Makan di Restoran Western 142, MBI Desaku, Kulim, Kedah

Aerill Hassan
0
Assalamualaikum dan salam sejahtera


Apa khabar pembaca dan rakan-rakan semua? Alhamdulillah semoga semua dalam keadaan sihat sejahtera. Baiklah, seperti yang anda lihat pada tajuk artikel kali ini adalah berkenaan pengalaman makan di sebuah restoran yang terletak dekat sahaja dengan rumah ibu bapa aku di Padang Meiha, Kulim, Kedah.  In shaa Allah aku akan ceritakan pengalaman dan review aku makan di restoran yang dikenali sebagai Western 142.

MAKAN DI RESTORAN WESTERN 142, MBI DESAKU, KULIM, KEDAH


Macam yang aku cerita dalam artikel sebelum ni, aku balik kampung selama seminggu untuk rehat dan ada urusan. (Baca di sini) Sekitar petang hari aku ambil dose booster di Klinik Kesihatan Kulim, keluarga aku ajak makan di Western 142. Bila nampaknya nama 'western' tertera pada nama restoran mestilah makanan yang ada majoritinya makanan barat.

Sebenarnya 2 bulan yang lalu, ayah aku pernah tunjuk dalam Whatsapp gambar sekeluarga pergi makan disini, sementara aku pula berada di KL. Melihat gambar memang nampak sedap. Ayah aku bagitahu bahawa restoran ini milik rakannya. Banyak juga pujian diberi, contohnya makanannya sedap, saiznya besar dan harga yang murah. 

Alhamdulillah, bila dah berpeluang balik kampung, dapatlah aku cuba dan melihat sendiri makanan dan servis yang diberikan di restoran ini. Jadi, terimalah tulisan aku mengenai review restoran Western 142.


Aku dan adik bongsu

Mak aku pesan supaya datang awal ke kawasan kedai MBI Desaku sebab nanti ramai orang. Eh, dah meriah balik ke kawasan sini? Setahu aku sejak Covid-19 melanda memang agak suram kawasan tu. Tempat berlampu pun dah tak ada. Kalau ingat balik tahun 2018-2019 memang meriah sebab ada taman lampu-lampu.

Kami sekeluarga sampai di lokasi restoran ini selepas maghrib dan boleh nampak ramai yang mula membanjiri kawasan ini. Nasib baik tempat duduk dalam restoran masih ada walaupun ada beberapa meja yang sudah ditempah lebih awal.

Selfie dengan adik pertama

Semua ahli keluarga aku ikut kecuali abang ipar aku yang ada urusan lain. Masuk sahaja, kami terus melihat menu dan memesan makanan yang diinginkan. 

Beberapa minit kemudian air pun sampai. Tapi macam terlebih pula air yang diberikan. Rupa-rupanya air tersebut untuk meja yang ditempah. Pelayan tersilap hantar dan Daniel dah minum pun air tu jadi terpaksa ambil juga.


Daniel dan kakak sulung aku

Kemudian, makin ramai pelanggan datang sampaikan meja di dalam dah penuh, meja diluar pun semakin ramai. Meja disebelah yang ditempah awal pula sebenarnya ditempah oleh keluarga kawan ayah aku. Mereka pun makan disini.

Mak dan ayah aku

Seterusnya makanan pun sampai. Waktu menunggu tidaklah lama sangat. Sempat berborak macam-macam topik sambil melihat kerenah Daniel. Diluar pula cuaca dalam keadaan hujan renyai-renyai. Di dalam restoran ini memang selesa sebab ada pendingin hawa. Dekorasi dalam restoran pun nampak cantik.


BAGAIMANA DENGAN MAKANAN?

Okay, tibalah masa untuk bercerita tentang makanan. Kalau artikel review makanan mestilah nak tahu tentang makanannya. Berikut adalah gambar menu yang dipesan berserta dengan harga.

NASI LEMAK UDANG CRISPY (RM7.00)

Mak aku memesan menu Nasi Lemak Udang Crispy yang berharga RM7.00 sahaja. Nasi lemaknya adalah seperti nasi lemak kebiasaannya yang kita beli di tempat-tempat lain seluruh Malaysia. Perbezaan yang ketara adalah udang crispy yang disediakan bersama. 4 ekor udang yang digoreng dengan rangup diletak bersama dan keseluruhan menu ini hanyalah berharga RM7.00 sahaja.

