


* AYUN AYUN SWING


Satu lokasi yang belum dibuka dan sedang dalam pembinaan adalah Ayun Ayun Swing. Lokasi di bukit yang tinggi, anda dapat melihat pemandangan yang sangat cantik, kampung-kampung dan kediaman sehinggalah ke pantai dan laut yang sangat indah. Lokasinya di Ayer Hangat, Langkawi.

In shaa Allah info lanjut tentang lokasi ini akan ditambah apabila siap pembinaannya.

JOM BERCUTI KE LANGKAWI!

Menarik bukan lokasi-lokasi percutian dan pelancongan ini? Bukan sahaja dapat melihat pemandangan tetapi juga melakukan pelbagai aktiviti menarik. Seperti yang aku tulis di atas, perancangan yang tepat dan baik sebelum apa jua percutian adalah perkara yang anda perlu titik beratkan supaya percutian anda berjalan lancar.

Sebelum menutup tirai artikel ini, aku nak ucapkan jutaan terima kasih kepada QTT Travel Group kerana membawa aku dan rakan-rakan bercuti di Langkawi ke tempat-tempat menarik. Dari hari pertama hingga terakhir, semuanya teratur dan lancar. Kepada anda yang mungkin berminat untuk bercuti di Langkawi, anda boleh hubungi mereka di : -

+60134323268 (PK)
+60182404505 (Adam Daniel)

 #QTTxLangkawi #InterMediaProduction #QTTGroup #RouhiRetreats #GengBuddiesPiLangkawi #CutiCutiBuddies #BuddiesDiscovery #BuddiesTravelogue #LADALangkawi #Langkawi #NaturallyLangkawi #LangkawiSafePlaceToGo #FT0421 

إرسال تعليق

2تعليقات

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


إرسال تعليق

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Ok, Go it!