Buffet Ramadan 2022 di I'dahlia Corner, Persiaran Stonor, Kuala Lumpur

Aerill Hassan
0
Assalamualaikum dan salam sejahtera


Apa khabar pembaca dan rakan-rakan sekalian? Alhamdulillah, kali ini macam biasa aku nak ceritakan lagi tentang sebuah lokasi menarik untuk anda jadikan sebagai pilihan bagi berbuka puasa. Aku pun tak pasti ini lokasi buffet berbuka puasa ke berapa dah yang aku ceritakan tapi in shaa Allah lokasi yang aku akan ceritakan ini adalah sebuah lokasi yang menarik dan berbaloi!

BUFFET RAMADAN 2022 DI I'DAHLIA CORNER, PERSIARAN STONOR


I'dahlia Corner merupakan sebuah restoran yang terletak di Persiaran Stonor, Kuala Lumpur. Berada di kawasan yang berdekatan dengan KLCC, restoran ini merupakan salah satu pilihan untuk warga kota yang berada di ibu negara untuk menikmati masakan kampung, tradisional dan sebagainya dengan suasana yang mendamaikan.

Perniagaan yang diusahakan oleh Puan Dahliati binti Aliruddin dan suami Encik Muhammad Idham bin Ismail ini telah diusahakan sejak 7 tahun lalu di Persiaran Stonor. Perniagaan mereka bermula secara kecil-kecilan, kemudian semakin lama semakin membesar dan bertahan sehingga kini.


Untuk pengetahuan anda, restoran ini mendapat kategori A melalui aspek kebersihannya. Selain itu, restoran ini juga pernah dibawakan dalam rancangan Jalan Jalan Cari Makan (JJCM) yang merupakan sebuah siri rancangan makanan yang popular di TV3. 

BUKA PUASA DALAM TAMAN DI I'DAHLIA MELETOP


Bertemakan Buka Puasa Dalam Taman, sepanjang bulan ramadan ini, i'Dahlia Corner juga menawarkan buffet berbuka puasa untuk anda yang mencari lokasi buffet berbuka puasa bersama keluarga atau rakan-rakan. Harga yang ditawarkan pun cukup murah dan berbaloi iaitu cuma RM59 sahaja bagi dewasa manakal bagi kanak-kanak/warga emas adalah RM29 sahaja.

Terdapat lebih 50 menu ditawarkan di sini dan semuanya sangat menarik dan sedap belaka. Okay, sekarang tibalah masa untuk melihat menu yang tersedia bagi buffet berbuka puasa di I'dahlia Corner.










PENGALAMAN MAKAN BUFFET DI SINI

Baiklah kali ini aku nak ceritakan pula pendapat dan ulasan aku tentang pengalaman makan di sini. Perkara pertama yang aku risau adalah tempat meletak kereta, tapi jangan risau sebab ada kawasan tempat letak kereta yang luas dan ada sedikit bayaran dikenakan.

Kemudian, aku mencuba hampir kesemua makanan yang ada, sememangnya 50 juadah yang tersedia sangat banyak. Menu yang disediakan pula semuanya sangat sedap. Aku merupakan penggemar makanan tradisional dan menu yang tersedia juga majoritinya makanan tradisional. Memang sedap dan sangat tepat dengan selera aku. Antara yang aku suka adalah seperti ikan patin masak gulai tempoyak, siput sedut masak lemak, masak lemak cili api pucuk pakis, sambal sotong dan pelbagai lagi.

Suasana makan disini pula memang bagaikan makan dalam taman dengan hiasan tumbuh-tumbuhan dan bunga. Selain itu, ruang makan yang luas juga memberikan kemudahan untuk pengunjung bergerak dan mengambil makanan. Kesimpulannya, memang makan disini sangat sedap, selesa dan berbaloi!

Di samping anda berbuka puasa, anda juga akan diiringi iringan lagu yang dibawakan khas oleh Sahabat Rocker Band yang membawakan lagu-lagu menarik dan indah untuk didengar. 



Tambahan info lagi, buffet berbuka puasa di I'dahlia Corner bermula 5 April 2022 sehingga 29 April 2022, bermula jam 6.30 petang sehingga 10.00 malam. 

 l'Dahlia Corner 

Lokasi :  5, Persiaran Stonor, Kuala Lumpur, 50450 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Tempahan :  0123526397/0122585162 
Facebook: I'dahlia Corner
Instagram: @idahlia.corner


SEKIAN

إرسال تعليق

0تعليقات

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


إرسال تعليق (0)

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Ok, Go it!