Mengikut apa yang diberitahu mak aku, rasanya nasi lemak dan sambalnya boleh diterima. Udang pun memang sedap.  Saiz hidangan yang besar dan memang kenyang.  | ⭐⭐⭐/5


NASI GORENG CRISPY CHICKEN CHOP (RM 14.50)

Menu seterusnya adalah Nasi Goreng Crispy Chicken Chop pada harga RM14.50 sahaja. Ini adalah menu yang dipesan oleh adik bongsu aku. Sebelum ini adik aku pernah cuba menu yang sama, disebabkan saiznya yang besar dan sangat mengenyangkan dia memesan lagi menu ini.

Saiz ayam pun agak besar dengan nasi goreng serta kentang goreng yang agak banyak. Pada harga RM14.50 memang bagi aku sendiri berbaloi dengan harga sebegini. | ⭐⭐⭐⭐/5


DOUBLE CHEEZY CHICKEN CHOP (RM14.50)

Menu berikutnya adalah Double Cheezy Chicken Chop dengan harga RM14.50. Menu ini dipesan oleh aku sendiri dan adik aku. Melihat saiz hidangan yang besar, memang bagi aku sangat puas. Cheese yang meleleh berlimpahan tu memang benar-benar menggamit deria rasa aku. pada mulanya aku berkira-kira juga nak order menu apa, selepas fikir selama 2 minit, aku pun orderlah menu ini.

Alhamdulillah, aku berpuas hati. Saiz hidangan yang besar pada harga RM14.50. Mungkin saiznya cukup untuk dua orang. Semua sangat puas hati kecuali di coleslaw yang agak cair dan airnya melimpah ke ayam. | ⭐⭐⭐⭐/5

NASI LEMAK PATAYA (RM 7.00)

Jarang sebenarnya dengar nasi lemak di'pataya'kan tapi itulah menu berikutnya. Menu ini dipesan oleh kakak aku. Makanan kegemaran dia dari kecil sampai sekarang adalah nasi goreng pataya. Malam tersebut dia mencuba nasi lemak pataya dengan harga RM7 sahaja.

Macam biasa, disini saiz hidangannya agak besar. Kakak aku yang tengah sarat mengandung tu memang berpuas hati dengan makanannnya. Mungkin sambalnya agak biasa tapi dari segi saiz dan tahap kekenyangannya itu membuatkan dia berpuas hati.  | ⭐⭐⭐/5


SIZZLING YEE ME WITH CHICKEN KATSU (RM12.90)

Menu terakhir adalah Sizzling Yee Me with Chicken Katsu yang berharga RM12.90. Keluarga aku memang selalu makan mee sizzling terutamanya apabila ke mana-mana medan seleran dalam pusat beli belah.  Menu ini dipesan oleh ayah aku. Kali ini ayah aku nak makan mee sizzling pula, sebelum ini dia makan menu lain. 

Ayah aku bagitahu ada sesuatu yang kurang dalam kuahnya. Selain itu, kuahnya agak cair. Walaupun saiz dan rupanya memang cantik dan membuatkan kita terliur, tetapi ada sesuatu yang kurang. Mungkin nanti boleh perbaiki lagi.  | ⭐⭐/5


KESIMPULANNYA

Makan di restoran Western 142 bagi aku adalah pengalaman yang baik. Ruang restoran bahagian dalam yang selesa, dekorasi yang cantik dan eksklusif. Untuk makanan pula, aku boleh sarankan untuk anda mencuba makanan western nya. Saiz yang besar memang sangat berbaloi.

Untuk harga pula, bagi aku sangat berpatutan. Dibandingkan dengan restoran makanan western di Lembah Klang, memang harga di Western 142 lebih murah. Aku rasa kalau aku balik Kulim lagi, mesti aku akan bawak family makan di sini.

Sekian sahaja review dan ulasan pengalaman makan di Western 142. Terima kasih. ✌

LIHAT SENARAI HARGA DI SINI >  HARGA WESTERN 142

LOKASI RESTORAN WESTERN 142:


ALAMAT :  No 425 GROUND FLOOR , Jalan MBI Desaku 10/2, 
Taman Mbi Desaku, 09400 Padang Serai, Kedah , Malaysia

LAMAN WEB : WESTERN 142
FACEBOOK : WESTERN 142
TELEFON : 011-4046 6718 / 019-403 3264

إرسال تعليق

0تعليقات

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


إرسال تعليق (0)

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Ok, Go it!