Assalamualaikum dan salam sejahtera
Penjagaan wajah merupakan salah satu perkara yang diutamakan bukan sahaja oleh kaum wanita tetapi juga lelaki. Sekarang lebih ramai kaum lelaki yang turut sama menjaga penampilan dengan mengutamakan penjagaan wajah, kesihatan dan pelbagai lagi.
Aku sendiri mula mengutamakan penjagaan wajah sejak kebelakangan ini kerana baru sedar pentingnya penampilan dan kesihatan diri. Baiklah, tak nak berbicara lebih lanjut, terus straight forward, kali ini adalah perkongsian tentang produk dari Cosmoderm terbaru yang dikenali sebagai Cosmoderm Glow-C.
COSMODERM GLOW-C UNTUK KULIT LEBIH CERAH & ANJAL
Untuk rangkaian Cosmoderm Glow-C ini, ia kaya dengan anti oksidan. Lebih menarik, tiada paraben, tiada pewangi tambahan. Cosmoderm Glow-C ini juga membantu melindungi sel kulit daripada dirosakkan radikal bebas yang disebabkan oleh pendedahan UV.
KEBAIKAN VITAMIN C DALAM COSMODERM GLOW-C
- Mencerahkan kulit
- Sekatakan tona kulit
- Melawan radikal bebas
- Merangsang penghasilan kolagen dalam badan
- Membantu mengurangkan kedutan dan garis halus
- Membantu melembapkan kulit
#1 Glow-C Detox Cleansing Gel
Pencuci muka Cosmoderm Vitamin C Glow-C Detox Cleansing ini sangat istimewa kerana ianya bersifat lembut dan tidak menghilangkan kelembapan semula jadi kulit wajah ketika membersihkan kulit wajah. Selain itu, ia membantu detoks kulit wajah daripada radikal bebas yang berbahaya. Yang menariknya ia mengandungi minyak pati oren dan berbau seperti buah oren sebenar!
#2 Glow-C Radiance Toning Essence
Cosmoderm Glow-C Radiance Toning Essence mengandungi 500mg vitamin C serta mengandungi minyak pati oren. Kelebihannya adalah seperti membantu mencerahkan dan meratakan tona kulit, membantu meningkatkan keupayaan penyerapan kulit, membantu meminimumkan penampilan garis-garis halus, membantu membangunkan dan mengaktifkan sel yang tidur, membantu merangsang penghasilan serat protein kulit dan melembutkan dan melembapkan kulit.
#3 Glow-C Super Boosting Serum
Cosmoderm Vitamin C 5000mg Glow-C Super Boosting Serum untuk merawat kulit kusam, kulit wajah yang kelihatan letih dan moody. Serum ini, paling menarik kerana kandungan Vitamin C yang tinggi iaitu 5000mg.
Kelebihan Cosmoderm Vitamin C 5000mg Glow C Super Boosting Serum ialah membantu mencerahkan hiperpigmentasi dan bintik gelap dengan berkesan, melindungi kulit dari kerosakan foto dan radikal bebas, membantu meminimumkan penampilan garis-garis halus, membantu sekatakan tona kulit dengan berkesan, melembutkan dan melembapkan kulit dan menjadikan kulit lebih berseri dan anjal.
#4 Glow-C Brightening Moisture Solution
Cosmoderm Vitamin C 1000mg Glow-C Brightening Moisture Solution pelembab muka yang dirumuskan untuk kulit wajah yang kusam, letih dan moody. Ianya mengandungi sebanyak 1000mg vitamin C. Seperti rangkaian produk Cosmoderm Glow-C yang lain, ia juga mengandungi pati minyak oren.
Kebaikan Cosmoderm Vitamin C 1000mg Glow-C Brightening Moisture Solution adalah membantu merangsang penghasilan serat protien kulit, membantu meningkatkan pertumbuhan semula kulit, membantu meminimumkan penampilan garis-garis halus, melindungi kulit dari kerosakan foto dan radikal bebas, membantu mengelakkan kulit daripada rosak mikro akibat pendedahan harian tekanan persekitaran, melembutkan dan melembapkan kulit dan menjadikan kulit lebih berseri dan anjal.
BUTIRAN HARGA PRODUK COSMODERM GLOW-C
- Glow-C Detox Cleansing Gel : RM 25.90 (120ml)
- Glow-C Radiance Toning Essence : RM29.90 (100ml)
- Glow-C Super Boosting Serum : RM45.90 (30ml)
- Glow-C Brightening Moisture Solution : RM39.90 (50ml)
Kepada anda yang nak cuba atau dapatkan set Cosmoderm Glow-C terbaru ini anda bolehlah beli secara atas talian di https://bit.ly/3d3APZi atau ke cawangan Watsons terdekat.
Untuk maklumat lanjut, promosi dan pelbagai lagi tentang produk Cosmoderm, anda boleh layari laman berikut :-
🔰 Youtube: https://bit.ly/3DdoEnC
🔰 Instagram: https://bit.ly/3d3APZi
🔰 Facebook: https://bit.ly/3D0o0JS
🔰 TikTok: https://bit.ly/3d0gwfd
wahh. kita guna cetaphil saja
ردحذف